50 strategi pemasaran Internet

18
Hakcipta Terpelihara © 2013 1 50 Strategi Pemasaran 50 Strategi Pemasaran: Volume #1

description

Internet Marketing

Transcript of 50 strategi pemasaran Internet

Page 1: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

1 50 Strategi Pemasaran

50 Strategi Pemasaran: Volume #1

Page 2: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

2 50 Strategi Pemasaran

Strategi “Nilai Tersembunyi” Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar bonus produk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka memahami bahawa hanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah mereka mengetahui nilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai bonus tersebut akan didedahkan sebaik sahaja mereka mendapatkan produk anda. Contoh ayat : “Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXX jika anda mendapatkan produk ini sekarang!” Strategi “Produk Habis Terjual” Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakin bahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lama dipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malah anda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan anggaran jangka masa bila produk anda akan habis dijual. Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggu sahaja…” Strategi “Serangan Bom” Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa anda tidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel mereka kepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasi mereka dimana mereka sering dibom dengan emel – emel promosi dan iklan. Ianya akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya mahu membantu mereka mengurangkan emel spam yang tidak berfaedah. Contoh ayat : “Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap hari anda diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..”

Page 3: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

3 50 Strategi Pemasaran

Strategi “Tiada Pemasangan” Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukan pemasangan apa – apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkan ramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian di komputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan kerja yang rumit. Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untuk menggunakan produk ini..” Strategi “Ubahsuai” Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk anda mengikut keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk anda sangat mudah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau keperluan mereka. Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluan anda dengan mudah..” Strategi “Penetapan” Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akan membuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulanan atau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalah sekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan mendapatkan servis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secara berulang – ulang setiap bulan. Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..” Strategi “Mereka Melakukannya”

Page 4: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

4 50 Strategi Pemasaran

Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yang telah mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan mereka sebagai sebuah kisah kejayaan para pelanggan anda atau letakkannya sebagai faedah produk di surat jualan anda. Letakkan juga sebagai testimonial. Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pula baru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yang ditunjukkan dalam ebook saya..” Strategi “Rakan JV Peribadi” Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda, mereka berpeluang mempromosikannya juga. Berikan pelanggan anda komisen yang tinggi berbanding affiliate anda yang lain. Sebagai galakan, beritahu mereka juga jumlah rakan – rakan JV anda dan jangan lupa nyatakan betapa besarnya reputasi rakan JV anda. Contoh ayat: “Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadi rakan JV istimewa saya dan menikmati komisen istimewa juga..” Strategi “Bayangkan” Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu prospek anda agar membayangkan faedah – faedah yang bakal mereka miliki jika mendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketika pertama kali melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akan membantu mereka membeli dari anda di lain hari walaupun tanpa melihat iklan anda. Contoh ayat: “Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan surat yang mengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanya duduk dirumah tanpa berpeluh..” Strategi “Lakukan Sendiri”

Page 5: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

5 50 Strategi Pemasaran

Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri untuk mendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampu melakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidak dapat melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda. Contoh ayat: “Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupah orang lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda boleh melakukannya sendiri..” Strategi “Tidak Mustahil” Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yang sesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk anda menyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkan produk anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru, bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya. Contoh ayat: “Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi, kerana ebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yang belum pernah didedahkan..” Strategi “Ketinggalan” Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan ketinggalan dari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan produk anda. Anda mungkin boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakan di media seperti TV, radio mahupun majalah. Contoh ayat: “Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertai program kami, adakah anda mahu ketinggalan?..” Strategi “Sangat Penting” Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting untuk

Page 6: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

6 50 Strategi Pemasaran

mereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak mereka akan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yang meninggalkan surat jualan anda tanpa membaca sepenuhnya. Contoh ayat: “Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk anda baca, kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..” Strategi “Tindakan Pertama” Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlu lakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkin membeli produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dan sebagainya. Anda juga boleh nyatakan, jika mereka gagal mengikutinya ianya akan menyebabkan mereka kerugian dari segi masa, wang, tenaga dan sebagainya. Contoh ayat: “Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum menikmati pemberian percuma ini ialah..” Strategi “Sedia Maklum” Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yang menyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yang diketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih ‘berkuasa’ kerana fakta tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum ini dan mereka mempercayainya. Contoh ayat: “Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yang mengandungi lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulah produk kami merupakan produk bebas lemak..” Strategi “Fungsi Yang Sama” Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama fungsi dan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya lebih murah.

Page 7: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

7 50 Strategi Pemasaran

Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurang mampu mendapatkan produk sedemikian namun sekarang mereka boleh mendapatkan produk yang sama fungsinya pada harga terendah (semestinya produk anda). Contoh ayat: “Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang sama kualitinya dan sama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi pada harga yang jauh lebih rendah..” Strategi “Senaraikan” Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan fizikal, berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara tidak langsung menanamkan minat terhadap produk anda. Contoh ayat: “Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamat anda untuk bulan ini..” Strategi “Kadang Kala” Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaan berubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuai dengan keadaan semasa. Orang ramai akan berminat dengan produk anda seandainya produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih murah, lebih pantas dan sebagainya. Contoh ayat: “Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kita dengan keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar anda boleh menggunakannya dimana – mana serta bila – bila masa sahaja..” Strategi “Tiada Aduan” Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda bahawa dengan menggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduan orang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduan

Page 8: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

8 50 Strategi Pemasaran

mengenai mereka. Contoh ayat: “Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenai bau badan yang kurang enak dengan menggunakan produk kami..” Strategi “Setiap Hari” Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari mereka lihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya kemungkinan satu topik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat dunia ataupun dikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan buktikan ianya benar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk anda. Contoh ayat: “Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaan alam sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda mendapatkan produk kami, anda telahpun menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih bersih..” Strategi “Mereka Tidak tahu” Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan mempunyai kelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda. Ayat contoh: “Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jika anda mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihan berbanding mereka..” Strategi “Perubahan” Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa yang mereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminat dengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang untuk mencapai matlamat.

Page 9: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

9 50 Strategi Pemasaran

Contoh ayat: “Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dan anda bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..” Strategi “Permulaan” Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa mereka adalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda. Mereka akan menyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah – faedah yang diperolehi dimana mereka menjadi orang terawal memilikinya. Contoh ayat: “Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan anda agar tidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..” Strategi “Belum Lagi” Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menari untuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh berikan pembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskan pembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis surat jualan anda, ada kemungkinan mereka kan membeli. Contoh ayat: “Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini, tetapi anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jadi teruskan bacaan anda dan saya pasti anda akan teruja..” Strategi “Pergi dan Rugi” Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harus bertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yang menganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa ianya serius dan bukan satu gimik. Contoh ayat: “Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan laman ini maka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lain hari..”

Page 10: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

10 50 Strategi Pemasaran

Strategi “Kejayaan Sebenar” Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu pemangkin atau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, anda memperkenalkan produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda juga boleh menyatakan bahawa ramai orang memiliki attitud yang betul tetapi tidak semuanya memiliki ‘tool’ yang betul untuk berjaya. Contoh ayat: “Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantung kepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami adalah tool terbaik untuk menjadi affiliater yang berjaya..” Strategi “Kuota” Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindak segera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuota adalah terhad. Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannya kepada ramai orang diluar sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhi dengan cepat. Dengan ini, prospek anda akan merasa bahawa mereka bukanlah orang terawal yang menerima informasi tersebut. Contoh ayat: “Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum ini saya telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum anda menerima emel pemberitahuan ini..” Strategi “Tiada Rekod” Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan kepada prospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda samada dalam bentuk audio atau video. Jika mereka tidak menghadirinya, mereka tidak akan tahu isi kandungan seminar anda. Boleh juga jika anda menyatakan bahawa rekod video atau audio anda menjadi produk berbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu mengeluarkan kos akan menghadiri seminar anda.

Page 11: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

11 50 Strategi Pemasaran

Contoh ayat: “Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar ini kerana seminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk video mahupun audio..” Strategi “Yuran Keahlian” Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk atau laman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa yuran telahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkan prospek anda berasa sangat gembira dengan kemudahan yang anda sediakan. Jika mereka gembira, mudahlah untuk anda mempromosikan produk. Contoh ayat: “Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk anda dan menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..” Strategi “Ingin Berbicara” Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih peribadi walaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca emel yang bersifat peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, dengan teknologi yang semakin canggih anda mungkin boleh mengajak mereka chat melalui YM atau Skype. Contoh ayat: “Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semoga perbincangan kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..” Strategi “Jual dan Untung” Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yang istimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantu memberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk anda secara besar – besaran.

Page 12: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

12 50 Strategi Pemasaran

Contoh ayat: “Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akan diberikan bonus hebat bernilai RM1000..” Strategi “Laman Keahlian Isitimewa” Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek anda bahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika mereka membeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian, berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberi penjimatan kepada mereka. Contoh ayat: “Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama 6 bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..” Strategi “Sudahkah Anda Memiliki” Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa mereka memerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produk anda. Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma atau bayaran minimum agar mereka boleh memanfaatkan produk anda sepenuhnya. Dengan ini, ia menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagi produk anda dimasa hadapan. Contoh ayat: “Sudahkah anda memiliki produk kami namun belum menggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimana produk ini akan membantu anda sepenuhnya..” Strategi “Baru dan Murah” Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yang terbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa, ramai juga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dan nyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan mereka.

Page 13: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

13 50 Strategi Pemasaran

Contoh ayat: “Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya pada harga terendah berbanding di tempat lain..” Strategi “Adakah Anda Bersedia?” Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan melancarkan produk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagi minat mereka terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua info mengenai produk anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannya sendiri. Contoh ayat: “Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagi revolusi perniagaan internet akan muncul..” Strategi “Terima Kasih” Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkan bahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan di luar sana. Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti anda sebagai penjual. Contoh ayat: “Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan termasuklah para subscribers yang menyokong pelancaran produk ini..” Strategi “Ceritakan Kepada Saya” Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikan testimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk atau mendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan mereka meletakkan link mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar mereka

Page 14: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

14 50 Strategi Pemasaran

mendapat publisiti juga. Hebahkan testimonial mereka di laman web, blog atau kumpulkannya di dalam sebuat repot atau ebook. Contoh ayat: “Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjak menggunakan produk kami..” Strategi “Bahagian ke – 2” Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca bahagian ke-2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian pertama mesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej yang anda ingin sampaikan. Ini membantu mereka yang tidak membaca mesej anda untuk berasa teruja kerana ianya seolah – olah satu misteri bagi mereka. Anda boleh letakkan salinan mesej pertama anda diakhir mesej ke – 2 anda sebagai rujukan. Contoh ayat: “Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertama dimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akan ditunjukkan satu persatu..” Strategi “Statistik” Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang terkini mengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat penting tak mahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka. Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu mereka. Contoh ayat: “Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawat sahaja membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu anda mengabaikan info ini demi kebaikan anda..” Strategi “Menyimpan Rahsia” Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telah menyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk sekian

Page 15: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

15 50 Strategi Pemasaran

lama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang sangat mengujakan, dan anda bersedia untuk melancarkannya serta anda tidak boleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri lagi. Jadi, mereka akan ingin tahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu bernilai sehingga anda sanggup merahsiakannya sekian lama. Contoh ayat: “Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri, namun akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui produk..” Strategi “Pernahkah Anda Dengar” Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak membaca mesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi dimasa hadapan. Semestinya orang ramai sangat menggemari informasi terbaru dan produk yang boleh mengubah hidup mereka. Contoh ayat: “Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini, atau anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan web ini sekarang..” Strategi “Salah Cetak” Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan tentang produk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar dan terbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahil dan ada kesilapan dalam penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegas bahawa ianya bukan kesilapan dari segi penulisan tetapi ianya benar. Contoh ayat: “Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalah benar belaka..” Strategi “Lebih Panjang” Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepada prospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebih

Page 16: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

16 50 Strategi Pemasaran

menjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang. Contohnya yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pula hanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika mereka ‘upgrade’ keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka akan membayar RM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak cepat dikalangan pospek anda. Contoh ayat: “Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatan RM20 berbanding menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..” Strategi “Pelancaran Rasmi” Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan produk anda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk membeli. Ini akan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpul wang dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan program affiliate, ini memudahkan para affiliater anda melakukan pra promosi. Ingatkan mereka, bahawa akan menghantar emel ketika pelancaran nanti. Contoh ayat: “3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..” Strategi “Saya Teruja” Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan jualan produk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa unit lagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang, semestinya mereka akan membuat keputusan dengan segera. Contoh ayat: “Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris, namun kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutup jualannya..” Strategi “Hubungi Saya” Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang anda

Page 17: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

17 50 Strategi Pemasaran

ingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap jemputan anda amat penting dan bermanfaat. Contoh ayat: “Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..” Strategi “Jika Anda Seperti Saya” Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga sama seperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi, nyatakan betapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlu bekerja keras. Contoh ayat: “Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagi menguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu anda..” Strategi “O.T.O” Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa anda menyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang kedua. Contoh ayat: “Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhad yang kami sediakan..” Strategi “Tidak Mempercayai” Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidak mempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama seperti mereka yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskan ketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpun menyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda tidak benar. Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti anda yang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhi wang setiap hari..”

Page 18: 50 strategi pemasaran Internet

Hakcipta Terpelihara © 2013

18 50 Strategi Pemasaran

Strategi “Pendekkan Waktu” Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan – bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannya bersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan gemar memilih idea yang memudahkan. Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampu menjadikannya 6 hari sahaja..”