51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
-
Upload
devii-ravintaran -
Category
Documents
-
view
224 -
download
0
Transcript of 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
1/6
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES STEALING TIME
Situasi ini berlaku dalam sebuah kelas Gred 4 dimana Robert adalah guru kelas
tersebut.Robert telah menetapkan peraturan dan batas-batas perlakuan tertentuyang perlu dipatuhi oleh semua murid di dalam kelasnya. Dia seorang yang tegas
tetapi adil dalam penguatkuasaan peraturan hubungan timbal balik antara guru
dan murid. Kesannya, kelasnya menjadi sebuah komuniti yang kecil semua murid
tahu bagaimana untuk bertingkah laku.
Pada enam minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Terdapat perubahan
sikap yang ditunjukkan oleh beberapa orang pelajar:
y Andy dan Martin (latar belakang keluarga yang teruk, masalah
keluarga dan akademik)
y Kara (murid dari kelasPendidikan Khas)
y David (dari self-contained learning disabilities classroom) untuk
kelas bukan akademik
Selepas cuti Krismas, sebuah jawatankuasa putuskan David layak masuk ke kelas
biasa berdasarkan penilaian tingkah lakunya. David masuk ke kelas Robert untuksubjek matematik yang merupakan salah satu subjek yang mampu David kuasai.
Suatu hari, David mula menunjukkan tingkah laku yang tidak baik di dalam bilik
darjah. Dia tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan, membuat bising di dalam
kelas dan menyampuk semasa Robert sedang mengajar. Pada mulanya Robert
menyuruh David berhenti daripada berkelakuan begitu, tetapi David tidak hiraukan
arahan Robert. Robert menganggap tingkah laku David adalah satu gangguan yang
dahsyat dan tidak sopan serta tidak menghormati dia dan rakan sekelas yang
lain.Robert juga menganggap David ingin cuba dapatkan kembali perhatian seperti
di dalam kelas pemulihan. (seorang guru 5 orang murid)
Satu hari, David menghantar tugasan yang diberi di atas meja Robert dengan
kasar. Robert terkejut lalu bercakap dengan kasar menyatakan bahawa dia sudah
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
2/6
tidak tahan dengan perangai David. Namun, David menjawab dengan tegas bahawa
dia mahu kembali ke kelas lamanya dan tidak suka pandangan pelajar di dalam
kelas terhadapnya. Robert menyuruh David berhenti daripada berkelakuan begitu,
kerana murid-murid lain tidak menyenangi sikapnya tetapi David tidak menghiraukan
arahan Robert.
Selepas makan tengah hari, David mengganggu murid lain dan mengganggu
Robert dalam memberikan kertas jawapan ujian. Oleh kerana David tidak
mengambil ujian tersebut, Robert mengarahkan David ke belakang kelas supaya
tidak mengganggu pelajar lain. Tetapi David tetap membuat bising dengan
menghempaskan barangnya ke lantai dengan alasan dia tidak mencederakan
pelajar lain. Oleh kerana berkelakuannya yang kurang ajar, Robert menghantarnya
ke bilik guru besar.
Selepas itu, sebelum meninggalkan bilik guru besar untuk menghadiri Kelas
Pendidikan Jasmani, dia menyuruh kawannya memberitahu Robert yang dia ingin
berjumpa dengannya. Robert menunggu David di belakang bilik. David meminta
maaf atas kelakuannya tetapi dia tidak suka cara murid lain melihatnya dan dia tidak
mahu Kevin membuat kecoh dalam kumpulan matematiknya. Selepas
perbincangan, perangai David berubah tetapi hanya beberapa hari sahaja. Davidkembali menunjukkan sikap negatifnya.
Oleh itu, sekali lagi Robert menempatkannya di Bilik Guru Besar kerana tidak
menyiapkan tugasan. Robert dan murid-murid lain tidak menyenangi sikap David
dan David telah mencabar kesabarannya. Beliau tidak mahu David ada dalam kelas
mengganggu murid lain semata-mata kerana dia istimewa. Apabila Robert
berbincang dengan guru-guru lain tentang David, mereka mentertawakan Robert
semasa Robert memarahi David dulu. Robert menyatakan bahawa murid-murid lain
tidak mahu David datang ke sini.
Pada satu petang, David tidak diberikan masa rehat kerana tidak menyiapkan
tugasan. David menyiapkan tugasannya di dalam kelasnya,sementara Robert keluar
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
3/6
membuat salinan kertas kerja David yang tidak siap. Apabila waktu rehat selesai,
Bob yang duduk berdekatan dengan meja David dan kehilangan jam tangan.
Keesokannya, David dengan tergesa-gesa ke meja Robert dan membuat
kenyataan bahawa ayahnya telah menghadiahkannya jam. Robert melihat jam
tersebut dengan dekat dan dia marah,kecewa dan berasa curiga terhadap David.
Dia yakin jam itu kepunyaan Bob.
a) KONSEP/MODEL/TEORI YANG DIAPLIKASIKAN
Teori modifikasi Skinner bertujuan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak
diingini dan menggantikan dengan tingkah laku yang yang diingini melalui
pengukuhan. Teknik modifikasi yang diaplikasikan dalam kes ini ialah dendaan, time
out dan reverse psychology. Dendaan digunakan untuk mengubah tingkah laku
seseorang. Ia mungkin akan menyebabkan tingkah laku bermasalah dihentikan atau
diturunkan kekerapannya. Dalam kes ini, Robert telah mengenakan denda kepada
David kerana tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Apabila David
mengganggu pembelajaran di dalam kelas dan membuat bising, Robert telah
memarahi David, namun tidak diendahkan oleh David. Apabila David tidak
menyiapkan tugasan yang diberi, Robert mengenakan denda kepadanya. David
tidak dibenarkan rehat sehingga semua kerja-kerjanya disiapkan. Akhirnya, David
dibawa ke bilik Guru Besar dan dia diarahkan menyiapkan tugasan yang telah
diberikan di bilik tersebut.
Cikgu Robert juga mengaplikasikan teknik time out dengan mengarahkan David
untuk pergi ke sudut belakang kelas bagi mengelakkan dia mengganggu pelajar lain.
Namun, dia masih membuat bising dengan menghempas buku ke lantai. Beliau juga
menggunakan teknik reverse psychology dengan berbincang dan mendengar
luahan perasaan David serta sebab dia bertindak demikian. Cikgu Robert
menasihati David dan menyatakan sebab mereka berbuat demikian dan berjanji
akan menasihati mereka.
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
4/6
Selain itu, Robert turut mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter. Menurut
model ini, guru hendaklah menegur para pelajar secara konsekuen seperti yang
dilakukan oleh Robert. Pada kali pertama Robert melakukan kesalahan, Robert
menegur dan memintanya berhenti melakukannya dengan lembut. Apabila David
mengulanginya lagi, Robert tidak membenar David dia keluar pada waktu rehat.
Selepas itu, bagi mengelakkan David mengganggu pelajar lain, Robert
mengarahkan David untuk pergi ke sudut belakang kelas. Oleh kerana Robert masih
tidak mengendahkan teguran dan amaran Robert, akhirnya Robert membawaDavid
ke bilik Guru Besar.
Selain model pengurusan disiplin bilik darjah, Robert turut menggunakan konsep
pembelajaran koperatif. Beliau meminta murid-muridnya berbincang dalam
kumpulan bagi subjek matematik yang diajarnya. Menurut model Logikal Dreikurs,
tindakan David yang membuat bising, mengganggu P&P dan enggan menyiapkan
tugasan yang diberikan adalah kerana ingin mendapatkan perhatian daripada
gurunya, Robert.
b) STRATEGI YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN
Antara strategi dan model yang boleh diaplikasikan bagi mengatasi masalah
David ialah Pengukuhan (Modefikasi Tingkahlaku Skinner), Motivasi, Model Disiplin
bilik darjah, Model Disiplin Asertif, Model Akibat Logikal Dreikurs, Pengurusan
tingkah laku, Perbincangan, Pengurusan emosi. Dalam situasi yang diberikan,
Robert tidak membenarkan David rehat sehingga menyiapkan tugasannya, namun
ia tidak berkesan. Bagi mengatasi masalah ini, Robert boleh memberikan ganjaran
jika David dapat menyiapkan tugasan. Namun, Robert harus mengelakkan
peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesananya.
Apabila David mengganggu pembelajaran dengan berkata saya tahu itu dan biar
saya buat Robert harus memberi peluang kepadanya untuk mencuba
menjawabnya. Robert juga boleh memberikan kaunseling kepada David secara
individu kepada David apabila dia enggan menyiapkan tugasan yang diberikan.
Robert juga boleh menggunakan disiplin pengurusan bilik darjah dengan
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
5/6
memaklumkan kepada ibubapa tentang tingkah laku David. Selain itu juga, Robert
harus bersifat adil dan tegas terhadap hukuman yang dikenakan. Dia harus
mengelakkan amalan ugutan tetapi menggunakan kaunseling dan menyediakan
aktiviti mengikut kebolehan murid.
Di samping itu, Robert juga boleh menggunakan pengukuhan grafik seperti
bintang atau pelekat kepada David sekiranya dia berkelakuan baik bagi satu tempoh
masa P&P dijalankan dalam kelas. Pemberian bintang/pelekat ditentukan sehingga
satu tempoh masa tertentu (jangkamasa 3 bulan) sehingga David dapat mengawal
tingkahlakunya dan tidak mengganggu murid lain lagi. David diberikan ganjaran
(pengukuh fizikal) seperti kasut baru sekiranya dia berjaya melepasi tahap tersebut
dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu juga, Cikgu Robert perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran bersesuaian dengan keadaan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh David. Cikgu Robert perlu membuat sesuatu yang bersifat diluar
jangkaan seperti memainkan muzik dalam proses P&P.
Selain itu juga, Cikgu Robert perlu menangani karenah murid dengan tenang
dan menunjukkan sifat prihatin. Cikgu Robert juga seharusnya mengadakan satu
perbincangan melibatkan semua anggota kelas termasuk David bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Tingkah laku David yang suka mengganggu P&P denganmenyampuk percakapan Robert dapat diatasi dengan mewujudkan suasana yang
kondusif. Robert harus menyusun fizikal kelas supaya selesa dan para pelajar dapat
belajar secara berkumpulan bagi merapatkan hubangan diantara mereka. Robert
mestilah memberi motivasi yang mana dapat mengubah tingkah laku yang tidak baik
pelajar. Selain itu,Robert haruslah mengambil berat perihal dan tindakan murid-
murid serta meminta maaf kepada murid andai dia ada melakukan kesilapan.
Robert juga perlu mengamalkan sikap demokratik dengan memperbanyakkan
aktiviti menyoal bagi mendapatkan tindak balas secara langsung daripada murid-
murid dan mendorong mereka melibatkan diri secara aktif. Cikgu Robert mestilah
menggunakan percakapan dan nada yang sesuai bagi membantu murid
bermasalah. Cikgu Robert juga boleh mengadakan sesi kaunseling dan
-
7/29/2019 51218587 Laporan Analisis Kajian Kes
6/6
menggalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti serta mendorong murid
normal menerima David. Di samping juga beliau mestilah mengajar dengan sikap
penyayang dan pengasih serta peka terhadap segala tindakan dan kelakuan murid-
murid.