51-269-1-PB.pdf

download 51-269-1-PB.pdf

of 10

Transcript of 51-269-1-PB.pdf

  • JPASPEX (2014) 2(2), 01-10 http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817

    Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential Fitnessgram Junaidy Mohamad Hashim & 2Norlena Salamudin 1 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim, 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Abstract Kajian ini bertujuan untuk membina norma ujian kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan komponen kesihatan pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s). Dua tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk membina norma ujian kecergasan fizikal pengadil-pengadil, memastikan sama ada terdapatnya perbezaan kecergasan antara peringkat umur dari segi tahap komponen Daya Tahan Kardiovaskular, Daya Tahan Otot, Kekuatan Otot, Fleksibiliti dan Indeks Jisim Tubuh. Sampel kajian adalah seramai 39 orang pengadil yang akan mengadili perlawanan pada Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) yang terdiri daripada peringkat umur antara 20 tahun hingga 45 tahun. Bateri ujian Prudential FITNESSGRAM yang dikeluarkan oleh Cooper Institute for Aerobic Research (1992) iaitu PACER 20 meter multistage, push up, curl up, trunk lift dan body mass index (bmi) telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis deskriptif menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecergasan fizikal setiap komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan pada setiap peringkat umur. Dapatan ini juga diharap dapat membantu Jawatankuasa Kepengadilan Kejohanan untuk memastikan pengadil yang bertugas memiliki tahap kecergasan yang tinggi bagi mengelakkan mereka membuat keputusan yang boleh menimbulkan ketegangan pemain dan pegawai semasa perlawanan berlangsung. Juga memberi kesedaran kepada para pengadil pentingnya tahap kecergasan fizikal yang baik kerana mampu memberi kesan yang positif kepada mutu kepengadilan yang lebih efektif, berkualiti dan berkesan. Keywords: Norma rujukan, Kecergasan fizikal, Prudential FITNESSGRAM.

    Pengenalan Sukan ragbi adalah salah satu sukan yang lasak dan memerlukan prestasi kecergasan fizikal dan motor serta kemahiran spesifik sukan yang baik bergantung kepada posisi yang dimainkan (Van der Merwe, 1989). Sepanjang perlawanan dijalankan, pemain akan terdedah dengan perlanggaran fizikal, tindakan agresif dan kekasaran sama ada sengaja atau tidak sengaja semasa perebutan bola, ketika menyerang mahupun ketika bertahan (Gissane et al. 2001). Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan di bahagian otot atau tulang (Gabbett, 2004). Bagi tujuan mengawal kekasaran dan tindakan agresif yang melampau hingga menyebabkan kecederaan

    yang serius dalam permainan ragbi, permainan akan dikawal selia oleh seorang pengadil permainan di bahagian tengah padang dan dua orang pembantu pengadil di bahagian kanan dan kiri garisan padang yang dikenali sebagai touch judge namun begitu apabila membuat keputusan, bergantung kepada penilaian dan keberanian diri sendiri. Pengadil dalam padang yang memegang wisel mempunyai peranan paling besar bagi menentukan kelancaran perlawanan (Mellick et al., 2005). Insiden yang biasa berlaku adalah unik dan sekelip mata. Sama ada dari dalam atau luar padang, mereka yang menyaksikan insiden itu mempunyai pelbagai sudut pandangan dan semua percanggahan pendapat dan ketidakpastian itu memerlukan pengadil bertindak agar keadilan diperoleh oleh pemain dan penonton supaya perlawanan dapat diteruskan. Pengadil perlawanan akan bertindak mengawal permainan dengan adil dan saksama dalam usaha menjadikan permainan berjalan lancar dan bagi mengelakkan kekasaran yang tidak sepatutnya berlaku dalam permainan. Oleh itu, bagi mencapai mutu kepengadilan yang sempurna, seseorang pengadil harus mempunyai kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan pemain, menguasai undang-undang dan peraturan permainan serta tahap kecergasan fizikal yang baik. Pengadil diharap mampu mempamerkan prestasi persembahan yang tinggi tanpa mengira umur dan taraf pertandingan yang mereka adili (Chuskelly, 2006). Kajian oleh pengkaji lepas telah membuktikan bahawa komunikasi antara pengadil dan pemain adalah penting dalam memastikan kelancaran perlawanan. Simmon (2007), mengemukakan dan telah mengenalpasti tiga metacharacteristics yang saling berkaitan dengan diri pengadil yang mempengaruhi persepsi pemain tentang keadilan. Para pemain melihat keadilan apabila mereka percaya pengadil mahir untuk menilai dan membuat keputusan, boleh diharap dibawah pelbagai tekanan perlawanan dan menghormati serta bertanggungjawab terhadap pemain. Dapatan kajian juga mendapati, pemain-pemain sangat sensitif terhadap ketiga-tiga kualiti tersebut dan setengah pemaparan aksi verbal dan nonverbal seperti pakaian, kemarahan, penjelasan, pendengaran dan usia pengadil boleh membawa pengaruh yang kuat kepada persepsi permain terhadap keadilan pengadil. Kajian juga mendedahkan keputusan pengadil antaranya dipengaruhi oleh bunyi bising daripada

    Research article

    1

  • Junaidy Mohamad Hashim. & Norlena Salamudin Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential

    penonton di luar padang (Balmer et al., 2007), konteks permainan tersebut (Mascarenhas et al., 2005) dan psikologi pengadil yang berkait rapat dengan pengalaman lepas (Boyko et al., 2007) dan ada juga bias pengadil yang meletakkan pasukan tertentu dalam keadaan kesukaan (favourite) dan tertekan (underdog) (Bar Eli et al., 2006) ataupun menyebelahi kumpulan yang mempunyai kelompok yang mempunyai persamaaan (Mohr dan Larsen, 1998). Keadaan fizikal padang sama ada dinamik atau buruk turut mempengaruhi corak serta rentak permainan dan ini semestinya memerlukan pengalaman dan kemahiran tinggi daripada pengadil untuk mengawal situasi dan menenangkan pemain-pemain tetapi tiada satu pun kajian mengenai tahap kecergasan fizikal pengadil yang juga merupakan faktor penyumbang kepada pemutusan keputusan yang tepat dalam sesuatu insiden. Di Malaysia kajian mengenai kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berasaskan motor terhadap pemain ragbi telah banyak dijalankan tetapi belum ada lagi kajian yang bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal berasaskan komponen kesihatan pengadil ragbi sebelum mengadili sesuatu perlawanan semasa sesuatu kejohanan atau pertandingan berlangsung. Kejayaan kajian oleh Dr. Nizam Nazaruddin (2013), seorang pensyarah Sains Sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mencipta alat Polar Personal Trainer RC3 GPS dengan menggunakan teknologi pengesan nadi dan kadar larian telah berjaya membantu meningkatkan mutu kualiti kepengadilan ragbi di samping membantu memantau tahap kecergasan fizikal dan kesihatan seseorang pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan. Alat tersebut yang bertujuan untuk membandingkan kadar nadi rehat dan jarak yang diliputi oleh seseorang pengadil ragbi dalam sesuatu perlawanan, namun begitu keputusan tahap kecergasan fizikal pengadil hanya akan yang diketahui selepas seseorang pengadil itu selesai mengadili sesuatu perlawanan sahaja. Wilbur J. Kraak, Dawie D.J. Malan And Pieter H. Van Den Berg (2011) juga pernah menjalankan kajian yang sama untuk pengadil Kejohanan National Club Rugby Championship (NCRC) dengan persetujuan South African Rugby Referee Association (SARRA). Berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh penyelidik kerana kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kecergasan fizikal berasaskan komponen kesihatan seseorang pengadil sebelum mengadili perlawanan pada sesuatu kejohanan bagi memastikan seseorang pengadil itu mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tahap kesihatan yang memuaskan sebelum menjalankan tugas. Dalam permainan ragbi kategori senior, sesuatu perlawanan akan mengambil masa selama 80 minit di mana ia memerlukan seseorang pengadil yang mengadili perlawanan tersebut mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti pemain. Hal ini kerana pengadil ragbi perlu berada di mana kedudukan bola untuk membuat keputusan yang tepat demi memastikan perlawanan berjalan lancar kerana dalam permainan ragbi pengadil perlu memutuskan hukuman yang berbeza pada setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemain, Oleh itu, tahap kecergasan fizikal seseorang pengadil yang mengadili

    permainan ragbi adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian yang serius. Menurut Corbin dan Lindsey (1994), kecergasan fizikal merupakan kecergasan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan. Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi sebelas komponen yang dapat memberi sumbangan kepada kualiti hidup secara total dan dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan, menikmati riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan. Secara amnya kecergasan fizikal adalah bergantung kepada setiap komponen senaman, permakanan dan corak hidup yang aktif. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan berlandaskan kesihatan terdiri daripada komponen kecergasan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti (kelembutan) dan komposisi tubuh badan manakala kecergasan berlandaskan perlakuan motor terdiri daripada komponen kecergasan kelajuan, ketangkasan, kuasa, imbangan, koordinasi dan masa tindak balas (Taib Harun & Norlena Salamuddin, 2007; Morrow, 2005; Ahmad Hashim, 2004; Baurmgartner & Jackson, 2002; Corbin & Lindsey, 1988; Fall, 1980). Dalam konteks kajian ini, penyelidik menyatakan kecergasan fizikal berasaskan komponen kesihatan sebagai instrumen ujian untuk menguji tahap kecergasan fizikal pemain ragbi dan penyelidik mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai kebolehan individu berkeupayan untuk bergerak cergas, berkeupayaan bergerak balas sewaktu kecemasan tanpa ada rasa letih dan lesu. Selain itu, kecergasan fizikal dapat mengukur tahap kesihatan setiap individu supaya dapat mengenalpasti dan mengelakkan daripada berlaku masalah kesihatan ketika di dalam padang. Secara spesifiknya, kecergasan fizikal berasaskan kesihatan sebagai kecergasan yang melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu dalam membantu melindungi kita daripada masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, otot, obesiti dan masalah mental-emosi (Taib Harun, 2007). Pernyataan masalah Seringkali kedengaran pengadil ragbi berlaku tidak adil dan mengambil keputusan yang tidak sewajarnya sewaktu permainan berlangsung. Konflik memang sukar dielakkan dalam mana-mana perlawanan kerana masing-masing mensasarkan kemenangan dan tekanan yang dihasilkan ini menyebabkan pemain cenderung berasa mereka dilayan dengan tidak adil meskipun adakalanya pemain sendiri menyedari mereka sendiri yang melakukan kesalahan. Beberapa kajian di Australia (ASC, 2004) dan kajian oleh Wolfson dan Neave (2007), mendedahkan ketidakmatangan pengadil telah menimbulkan pelbagai krisis di padang sewaktu perlawanan berlangsung seperti pemain bertindak agresif, pergaduhan sesama pemain dan pemain mencabar pengadil. Menurut Veermunt dan Steensma (2005), terdapat alasan kukuh untuk

    2

  • JPASPEX (2014) 2(2), 01-10 http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817

    menyatakan ketidakadilan meningkatkan tekanan dan keadilan mengurangkan tekanan dalam sesuatu situasi.

    Salah satu perkara yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah kerana tahap kecergasan pengadil yang rendah. Pengadil yang mengadili sesuatu perlawanan tidak dapat mengikuti rentak permainan pemain-pemain yang memiliki tahap kecergasan yang tinggi. Pengadil tidak dapat berada pada posisi di mana bola berada tetapi hanya dapat memerhati daripada jauh, dan apabila berlaku situasi seperti kesalahan dari segi peraturan permainan dan kekasaran yang tidak dibenarkan, pengadil tidak dapat memutuskan hukuman yang sewajarnya. Hal ini pasti akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kecewa dalam kalangan pemain, pegawai pasukan dan juga penonton. Kemungkinan daripada keputusan pengadil ini, situasi akan menjadi lebih tegang dan kritikal hingga berlarutan ke luar padang dan cenderung kepada tindakan agresif dan di luar kawalan.

    Bagi mengelakkan situasi tersebut terus berlaku, penyelidik mengambil inisiatif dan tindakan proaktif untuk menjalankan kajian ini bagi mengukur sejauh mana tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan para pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan dalam kejohanan pada edisi kali ini. Kajian ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengadil-pengadil supaya dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan fizikal mereka dalam menjalankan tugas sebagai pengadil. Hal ini penting kerana dapat membentuk pengadil ragbi yang dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif dan berkesan, serta dapat memutuskan keputusan dengan tepat pada setiap situasi yang berlaku dalam permainan. Pengadil yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi juga akan mengadili perlawanan dengan lebih yakin dan bersemangat serta dapat mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan di dalam padang.

    Kepentingan kajian

    Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam membantu pihak tertentu dalam meningkatkan prestasi pengadil ragbi dalam aspek kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. Antara sumbangannya ialah :

    1. Dapat membantu pengadil-pengadil ragbi mengetahui tahap sebenar kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mereka. 2. Dapat membina norma prestasi kecergasan untuk pengadil ragbi di Malaysia berdasarkan bateri ujian ke-cergasan fizikal berasaskan kesihatan Prudential FITNESSGRAM. 3. Dapat membantu Jawatankuasa Kepengadilan pada setiap kejohanan membuat penilaian prestasi kecergasan fizikal pengadil berdasarkan norma yang dibina.

    4. Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada peng-kaji akan datang untuk membuat kajian berkaitan dengan kecergasan fizikal pengadil-pengadil dalam permainan lain.

    Objektif Kajian

    Kajian mengenai tahap kecergasan fizikal pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) dijalankan berdasarkan kepada bateri ujian The Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) & prosedur ujian The Prudential FITNESSGRAM (Baumgartner & Jackson, 1999), adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:

    1. Menentukan prestasi skor ujian kecergasan fizikal dalam FITNESSGRAM boleh disesuaikan sebagai alat mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh SBP (SBP 10s) berdasar-kan peringkat umur. 2. Menentukan skor ujian Daya Tahan Kardiovaskular pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 3. Menentukan skor ujian Daya Tahan Otot pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 4. Menentukan skor ujian Kekuatan Otot pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 5. Menentukan skor ujian Fleksibiliti pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 6. Menentukan skor ujian Komposisi Tubuh Badan pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur.

    Persoalan Kajian 1. Melihat sejauhmanakah kesesuaian bateri ujian The Prudential FITNESSGRAM digunakan untuk menguji kecergasan fizikal berasaskan kesihatan pengadil-pengadil ragbi Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh SBP (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 2. Melihat sejauhmanakah prestasi skor ujian Daya Tahan Kardiovaskular pengadil-pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 3. Melihat sejauhmanakah prestasi skor ujian Daya Tahan Otot pengadil-pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah

    3

  • Junaidy Mohamad Hashim. & Norlena Salamudin Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential

    Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 4. Melihat sejauhmanakah prestasi skor ujian Kekuatan Otot pengadil-pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 5. Melihatat sejauhmanakah prestasi skor ujian Fleksibiliti pengadil-pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. 6. Melihat sejauhmanakah prestasi skor ujian Komposisi Tubuh Badan pengadil-pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) berdasarkan peringkat umur. Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimen ex-post facto berbentuk experimental ex-post facto, yang paling ringkas tetapi mempunyai kesahan dalaman yang tinggi (Chua Yan Piaw, 2006 dan Thomas dan Nelson, 1996). Sesuai untuk mengkaji pembolehubah tidak bersandar atribut kerana pembolehubah yang telah sedia wujud sebelum sesuatu kajian dijalankan (Mohd. Majid, 1990).

    Rekabentuk ini juga bersifat kajian rentas (cross-sectional study) dan penyelidik hanya perlu menjalankan ujian sekali sahaja melalui pasca ujian (post test) dan cara ini memudahkan proses pengumpulan data daripada jumlah sampel yang besar dan sesuai diuji keatas subjek lelaki dan perempuan pelbagai peringkat umur.(Golding, Meyers & Sining,1989).

    Populasi dan Sampel Kajian Persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah atau random sampling iaitu setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian. (Chua Yan Piaw, 2006). Populasi sasaran bagi kajian ini ialah kumpulan pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan pada Kejohanan Ragbi SekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) pada edisi kali ini. Instrumen Kajian

    Tahap kecergasan fizikal diukur berdasarkan ujian kecergasan fizikal yang diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) dan prosedur pengukuran yang dikemaskini oleh Baumgartner dan Jackson (1999). Penyelidik telah memilih 5 jenis ujian yang mana setiap ujian tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan (r) yang tingggi iaitu: (i) Ujian PACER Multistage Shuttle Run (r =0.93) (ii) Ujian Push Up(r = 0.99) (iii) Ujian Curl-Up (r=0.86) dan (iv) Ujian Trunk Lift (r=0.98), dan (v) (Indeks Jisim Tubuh Badan (r=0.98). Dapatan kajian Dapatan-dapatan kajian di bentangkan di Jadual 1 -11.

    Jadual 1: Taburan Sampel Pengadil Kejohanan Ragbi Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP 10s) Mengikut Peringkat Umur

    Peringkat Umur

    Jumlah

    Peratus

    20-25 3 6.38

    26-30 8 17.02

    31-35 6 12.77

    36-40 10 21.28

    40-45 12 25.53

    45-50 8 6.38

    Jumlah

    47

    100

    Perbincangan, kesimpulan dan cadangan Kajian norma prestasi kecergasan fizikal Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s) ini telah dianalisis secara stastistik diskriptif iaitu berdasarkan min dan sisihan piawai bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dibina oleh penyelidik. Norma yang dibentuk ini adalah berdasarkan skor mentah yang diperolehi daripada 47 orang Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s).

    Bagi peringkat umur pula, Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s) adalah berumur antara 20 hingga 50 tahun. Pecahan lengkap menunjukkan peringkat umur guru 20-25 (3 orang ), 26-30 tahun (8 orang), 31-35 (6 orang), 36-40 tahun (6 orang) dan 41-45 (12 orang).

    Kesimpulannya, penyelidik telah berjaya menghasilkan satu norma rujukan yang lebih piawai, tekal, sesuai dan tepat dari segi prosedur pengujian, pengukuran dan penilaian dengan menggunakan bateri ujian yang sesuai bagi setiap komponen ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan untuk Pengadil Kejohanan Ragbi. Dapatan kajian ini disokong oleh kenyataan Baumgartner dan Jackson (1999) iaitu proses penilaian akan menjadi lebih bermakna dan berkesan jika prosedur penilaian yang disediakan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan ke atas sampel.

    Berdasarkan dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya ujian kecergasan fizikal dan norma rujukan ini dapat dijadikan panduan dan diguna pakai untuk mengukur kecergasan fizikal pengadil-pengadil ragbi atau permainan-permainan lain bagi meningkatkan mutu kepengadilan agar lebih efektif, berkualiti dan berkesan. Juga sebagai rujukan untuk pengkaji-pengkaji akan datang.

    4

  • JPASPEX (2014) 2(2), 01-10 http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817

    Jadual 2: Analisis Statistik Deskriptif Skor Min dan Sisihan Piawai Kajian Peringkat Umur 20-25 Tahun Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur 20-25 Tahun

    Ujian Kecergasan

    N

    Min

    Sisihan Piawai

    PACER 3 45.03 2.90

    Curl Up 3 45.33 4.72

    Push Up 3 43.00 2.64

    Trunk Lift 3 45.33 1.15

    Indek Jisim Tubuh 3 26.26 2.88

    Jadual 3:Analisis Statistik Deskriptif Skor Min dan Sisihan Piawai Kajian Peringkat Umur 26-30 Tahun Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur 26-30 Tahun

    Ujian Kecergasan

    N

    Min

    Sisihan Piawai

    PACER 8 45.48 3.39

    Curl Up 8 46.62 4.83

    Push Up 8 44.12 2.99

    Trunk Lift 8 54.12 4.18

    Indek Jisim Tubuh 8 25.60 1.09

    Jadual 4 Analisis Statistik Deskriptif Skor Min dan Sisihan Piawai Kajian Peringkat Umur 31-35 Tahun Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur 31-35 Tahun

    Ujian Kecergasan

    N

    Min

    Sisihan Piawai

    PACER 6 46.43 3.07

    Curl Up 6 48.16 5.11

    Push Up 6 45.33 3.88

    Trunk Lift 6 46.50 10.72

    Indek Jisim Tubuh 6 26.60 1.37

    5

  • Junaidy Mohamad Hashim. & Norlena Salamudin Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential

    Jadual 5:Analisis Statistik Deskriptif Skor Min dan Sisihan Piawai Kajian Peringkat Umur 36-40 Tahun Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur 36-40 Tahun

    Ujian Kecergasan

    N

    Min

    Sisihan Piawai

    PACER 10 42.12 5.82

    Curl Up 10 48.00 5.18

    Push Up 10 45.20 2.61

    Trunk Lift 10 45.50 6,15

    Indek Jisim Tubuh 10 26.65 1.52

    Jadual 6: Analisis Statistik Deskriptif Skor Min dan Sisihan Piawai Kajian Peringkat Umur 41-45 Tahun Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur 41-45 Tahun

    Ujian Kecergasan

    N

    Min

    Sisihan Piawai

    PACER 12 44.79 4.77

    Curl Up 12 45.16 3.85

    Push Up 12 41.58 4.29

    Trunk Lift 12 47.66 9.10

    Indek Jisim Tubuh 12 26.47 1.72

    Jadual 7: Norma Skor Mentah Ujian PACER Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Cemerlang 49.39 50.59 51.05 50.52 52.00

    Sangat baik 46.4 9- 49.38 47.19 50.58 47.98 51.04 45.04 50.51 47.18 51.99

    Baik 43.58 46.48 43.78 47.18 44.89 47.97 39.21 45.03 42.39 47.17

    Sederhana 40.68 43.57 40.38 43.77 41.82 44.88 33.72 39.20 37.59 42.38

    lemah 40.67 40.37 41.81 33.71 37.58

    6

  • JPASPEX (2014) 2(2), 01-10 http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817

    Jadual 7.1:Peratus Pencapaian Ujian PACER Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap

    20-25

    26-30

    31-35

    36-40

    41-45

    Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Cemerlang 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Sangat baik 1 33.3 4 50 3 50 3 30 3 25

    Baik 1 33.3 1 12.5 2 33.3 5 50 8 67

    Sederhana 1 33.3 3 37.5 0 0 0 0 0

    Lemah 0 0 0 0 1 17 2 20 1 8

    Jumlah 3 100 8 100 6 100 10 100 12 100

    Jadual 8: Norma Skor Mentah Ujian Curl Up Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Cemerlang 52.42 53.87 55.87 55.81 50.97

    Sangat baik 47.70 52.41 48.33 53.86 50.77 55.86 50.61 55.80 47.10 50.96

    Baik 42.97 47.69 44.20 48.32 45.56 50.76 45.40 50.60 43.23 47.09

    Sederhana 38.25 42.96 39.38 44.19 40.46 45.55 40.20 45.39 39.36 43.22

    Lemah 38.24 39.37 40.45 40.19 38.35

    Jadual 8.1: Peratus Pencapaian Ujian curl up Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap

    20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

    Cemerlang 0 0 0 0 0 0 0 0 1 8.3.3

    Sangat baik 1 33.3 4 50 2 33 4 40 3 25

    Baik 1 33.3 2 25 3 50 4 40 4 33

    Sederhana 1 33.3 1 12.5 0 0 1 10 3 25

    Lemah 0 0 1 12.5 1 17 1 10 1 8.3

    Jumlah 3 100 8 100 6 100 10 100 12 100

    7

  • Junaidy Mohamad Hashim. & Norlena Salamudin Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential

    Jadual 9: Norma Skor Mentah Ujian push up Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Cemerlang 46.97 48.63 51.16 49.12 48.02

    Sangat baik 44.33 46.96 45.63 48.62 47.28 51.15 46.52 49.11 43.73 48.01

    Baik 41.68 44.32 42.62 45.62 43.39 47.27 43.89 46.51 39.44 43.72

    Sederhana 39.04 41.67 39.62 42.61 39.51 43.28 41.29 43.88 35.15 39.43

    Lemah 39.03 39.61 39.50 41.28 35.14

    Jadual 9.1: Peratus Pencapaian Ujian push up Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap

    20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

    Cemerlang 0 0 0 0 0 0 1 10 0 0

    Sangat baik 1 33.3 3 37,5 2 33.3 1 10 4 33

    Baik 1 33.3 3 37.5 2 33.3 6 60 5 42

    Sederhana 1 33.3 2 25 2 33.3 1 10 1 8.3

    Lemah 0 0 0 0 0 0 1 10 2 16.7

    Jumlah 3 100 8 100 6 100 10 100 12 100

    Jadual 10: Norma Skor Mentah Ujian trunk lift Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Cemerlang 47.07 60.43 62.61 61.37 54.74

    Sangat baik 45.94 47.06 56.23 60.42 51.91 62.60 52.27 61.36 48.61 54.73

    Baik 44.73 45.93 52.02 56.22 41.10 51.90 43.06 52.26 42.40 48.60

    Sederhana 43.60 44.72 47.82 52.01 30.40 41.09 33.96 43.05 36.27 42.39

    8

  • JPASPEX (2014) 2(2), 01-10 http://www.jpaspex.com e-ISSN 2289-5817

    Lemah 43.59 47.81 30.39 33.95 36.28

    Jadual 10.1: Peratus Pencapaian Ujian trunk lift Pengadil Kejohanan Ragbi (SBP 10s)

    Peringkat Umur

    Tahap 20-25 26-30 31-35 36-40 41-45

    Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

    Cemerlang 0 0 1 12.5 0 0 0 0 4 33.3

    Sangat baik 2 66.7 1 12.5 2 33.3 3 30 2 16.7

    Baik 1 33.3 3 37.5 3 50 3 30 3 25

    Sederhana 0 0 3 37.5 0 0 4 40 2 16.7

    Lemah 0 0 0 0 1 16.7 0 0 1 8.3

    Jumlah 3 100 8 100 6 100 10 100 12 100

    Jadual 11: Norma Skor Mentah Ujian BMI (Body Mass Index) WHO (2004)

    Peringkat Umur

    Tahap

    Kg/m

    20-25

    26-30

    31-35

    36-40

    41-45

    Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Kurang berat 18.5 dan

    ke bawah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Normal

    18.5 24.9

    2 66.7 2 25 1 17 2 20 3 25

    Lebih berat 25.0 29.9

    1 33.3 6 75 5 83 8 80 9 75

    Obes kelas i 30.0 34.9

    0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Obes kelas ii 35.0 39.9

    0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Obes kelas iii 40.0 dan ke atas

    0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Jumlah 3 100 8 100 6 100 10 100 12 100

    RUJUKAN 1. AAHPERD.(1985). Health Related Physical Fitness Test

    Manual. Reston: Virginia 2. Ahmad Hashim.(2004).Pengukuran Kecergasan

    Motor.Quantum Books:Tanjung Malim 3. Amanda Steward, B. Ann.B,Steven.E, &Martin E.

    Block.(2005). Physical Education and Fitness Test., Journal of Physical Education, Recreation & Dance, Jan.,76(5), 5

    4. Australian Sports Comission (ACS).(2004). Evaluation Report of National Survey on The Impact of The Year of The Official. Copy held by author.

    5. Bar Eli, Tenenbaum,G. & Geister, S.(2006).Consequences of Players Dismissal in Professional Soccer: A Crisis-Related Analysis of Group-Size Effects. Journal of Sports Science, 249, 1083-1094

    6. Balmer, N., Nevill, A. Lane, A., Ward, P. Williams, M. Fairclough, S. (2007). Journal of Sports Behavior, 30(2), 130-145

    7. Baumgartner, T.A. & Jackson, A.S.(1991). Measurement for evaluation in physical education and exercise science.(2nd ed.).Dubuque, IA: Wm.C. Brown

    8. Baumgartner, T.A. & Jackson, A.S.(1999). Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science. (6th ed.). Dubuque, IA; Wm.C. Brown.

    9. Baumgartner, T.A., Jackson, A. S., Mahar, M. T. & Rowe, D. A.(2003). Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science (7th ed.). New York: McGraw Hill.

    10. Canada Rugby Referee Association. (2008). Referee Talent Identification and High Performance Path: Policies, Proce-dures and Guidelines. Canada: Canada Referees Association.

    9

  • Junaidy Mohamad Hashim. & Norlena Salamudin Norma Rujukan Prestasi Kecergasan Fizikal Pengadil Ragbi Berasaskan Bateri Ujian Prudential

    11. Castagna, C., Abt, G. & Dottavio, S. (2007). Physiological Aspects Of Soccer Refereeing Performance And Training. Sport Medicine, 37(7), 625-646.

    12. Chua Yan Piaw.(2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1, Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (M) Sdn. Bhd

    13. Chua Yan Piaw.(2009). Kaedah Penyelidikan Buku 4, Kuala Lumpur : Mc Graw Hill (M) Sdn. Bhd

    14. Cicciarella, C. F. (1997). Research in physical Education, exercise Science, and Sport: An introduction. Scottsdale, AZ: Gorsuch Scarisbrick.

    15. Cochrane, D., Kelly, R.J. & Legg, S.J. (2003). Heart Rate and Movement Patterns of Rugby Union Referees, A Preliminary Study. New Zealand Journal of Sport and Medicine, 31(3), 66-71.

    16. Coutts, A.J. & Reaburn, P.R.J. (2000). Time and Motion Analysis of the AFL Field Umpire. Journal of Science and Medicine, 3(2), 132-139.

    17. Cooper Institute for Aerobics Research. (1999). FITNESSGRAM test administration manual.(6nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

    18. Clarke, H. H. (1975). Application of measurement to health and physical

    19. education.Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall. 20. Corbin, C. H. & Lindsey, R. (1988). Concepts Of Physical

    Fitness With laboratories (6nd Ed.). Dubuque, Iowa: Wm.C.Brown.

    21. Corbin, C. B., Lindsey, R., Welk, G. J., Corbin, W. R. (2001). Concepts of physical fitness and wellness (4th ed). Dubuque, Iowa: Mc Graw Hill Publishers.

    22. Deborah, J. R. (1998). Physical Activity and Body Image of Female Adolescents: Moving Toward The 21st Century. The Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 69, 23-26.

    23. Deutsch, M.U., Kearney, G.A. & Rehrer, N.J. (2007). Time-Motion Analysis of Professional Rugby Union Players During Match-Play. Journal of Sports Sciences, 25(4), 461-472.

    24. Fall, H. B.(1980). Modern Concepts of Physical Fitness. Journal of Physical Education, Recreation and Dance.51 (2), 25-27.

    25. Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986). Practical Measurement For Evaluation In Physical Education (4th ed.). Louisiana State University: Burgess.

    26. Mascarenhas,D., Collins,D. & Mortimer.(2005). Elite Refereeing Performance.Developing A Model for Sports Science Support. The Sport Psychologist 19:364-379

    27. Mohd Taib & Norlena. (2007). Modul Open Universiti Malaysia:Kecergasan Fizikal.Kuala Lumpur

    28. Mohr, PB. & Larsen, KL.(1998). In Group Favouritism in Umpiring Decisions in Australia Football. Journal of Social Phsycologhy 13(4):495-504

    29. Nizam Nazarudin. (2013, Jun 2013). UMS buat kajian pengadil ragbi. Berita Harian.

    30. Peter Simmons & Lee Kuok Tiung .(2010, Mei dan Ogos). Menjejaki Keadilan, Budaya dan Komunikasi Pengadil Bola Sepak. Akademika 79, 2010, 73-86

    31. Simmon, I. (2007). Fair call: Player perceptions of justice in football reference comunication. Paper Presented to the Australia and New Zealand Communication Association Conference Melbourne University, Melbourne, AustraliaUMS Cipta Sejarah. (2013, Jun 20). Berita Harian.

    32. Wilbur J. Kraak, Dawie D.J. Malan and Pieter H. Van Den Berg. (2011). African Journal for Physical, Health Education, Recreation and Dance (AJPHERD) Vol. 17, No. 4 (December: 2) 2011, pp. 842-852.

    33. WHO. (2004). Expert Consultation. Appropriate Body-Mass Index for Asian Populations And Its Implications For Policy And Intervention Strategies. Geneva: World Health Organization.

    34. Wolfson, S. & Neave, N.(2007). Coping Under Pressure: Cognitive Strategies for Maintaining Confidence among Soccer Referrences. Journal of Sports Behaviour 30(2, 232-247.

    Junaidy Mohamad Hashim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim Email: [email protected]

    10

    Persoalan KajianInstrumen KajianJadual 11: Norma Skor Mentah Ujian BMI (Body Mass Index) WHO (2004)

    RUJUKAN