50 isu tatabahasa mama.ppt

87

Transcript of 50 isu tatabahasa mama.ppt

  • Gopal membeli tiga pasang baju dari pasar raya. Ayah membeli sepuluh ekor ayam pada hari raya yang lalu.Sebilangan penduduk di negara ini amat mementingkan kebersihan.Ketiga-tiga orang pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

  • OTBBK

    Didahului penjodoh bilangan ( bt / btt /k.b.h)

  • Ayah membeli perabot baharu. Ia diperbuat daripada kayu jati.

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pemelajaran. Ianya dilakukan menggunakan kaedah tinjauan.

  • Untuk manusia

    Ia + nya = X

  • Kami perlu bertolak sebelum waktu maghrib, kata Ramli kepada Haslina.Kami hendaklah berbelanja secara berjimat-cermat, kata Cikgu Ahmad kepada murid-murid.Kita tidak sempat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh dua minggu, kata Faizal dan Aisyah kepada Cikgu Yeo.Kita lima orang adik-beradik sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain.

  • Kami = jamak ( pihak berbicara / 4P)

    Kita = jamak ( pihak berbicara & dilawan bicara/ pt = pd / pn = pm)

  • Nama pelajar baharu itu apa?

    Nama kucing kesayangan kamu siapa?

    Siapa nama pelajar baharu itu?

    Apa nama kucing kesayangan kamu?

  • Apa = haiwan

    Siapa = orang

    (Ayat tanya songsang, partikel-kah diperlukan)

  • Apa yang diperkata olehnya tidak benar.

    Siapa yang melanggar disiplin pasti akan dihukum.

    Ambillah mana satu yang kamu suka.

  • Merupakan kata ganti tak tentu bukan kgtd

    ( apa-apa / mana-mana )

  • Pilihanraya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.

    Bandaraya itu sangat pesat membangun.

  • Kata majmuk mesti dipisahkan kecuali yang telah di wartakan: Contoh : Bandaraya Warisan Pesisir Air

  • Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke pusat membeli-belah.

    Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks membeli-belah.

  • kompleks yang melakukan kerja-kerja membeli-belah

  • Pengembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.

    Budak lelaki itu mengembala lembu di sebuah ladang.

  • Imbuhan awalan peNdan meN

    Meng-Mem-Men-Menye-Menge-Me-

  • Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar semakin meningkat dari setahun ke setahun.Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa Tengah telah mendapat pujian penduduk tempatanPenglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani pembedahan selaput mata.Pada penglihatan saya, beliau merupakan calon yang paling layak untuk menyandang jawatan itu.

  • peN.an di atas boleh tukar ganti dalam ayat.

    Penglihatan & penglibatan telah mantap

  • Sektor pembalakkan merupakan satu daripada sektor penting di negara ini.Kebanyakkan ahli sukan di negara ini kurang menguasai aspek sains sukan.Ibu bapa saya sering menggalakan saya agar belajar bersungguh-sungguh.Ayah dimasakan oleh ibu sup daging.

  • Ayat 1- pembalakan = apitan peN..-an (KNT)

    Ayat 2 kebanyakan = apitan ke..-an (KNT)

    Ayat 3 menggalakkan = apitan meN..kan(KKT)

    Ayat 4 dimasakkan = apitan di.kan (KKT)

  • Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu.Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, semalam.Perlaksanaan program pembangunan luar bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

  • Imbuhan beR- membentuk kata nama terbitan peR-an.

    Imbuhan meN- membentuk kata nama terbitan peN.-an.

  • Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.Penulis yang banyak mempunyai pengalaman dapat menghasilkan karya yang bermutu.Penulis yang mempunyai pengalaman yang banyak dapat menghasilkan karya yang bermutu.

  • Kata bilangan tidak tentu

    Kata adjektif

  • Setiap warganegara seharusnya mempunyai sebuah impian yang unggul.Kita perlu bersatu padu untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang harmonis.

  • Kita perlu saling bantu-membantu untuk kepentingan kita sendiri.

    Kedua-dua pihak yang bertelagah diminta saling bermaaf-maafan.

  • Meng Seng merasa kecewa apabila permohonannya ke universiti ditolak.

    Mereka merasa kagum melihat keindahan Putrajaya.

  • Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru itu, pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya.

    Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara ini. Justeru , pihak kerajaan akan memperketat peraturan dan undang-undang jalan raya.

  • Kebetulan, tepat, dan kena benar

    Malahan atau bahkan

  • Makanan itu tidak untuk adik tetapi untuk kakak.Karya itu tidak tulisan saya.Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu bukan tepat.Lelaki itu bukan hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam.

  • Bukan = digunakan untuk menafikan maksud frasa nama dan frasa sendi nama.Tidak = menafikan frasa kerja atau frasa adjektif

  • Orang tua itu masih bekerja sekali pun hari sudah petang.

    Kalau pun ada, tidak terbayar kita harganya.

    Barang itu tetap dibeli olehnya baik murah atau pun mahal.

  • 13 perkataan dieja rapat 3a/2(bkms) /lw

  • Perangai rakan abang sebaik-baik abang saya.

    Sebaik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.

    Pencuri itu ditangkap sebaik sahaja dia memasuki rumah orang.

  • Sebaik = sama baik

    Se + kata adjektif digandakan = paling

  • Bila guru tiada di bilik darjah, murid-murid berbuat bising.

    Kita perlu berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.

  • Bila = menanyakan sesuatu / pertanyaan dalam ayat penyata

    Apabila = kata hubung menghubungkan dua ayat

  • Lantai itu sangat licin-licau kerana baru sahaja dicuci.

    Suasana di pesta pantai itu amat riuh-rendah.

    Sungguh kusut-masai rambut pemain bola sepak itu.

  • Mawi merupakan artis yang terkenal sekali.

    Potret Mona Lisa merupakan lukisan yang terkemuka sekali.

  • Kelas mereka amat bersih .

    Kelas mereka bersih amat.

  • Masakan ibu amat enak sekali.

    Budak lelaki itu sungguh bijak sekali.

    Kereta itu sangat mahal sekali.

  • Mereka mengadakan mesyuarat tersebut dalam bilik gerakan.

    Karya itu hendaklah ditulis di dalam bahasa Melayu.

  • Dalam = kata arah dan kata sendi nama

    Dalam = lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang

  • Buku itu diletakkan atas meja.

    Manisah memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukannya.

  • Di atas = menunjukkan arah atau kedudukan

    Atas = lingkungan yang tidak mempunyai arah

  • Masalah sosial pelajar merupakan di antara perkara yang dibincangkan.

    Rumah Laili terletak antara dua bangunan yang tinggi itu.

  • Salmi memohon restu kepada Tuhan agar hajatnya dikabulkan.

    Faiz meminta maaf kepada ayah atas keterlanjuran katanya.

  • Dari masa ke semasa jumlah mangsa gempa bumi itu meningkat.

    Dari tahun ke setahun dia menyimpan wang untuk masa hadapan.

  • kSN dari di hadapan kata nama berkaitan masa perlu diikuti KSN ke

  • Merokok membahayakan kesihatan. Selain daripada itu, amalan merokok membazirkan wang.

  • Ibu melihat ke atas dan ke bawah.

    Hadiah itu untuk adik dan untuk abang.

    Tuan hendak pergi ke Johor Bahru atau ke Kulai?

  • Dua KSN yang serupa boleh digabungkan

  • Banyak pelancong asing tertarik dengan keindahan semula jadi di Pulau Redang.

    Pemuda luar negara itu terpikat dengan keayuan gadis Melayu.

    Suria terpesona dengan kemerduan suara penyanyi yang terkenal itu.

    Serpihan kaca terpijak saya.

  • Kata kerja transitif tertarik, terpikat, terpesona dan terpijak mesti diikuti KSN oleh.

  • Keputusan itu dibuat berdasar statistik yang dikumpulkan.Keputusan itu dibuat berdasar pada statistik yang dikumpulkan.

    Keputusan itu dibuat berdasarkan pada statistik yang dikumpulkan.Keputusan itu dibuat berdasarkan statistik yang dikumpulkan.

  • Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap,ber perlu diikuti oleh KSN

    Kata kerja tak transitif berpelengkap ber..kan diperlukan.

  • Anuar telah menemui kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.

    Anuar akan menemukan kawan lamanya di pusat beli-belah.

    Kad pengenalan Anuar yang hilang telah ditemuinya di dalam bilik tidur.

    Kawan lama Anuar akan ditemukannya di pusat beli-belah.

  • Menemui = bertemu dengan

    Menemukan = berjumpa dengan sesuatu yang dicari

  • Cikgu Alif mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains.

    Cikgu Alif mengajarkan pelajar 5 Sains Bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Alif kepada pelajar 5 Sains.

    Pelajar 5 Sains diajarkan Bahasa Melayu oleh Cikgu Alif.

  • Mengajar = menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain

    Mengajarkan = menyampaikan sesuatu kepada orang lain

  • Encik Farid menamakan anaknya Fauzi.

    Encik Farid menamai Fauzi kepada anaknya.

  • Menamakan = memberikan sesuatu nama kepada seseorang

    Menamai = memberi seseorang sesuatu nama

  • Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak.

    Mekanik sedang membaikkan kereta yang rosak.

    Kakak cuba melupai peristiwa ngeri itu.

    Kakak cuba melupakan peristiwa ngeri itu.

  • Pak Usop memagar buluh di sekeliling rumahnya.

    Pak Usop memagari rumahnya dengan buluh.

    Buluh memagarkan rumah Pak Usop.

  • Pak Usop memagar buluh di sekeliling rumahnya. (memagarkan)

    Pak Usop memagari rumahnya dengan buluh. (memagar )

    Buluh memagarkan rumah Pak Usop. (memagari)

  • Memagar = memasang pagar

    Memagari = berada di sekeliling sebagai pagar pada

    Memagarkan =menggunakan sesuatu sebagai pagar

  • Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya.

    Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu telah dipanggil.

  • Memberitahu & memberitahukan merupakan kata kerja transitif dan memerlukan objek atau penyambutnya.

    Memberitahu + objek bernyawa untuk menjawab persoalan siapa.

    Memberitahukan + objeknya ialah sesuatu perkara yang dapat menjawab persoalan apa.

  • Kita harus mencurigakan orang yang tidak dikenali.(mencurigai= kurang percaya)

    Encik Rashid menghadiahkan anaknya seutas rantai. (menghadiahi +objek bernyawa)

    Lelaki itu melontari sebatang kayu ke arah anjing itu.(melontarkan + objek tidak bernyawa)

    Ibu menghiasi sebutir kerongsang pada baju kurungnya.(menghiaskan=mencantikkan sesuatu)

  • Encik Sufian memperisteri seorang gadis dari seberang.(menjadikan isteri)

    Pak Harun memperisteri anak sulungnya dengan jururawat itu.(berikan isteri)

    Gadis itu mempersuami seorang pegawai di Kementerian Luar Negeri.

    Pesara guru itu akan mempersuamikan anak gadisnya pada hujung tahun.

  • Pelajar yang berada di perpustakaan itu akan meminjam buku sebelum pulang.

    Pelajar sekolah tidak perlu membeli semua buku yang diperlukan kerana boleh meminjamnya dari perpustakaan.

    Pelajar itu meminjamkan buku kepada rakan karibnya.

  • Maksud:

    i. Menggunakan barang orang lain untuk sementara waktu

    ii. Memberi pinjam kepada

    iii. Memberikan barang dan lain-lain kepada

  • Abang memberikan adik senaskhah Kamus Dewan Edisi Keempat. (memberi)

    Halim memberikan tunangnya sehelai selendang sutera. (memberi)

    Majikan itu memberi bonus sebulan gaji kepada semua pekerja syarikat.(memberikan)

    Pengetua memberi nasihat kepada semua calon peperiksaan. ( memberikan)

  • Memberi + objek bernyawaMemberikan + objek tidak bernyawa

  • Ayah berjanji membelikan kasut roda untuk adik pada hari jadinya. (membeli)

    Ibu membelikan sayur di pasar raya.(membeli)

    Ibu membelikan adik ubat batuk di farmasi.(membelikan)Encik Amirul membeli isterinya sebuah kereta baharu. (membelikan)

  • Membeli + objek tidak bernyawa sebagai

    Membelikan + objek bernyawa

  • Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan.

    Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar jalan lagi.

    Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan lagi.

  • Ayat betul:Memperlebarmelebarkan

  • Oleh sebab Suraya sangat menyintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.

    Pak Kamal sedang menyangkul tanah di kebun sayurnya.

  • Haslina memasukan data itu ke dalam komputer peribadinya.

    Kemasukkan pelajar ke IPTA bertambah setiap tahun.

    Abu menunjukkan arah ke bangunan itu kepada pelancong asing.

    Pertunjukkan wayang kulit mendapat sambutan hangat.

  • Akhiran kan untuk menerbitkan kata kerja

    Akhiran - an digunakan untuk menerbitkan kata nama

  • Saya mempersetujui pandangan yang diutarakan oleh pelajar saya.(menyetujui)

    Pengetua memperakui sijil penyertaan pelajar dalam perkhemahan itu.(memperakukan)

    Abang memperdalam ilmu perubatan di India.(mendalami)

  • Imbuhan memperi hanya boleh digunakan untuk perkataan ingat, kawan, isteri dan suami.

  • Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak melebihi 180 patah perkataan.

    (kata kerja tidak diletakkan imbuhan akhiran-kan)

  • Buku itu dibaca oleh saya.

    Buku itu dibaca oleh awak.

    Kereta yang mereka naiki terbabas ketika hujan. (dinaiki oleh mereka)

  • ***************************************************************************************