50 Soalan Temuduga - skopkerjaya.com · 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan...
Transcript of 50 Soalan Temuduga - skopkerjaya.com · 50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan...
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
Disclaimer
Seluruh kandungan ebook 50 Soalan Temuduga ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Tim Infokerjaya. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
ebook 50 Soalan Temudga ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.
Infokerjaya PLT, EDISI 2016
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
1.Sila terangkan mengenai diri anda.
Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat kepada Negara Malaysia.
Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UiTM.
Saya belajar bersungguh-‐sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian saya.
Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam projek-‐projek pembangunan bangunan.
Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.
2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?
Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-‐mana acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.
3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun anda di universiti?
Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk "Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran anda?
Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan sekarang saya sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat di sektor awam, peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah tamat pengajian kelak.
5. Apakah tugasan paling sukar yang pernah anda selesaikan dan apakah peranan utama anda?
Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling mencabar kerana ia begitu kompleks. Saya mengambil masa dua semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk dalam proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan saya berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi. Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya sangat sukar.
6. Apa hobi awak?
Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku berkenaan motivasi. Buku-‐buku yang menjadi kegemaran saya adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan apa-‐apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif, berwawasan dan seterusnya ini semua menyumbang dalam kecemerlangan kerjaya saya.
7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?
Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan temuduga, bertanya kepada rakan-‐rakan yang ada pengalaman temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-‐macam lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun secara berkumpulan?
Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif, inovatif dan lebih berdikari.
9. Apa kelebihan diri?
Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan saya.Kelebihan saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-‐cita besar dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini, terutamanya bercita-‐cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada organisasi yang saya sertai.
10. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang anda paling anda banyak ceburi?
Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana Muda yang dikenali juga sebagai PERSADA dan kami membuat aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah program yang hendak kami jalankan.
Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan kami pernah menjadi juara dalam pertandingan bola sepak antara university seluruh Malaysia.
11. Apa yang anda lakukan semasa praktikal? Ada sebarang pencapaian?
Saya menjalani sesi praktikal saya di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy dan tugas saya ialah menyampaikan modul Anda Bijak Jauhi Zina kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Selain dari mendapat sijil dari pihak sekolah atas usaha tersebut, saya juga kini boleh menjalankan sesi ceramah juga latihan kepada pelajar sekolah dengan sendiri dan penuh keyakinan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
12. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam Bahasa Inggeris?
My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten siblings. My hobbies are reading and do the research. My great ambition is to become an Administrative and Diplomatic Officer. I was a graduated student of Bachelor of Shariah and Law from International Islamic University Malaysia. Before that I was in Diploma in Shariah and Law from International Islamic University of Selangor. My father was born in Perak and his job is a Doctor while my mother was born in Pahang and she is a great housewife.
13. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang awak buat?
Saya sekarangg bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training & Consultancy. Tugas saya ialah menyampaikan modul-‐modul yang telah ditetapkan dalam bentuk ceramah. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk menjalankan sebarang kajian bagi memperbaharui kandungan modul-‐modul tersebut dari semasa ke semasa. Saya juga dikehendaki untuk menjalankan lawatan serta memberi pengisian susulan kepada para peserta yang pernah mengikuti program kami serta menjalankan program yang menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.
14. Apakah cara untuk membuat awak bermotivasi?
Untuk memotivasikan diri saya sendiri dalam apa sahaja yang saya ingin lakukan, pertama sekali saya akan meletakkan objektif iaitu tujuan untuk apa saya melakukan perkara tersebut. Seterusnya saya menyediakan perancangan kerja yang bakal dijalankan. Kemudian saya meletakkan sasaran apa yang saya ingin capai dan seterusnya membuat jadual kerja supaya apa yang dijalankan adalah sistematik dan juga teratur.
15. Bagaimana anda menilai diri sendiri?
Saya menilai diri saya berdasarkan respon dan komen mahupun kritikan daripada kawan-‐kawan saya dan juga orang sekeliling saya seperti keluarga, sahabat-‐sahabat, saudara mara juga teman-‐teman di tempat kerja. Saya meminta nasihat dan juga teguran dari mereka dalam sebarang tindakan yang saya lakukan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
16. Ceritakan tentang diri anda selain dari apa yang ada dalam resume anda?
Saya sebenarnya seorang yang sangat aktif. Oleh yang demikian, saya gemar berprogram, sama ada menjadi fasilitator atau jurulatih bagi sebarang program motivasi. Apabila berprogram, saya akan turun kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat umur. Hal ini sekurang-‐kurangnya membantu saya dalam pengucapan awam, memberi khidmat kepada yang memerlukan, selain sebagai saham saya apabila meninggal dunia kelak.
17. Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangatjuang yang tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal saya sertai.
18. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan bahawa anda mempunyai inisiatif dan kesungguhan dalam pekerjaan anda?
Semasa saya mula-‐mula bekerja di sebuah syarikat, saya langsung tidak mengetahui mengenai sistem sistem dan prosedur kerja yang dijalankan. Untuk itu, saya telah bekerja lebih masa untuk memahami sistem dan prosedur kerja tersebut termasuklah pada hari cuti.Saya juga sering bertanya kepada senior-‐senior saya untuk mendapatkan lebih pemahaman dan juga ilmu.Usaha saya membuahkan hasil apabila saya bukan sahaja berjaya memahami sistem tersebut, malah dapat menambahbaik sistem sedia ada ke tahap yang lebih baik.
19. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda lebih layak untuk jawatan ini berbanding calon lain?
Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-‐calon lain, tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini. Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-‐sungguh untuk mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan dari orang lain.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya?
Contoh di mana saya telah menonjolkan bakat kepimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya adalah ketika saya mengendalikan sebuah program Himpunan Sejuta Umat yang melibatkan penyertaan dari semua pelosok dunia.
Program demikian berjalan dengan jayanya setelah saya merancang beberapa perjumpaan awal bersama anak-‐anak buah saya di mana dalam perjumpaan terbabit kami membicnagkan tentang objektif, dana, dan segala yang berkenaan kerana program demikian bukan calang-‐calang memandangkan melibatkan sekalian umat dari serata dunia.
21. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting antara peraturan-‐peraturan ataupun kecekapan dan kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah projek pembangunan yang berkualiti?
Peraturan lebih penting di mana kebanyakan projek yang berkualiti perlu ada peraturan yang perlu diikuti setiap masa bagi memastikan tujuan utama projek dicapai tanpa kompromi darisegi kos, kualiti, dan masa. Peraturan bertindak sebagai panduan kepada setiap kerja yang dilaksanakan tanpa panduan mungkin kita akan terpesong. Jika kita memilik ikepakaran dankecekapan tanpa berlandaskan peraturan, kita mungkin terpesong dan tersilap langkah dalam melaksanakan kerja. Ianya boleh diibaratkan seperti layang-‐layang yang putustalinya; di mana layang-‐layang tersebut memiliki kebolehan terbang tinggi tetapi tidak boleh terbang tinggi jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan projek pembangunan yang berkualiti.
22. Sekiranya awak seorang Pegawai Pertanian, bagaimanakah awak hendak menerangkan tentang sesuatu teknologi kepada para petani?
Untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada petani. Saya boleh menjalankan sesi penerangan seperti ceramah ataupun sesi penerangan dengan di bantu alat visual seperti LCD Projector untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada mereka. Di samping itu juga saya juga menjalankan sesi praktikal iaitu dengan memberi peluang kepada para petani untuk menggunakannya atau mempraktikan teknologi yang baru tersebut.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
23.Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
Bekerja di sektor awam merupakan cita-‐cita sya sejak dari kecil lagi dan dengan berkerja di sektor awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negera bangsa, dan agama.
Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan berterusan mendapat peluang untuk menambah ilmu terutamanya ilmu-‐ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak lagi yang sememangnya bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.
Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang ini dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sector awam, ia memberi jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana tiada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti di sektor swasta.
Di sector ini juga mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga gaji serta kelebihan-‐kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun perumahan dan lain-‐lain lagi.
24. Could you explain the things that can motivate you?
There are four main things that motivate me. The first is my need to achieve excellence in every task that I set out to do. The second is my desire to contribute to my firm. The third factor that motivates me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly review my goals and like to see tangible results when I do! I also believe in growth and the fact that if you're not moving forward, learning new skills, meeting new people, you're moving backwards. Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an appropriate way.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
25. Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
Ya, saya menyukai kerja secara berpasukan kerana boleh menerima pandangan daripada orang lain dalam melakukan sesuatu. Kerja yang dilakukan akan lebih teratur dan berhasil dnegan baik apabila kita bekerjasama dengan orang lain. Walaupun begitu, saya juga tidak kisah jika diberikan kerja secara bersendirian keran a itu boleh menjana mind asaya untuk bekerja dnegan lebih kreatif dan kritis.
26. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan penyelia anda?
Saya akan menunjukkan keterujaan saya dan semangat yang positif dalam memulakan tugas yang di amanahkan. Saya akan cuba mendekati mereka dan menyapa mereka dan menunjukkan bahawa saya mudah untuk bergaul dengan semua orang.
27. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja anda, apakah tindakan anda dan bolehkah anda menerima kritikan tersebut?
Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu dengan teliti dan tebuka. Saya berpendapat bahawa teguran mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan sudah biasa dengan kerja tersebut.
Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang kekurangan pada hasil kerja saya. Saya akan menyemak semula hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke tahap yang optimum.
28. Sebagai seorang yang pernah bekerja di syarikat swasta dalam bidang anda, bagaimanakah anda boleh menggunakan pengalaman tersebut dalam perkhidmatan awam jika anda diterima jawatan ini?
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya rasa pengalaman tersebut dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta yang sering bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang berkualiti, tepat pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti yang kita maklum, syarikat swasta amat mementingkan keuntungan dan kerana
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor awam, kita juga perlu bersikap seperti itu, di mana kita mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa mengabaikan aspek-‐aspek kualiti kerja yang dihasilkan.
29. Dengan mengambil kira beberapa kos penyelewengan dan rasuah dalam pelaksanaan projek-‐projek pembangunan di Negara ini, apakah sumbangan anda bagi membaiki imej ini jika anda diterima memegang jawatan ini?
Sekiranya saya diterima untuk mengisi jawatan ini, saya akan memastikan setiap kerja yang dilaksanakan mengikuti produser / peraturan / speksifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiap kerja yang dibuat perlu ada rekodnya bagi tujuan pembuktian dan disahkan oleh mereka yang terbabit. Kedua, saya akan mengelakkan dari sebarang cubaan yang cenderung ke arah rasuah seperti belanja makan, pemberian hadiah, dan lain-‐lain. Selain itu, saya akan memastikan kerja-‐kerja staf sokongan dipantau bagi mengelakkan penyelewengan di mana mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab. Dan yang paling penting sebagai orang Islam, penerapan ajaran Islam semasa bekerja yang mementingkan kejujuran, amanah, tanggungjawab dan juga keikhlasan. Kerja itu satu ibadah, jadi kita perlu melaksanakannya dengan sepenuh hati.
30. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan kakitangan awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?
Sebagai seorang penjawat awam yang cergas dan tinggi produktivitinya, kita patut mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu mengurangkan pengambilan gula, lemak, garam, dan makanan rapu dan melebihkan senaman/aktiviti sosial di masa lapang. Badan yang sihat akan melahirkan minda yang cergas dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi. Jika badan tidak sihat / sakit bagaimana kita mendapatkan minda yang cerdas. Orang ada mengatakan satu slogan “Badan Sihat Minda Cerdas”.
31. Apa pandangan anda jika saya katakan bahawa seseorang pegawai yang berkualiti adalah mereka yang beriman dan berpandukan ajaran agama?
Ya, saya bersetuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, ajaran Islam menerapkan bahawa setiap kerja yang dilakukan adalah ibadah, jadi kita sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa memerhatikan setiap apa yang kita lakukan. Oleh itu kita takut untuk membuat jahat seperti menipu, rasuah, dan lain-‐lain. Dengan itu, kerja yang
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab akan melahirkan produk yang berkualiti. Produk yang berkualiti menunjukkan pekerja yang berkualiti.
32. Apakah yang dapat anda sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?
Untuk menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan senang hati, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja yang seimbang dalam mewujudkan rasa diri masing-‐masing adalah penting untuk jabatan. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota pasukan. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan situasi kerja yang lebih baik dari masa sebelumnya.
33. Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?
Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan siap sebelum masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut, ianya adalah satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga, saya menganggap cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.
34. Yang mana satu lebih penting, kreativiti atau kecekapan?
Pada saya, kedua-‐duanya sangat penting. Dengan kreativiti, kita dapat mengembangkan sesuatu tugasan dan disertakan bersama dengan kecekapan. Tanpa kecekapan kreativiti juga sukar dilaksanakan. Jadi kedua-‐duanya perlu ada dalam kerja kita.
35. Apakah ciri-‐ciri seorang pemimpin?
Sebagai seorang pemimpin, kita perlu memiliki sifat berkepimpinan seperti berani, tegas, bertolak ansur, rajin, berdisiplin dan juga menerapkan ajaran-‐ajaran Islam dalam pimpinan tersebut. Tun Dr Mahathir adalah idola saya dalam ilmu kepimpinan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
36. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di tempat kerja anda?
Perkara-‐perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah pertama, fahami masalah tersebut, kenali punca datangnya masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-‐perkara yang perlu di ambil tahu dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.
37. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai atasan anda. Semua fakta telah didokumentasikan dan disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi pegawai atas tersebut memberikan komen bahawa laporan anda salah. Apakah yang anda akan lakukan?
Saya perlu mengambil semula laporan tersebut dan akan menyemak semula sama ada saya perlu membuat pembetulan semula atau tidak. Jika tiada sebarang masalah, saya akan memulangkan laporan tersebut dan akan mempertahankan keputusan yang telah saya buat seperti dalam laporan.
38. Anda dapati seorang kakitangan bawahan anda yang senior membawa peralatan dari pejabat ke dalam keretanya. Apakah tindakan anda?
Saya akan pergi kepadanya dan bertanya sama ada dia memiliki dokumen untuk membawa peralatan tersebut atau tidak. Jika tiada, saya akan laporkan kejadian itu kepada ketua jabatan saya.
39. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi, bagaimana awak hendak tegur?
Pada pendapat saya, saya akan menegurnya secara berhikmah sepertimana saya hendak orang menegur saya denagn cara yang lembut.
Saya akan memanggilnya secara peribadi dan santai dan mengingatkannya bahawa tidak salah untuk keluar minum, namun seseorang pekerja itu harus amanah pada masa kerjanya.
Saya juga boleh mencadangkan padanya untuk menyediakan bekalan air, ataupun sabar untuk menanti waktu rehat tengah hari.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
40. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan orang bawahan kamu, bagaimana kamu hendak tahu sama ada dia menipu atau tidak?
Saya akan merujuk kepada resit/penyata atau sebarang dokumen hitam putih yang ada pengesahan bahawa benar dia membuat tuntutan perjalanan tanpa sebarang penipuan.
41. Mengenai perolehan, sekiranya jabatan kamu ada buat conference.then, tiba-‐tiba stationary untuk conference itu tidak cukup sebagai contoh kertas, pen dan sebagainya. Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini sebagai penolong pegawai tadbir?
Saya akan cuba keluarkan dan dahulukan duit sendiri terlebih dahulu untuk beli semua kelengkapan itu dan akan memberikan resit untuk “claim”.
42. Cukup ke duit awak nak beli smua peralatan sebab kos dia ribu2..?
Sekiranya kosnya begitu tinggi, saya akan minta bantuan jabatan lain di bwh organisasi saya itu untuk menolong dan juga di samping itu kita kena beritahu pihak atasan tentang masalah ini dan juga cari jalan untuk menyelesaikan kekurangan itu..
43. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
Saya sanggup untuk menghadiri dan berusaha untuk mendapatkan jawatan ini juga membukti komitmen dan kesungguhan saya. Selain itu saya betul-‐betul berminat dengan jawatan ini dan sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat, adalah mustahil untuk saya berhenti dari pekerjaan ini. Bekerja di sektor kerajaan ini mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contoh dari segi elaun, kenaikan gaji juga pangkat serta peluang pinjaman pelajarn juga perumahan. Oleh itu saya berharap pihak Tuan tidak perlu risau saya akan keluar ke sektor swasta semula kerana tindakan itu bagi saya adalah lebih merugikan.
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
44. Sekiranya berlaku gejala rasuah di tempat kerja anda, apakah tindakan yang perlu dibuat jika berhadapan situasi sebegitu?
Pertama sekali saya akan melaporkan kepada pegawai atasan yang tidak terbabit dalam masalah itu. Untuk seterusnya, sekiranya tidak dapat atau sukar dibanteras, saya akan melaporkan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bagi menjalankan siasatan kerana saya juga tidak ingin bersubahat dengan mengembangbiaknya gejala seperti ni.
45.Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi, bagaimanakah anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada anda?
Apabila menghadapi situasi seperti ini, lagkah pertama ialah menegur mereka dengan lemah lembut dan sopan. Jika boleh saya tegur di kawasan yang menyenangkan seperti di restoran sambil membelanjanya minum. Saya akan bertanya sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah. Saya lebih suka menggunakan panggilan yang mesra kepada mereka yang mereka dan melayan mereka seperti sahabat-‐sahabat saya dan saya akan berbincang secara baik dengan mereka demi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja mereka. Secara tidak langsung, saya juga akan dihormati mereka.
46. Bagaimanakah tindakan anda dalam menangani stress ketika melakukan tugasan?
Salah satu cara ialah saya akan ke pantri. Kebiasaannya pantri disediakan di pejabat. Oleh itu saya akan memanfaatkannya dan minum secawan kopi di sana sebentar, ataupun meminumnya sambil membuat kerja atau juga saya akan merehatkan minda seketika. Saya jugaakan berhenti dan bertenang, mendengar lagu serta melakukan sedikit senaman ringan.
47. Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di jabatan ini?
Dalam masa dua minggu tersebut, saya akan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta berkenalan dengan rakan-‐rakan baru di tempat kerja dalam dua hingga tiga hari yang pertama. Seterusnya saya akan mengenal pasti susun atur tempat kerja seperti bilik mesyuarat serta segala yang berkaitan dengan tempat kerja. Saya
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
juga akan melihat file-‐file ataupun rekod-‐rekod lama, membaca prosedur-‐prosedur kerja, membuat nota serta bertanya kepada rakan-‐rakan yang lain berkenaan tugas dan cara melakukannya.
48. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
Sekiranya sesebuah projek itu gagal, ia akan menyebabkan sasaran yang dikehendaki tidak dapat dicapai. Selain itu ia juga menyebabkan perancangn yang lain atupun seterusnya tergugat. Perancangn masa menjadi gagal dan ini menyebabkan kurangnya produktiviti dan menyebabkan jatuhnya kredibiliti serta kurangnya kepercayaan.
49. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
Sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu sanggup bertugas di mana-‐mana tempat sekalipun mengikuti arahan yang diberikan. Saya akan menerima dengan hati terbuka dan merasakan bahawa khidmat saya sangat-‐sangat diperlukan di tempat atau bahagian lain dan saya begitu menghargainya. Setiap apa yang saya lakukan saya yakin pasti akan diilai sebagai amalan saya kelak dan saya yakin segala yang ditetapkan pasti mempunyai sebab dan hikmah. Sekiranya saya dipindahkan, pertamanya saya akan melawat tempat baru yang bakal saya beri khidmat tersebut, kemudian saya akan merancang perpindahan saya sama ada rumah, juga sekolah anak-‐anak saya di sampaing merancang pergerakan untuk pemindahan tersebut.
50. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh Kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Jadi, bagaimanakah anda buat untuk memperbaiki mutu penguasaan Bahasa Inggeris anda?
Ya, bahasa Inggeris amat penting dikuasai memandangkan ianya adalah bahasa utama dunia. Untuk mempertingkatkan penguasaan saya dalam ilmu ini, saya telah mengambil beberapa inisiatif. Pertama, saya selalu membaca akhbar berbahasa Inggeris di pagi hari. Walaupun banyak perkataan yang tidak saya fahami, saya
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan
merujuk kamus untuk mencari maknanya. Selain itu, saya juga telah membeli buku Grammer untuk memperbaiki penguasaan tatabahasa saya. Dan cara yang paling santai, saya menonton cerita filem berbahasa Inggeris yang memiliki sarikata bahasa Inggeris juga di bawahnya. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai sebutan dalam perbualan bahasa Inggeris.
Mahu Lebih Info Menarik?
Jom Follow Kami di Tim Infokerjaya... Fan Page : Tim Infokerjaya
Blog : www.RujukanKerjaya.com
50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan