5.0 Faktor Perkembangan Tamadun

3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN UTAMA DUNIA Selepas sesebuah tamadun itu muncul, ia mula menunjukkan perkembangan dalam fasa yang tertentu. Banyak faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut antaranya ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk. Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur tetapi berterusan. Pada peringkat awal perkembangan, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, manusia semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan yang lebih besar dan memiliki satu penempatan tetap serta mula menjalankan pelbagai kegiatan lain seperti bercucuk tanam, menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Perkembangan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mula mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujudlah sebuah masyarakat yang lebih dinamik dan berdaya maju. Penduduk- penduduk yang semakin bertambah mula berkongsi idea dalam melahirkan ciptaan- ciptaan bagi meningkatkan operasi pengeluaran serta bagi memudahkan kerja-kerja harian mereka. Selain itu, mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan kemahiran dalam beberapa hal seperti menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Faktor kedua yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah tamadun adalah apabila wujudnya sistem tulisan dan bahasa. Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas kepada penambahan pengetahuan dan seterusnya telah membantu dalam melancarkan lagi sistem pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal-hal berkaitan agama, pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan yang terawal wujud antaranya ialah hieroglif yang telah digunakan dalam tamadun Mesir, sistem tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia, dan sistem tulisan

description

CTU551

Transcript of 5.0 Faktor Perkembangan Tamadun

Page 1: 5.0 Faktor Perkembangan Tamadun

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN

UTAMA DUNIA

Selepas sesebuah tamadun itu muncul, ia mula menunjukkan perkembangan dalam

fasa yang tertentu. Banyak faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut antaranya

ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk. Perkembangan tamadun awal manusia

merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur tetapi berterusan. Pada peringkat

awal perkembangan, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti

memburu dan mengumpul makanan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, manusia semakin

bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan yang lebih besar dan memiliki satu

penempatan tetap serta mula menjalankan pelbagai kegiatan lain seperti bercucuk tanam,

menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya.

Perkembangan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mula mengalami

proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua

dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur.

Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujudlah sebuah masyarakat yang lebih dinamik

dan berdaya maju. Penduduk-penduduk yang semakin bertambah mula berkongsi idea dalam

melahirkan ciptaan-ciptaan bagi meningkatkan operasi pengeluaran serta bagi memudahkan

kerja-kerja harian mereka. Selain itu, mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan

menunjukkan kemahiran dalam beberapa hal seperti menenun kain daripada bulu binatang dan

gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan.

Faktor kedua yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah tamadun adalah

apabila wujudnya sistem tulisan dan bahasa. Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas

kepada penambahan pengetahuan dan seterusnya telah membantu dalam melancarkan lagi

sistem pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal-hal berkaitan agama,

pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan yang terawal wujud antaranya ialah hieroglif yang

telah digunakan dalam tamadun Mesir, sistem tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia,

dan sistem tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho. Asas kepada sistem tulisan tersebut

adalah lebih kepada bentuk gambar, simbol dan juga pepaku.

Page 2: 5.0 Faktor Perkembangan Tamadun

Manakala bahasa pula memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

tamadun lantaran peranan bahasa itu sendiri dalam kehidupan masyarakat. Bahasa bukan

semata-mata alat untuk perhubungan harian, ia juga menjadi punca dalam pencarian dan

penyampaian ilmu pengetahuan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa

Sanskrit. Kewujudan system tulisan dan bahasa telah membantu perkembangan sesebuah

tamadun. Apabila mereka mula merekod setiap aktiviti kehidupan sebagai rujukan untuk

penambahan ilmu pengetahuan serta membantu dalam melicinkan pengurusan ekonomi. Selain

itu, golongan pendeta juga telah menggunakan tulisan untuk menghasilkan karya-karya sastera

seperti epic Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, epic Mahabrata dan Ramayana dalam

tamadun Indus.

Faktor seterusnya yang membawa kepada perkembangan sesebuah tamadun adalah

apabila wujudnya penciptaan roda yang telah dicipta oleh tamadun Mesopotamia. Tumpuan

penduduk di satu-satu kawasan terus menggalakkan kewujudan masyarakat yang lebih

dinamik. Idea-idea serta ciptaan-ciptaan baru mula berkembang dengan mudah. Corak

pengangkutan juga berubah apabila roda dicipta dan seterusnya telah mempercepatkan

perkembangan dalam industri terutamanya industri kerja tangan bagi memenuhi keperluan

agama dan sosial. Roda turut meningkatkan daya produktiviti manusia apabila ia mula

digunakan sebagai alat industri yang menyebabkan setiap barangan terhasil dalam bentuk

seragam dan dijadikan sebagai barangan eksport.

Teknologi roda kemudiannya terus diguna pakai dalam sesebuah masyarakat sebagai

peroda untuk menghasilkan barangan seperti tembikar, sebagai pelincir untuk menarik pedati

(kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan serta digunakan pada kincir

air dalam sistem pengairan untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil

pertanian di samping mengawal banjir. Hal tersebut telah menyebabkan perkembangan yang

pesat bagi sesebuah tamadun dan menjadikan kehidupan mereka bertambah maju. Roda

seterusnya telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain

seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan

Mohenjo-Daro.

Satu lagi faktor penyumbang terhadap perkembangan tamadun adalah agama dan

kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah

penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk

memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya

Page 3: 5.0 Faktor Perkembangan Tamadun

terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai

bahawa setiap benda mempunyai roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam

seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah

menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan

yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan

perlindungan.