50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

31
50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN Disunting oleh: Yang Seung-Yoon & Zaharani Ahmad 2011 HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES PRESS Seoul, Korea

Transcript of 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

Page 1: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

50 TAHUN HUBUNGAN

MALAYSIA-KOREA SELATAN

Disunting oleh:Yang Seung-Yoon & Zaharani Ahmad

2011HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES PRESS

Seoul, Korea

Page 2: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

003

Hankuk University of Foreign Studies Press270 Imun-dong, Dongdaemun-gu, Seoul 130-791 Hankuk University of Foreign Studies Press adalah sebuah jabatan di bawah Hankuk University of Foreign Studies. Ia membantu mengembangkan objektif Universiti bagi mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan, kesarjanaan dan pendidikan melalui penerbitan teks di Korea. ⓒ Hankuk University of Foreign Studies Press 2011 Pertama diterbitkan 2011 Tiada fotokopi tidak sah dibenarkan Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem perolehan semula atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Hankuk University of Foreign Studies, atau sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh undang-undang di Korea.Semua pertanyaan mengenai pengeluaran semula buku di luar skop ini perlu dikirim kepada, Hankuk University of Foreign Studies, di alamat di atas.Anda tidak dibenarkan mengedarkan buku ini dalam sebarang bentuk penjilidan atau kulit lain, dan anda mesti mengenakan syarat yang sama kepada sebarang pengambil.Mana-mana laman web yang disebut dalam penerbitan ini adalah di dalam domain awam dan alamat yang disediakan oleh Hankuk University of Foreign Studies hanya untuk maklumat sahaja. Pihak Hankuk University of Foreign Studies menafikan sebarang tanggungjawab bagi kandungannya.

ISBN 978-89-7464-699-8 93910 \20,000

Dicetak di Korea

Page 3: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

003

Kandungan

Prolog

························································· Yang Seung-Yoon & Zaharani Ahmad 05

Hubungan Diplomatik Malaysia-Korea Selatan: Dari Antikomunisme ke Ekonomi dan Politik Antarabangsa··························································································· Yang Seung-Yoon 19

A Partner for Co-Prosperity: Malaysia-South Korea Relations in the 21st Century

································································································ Park Jae-Bong 37

The Political Aspect of Malaysia-South Korea Relations and Look East Policy

···························································································· Lee Kyung-Chan 53

Kerjasama Ekonomi Malaysia-Korea Selatan: Kaedah Memperkembangkan Hubungan Dua Hala

······························································································ Sohn Seung-Ho 81

Komoditi Budaya: Pengalaman Malaysia dan Korea Selatan

·············································································· Nor Hashimah Jalaluddin 111

BAB 1

BAB 2

BAB 3

BAB 4

BAB 5

Page 4: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

004 005

Hallyu di Malaysia dan Ombak Malaysia di Korea Selatan

·························································································· Lim Kim Hui 137

Hubungan Sosiobudaya Malaysia-Korea Selatan: Perkembangan dan Hala Tuju

···················································································· Kim Keum-Hyun 165

Hubungan Malaysia-Korea Selatan dalam Konteks Perubahan Sosiobudaya

··························································································· Lim Pay Loo 185

Pengajian Melayu di Korea Selatan: Perkembangan dan Pencapaiannya

····················································································· Zaharani Ahmad 211

Perkembangan Pengajian Korea di Malaysia: Masalah dan Cabaran

························································································· Min Seon-Hee 247

Remaja Korea Mengikuti Sistem Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian Kepuasan

··························································································· Kim Yoo-Mi 267

Kesan Industri Pelancongan di Malaysia dan Korea Selatan··································································································· Kim Yoo-Mi 291

Epilog

························································· Zaharani Ahmad & Yang Seung-Yoon 311

BAB 6

BAB 7

BAB 8

BAB 9

BAB 10

BAB 11

BAB 12

Page 5: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

004 005

2011

HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES PRESS

Seoul, Korea

Prolog

Pendahuluan: Saling Berkunjungan

Tahun 2010 adalah ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan diplomatik antara Republik Korea Selatan dengan Malaysia setelah memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani sepenuhnya pada 23 Februari 1960. Berdasarkan MoU itu, Kedutaan Besar Republik Korea Selatan didirikan di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1962, dan kemudian Kedutaan Besar Malaysia secara rasminya dibuka di Seoul pada bulan Mei 1964. Encik Choi Hong-Hee diangkat menjadi Duta Besar Korea Selatan yang pertama dari April 1962 hingga November 1964, manakala Dato’ Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof dilantik sebagai Duta Besar Malaysia yang pertama dari Mei 1964 hingga Mei 1967.

Sempena menyambut u lang tahun ke-50 hubungan rasmi kenegaraan antara Korea-Malaysia tersebut, Jabatan Telekomunikasi dan Pos Republik Korea dan Pos Malaysia bersama-sama menerbitkan dua jenis setem khas yang berjumlah sebanyak 1.5 juta keping pada 23 Februari 2010, dengan kedua-dua pihak memilih harimau Korea dan harimau Malaya sebagai

Page 6: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

006 007

simbolnya. Pada tarikh yang sama, Encik Namkoong Min, Pengarah Jabatan Telekomunikasi dan Pos Republik Korea telah menyampaikan setem peringatan itu kepada Dato’ Ramlan bin Ibrahim, Duta Besar Malaysia, di Seoul, Korea.

Serangkaian upacara peringatan bagi meraikan jalinan kenegaraan yang ke-50 Malaysia-Korea terus-menerus diadakan di sepanjang tahun 2010 dan 2011 sama ada di peringkat pemerintah mahupun di peringkat masyarakat umum dan swasta. Pemimpin kedua-dua negara juga saling kunjung-mengunjungi. Presiden Republik Korea, Lee Myung-Bak melakukan kunjungan hormat selama 2 hari, iaitu dari 9 hingga 10 Disember 2010, dan beliau disambut meriah oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Dato’ Seri Najib kemudiannya berkunjung pula ke Korea atas undangan Presiden Lee pada 4hb. April 2011. Kunjungan balas tersebut dilakukan hanya dalam tempoh waktu empat bulan kemudian. Dato’ Seri Najib yang dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada bulan April 2009 pernah turut hadir dalam Persidangan Khas ASEAN Peringkat Tertinggi di Pulau Jeju, Korea pada bulan Jun 2009 yang lalu. Kemudian, atas undangan Presiden Lee Myung-Bak, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Malaysia juga telah berkunjung ke Korea pada 20 Julai 2011.

Dalam sidang kemuncak antara Korea dan Malaysia, di Putrajaya, Malaysia pada 10 Disember 2010, di samping meraikan ulang tahun ke-50 hubungan kenegaraan, kedua-dua pemimpin negara turut menyampaikan rasa penghargaan atas kejayaan yang telah dicapai serta mengharapkan perkembangan masa depan yang lebih maju. Dalam sidang tersebut juga Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib bersama-sama menilai bahawa ‘Dasar Pandang ke Timur’ dan ‘Dasar Inisiatif Asia Baharu’ Korea Selatan sudah berhasil mewujudkan hubungan kenegaraan Korea-Malaysia yang

Page 7: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

006 007

lebih kukuh. Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib bertuju bahawa hubungan kenegaraan Malaysia-Korea sedang bersama-sama menuju ke zaman kemakmuran bersama. Kedua-dua pemimpin negara itu bersepakat perlunya kunjungan kenegaraan yang berterusan antara pemimpin kedua-dua negara. Dalam pertemuan di Putrajaya, pemimpin kedua-dua negara, Korea dan Malaysia bersetuju untuk terus berkerjasama dengan lebih akrab dalam pelbagai bidang seperti yang berikut:

Kerjasama Politik dan Keselamatan

Pemimpin kedua-dua negara bersama-sama menyedari bahawa perlunya kunjung-mengunjungi untuk memajukan hubungan bilateral. Untuk itu, kedua-dua pemimpin negara bersetuju melancarkan program tukar-menukar menteri, anggota Parlimen dan tokoh-tokoh sosial yang lainnya. Kerjasama dalam bidang pertahanan antara Korea-Malaysia juga dipersetujui akan terus diperkukuhkan.

Kerjasama Ekonomi

Pemimpin negara Korea dan Malaysia bersetuju bahawa kerjasama ekonomi yang sudah lama berlangsung telah memberikan sumbangan besar dalam memperkukuhkan hubungan kenegaraan. Presiden Lee menghargai dasar liberalisasi ekonomi Dato’ Seri Najib yang bertujuan menuju ke arah negara maju pada 2020 yang akan datang. Manakala Dato’ Seri Najib menghargai meningkatnya volum penanaman modal Korea di Malaysia. Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib bersepakat agar usaha mempereratkan hubungan kerjasama bilateral dalam pelbagai

Page 8: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

008 009

bidang ekonomi diteruskan di samping mencari cara yang lebih berkesan bagi kedua-dua pihak, termasuk cara menyetujui FTA (Free Trade Area). Kerjasama bilateral untuk menghasilkan minyak bumi dan gas semula jadi oleh Petronas Malaysia dan Korea juga turut disepakati.

Kerjasama Ilmu Pengetahuan dan Teknologi

Pemimpin kedua-dua negara bersetuju bahawa organisasi dan perusahaan swasta kedua-dua negara dapat menyebarluaskan wadah untuk bekerjasama dalam bidang teknologi baru, seperti teknologi hijau, tenaga bio, telekomunikasi dan sebagainya. Dalam hal itu, Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib menyambut baik persetujuan MoU yang ditandatangani antara Jabatan Pengetahuan dan Ekonomi Korea dengan Jabatan Tenaga, Teknologi Hijau dan Sumber Alam Malaysia pada bulan September 2010.

Pemimpin negara Korea-Malaysia juga bersetuju bahawa tenaga nuklear adalah sumber tenaga yang berfungsi besar. Dalam hal itu, Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib turut memerhatikan penandatanganan MoU antara badan-badan penyelidikan nuklear di Korea dan di Malaysia dan bersepakat bahawa kedua-dua negara akan terus bekerjasama untuk menggunakan tenaga nuklear secara selamat.

Kerjasama Kebudayaan dan Pendidikan

Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib menilai tinggi ‘Dasar Pandang ke Timur’ Malaysia dalam mengembangkan tenaga kerja Malaysia melalui latihan dan kerjasama akademik bersama Korea. Kedua-duanya menyambut baik usaha daripada kedua-

Page 9: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

008 009

dua pemerintah untuk mempertingkatkan kerjasama bilateral dalam bidang kejuruteraan nuklear, robot, tenaga hijau, teknologi nano, tenaga bio dan sebagainya. Kedua-dua pemimpin negara turut menyedari pentingnya kerjasama dalam bidang pendidikan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan di kedua-dua buah negara diharapkan akan terus meningkatkan kerjasama bersama dengan badan pemerintah dan institusi pengajian tinggi di negara masing-masing. Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib bersama-sama memusatkan perhatian pada penubuhan Kursi Pengajian Melayu oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea.

Kerjasama Regional dan Antarabangsa

Presiden Lee dan Dato’ Seri Najib bersepakat bahawa berdasarkan komunikasi bersama Jawatankuasa Keselamatan PBB dan Rundingan Enam Negara (Six-Party Talks) (Korea Utara, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, China, dan Jepun) bertarikh 19 September 2005, Korea Utara seharusnya mengakhiri semua program pengembangan tenaga nuklearnya dan menghentikan segala kegiatan yang berkaitan dengan senjata nuklear. Pemimpin kedua-dua negara menjelaskan bahawa keputusan PBB itu penting dilaksanakan segera oleh pihak Korea Utara. Selanjutnya pemimpin Korea dan Malaysia mengkritik keras serangan Korea Utara ke atas pulau Yeonpyeong, di Barat Laut, Korea dengan alasan kelakuan yang tidak adil itu bertentangan dengan objektif PBB dan memperburukkan lagi suasana di Semenanjung Korea.

Dato’ Seri Najib dan Presiden Lee juga bersama-sama menghargai hubungan persahabatan strategik antara Korea Selatan dengan 10 negara anggota ASEAN yang ditandatangani di Hanoi

Page 10: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

010 011

pada 29 Oktober 2010. Kedua-dua pemimpin negara bersepakat bahawa hubungan persahabatan strategik tersebut pasti bermanfaat kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan semua negara di wilayah Asia-Pasifik. Peranan yang perlu dimainkan dalam Sidang Kemuncak Asia Timur adalah kedua-dua negara akan terus bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat antarabangsa bagi menangani pelbagai masalah antarabangsa seperti perubahan iklim, antikeganasan, sistem kewangan antarabangsa, keselamatan nuklear dan sebagainya.

Akhirnya kedua-dua pemimpin negara menyambut baik tiga perjanjian antara Malaysia-Korea sempena ulang tahun ke-50 penjalinan hubungan kenegaraan, iaitu Persetujuan Menangani Jenayah Bersama antara Malaysia-Korea, Penandatanganan Kerjasama Ilmu Pengetahuan dan Teknologi antara sesama Jabatan Pemerintahan Korea dan Malaysia, dan Penandatanganan Kerjasama antara Syarikat Pengawalan Tenaga Korea dan Syarikat Teknologi Bio Malaysia.

Wawancara the Star dengan Presiden Lee dan Chosun Ilbo dengan Dr. Mahathir

Dengan kenyataan yang berjudul “Sangat diharapkan kaitan kenegaraan kuat antara Korea-Malaysia” bertarikh 10 Disember 2010, Presiden Lee Myung-Bak telah diwawancara oleh harian The Star Malaysia melalui surat bertulis. Rasa cinta Presiden Lee kepada Malaysia bermula pada usianya masih 30-an lagi, iaitu ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Pembinaan Hyundai Korea dan mengikuti projek pembinaan Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5 kilometer yang memakan waktu 6 tahun, iaitu antara tahun 1980 hingga 1985. Pada saat itu, Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan

Page 11: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

010 011

‘Dasar Pandang ke Timur’. Presiden Lee sejak saat itu berasa yakin bahawa Malaysia merupakan sebuah negara terkehadapan di wilayah Asia Tenggara yang dipersiapkan dengan daya saing yang kuat sebagai negara yang dilengkapi dengan sistem pemerintahan yang baik dalam semua peringkat. Dalam kesempatan wawancara itu, Presiden Lee menghargai isi ucapan Dato’ Seri Najib pada September 2010 di PBB bahawa kegiatan masyarakat global oleh orang-orang neutral akan menyelamatkan dunia. Untuk mewujudkan dunia yang lebih adil, aman dan sejahtera itu, menurut Dato’ Seri Najib, semua pihak diminta bersepakat untuk menjadi suatu kuasa yang kuat dan berkemampuan tinggi.

Presiden Lee berasa bahagia kerana hubungan Malaysia-Korea semakin cepat meningkat dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang ekonomi. Menurut beliau, volum perdagangan antara kedua-dua negara pada tahun 2010 melebihi 16 ribu juta dolar Amerika. Kecenderungan itu akan diteruskan sehingga kedua-dua negara bersama-sama dapat menggali dan mengembangkan pasaran ke-3 di arena antarabangsa. Presiden Lee menitikberatkan kemampuan besar Malaysia dalam bidang industri minyak dan gas asli, serta kekuatan kewangan Malaysia dan bergabung bersama dengan kemampuan pembangunan projek raksaksa Korea. Selanjutnya beliau menjelaskan, sumber tenaga bio yang dimiliki oleh Malaysia dan teknologi hijau yang dimiliki Korea pasti akan membawa hasil yang sangat memuaskan kepada kedua-dua belah pihak. Bagi menjayakan matlamat ini, Presiden Lee mengharapkan hubungan tukar-menukar sumber tenaga manusia baik di peringkat pemerintah mahupun di peringkat swasta, khususnya dalam bidang kebudayaan dan pendidikan dapat dipertingkatkan.

Presiden Lee berasa bangga atas kejayaan gemilang ketika menyelenggarakan Sidang Kemuncak G20 Seoul pada bulan November 2010 di Seoul, Korea. Beliau mengakui bahawa walaupun semua negara anggota G20 bersepakat untuk mengatasi

Page 12: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

018 019

mengandungi 12 bab selain daripada prolog sebagai pendahuluan dan epilog sebagai penutup. Antara aspek perhubungan yang dibincangkan merangkumi hubungan diplomatik, politik, ekonomi, pendidikan, pelancungan, dan sosiobudaya. Sebelum buku ini diterbitkan, satu perbincangan meja bulat yang bertemakan ‘50 Tahun Hubungan Malaysia-Korea Selatan’ telah diadakan pada 28 September 2011. Sebanyak 12 kertas kerja telah dibincangkan, dan kertas-kertas ini kemudiannya disunting untuk diterbitkan dalam bentuk bab dalam buku, seperti yang ada sekarang. Buku ini tidak mungkin dapat dihasilkan tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Justeru, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, DRB-HICOM Berhad, Hankuk University of Foreign Studies, dan para penulis yang telah menyumbangkan artikel mereka untuk dimuatkan ke dalam buku ini.

Dalam bahasa Korea terdapat kata istimewa, iaitu ‘banbaegnyeon’ atau ‘bansegi’ yang bererti setengah abad, yang menjelaskan bahawa 50 tahun itu merupakan suatu tempoh waktu yang cukup panjang. Dan mulai saat ini ada 50 tahun lagi untuk menuju ke-100 tahun. Buku 『50 Tahun Hubungan Malaysia-Korea Selatan』 ini diharapkan akan menjadi tanda dan bukti nyata bagi mengisytiharkan 50 tahun kewujudan hubungan kenegaraan yang penting antara Malaysia-Korea Selatan dan Korea Selatan-Malaysia.

Profesor Dr. Yang Seung-YoonHankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea

Profesor Dr. Zaharani AhmadUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Page 13: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

018 019

50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

Hubungan Diplomatik Korea Selatan-Malaysia:Dari Antikomunisme ke Ekonomi dan Politik Antarabangsa

YANG SEUNG-YOON

BAB 1

Pengenalan: Latar Belakang Hubungan Kenegaraan Korea Selatan-Malaysia

Korea Selatan dan Malaysia mulai menjalinkan hubungan diplomatik sepenuhnya sejak tahun 1960. Pada awal pembinaan hubungan tersebut, pemerintah Korea Selatan merupakan pemerintahan antikomunisme, sementara Malaysia juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain berdasarkan semangat antikomunisme. Setelah kedua-dua negara itu mulai menjalinkan persahabatan tersebut, Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menjadi tokoh terpenting memainkan peranan signifikan dalam sejarah hubungan diplomatik antara kedua-dua negara berkenaan.

Melalui jalinan hubungan diplomatik tersebut, Korea Selatan dan Malaysia bersepakat untuk menghalang daripada tersebarluasnya kuku komunis di kawasan Asia Tenggara dan Asia Timur. Sebagai tindakannya, Tunku Abdul Rahman melakukan kunjungan kenegaraan ke Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Korea (Korea Selatan) untuk menemui pemimpin kedua-dua buah

Page 14: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

020 021

negara tersebut dalam sidang kemuncak. Pada saat itu Presiden Korea Selatan, Park Chung-Hee berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membentuk Majlis Asia-Pasifik (ASPAC: Asia-Pacific Council). Majlis Asia-Pasifik yang bertolak daripada dasar antikomunisme itu memainkan peranannya sebagai jambatan penting dalam menghubungkan Korea Selatan dan Malaysia. Di samping itu, oleh sebab Korea Selatan dan Malaysia pada waktu itu sedang diancam fahaman komunisme, kedua-dua negara mudah memperkuatkan persahabatannya.

Pada tahun 1950-an, Malaysia di bawah kepemimpinan Tunku Abdul Rahman dan Korea Selatan di bawah pemerintahan Presiden Rhee Syngman mengalami serangan dan ancaman pihak komunis. Pihak komunis, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM) menentang penubuhan Persekutuan Malaya. Tingkat kekerasan pemberontakan itu tidak terlalu tinggi dan dapat diistilahkan sebagai pemberontakan bersenjata sahaja. Manakala pada waktu itu, pemerintahan Rhee Syngman di Korea Selatan mengalami Perang Korea pada tahun 1950. Berbanding dengan pemberontakan PKM di Semenanjung Tanah Melayu, dampak Perang Korea sudah tentu jauh lebih serius. Perang Korea berlangsung selama tiga setengah tahun sehingga Julai 1953, dengan jutaan tentera dan orang awam yang terkorban dan tercedera. Korea pada ketika itu mengalami kehancuran yang menyeluruh. Sementara itu, Malaysia turut kehilangan kira-kira 20 ribu orang termasuk pasukan tentera, pihak PKM, dan masyarakat awam. Sejak saat itu, timbul rasa saling tidak percaya dan ketegangan antara kaum China yang terlibat dalam PKM dengan orang Melayu, khususnya yang menjadi tentera. Halangan-halangan ini menjadi antara faktor yang menyulitkan kesepakatan dan kesatuan bangsa Malaysia. Oleh sebab itu, bagi Tunku Abdul Rahman, hal ini merupakan tugas utama yang harus diselesaikan. Keadaan seperti itulah menjadi faktor pendorong Tunku untuk mulai berminat menjalin hubungan

Page 15: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

020 021

diplomatik dengan pemerintah Korea di bawah Rhee Syngman pada tahun 1950-an dan pemerintahan Park Chung-Hee pada tahun 1960-an.

Sama halnya dengan Korea, Malaysia juga sangat terpengaruh dengan ketertiban politik antarabangsa yang banyak ditentukan oleh kuasa-kuasa besar di dunia, dan keadaan itu menjadi dasar atau realiti urusan diplomatik Malaysia. Malaysia tidak ada banyak pilihan lain, melainkan mengubah dasarnya sesuai dengan perubahan persekitaran politik antarabangsa. Dalam politik antarabangsa, ketegangan ideologi dan konfrontasi politik meletus antara Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China (RRC) yang berideologi sosialis-komunis pada sebelah pihak dengan Amerika Syarikat yang berideologi demokrasi di sebelah pihak yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa Tunku Abdul Rahman mengikuti aliran Dunia Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.

Mendiang Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson yang mengambil alih jawatan daripada John F. Kennedy yang terbunuh memperkuatkan lagi keikutsertaan Amerika Syarikat dalam permasalahan keselamatan Benua Asia termasuk persoalan Indochina. Presiden Johnson mengusulkan Resolusi Teluk Tonkin (Gulf of Tonkin Resolution) pada tahun 1964 di Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat. Setelah itu, pasukan Amerika Syarikat mulai bertindak secara aktif dalam peperangan Vietnam. Pada saat itu, pihak Amerika Syarikat sedang serius membincangkan keselamatan di kawasan Asia Tenggara dengan Tunku Abdul Rahman dan Park Chung-Hee melalui William P. Bundy, Setiausaha di bahagian Asia-Pasifik, Kementerian Luar Negerinya. Pemerintahan Tunku Abdul Rahman mengikuti aliran liberalisme dengan adanya kebenaran daripada pihak Inggeris melalui persetujuan AMDA (Anglo-Malaya/Malaysia Defence Agreement). Hal ini disebabkan Inggeris pernah menjajah Malaysia dan Malaysia sangat bergantung kepada Inggeris dalam

Page 16: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

022 023

bidang pertahanan dan urusan diplomatik.Korea Selatan mengikuti aliran antikomunisme dengan

bergabung dengan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Pertahanan-Bersama, sedangkan Malaysia juga bersepakat dengan Inggeris dalam segala urusan pertahanan dan keselamatan. Dengan kata lain, Korea Selatan dan Malaysia bersatu menetapkan Dasar Pertahanan Bersama yang dipimpin oleh negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom dengan mengikuti ideologi antikomunisme serta meneruskan hubungan kerjasama dengan mereka secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini dapat diketahui secara jelas daripada dokumen-dokumen termasuk isi pidato yang disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman dalam kunjungannya ke Korea pada April 1965.

Perjanjian AMDA dan perjanjian antara Korea Selatan dengan Amerika Syarikat dikategorikan sebagai sistem keselamatan bawahan dalam aliran liberalisme. Badan-badan yang mengikuti aliran antikomunisme ini antara lain adalah NATO (North Atlantic Treaty Organization), CENTO (Central Treaty Organization), dan SEATO (Southeast Asian Treaty Organization). Malaysia tidak bergabung dengan salah satu badan keselamatan tersebut, iaitu SEATO, kerana SEATO mempunyai wadah strategik yang mirip dengan urusan pertahanan dan keselamatan dalam Perjanjian Pertahanan dengan Inggeris.

Setelah Tunku Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau mengunjungi Republik Vietnam (Vietnam Selatan). Sejak 1964, Vietnam mengalami peperangan secara lebih serius. Pada tahun 1975, Republik Vietnam Demokratik (Vietnam Utara) menjajah Republik Vietnam dan peperangan Vietnam ke-2 pun berakhir. Pada saat itu, Korea Selatan dan Malaysia bersepakat agar Vietnam tidak terserap dengan fahaman komunisme. Pemerintahan Korea Selatan yang dipimpin oleh Presiden Park Chung-Hee memutuskan untuk ikut serta dalam Perang Vietnam

Page 17: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

022 023

kerana adanya perjanjian kerjasama dengan Amerika Syarikat. Dengan keputusan tersebut, Korea Selatan buat kali pertama sejak merdeka mengirim pasukan tentera keluar untuk ikut berperang. Tunku Abdul Rahman melakukan lawatan ke Korea Selatan pada tahun 1975. Kunjungan Perdana Menteri Malaysia itu tidak pernah dilakukan sebelumnya. Sebagai balasan, Presiden Korea Selatan Park Chung-Hee pula berkunjung ke Malaysia secara rasmi pada Februari 1976. Dengan demikian, Korea Selatan dan Malaysia bekerjasama bagi tujuan melawan komunisme.

Salah satu tindakan nyata yang menunjukkan persahabatan yang erat antara kedua-dua negara dapat dilihat apabila Korea Selatan menugaskan para pegawai tingginya yang berkemampuan dan berprestasi tinggi ke Malaysia, dan pihak Malaysia pula mengirimkan para duta besar ke Korea Selatan sebagaimana yang tergambar pada Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah.

Jadual 1. Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia

Tempoh Memegang Jawatan Urutan Nama

April 1962 - Nov.1964 Pertama Choi Hong-Hee

Nov. 1964 - Okt. 1967 Ke-2 Choi Kyu-Ha *mantan Presiden Republik Korea

Okt.1967 - Okt.1971 Ke-3 Gal Hong-Ki

Okt. 1971 - Feb.1975 Ke-4 Kim Seong-Yong

Feb.1975 - Mei 1979 Ke-5 Jeon Sang-Jin

Mei 1979 - Mac 1983 Ke-6 Choi Ho-Jong *mantan Menteri Luar Negeri

Mac 1983 - Dis.1986 Ke-7 Shim Ki-Cheol

Dis.1986 - Feb.1990 Ke-8 Sohn Jang-Rae

Mac 1990 - Feb.1992 Ke-9 Hong Soon-Young *mantan Menteri Luar Negeri

April 1990 - Mac 1995 Ke-10 Lee Sang-Gu

Mac 1995 - Sept.1997 Ke-11 Chung Gyeong-Il

Okt.1997 - Ogos 2000 Ke-12 Lee Byung-Ho

Page 18: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

024 025

Ogos 2000 - Ogos 2003 Ke-13 Lee Young-Min

Ogos 2003 - Sept. 2005 Ke-14 Lee Young-Jun

Sept. 2005 - Ogos 2007 Ke-15 Sohn Sang-Ha

Ogos 2007 - Ogos 2010 Ke-16 Yang Bong-Ryull

Sept.2010 - hingga sekarang Ke-17 Lee Yong-Joon

Jadual 2. Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan

Tempoh Memegang Jawatan Urutan Nama

Mei 1964 - Mei 1967 Pertama Dato’ Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof

Dis.1967 - Jul.1968 Ke-2 Bahadun bin Haji Hassan

Feb.1969 - Mac 1970 Ke-3 Hashim bin Sultan

Sept.1970 - Okt.1974 Ke-4 Toh Chor Keat

Nov.1974 - Ogos 1978 Ke-5 John Denis De Silva

Jul.1979 - Dis.1981 Ke-6 Noor Adlan bin Yahyauddin

Jul.1982 - Mei.1986 Ke-7 Abdul Majid bin Mohamed

Mei.1986 - Jul.1989 Ke-8 Anthorny Yeo Keat Seng

Jul.1989 - Dis.1991 Ke-9 Nik Mohamed bin Mik Hassan

Mei 1992 - Dis.1995 Ke-10 Syed Ariff Fadzillah

Mac 1993 - Mei 1998 Ke-11 Dato’ Omardin Datuk Seri Abd. Wahab

Mei 1998 - Jun 2003 Ke-12 Vyramuthu Yoogalingam

Ogos 2003 - Jun 2008 Ke-13 Dato’ Santhananaban

Mac 2009 - sekarang Ke-14 Dato’ Ramlan bin Ibrahim

Selain itu, pada sidang kemuncak Korea Selatan dan Malaysia, kedua-dua negara mengutamakan agenda keadaan politik Asia Tenggara termasuk Vietnam. Nampaknya, pemerintahan Tunku Abdul Rahman sangat mementingkan dasar diplomatik. Hal ini terbukti berdasarkan jumlah pertukaran kunjungan di antara pihak Malaysia dengan Korea Selatan. Dengan kata lain, semakin sering kedua-dua belah pihak mengadakan pertemuan, maka semakin

Page 19: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

024 025

erat hubungan kenegaraan kedua-dua negara. Kesepakatan dan kerjasama Malaysia dan Korea Selatan itu dinyatakan pula dalam kandungan pernyataan bersama pada tahun 1966 di Malaysia. Pernyataan tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua negara mengambil tindakan bersama-sama untuk menyelesaikan permasalahan Vietnam, dan mempunyai harapan besar bagi mempereratkan hubungan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Kandungan pernyataan tersebut adalah seperti berikut:

1) Kedua-dua negara bersetuju memelihara kebebasan, keadilan, keselamatan, dan kedamaian di kawasan Asia berdasarkan kesepakatan bersama.

2) Kedua-dua negara berpendapat bahawa keselamatan dan kedamaian Vietnam berpengaruh dalam menjamin ketenangan di seluruh kawasan Asia, dan mendukung masyarakat Vietnam agar mereka dapat memperoleh kebebasan.

3) Kedua-dua negara akan mempercepatkan kerjasama dalam bidang teknologi dan membentuk badan kerjasama untuk tujuan itu, serta saling menugaskan delegasi perdagangan dan meningkatkan jumlah konferensi ekonomi di antara pegawai-pegawai tinggi.

4) Kedua-dua negara bersetuju membuat perjanj ian pengangkutan udara swasta dengan tujuan membuka jalur udara di antara Kuala Lumpur dan Seoul.

5) Kedua-dua negara berkerjasama dalam membiayai pertukaran pelajaran dan ilmuwan kerana bersependapat tentang perlunya peningkatan pertukaran budaya dan keperluan masing-masing negara melalui hal tersebut.

6) Kedua-dua negara mengadakan pertemuan peringkat t inggi termasuk konferensi pegawai t inggi untuk bekerjasama dalam bidang keselamatan, ekonomi dan kebudayaan.

Page 20: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

044 045

reports to an East Asian Study Group of senior officials to provide possible recommendations on create measures. Since then progress toward regional economic cooperation through the APT scheme has been made with each of the meetings of the APT heads of government. With the advent of APT, East Asian regionalism is clearly an evolving and rapidly developing process (Stubbs 2002; Yu 2004).5

However, there are some hurdles in the development of the APT. Bilateral trade tensions are inevitable among East Asian countries due to lack of complementarity and cooperation. Territorial disputes among member countries such as Spratley Islands are also detrimental to the progress of the APT. The competition or rivalry between regional superpowers such as China and Japan for a leadership position also hampers the further development of the APT. Now what East Asian countries needs is management, not revising visions. East Asian countries should launch a new East Asian regional management effort with a reinforced the APT leading the way.

In such a situation, Malaysia and Korea may play an important role in managing those difficulties and hurdles of the APT. Malaysia and Korea would exert influence to the power abuses of the super powers in the APT and manage conflicts among member countries. For this end, two countries should establish a firm solidarity in politics and economy. It means that two countries have a strategic importance for one to another.

In terms of bilateral relations, Korea may not be as attractive and important an economic partner for Malaysia to consider as China and Japan, but an expanded market for its exports and an added investment opportunity for its burgeoning industrialists should always be encouraged. Moreover, the level of Korea’s

5 See Stubbs (2002) for the detailed development of East Asian Regionalism.

Page 21: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

044 045

industrial technology is appropriate, if not ideal, for Malaysia to adopt and emulate. Finally, Korea can also be a good substitute or an alternative when Malaysia deals with China and Japan in regarding to regional trade and security.

More importantly, two countries are regarded as the middle power in East Asian region and the leaders of two countries have greatly contributed to the vitalizing the APT. This background could help two countries in meditating conflicts and fostering negotiations among member countries. As the prospects for reconciliation in the rivalry between China and Japan seems dim in the near future, the role of the Korea-Malaysia (or ASEAN) relationship can be all the more important. Without historical animosity and political threat, Korea can be a benign partner for co-prosperity for Malaysia. With a firm solidarity, two countries may function as a buffer zone to manage regional conflicts and boost cooperation in East Asia.

ASEAN Plus Three Summit in 2010

Page 22: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

046 047

Co-prosperity through Green Growth Cooperation

Climate change and global warming become buzzwords in the 21st century in the world. Resolving environmental problem is a new challenge that requires concerted global effort. This effort can provide a golden opportunity for fostering bilateral cooperation to countries such as Malaysia and Korea. In fact, Malaysia and Korea share hopes and visions for mutually beneficial cooperation in ‘green growth through green technology.’ With this cooperation, two countries may take mutual environmental and economic benefits in the future.

Korea has launched a more pronounced initiative in advancing ‘green growth and green technology.’ After his inauguration, Korean President Lee Myung-Bak has put up a new national development vision called ‘Low-Carbon and Green-Growth Policy’, which is to set pro-environmental industries with green technology as a new growth engine of the future. This initiative is designated to devise an alternative for energy supply from fossil fuels to green energy in Korea. During the rapid economic growth in Korea, there were many achievements but also made some mistakes. One resonant example was Korea’s over-reliance on fossil fuels such as petrol, natural gas and coal. Korea have imported more than 97 per cent of its energy needs from abroad and in the past, many thought this was inevitable. However, Korea is now making bold investments into developing new sources of clean energy in order to contribute to resolve global warming problem and sustain Korean industries globally competitive. More importantly, with climate change accelerating at such an alarming rate, Koreans can no longer ignore global environmental degradation. This is why Korea’s new vision for the future, which is called the ‘Low Carbon Green Growth’ initiative, calls for more investment into developing new and renewable energies. It seeks

Page 23: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

046 047

to create high-quality jobs and ensure a better way of life. On the other hand, Malaysia has been concentrating on

developing renewable energy and bio-technology. Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak launched the ‘Malaysian Green Technology Policy’ that is designed to develop green technology as a new engine of economic growth of Malaysia (Razak 2009). It is certain that the policy offers enormous opportunities and immense potential in economic regeneration, innovation and wealth creation in Malaysia. With the abundant of natural resources for renewable energy such as palm and other agriculture products, Malaysia posses many advantages in developing green growth strategy. Palm industry in Malaysia is a prime target of most Korean firms’ investment because Malaysia is the biggest producer and exporter of palm oil after Indonesia. Korean government and firms begin to pay attention to the high potential of Southeast Asian countries including Malaysia for promoting cooperation in new and renewable energy industry as the future cooperation sector.

Table 1. World Palm Oil Production in 2009

Indonesia 49%

Malaysia 37%

Thailand 4%

Others 6%

Nigeria 2%Columbia 2%

Page 24: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

320 321

Ini tidak dapat dielakkan kerana bidang ilmu hari ini bersifat multidisiplin yang saling berkait antara satu sama lain. Misalnya, dalam membincangkan perkembangan ekonomi, penulis terpaksa melibatkan aspek politik, pendidikan dan sosiobudaya kerana semuanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Begitu juga dalam menghuraikan aspek sosiobudaya, penulis juga terpaksa menyentuh bidang politik, ekonomi dan pendidikan atas alasan dan pewajaran yang sama. Justeru, pengkategorian di atas dilakukan hanya untuk memberi fokus dan memudahkan kita membuat rumusan dan penilaian sahaja.

Tempoh 50 tahun telahpun berlalu dan kini menjadi sejarah. Pengalaman dan pencapaian silam bukan sekadar dikumpul untuk dijadikan kenangan, tetapi perlu diteliti dan dinilai untuk dibuat penambahbaikan bagi menghadapi 50 tahun yang bakal mendatang. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan’. Harapan kita semoga hubungan antara Malaysia dan Korea Selatan akan terus akrab dan berkekalan, dan sambutan ulang tahun ke-100 nanti akan membuahkan hasil yang lebih gemilang dan membanggakan.

Profesor Dr. Zaharani Ahmad Profesor Dr. Yang Seung-Yoon

Seoul, KoreaNovember 2011

Page 25: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

320 321

2011

HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES PRESS

Seoul, Korea

Latar Belakang Penulis

Kim Keum-Hyun yang berasal dari Seoul, Korea merupakan seorang sarjana dalam bidang sosiobudaya Melayu yang mengaplikasikan pendekatan antropologi-budaya dalam penyelidikannya. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Hankuk University of Foreign Studies, Korea dan melanjutkan pelajarannya di Malaysia pada tahun 1991. Kim Keum-Hyun dikurniakan ijazah sarjana sastera dengan tesis berjudul ‘Konsep Jadi Orang dalam Masyarakat Melayu’ dan doktor falsafah (Ph.D) dengan tesis bertajuk ‘Konflik Nilai Sosial di Kalangan Pekerja Melayu dalam Syarikat Multinasional Korea di Malaysia’ oleh Universiti Malaya. Bidang pengkhususannya ialah pemikiran Melayu, nilai-nilai Melayu, budaya syarikat Melayu, ekonomi Melayu, perubahan sosial Melayu dan perbandingan silang budaya dan sebagainya. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.([email protected])

Kim Yoo-Mi berasal dari Seoul, Korea dan mula mengambil jurusan pengajian Melayu pada tahun 2006. Kim Yoo-Mi

Page 26: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

322 323

kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) dan dianugerahkan ijazah sarjana pada tahun 2009 dengan tesis bertajuk ‘The General Election in 2008: A Watershed in the Political History of Malaysia’. Yoo-Mi kini adalah calon doktor falsafah (Ph.D) dalam jurusan Hubungan Antarabangsa, di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), Sedang bekerja sebagai Researcher di Korea Institute for International Economic Policy (KIEP), Korea. ([email protected])

Lee Kyung-Chan dilahirkan pada tahun 1961 di Chuncheon, Korea. Beliau mula mengambil jurusan pengajian Melayu pada tahun 1980. Selepas tamat pengajian, beliau menceburi bidang korporat dan bekerja di KEPCO (Korea Electric Power Cooperation). Selepas bekerja di KEPCO selama empat tahun, beliau kembali melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya di bawah tajaan biasiswa nasional Korea pada tahun 1995. Beliau melanjutkan pengajiannya di Hankuk University of Foreign Studies dan dikurniakan ijazah Ph.D pada 2006 dengan disertasi bertajuk ‘Malaysia’s Foreign Policy toward the U.S. under the Mahathir Administration and Malaysia-U.S. Relations’. Bidang penyelidikan beliau ialah politik dan dasar luar negara Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Youngsan University pada tahun 1997, dan dinaikkan ke pangkat Profesor Madya pada 2002 dan seterusnya menjadi Timbalan Presiden bidang Hubungan Antarbangsa dan Kerjasama pada tahun 2008. ([email protected])

Lim Kim Hui dilahirkan di Ayer Hitam, Kedah. Beliau menyiapkan ijazah doktor falsafahnya di Universitaet Hamburg, Jerman dengan biasiswa penuh selama tiga tahun (1999-2002) daripada Deutscher Akademischer Austauchdienst (DAAD). Lim

Page 27: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

322 323

pernah menghasilkan beberapa buah buku, antaranya Kembara Fikir di Tanah Senja (antologi puisi, 2007), Globalisasi, Media dan Budaya: Antara Hegemoni Barat dengan Kebangkitan Asia (bersama Har Wai Mun, 2007), Pemikiran Retorik Barat: Sebuah Pengantar Sejarah (2007) dan Seni Pemikiran Kritis: Suatu Pendekatan Logik Tak Formal (2009). Beliau pernah bertugas sebagai seorang pensyarah dan felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, Lim merupakan professor pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan. ([email protected])

Lim Pay Loo merupakan seorang bekas pelajar Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Lim kemudiannya menerima biasiswa kerajaan Korea Selatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian pasca ijazah iaitu Master’s dan Ph.D di Graduate School of International Studies, Seoul National University. Lim menamatkan pengajian Master’s in Korean Studies pada tahun 2006 bersama disertasinya dalam bahasa Korea bertajuk “1970년대 초 한국 경제정책 변화가

대학교육에 미친 영향: 서울대학교를 중심으로”(Changes in Korean Economic Policy and Effects on Post Secondary Education Policy in the Early 1970s with a focus on Seoul National University). Setelah lebih 2 tahun menceburi bidang korporat, Lim kemudiannya kembali dan mula mengikuti kursus program Ph.D di Seoul National University pada tahun 2009. Lim kini adalah calon doktor falsafah (Ph.D) dalam jurusan International Studies (Korean Studies) di Graduate School of International Studies, Seoul National University. ([email protected])

Min Seon-Hee berasal dari Ulsan, Korea. Min mula mengambil jurusan pengurusan di universiti pada tahun 2002 dan tamat pengajian pada tahun 2006. Selepas itu, Min mengambil jurusan

Page 28: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

324 325

linguistik untuk program pascasiswazah di Universitas Gadjah Mada pada tahun 2007 hingga 2009. Sambil mendalami bahasa Indonesia, Min mula menunjukkan minat terhadap pengajaran bahasa Korea kepada penutur asing sambil meneliti ‘Kesalahan berbahasa Korea oleh penutur asli bahasa Indonesa’. Min kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Hankuk University of Foreign Studies untuk program pendidikan bahasa Korea sebagai bahasa asing. Min Seonhee pernah mengajar di Universiti Youngsan di Busan selama satu semester dan kini bekerja secara sambilan, di Radio Korea Internasional, KBS. ([email protected])

Nor Hashimah Jalaluddin anak kelahiran Johor adalah seorang profesor di Program Linguistik, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang semantik dan pragmatik. Beliau telah mengajar lebih daripada 20 tahun di UKM. Beliau telah menjalankan 18 penyelidikan yang dibiaya oleh dana dalam dan luar negara. Bidang kajian beliau adalah antar-muka semantik, pragmatik dan tatabahasa, leksikografi, linguistik korpus, bahasa dan pemikiran. Beliau telah menerbitkan 16 buah buku, dan lebih 70 artikel dalam jurnal, bab dalam buku, dan pascasidang. Antara buku yang menjadi buku teks di universiti di Malaysia, ialah Asas Fonetik (ulang cetak ke 3 - 2007), Bahasa Perniagaan: Analisis Semantik dan Pragmatik (ulang cetak ke 2 - 2007) dan buku Asas Leksikografi dan Leksikologi (2008). Beliau pernah berpeluang untuk membuat penelitian ringkas dan mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa asing di La Trobe University, Melbourne (2008). Pada masa yang sama, beliau juga adalah pakar rujuk bahasa Melayu kepada Kementerian Pelajaran, Singapura selama 2 tahun, iaitu dari tahun 2008 hingga 2010. Pencapaian terbaik beliau adalah apabila dianugerahkan sebagai ahli akademik terbilang menerusi ‘Citra Cemerlang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan’

Page 29: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

324 325

2008. ([email protected])

Park Jae-Bong berasal dari Icheon, Gyeonggi. Beliau memperolehi kedua-dua ijazah sarjana muda dan sarjana di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea berjurusan dalam bahasa Melayu-Indonesia. Selain i tu, Park Jae-Bong juga memperolehi Master dari Australian National University dan Ph.D dari University of New South Wales, Australia. Beliau pernah menghasilkan beberapa tulisan jurnal dan bab dalam buku mengenai politik dan ekonomi Indonesia serta hubungan antarabangsa ASEAN. Beliau kini bekerja di Pusat Kajian Asia Tenggara, Hankuk University of Foreign Studies. ([email protected])

Sohn Seung-Ho berasal dari Seoul, terkenal sebagai pakar dalam ekonomi Korea di Asia Tenggara. Beliau mula mengambil jurusan ekonomi di Universiti Dongguk, kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat master di Yonsei University sementara Ph.D. dalam jurusan ‘Ekonomi di Rantau Asia Tenggara’ di Graduate School of International Area Studies, Hankuk University of Foreign Studies. Sohn memperolehi Ph.D pada tahun 2008. Beliau mula bekerja dengan EXIM Bank Korea pada tahun 1991 dan pernah mengikuti program khusus dalam bidang pengurusan di Universiti di bandar Ho Chi Minh dan kemudiannya di Universiti Hanoi Vietnam dari tahun 1994 hingga 1995. Beliau juga pernah bertugas sebagai Timbalan Pengarah Export-Import Bank of Vietnam pada tahun 1999-2001. Kini Sohn bertanggungjawab sebagai ketua kepada badan yang menjalankan penyelidikan dalam ekonomi antarabangsa rantau Asia di bawah Exim Bank Korea. Pada tahun 2010, beliau mula mengajar di Universiti di mana beliau mendapat Ph.Dnya. ([email protected])

Page 30: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

326

Yang Seung-Yoon berasal dari Daejeon, Korea. Beliau mula mengambil jurusan pengajian Melayu pada tahun 1966. Selepas tamat pengajian, beliau menceburi bidang korporat dan bekerja di Syarikat Hyundai Korea. Selepas beberapa tahun bekerja dengan Syarikat Hyundai, beliau kembali melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di tempat beliau mengajar sejak tahun 1979. Profesor Yang memiliki dua ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains politik, iaitu dari Kyungnam University, Korea dan Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia dengan disertasi bertajuk ‘Dinamika Hubungan Korea Selatan-Indonesia (1966-2000): Kajian Tentang Saling Ketergantungan’. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai professor penuh di HUFS, dan kemudiannya dijemput sebagai profesor pelawat di Universitas Gadjah Mada Indonesia sebanyak tiga kali. ([email protected])

Zaharani Ahmad dilahirkan di Batu Gajah, Perak, Malaysia. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya (1983), ijazah sarjana dari University of Hawaii at Manoa, USA (1988), dan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari University of Essex, UK (1998). Beliau merupakan sarjana linguistik yang mengkhusus dalam bidang fonologi dan morfologi. Beliau telah banyak menghasilkan buku dan makalah yang berkaitan dengan dua bidang ini. Antara buku beliau yang dikenali umum ialah The Phonology & Morphology of the Perak Dialect (1991), Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan (1993), Phonology-Morphology Interface in Malay: An Optimality Theoretic Account (2005), Fonologi Autosegmental: Penerapannya Pada Bahasa Melayu (2006), Pembentukan Kata Ganda Separa Bahasa Melayu (2007) dan Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu (2008). Beliau kini adalah Penyandang Kursi Pengajian Melayu, di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea. ([email protected])

Page 31: 50 TAHUN HUBUNGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN

326