51 Tahun Memartabatkan Peringkat asas Buku 1 … ringkas dan mudah difa-hami. Pada peringkat asas,...

1
Bil: 38 RABU, 18 JULAI 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Nor Hashimah Jala- luddin, Mardiana Shah Omar, Noor Zilawati Jais Harga: RM28.00 Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Peringkat Asas Buku 1 ber- sifat interaktif yang bertujuan membantu pelajar asing fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Buku setebal 135 halaman ini dimuatkan dengan gambar bagi membolehkan pelajar asing memahami teks dengan lebih mudah. Bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difa- hami. Pada peringkat asas, aspek tata- bahasa tidak diberikan penekanan yang serius bagi mengelakkan kebosanan, dan maklumat tata- bahasa hanya dibekalkan secara tidak langsung. Buku ini menggunakan pen- dekatan komunikatif diikuti de- ngan aktiviti kelas, supaya aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Buku terbitan DBP ini amat se- suai dijadikan panduan dan rujuk- an oleh pelajar asing yang ingin belajar bertutur bahasa Melayu serta dijadikan bahan pengajaran kepada guru dan pensyarah yang mengajar pelajar asing di pusat- pusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah antarabangsa. BH PILIH L1 18 emel 51 Tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan "T atkala kita menghitung detik 50 tahun kemer- dekaan negara, DBP telah mencapai pelbagai penca- paian dan kejayaan, khususnya dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya melahirkan golongan teknokrat, birokrat, ahli pernia- gaan, budayawan, dan ilmuwan. Di samping itu, DBP memberi- kan sumbangan yang cukup besar dan penting dalam pem- bangunan modal insan negara, selepas merdeka”. Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausahan Negara (KSN), YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam ucapan peras- mian Majlis Sambutan Ulang Tahun DBP yang ke-51 yang ber- langsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, pada 22 Jun 2007 baru-baru ini. Beliau turut melancarkan Khidmat Nasihat DBP yang boleh dicapai pada bila-bila masa melalui http://www.dbp. gov.my. Usaha ini merupakan satu inovasi dalam menyediakan perkhidmatan kepada masya- rakat dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK/ICT). Khidmat Nasihat DBP merupa- kan saluran untuk cadangan, pertanyaan, rujukan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat. Perkhidmatan yang disediakan oleh Khidmat Nasihat DBP ter- diri daripada Khidmat Nasihat Bahasa (KNB), Khidmat Nasihat Sastera (KNS), Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) dan Khidmat Nasihat Korporat (KKD). Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) mula diperkenalkan pada tahun 1970-an dengan nama perkhidmatan "Tanya Jawab Bahasa" melalui talian 03-2481960. KNB merupakan salah satu program di Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa bagi memban- tu orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu, sama ada ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan penyemakan bahasa. KNS pula membantu peng- guna mendapatkan maklumat yang berhubung dengan perta- nyaan kegiatan sastera, Hadiah, Anugerah dan Sayembara, Bengkel Bimbingan Penulisan dan Penyuntingan, carian pan- tun dan biodata penulis dan penyemakan bahasa Melayu klasik. KNP menyediakan perkhid- matan perundingan dan khid- mat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan. KKD antara lain menye- diakan perkhidmatan yang merangkumi rujukan ten- tang Dasar DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Di samping memberi khid- mat kepada pengguna, Khidmat Nasihat DBP juga memboleh- kan masyarakat memberi sum- bangan kepada DBP melalui Pantau Tegur Bahasa, Aduan dan Cadangan Kata baharu dan Istilah Baharu serta cadangan entri untuk ensiklopedia. Dalam ucapannya, KSN turut menekankan aspek pembaharu- an dalam Perkhidmatan Awam. Pembaharuan yang memberi perhatian utama kepada usaha untuk meningkatkan kecekap- an dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, iaitu dengan mengurangkan kerenah birokrasi dalam sistem dan prosedur demi memper- tingkatkan produktiviti. "DBP tidak terkecuali daripada tang- gungjawab ini," tegas beliau. Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, dalam ucapannya menyeru selu- ruh warga DBP memperteguh azam dan tekad menggandakan usaha dan tenaga demi mem- perkasakan bahasa dan sastera menjadi lebih cemerlang, gemi- lang dan terbilang dalam usaha DBP membina sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri. BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING PERINGKAT ASAS BUKU 1 PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini men- jual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Oleh Mashitah Taharin MUNSYI Bahasa Kebangsaan juga perlu diutamakan seperti lagu kebangsaan Bahasa Kebangsaan belum dihayati sepenuhnya. Ceramah Sastera dan Penulisan Kreatif di Sekolah 9 Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2007 10 Perisian Multimedia dalam Bahasa Melayu 11 CUBA: KSN melayari KN DBP dengan bantuan Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP, Encik Sulaiman Kaiat, diperhatikan oleh Ketua Pengarah DBP (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar (kiri).

Transcript of 51 Tahun Memartabatkan Peringkat asas Buku 1 … ringkas dan mudah difa-hami. Pada peringkat asas,...

Page 1: 51 Tahun Memartabatkan Peringkat asas Buku 1 … ringkas dan mudah difa-hami. Pada peringkat asas, aspek tata-bahasa tidak diberikan penekanan yang serius bagi mengelakkan kebosanan,

Bil: 38 RABU, 18 JULAI 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

Pengarang: Nor Hashimah Jala-luddin, Mardiana Shah Omar, Noor Zilawati JaisHarga: RM28.00

Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Peringkat Asas Buku 1 ber-sifat interaktif yang bertujuan membantu pelajar asing fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Buku setebal 135 halaman ini dimuatkan dengan gambar bagi membolehkan pelajar asing memahami teks dengan lebih mudah. Bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difa-hami.

Pada peringkat asas, aspek tata-bahasa tidak diberikan penekanan yang serius bagi mengelakkan kebosanan, dan maklumat tata-bahasa hanya dibekalkan secara tidak langsung.

Buku ini menggunakan pen-dekatan komunikatif diikuti de-ngan aktiviti kelas, supaya aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Buku terbitan DBP ini amat se-suai dijadikan panduan dan rujuk-an oleh pelajar asing yang ingin belajar bertutur bahasa Melayu serta dijadikan bahan pengajaran kepada guru dan pensyarah yang mengajar pelajar asing di pusat-pusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah antarabangsa.

BH PILIH L1 18 emel

51 Tahun MemartabatkanBahasa Kebangsaan

"T atkala kita menghitung detik 50 tahun kemer-dekaan negara, DBP

telah mencapai pelbagai penca-paian dan kejayaan, khususnya dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya melahirkan golongan teknokrat, birokrat, ahli pernia-gaan, budayawan, dan ilmuwan. Di samping itu, DBP memberi-kan sumbangan yang cukup besar dan penting dalam pem-bangunan modal insan negara, selepas merdeka”.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausahan Negara (KSN), YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dalam ucapan peras-mian Majlis Sambutan Ulang Tahun DBP yang ke-51 yang ber-langsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, pada 22 Jun 2007 baru-baru ini.

Beliau turut melancarkan Khidmat Nasihat DBP yang boleh dicapai pada bila-bila masa melalui http://www.dbp.gov.my. Usaha ini merupakan satu inovasi dalam menyediakan perkhidmatan kepada masya-rakat dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK/ICT).

Khidmat Nasihat DBP merupa-kan saluran untuk cadangan, pertanyaan, rujukan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat. Perkhidmatan yang disediakan oleh Khidmat Nasihat DBP ter-diri daripada Khidmat Nasihat Bahasa (KNB), Khidmat Nasihat Sastera (KNS), Khidmat Nasihat Penerbitan (KNP) dan Khidmat Nasihat Korporat (KKD).

Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) mula diperkenalkan pada tahun 1970-an dengan nama perkhidmatan "Tanya Jawab Bahasa" melalui talian 03-2481960. KNB merupakan salah satu program di Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa bagi memban-tu orang ramai menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu, sama ada ejaan, penggunaan perkataan, istilah dan penyemakan bahasa.

KNS pula membantu peng-guna mendapatkan maklumat yang berhubung dengan perta-nyaan kegiatan sastera, Hadiah, Anugerah dan Sayembara, Bengkel Bimbingan Penulisan

dan Penyuntingan, carian pan-tun dan biodata penulis dan penyemakan bahasa Melayu klasik.

KNP menyediakan perkhid-matan perundingan dan khid-

mat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti, penyediaan manuskrip dan proses penerbitan.

KKD antara lain menye-diakan perkhidmatan yang merangkumi rujukan ten-tang Dasar DBP dan pelibatan masyarakat dengan aktiviti DBP. Di samping memberi khid-mat kepada pengguna, Khidmat Nasihat DBP juga memboleh-kan masyarakat memberi sum-bangan kepada DBP melalui Pantau Tegur Bahasa, Aduan dan Cadangan Kata baharu dan Istilah Baharu serta cadangan entri untuk ensiklopedia.

Dalam ucapannya, KSN turut menekankan aspek pembaharu-an dalam Perkhidmatan Awam. Pembaharuan yang memberi perhatian utama kepada usaha untuk meningkatkan kecekap-an dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, iaitu dengan mengurangkan kerenah birokrasi dalam sistem dan prosedur demi memper-tingkatkan produktiviti. "DBP tidak terkecuali daripada tang-gungjawab ini," tegas beliau.

Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, dalam ucapannya menyeru selu-ruh warga DBP memperteguh azam dan tekad menggandakan usaha dan tenaga demi mem-perkasakan bahasa dan sastera menjadi lebih cemerlang, gemi-lang dan terbilang dalam usaha DBP membina sebuah negara bangsa mengikut acuan kita sendiri.

Bahasa Melayuuntuk Penutur asing

Peringkat asas Buku 1

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini men-jual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung.Waktu urus niaga

Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Hari Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petangPertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Oleh Mashitah Taharin

MUNSYI

Bahasa Kebangsaan juga perludiutamakan seperti lagu kebangsaan

Bahasa Kebangsaanbelum dihayati sepenuhnya.

Ceramah Sastera dan Penulisan Kreatifdi Sekolah

9Bicara Karya SasteraNegeri Johor 2007

10Perisian MultimediadalamBahasa Melayu

11

CUBA: KSN melayari KN DBP dengan bantuan Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP, Encik Sulaiman Kaiat, diperhatikan oleh Ketua Pengarah DBP (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar (kiri).