51210173 Robert M Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

download 51210173 Robert M Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

of 25

Transcript of 51210173 Robert M Gagne Dalam Perisian Media Pengajaran Kajian Tempatan

1.0 Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

Unsur pelbagaikan kaedah & teknik pengajaran

Media komunikasi

Sumber pengalaman

Kepentingan Sumber Pengajaran & Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

Rangsangan

Membantu guru menjelaskan isi pelajaran & membantu murid memahami pengajaran guru Penjelas makna

Penggerak pelbagai deria

Pendorong kepada pengajaran terancang

Rajah 1 : Kepentingan Sumber Pengajaran & Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

1

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut. ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi isi pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran. iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali. Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

2

iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat1. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran. v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut.

Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran1

murid-murid

tersebut.

Kita

lebih

banyak

belajar

melalui

http://notapismp.blogspot.com/2011/02/sumber-pengajaran-dan-pembelajaran.html

3

pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan. Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung. vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan misalnya oral-aural ataupun bercerita. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang fungsi dan kepentingan rumah boleh disampaikan melalui tayangan video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.

vii. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

4

Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna. Secara tuntasnya, pembinaan perisian media pengajaran ini adalah selaras dengan kehendak pentingnya sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah agar seiring dengan dokumen baharu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)2 yang ingin membentuk satu transformasi kurikulum melalui pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dan elemen nilai tambah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

2

http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/mula.htm

5

Pengukur, peneguh kepada prestasi dan darjah kepuasan Kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan belajar seseorang individu setelah melalui proses pembelajaran Dorongan semula jadi dalam diri yang wujud jangkaan dan harapan untuk maju dan berkembang serta dapat memberi kepuasan

7. Fasa Perlakuan

8. Fasa Maklum Balas

1. Fasa Motivasi

8 Fasa Teori 6. Fasa Generalisasi Keupayaan menggunakan pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan yang seakan-akan serupa 4. Fasa Penahanan Bahagian yang berupaya menerima dan menyimpan sebanyak mana maklumat atau data yang diperoleh 5. Fasa Mengingat Kembali Keupayaan mencari dan mengingat semula data yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang tanpa had Segmen yang menyimpan segala rangsangan yang telah dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek dan boleh dipanjangkan ke stor ingatan jangka panjang 6 Rajah 2 : 8 Fasa dalam proses pembelajaran menurut Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne 3. Fasa Pemerolehan Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne Memberi perhatian kepada apa yang dialami dan dapat memberi tumpuan serta boleh mendiskriminasikan persepsi 2. Fasa Kefahaman

Cadangan Aktiviti 1 Fasa Motivasi Guru menayangkan kartun keluar masuk rumah Jangkaan sebagai menimbulkan rangsangan murid untuk belajar dan naluri ingin tahu tentang apa yang 2 Fasa Kefahaman Pemerhatian - Simpanan Persepsi 3 Fasa Perolehan bakal dipelajari. Guru juga menayangkan keratan rentas rumah sambil penggabungjalinan berlaku dengan guru mengajak murid menyebut bersama-sama ruang-ruang rumah di dalam bahasa Inggeris.

Pengekodan - Simpanan Awal 4 Fasa Penahanan Penyimpanan - Stor Ingatan

Murid

bersoal

jawab

dalam

diri

tentang

pengalaman sedia ada mereka seperti Adakah rumah saya mempunyai bentuk dan ruang seperti rumah tadi? Guru 5 Fasa Ingatan Kembali Fasa Ingatan Kembali meminta murid mengingat kembali

pelajaran lepas dan murid perlu menyebut dan menyenaraikan ruang-ruang yang ada di dalam rumah menggunakan borang pengurusan grafik Mengingat Kembali - Mencari (GO). Murid tahu dan jelas bahawa ruang-ruang 6 Fasa Generalisasi Fasa Generalisasi Pindahan Murid respons pengajaran guru dengan 7 Fasa Prestasi Gerak Balas Peneguhan 8 Fasa Maklum Balas Peneguhan positif dan negatif menjawab soalan berbentuk perbincangan dan membentangnya di hadapan kelas. dalam rumah dibina mengikut fungsi dan ada kepentingannya.

berlaku apabila murid menjawab pantun teka-teki berkaitan fungsi dan kepentingan rumah.

Rajah 3 : Kaitan Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne dengan Media 7 Pengajaran Kajian Tempatan SK Tahun 4

2.0 Relevan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan Media Pengajaran Dalam memastikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran atau Alat Bantu Mengajar (ABM) yang disediakan oleh guru benar-benar berkesan dan bermanfaat untuk pelajar, lebih-lebih lagi bagi penyediaan ABM yang menggunakan perisian media pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), guru seharusnya perlu tahu akan reka bentuk pengajaran bilik darjah yang melibatkan tugas guru untuk merancang, memilih dan menilai media pengajaran tersebut. Selaras dengan pandangan Gagne (1985) menurut Noriati A. Rashid, et.al (45:2009) dalam Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran3, pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat yang mana penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Gagne telah membahagikan proses penyampaian pengajaran kepada sembilan peringkat yang dikenali sebagai Events of Instruction. Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut: 1 Tarik perhatian pelajar 2 Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3 Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4 Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran-pembelajaran 5 Bimbing pembelajaran pelajar 6 Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7 Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8 Taksir pencapaian pembelajaran 9 Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

3

Noriati A. Rashid et.al. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

8

Reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah yang akan diaplikasikan menggunakan media pengajaran perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne. Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989) dalam Chin Yoon Poh (2009). ASSURE bermaksud memastikan sesuatu berlaku. Singkatan akronim ASSURE bermaksud: A - Analyse learner (analisis pelajar) S - State objective (nyatakan objektif) S - Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media) U - Use media (gunakan media) R - Require learner response (keperluan tindakan) E - Evaluate materials (menilai) Analyse learner (analisis pelajar) Mengenalpasti kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu guru merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai buat mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek seperti ciri-ciri umum pelajar, pengalaman sedia ada dan gaya belajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, taraf sosioekonomi, petempatan,budaya dan seumpamanya. Melalui ciri-ciri umum, contohnya pelajar yang kurang meminati mata pelajaran tertentu dapat dirangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestetik termasuk drama, simulasi dan teater pembaca.

9

Bagi aspek pengalaman sedia ada, setiap pelajar membawa entry point tertentu ke dalam bilik darjah. Guru boleh mengenalpasti pengetahua sedia ada pelajar dengan cara memberi ujian praunit, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terdahulu, sesi soal jawab dalam kelas dan pelbagai lagi. Aspek gaya belajar pula, memperlihatkan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Gaya pembelajaran adalah trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Oleh itu, gaya pembelajaran murid merupakan cara yang paling sesuai dan berkesan untuk murid itu menguasai pembelajaran manakala pengetahuan tentangnya memudahkan guru merancang pengajaran-pembelajaran efektif. State objective (nyatakan objektif/hasil pembelajaran) Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang

dirancangkan, iaitu pelajar mesti boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Objektif mesti spesifik, contohnya Murid dapat menyenaraikan fungsi rumah dalam mewujudkan kemesraan keluarga. Guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran agar boleh membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan demikian, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran serta boleh menyediakan suasana persekitaran yang kondusif dan memberangsangkan semasa belajar.

10

Select, modify or make media (pemilihan kaedah, baiki atau bina media) Pemilihan kaedah hendaklah sesuai dengan objektif pengajaran yang hendak dicapai. Kaedah selalunya tidak ada yang paling baik melainkan sekiranya guru menggabungkan gabungan pelbagai kaedah pengajaran disertai dengan teknik-teknik tertentu dan berasaskan kepada ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan sedia ada dan gaya belajar mereka. Pemilihan format media pula merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuklah kertas sebak, video, grafik, audio, petikan dan slaid. Untuk memilih format media, guru perlulah mengambil kira beberapa kriteria seperti bentuk audiens, keupayaan pelajar domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan. Kemudian, guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuaian dengan tajuk dan objektif pengajaran. Use media (penggunaan media dan bahan) Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid berasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru:

11

1 Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum menggunakannya di dalam kelas 2 Sediakan bahan untuk peggunaan dalam kelas misalnya pelan alternatif sekiranya masalah tidak terjangka berlaku 3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber seperti mudah alih atau mudah dicapai. 4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber seperti memberi gambaran menyeluruh tentang isi pelajaran yang akan dipelajari 5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar dengan melibatkan pelajar secara aktif dan langsung Require learner response (memerlukan penglibatan pelajar dan keperluan tindak balas) Tindak balas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindak balas yang betul diperolehi. Selain itu, menurut Noriati A. Rashid et.al (2009), libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Peneguhan positif dan negatif juga perlu diselitkan agar pelajar belajar untuk meningkatkan keyakinan dan membaiki kesilapan. Evaluate materials (penilaian dan semakan) Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan. Adakah objektif tercapai?, Bahan yang digunakan membantu P&P?, Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?, Adakah suasana P&P selesa?, Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi? Atau soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

12

Kesimpulannya di sini, model ASSURE memberikan fokus kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini juga dijadikan penanda aras bagi guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah mahupun untuk kegunaan pelajar sendiri. Dengan erti kata lain, model ASSURE amat berguna untuk guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran yang diajar.

13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI, 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR

Tarikh Masa Tema Topik Subtopik Tahun

: 20 SEPTEMBER 2010 (Isnin) : 60 minit : Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia : 1.4 Kepentingan Rumah : a. Fungsi : 4 Aydan 1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 kepentingan rumah kepada manusia. 2. Menjelaskan kepentingan fungsi rumah sebagai tempat perlindungan. 3. Menghuraikan fungsi rumah sebagai tempat yang dapat mewujudkan kemesraan ahli keluarga.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

14

Isi pelajaran

:

Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia 1.4 Kepentingan Rumah a. Fungsi i. Memberikan perlindungan ii. Menyediakan keselesaan iii. Mewujudkan kemesraan anggota keluarga Pengetahuan Sedia Ada pembinaan rumah. Penerapan Nilai Murni : Menjaga kebersihan dan keceriaan rumah. Bekerjasama semasa membuat kerja kumpulan. Unsur-unsur Patriotisme : Bersyukur dan berbangga kerana mempunyai rumah untuk didiami. Hormat-menghormati antara satu sama lain. : Murid mengenali pelan dan ruang rumah melalui subtopik yang telah dipelajari, iaitu

15

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP): Bil. Sumber Kuantiti 1. Video Keluarga Santai, Video Lagu Rumah dan Tayangan Gambar 2 video dan seunit tayangan gambar rumah 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Rumah Majalah, risalah, gambar, kertas sebak Laptop dan LCD (Sekiranya tidak menggunakan makmal komputer) Marker pen Kertas Sebak Carta lagu Gam, selofon tape,gunting Tamborin Lagu Rumah Cantik Saya Buku Latihan 6 unit Seunit 6 unit 10 unit 1 unit 6 unit 1 unit 1 unit 1 unit setiap murid

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/Nilai Alam Sekitar/Unsur Patriotisme/Sumber Pengajaran Pembelajaran

16

Set Induksi/Masa 5 minit Pendekatan: Deduktif 1. Murid diminta melihat tayangan gambar rumah dan video lagu rumah serta memerhati kemudahan yang terdapat di dalam tayangan rumah tersebut. 2. Murid diminta menyebut kemudahan tersebut dan menerangkan kepentingannya. Jawapan murid dikaitkan dengan pembelajaran lepas dan tajuk hari ini. Langkah 1/Masa 15 minit Aktiviti 1 Alat Pandang Dengar : video 1. Guru mendedahkan sepintas lalu tentang fungsi dan kepentingan rumah kepada murid. 2. Murid boleh menonton video Keluarga Santai untuk menambah input. 3. Selesai menonton, murid dikehendaki mengisi borang pengurusan grafik lima fungsi dan kepentingan rumah. 4. Murid dipilih secara rawak untuk mengisi borang pengurusan Pendekatan: Induktif, Deduktif Kaedah: Oral-Aural TMK Bekerjasama, hormat-menghormati Borang Pengurusan Grafik Kaedah: Oral-Aural TKP: Verbal- Linguistik, Naturalis, Interpersonal, Intrapersonal TMK KBKK: Menghubungkaitkan, Membandingbeza Alat Pandang Dengar : video Bersyukur CD Pembelajaran Interaktif

Strategi: Penggabungjalinan, Pemusatan Bahan

17

grafik lima fungsi dan kepentingan rumah di laptop guru kemudian ditayangkan pada skrin. Aktiviti 2 1. Murid menjawab soalan di peta minda interaktif menggunakan buku latihan. 2. Pilihan jawapan untuk peta minda disediakan untuk membantu pembelajaran murid.

KBKK: Mencirikan BCB: Menyenaraikan CD Pembelajaran Interaktif TKP: Kinestetik, VerbalLinguistik,Interpersonal, Intrapersonal TMK Pembelajaran Individu Kaedah: Terus Teknik: Permainan Bahasa

Langkah 2/Masa 20 minit Aktiviti 1 1. Murid menonton sedutan video Keluarga Santai. Murid ditanya apakah kemudahan yang ada di dalam video tersebut. 2. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 3. Murid berbincang tentang kemudahan yang ada di dalam rumah serta kepentingannya dan bagaimana rumah dapat meningkatkan nilai kemesraan keluarga. Murid boleh merujuk kepada video.. Pembelajaran Koperatif Bekerjasama, hormat-menghormati Pendekatan: Deduktif CD Pembelajaran Interaktif TMK Teknik: Perbincangan Strategi: Pemusatan Bahan dan Pemusatan Murid

18

4. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan yang dicatat pada kertas sebak. 5. Guru bertindak sebagai fasilitator. Aktiviti 2

KBKK: Mencirikan, menghubungkaitkan, membuat gambaran mental

1. Murid menjawab 5 soalan kuiz TKP: Verbal-Linguistik, berbentuk pantun dan lagu yang Interpersonal,Intrapersonal berkaitan dengan fungsi, kepentingan dan ruang di dalam rumah. TMK Kaedah: Terus Teknik: Kuiz Langkah 3/Masa 15 minit 1. Murid diminta menyediakan gambar rumah dari majalah, risalah, poster dan pelbagai sumber yang sesuai untuk menunjukkan fungsi setiap rumah. 2. Hasil tugasan kumpulan dipamerkan di dinding bilik darjah. 3. Murid diarah bergerak secara kumpulan berbaris secara one KBKK: Mereka cipta, menjana idea Pembelajaran koperatif Bekerjasama,hormat-menghormati TKP: Visual-Ruang, Kinestetik, Interpersonal, Verbal-linguistik Strategi: Pemusatan Bahan Gambar dari pelbagai sumber, gam, gunting, kertas sebak dan selofon tape

19

stray three stay sambil melambai tangan di hadapan dan menyebut Kami Datang Nak Melawat. Penutup/masa 5 minit 1. Murid-murid menyanyikan lagu Rumah Cantik Saya dalam versi Can Ma Li Can 2. Murid-murid membuat rumusan tentang topik pelajaran yang dialami dengan bantuan guru. Strategi: Penggabungjalinan Pemusatan Bahan Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif TMK TKP: Muzik Berbangga, bersyukur dan menghargai Carta lagu berserta rakaman nyanyian Tamborin CD Pembelajaran Interaktif

20

3.0

Penghasilan

Perisian

Media

Pengajaran

TMK

yang

Berkesan

Menggunakan Prinsip Reka Letak Casper (CASPER). Reka letak dalam perisian persembahan elektronik merupakan ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dalam media pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mampu memberi impak yang positif terhadap persembahan serta menjadikan persembahan perisian lebih efektif kepada pengguna terutamanya murid-murid sekolah. Oleh itu, berikut merupakan ringkasan kepada prinsip reka letak CASPER :

21

Contrast Perbezaan yang ketara : warna gelap dengan warna terang, unsur dengan latar belakang paparan &

C

menambah tarikan terhadap sesuatu reka bentuk. Selain itu, fon, objek kecil dengan besar, garis halus dengan kasar, unsur datar dengan tegak @ grafik kecil dengan besar. Alignment Susunan lurus : item dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar menarik & kepandaian

A

menyusun item yang ingin dipersembah agar menarik & item perlu disusun agar tidak kelihatan janggal & item perlu ada kaitan secara visual antara satu sama lain.

Simplicity Mudah : grafik & animasi perlu ringkas & pengguna dapat

S

memahami maksud persembahan. Ia mesti mudah diteroka dan dapat merangsang pemikiran. Visual juga perlu bersesuaian & sekeping gambar misalnya lebih bermakna daripada teks yang panjang lebar.

P

Proximity Berhampiran : item yang digunakan perlulah dikumpulkan dalam satu kawasan agar pengguna dapat melihat ia sebagai item yang berkaitan & berkesinambungan dan tidak terpisah-pisah .

Emphasis Penekanan : item yang penting perlulah

E

diberikan penekanan seperti visual yang penting diuang-ulang @ ayatayat yang penting di bold @ italic @ underline. Namun demikian, pembangunan perisian tidaklah terlalu banyak menggunakannya agar pengguna tidak melebihkan tumpuannya kepada elemen sampingan.

Repitition Pengulangan : membantu pemahaman

R

pengguna kerana mereka cenderung terhadap media pembangunan perisian boleh menggunakan pengulangan media teks, audio, grafik & video untuk menyampaikan mesej sama.

22 Rajah 4 :Penghasilan Perisian Media Pengajaran TMK yang Berkesan Menggunakan Prinsip Reka Letak Casper (CASPER)

4.0 Refleksi Tugasan KKBI mula diedarkan oleh pensyarah pembimbing, Cik Norsidah Binti T Mohamed pada tarikh 14 Februari 2011, dan penerangan dilakukan serentak di bilik kuliah PISMP Pengajian Sosial C-2-14. Tugasan KKBI yang diberikan adalah berkisarkan tentang projek yang perlu disediakan oleh murid pendidikan guru, iaitu satu perisian media pengajaran TMK berkesan untuk langkah-langkah dalam RPH bagi mata pelajaran Pengajian Sosial (Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan). Pelbagai pertanyaan berkenaan dengan KKBI diajukan dan pensyarah pembimbing memberi kelonggaran untuk memilih mana-mana langkah dalam RPH disediakan perisian media pengajaran TMK. Namun, sebagai murid pendidikan guru yang masih bertatih dan mendapat latihan keguruan di IPGKTAA, saya memilih untuk merelevankan keseluruhan RPH saya bermula daripada set induksi sehingga penutup menggunakan perisian media pengajaran TMK. Hari demi hari yang dilalui sepanjang 14 Februari 2011 sehingga 9 Mac 2011 menjayakan KKBI ini secara individu seperti yang termaktub dalam tugasan ini, setiap perjumpaan untuk berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing diadakan bagi merujukkan rangka jawapan KKBI kepada pensyarah pembimbing dan mendapatkan lagi input-input serta nilai tambah yang perlu bagi mempertingkatkan dan memperhalusi tugasan KKBI ini. Bukti berkolaborasi pula disertakan bersama-sama borang kolaborasi setiap kali kolaborasi diadakan. Apa yang dikisarkan adalah penyediaan media pengajaran yang menggunakan perisian Power Point dan tugasan yang perlu mengaitkan satu teori pembelajaran sebagai relevannya sumber yang disediakan untuk pengajaran yang efektif. Alhamdulillah, syukur kerana kerjasama yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tidaklah bertepuk sebelah tangan kerana saya

23

dapat meneruskan pembinaan media pengajaran dengan mendasari Teori Pembelajaran Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne. Dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan teori yang sesuai digunakan dalam penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran, saya banyak melayari internet, meminjam buku dari perpustakaan, merujuk buku KBSR Teks dan Latihan mata pelajaran Kajian Tempatan SK dan merujuk kembali hasilan tugasan-tugasan saya berkaitan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pada semester-semester lepas. Alhamdulillah, semua rujukan yang dibuat amat membantu saya dalam menyiapkan perisian media pengajaran ini dan diharap mendapat perhatian sewajarnya daripada pensyarah pembimbing. InsyaAllah. Dalam penyediaan perisian media pengajaran ini, tema Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia, topik Kepentingan Rumah memerlukan saya arif dalam memilih imej dan audio serta melaksanakan video yang sesuai untuk pengajaran topik ini yang mana audiens saya adalah murid-murid sekolah kebangsaan Tahun 4. Pelbagai rintangan dan cabaran saya lalui untuk membina perisian ini dengan merakamkan suara, memasukkan imej, memasukkan audio dan memautkan pautan ke video-video yang saya lakonkan sendiri. Saya menggunakan kesempatan tugasan KKBI ini dengan menggabungkan elemen kekreatifan saya sebagai murid pendidikan guru untuk pendidikan di sekolah kelak. Alhamdulillah, video saya berjaya ditayangkan setelah saya berjaya memautkan pautannya. Di samping itu, sebagai nilai tambah pengayaan untuk murid-murid saya, saya masukkan unsur pautan ke alamat URL internet yang telah saya sediakan sebagai warm up pembelajaran mereka bermula. Selesai sahaja pembinaan perisian, proses burn CD/DVD perisian media pengajaran serta folder tugasan KKBI ini pula melalui prosesnya. Saya turut memperelokkan CD/DVD saya dengan mencipta cover menggunakan perisian NERO. Alhamdulillah, segalanya telah selesai ditambah pula dengan

24

pencetakan hardcopy

tugasan KKBI ini. Saya bangga kerana dapat

menghabiskan tugasan KKBI PSS 3109 tepat pada masanya dan berharap agar saya dapat menggunakannya untuk Praktikum Fasa 1 di SK Kechau 1, Kuala Lipis. InsyaAllah, diharapkan agar topik Kepentingan Rumah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan masih belum dipelajari oleh murid-murid Tahun 4 sekolah ini supaya saya dapat mempraktikkan perisian media pengajaran TMK saya buat hadiah kepada pensyarah JSS yang meninjau latihan praktikum saya.

25