52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
-
Upload
sally-isma -
Category
Documents
-
view
228 -
download
1
Transcript of 52656347 penggunaan-kata-banyak-makna-110927060154-phpapp01
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
1
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA DASAR
Kata Makna Ayat Contoh
Alamat a) Tanda
b) Tempat tinggal
a) Awan mendung alamat akan hujan.
b) Posmen menghantar surat berdasarkan
alamat pada sampul surat.
Ambang a) Waktu sebelum sesuatu
kejadian
b) Kayu palang antara dua
tiang (pada jendela atau
pintu)
a) Setiap tahun bulan Disember berada di
ambang tahun baru.
b) Layang-layang adik tersangkut pada ambang
pintu.
Baharu a) Tidak ada sebelumnya
b) Moden
c) Segar
d) Sekejap, sebentar
a) Bangunan pencakar langit itu baharu dibina
b) Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.
c) Sayur-sayuran itu baharu dipetik dari kebun.
d) Adik baharu balik dari sekolah.
Baik a) Berfaedah, bagus ,elok
b) Sembuh, pulih
c) Sesuai
d) Sangat rapat
e) Tidak jahat
a) Buku-buku itu baik untuk dibaca.
b) Kecederaan kaki adik telah baik.
c) Kasut itu baik untuk adik.
d) Hubungan persahabatan Apin dan Bakar
sangat baik.
e) Tabiat abang yang baik itu disukai ayah.
Bangkit a) Jaga daripada tidur
b) Hidup kembali
c) Naik(adunan)
d) Terbit
e) Sedar untuk bergerak
f) Berdiri daripda duduk
a) Adik bangkit pukul 5.00 pagi
b) Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit
dari kubur
c) Kek itu bangkit dengan elok setelah dibakar
d) Akibat diusik,kemarahan Alif mula bangkit
e) Akibat terlalu lama hidup dalam
kemiskinan,anaknya bangkit untuk membela
keluarga
f) Alice lee bangkit dari kerusi untuk menjawab
pertayaan gurunya.
Bantai a) Sembelih
b) Pukul
c) Makan
a) Lima ekor lembu dibantai pada hari raya
korban
b) Peragut itu dibantai oleh orang ramai
c) Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan,
tetamu mula membantai
Belenggu a) Gari,alat untuk memgikat
b) Kongkongan
a) Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana
mencuri
b) Negara di bawah belenggu penjajah sukar
untuk membuat apa-apa keputusan
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
2
Bencana a) Kecelakaan,malapetaka
b) Pengkhianatan,gangguan
a) Negara jepun selalu dilanda ternyata bencana
alam
b) Penduduk kampong berasa sangsi akan
kehadiran lelaki tua itu,walhal dia tidak
mendatangkan bencana
Bernas a) Berisi
b) Subur,penuh berisi(padi
atau gandum)
a) Ucapan wakil rakyat itu sungguh bernas
b) Burung pipit sangat suka akan buah padi yang
bernas di sawah Pak Ajis
Bidang a) Penjodoh bilangan
b) Permukaan yang datar
c) Ukuran lebar
d) Jurusan, disiplin ilmu
e) Lapangan yang diceburi
a) Pak Shukor mempuyai dua bidang tanah
b) Kotak kertas itu mempunyai empat bidang
c) Alas meja ini bidangnya satu meter
d) Abang mengambil bidang kedoktoran di
universiti
e) Azura menceburi bidang nyanyian
Bulat a) Bentuk seperti bola
b) Bundar seperti duit syiling
atau roda
c) Tekad
a) Emak menggentel tepung itu supaya menjadi
bulat b) Meja di pejabat itu berbentuk bulat
c) Shafie membuat keputusan yang bulat demi
masa depannya
Canggung a) Kekok, tidak mahir
b) Kurang sempurna
c) Berasa segan silu,tidak
biasa
a) Cindy Looi kelihatan canggung ketika makan
nasi menggunakan tangan
b) Struktur ayat dalam penulisan karangan
Aminah didapati agak canggung
c) Najla yang pemalu berasa canggung apabila
diminta berucap
Celik a) Mata terbuka
b) Dapat melihat
c) Insaf
a) Mata adik celik walaupun dia tidur
b) Orang yang bermata celik dapat melihat apa
yang berlaku di sekitarnya.
c) Setelah bertahun-tahun terlibat dalam
Kegiatan jenayah,Chee Keong telah celik
akan kesilapannya itu
Cerah a) Baik,bahagia
b) Terang
c) Tidak gelap
d) wajah berseri
a) Masa depan Damia cerah jika dia berjaya
dalam peperiksaan itu
b) Cuaca hari ini sungguh cerah
c) Baju yang dipakai oleh adik berwarna cerah
d) Air muka emak cerah apabila mendengar
kejayaan adik
Cergas a) Bertenaga
b) Pantas
c) Kegiatan jualan dan belian
d) Masih mengeluarkan wap
(aktif)
a) Syafiqah adalah seorang kanak-kanak yang
cergas b) Pemain-pemain bola itu bergerak cergas di
padang
c) Pasaran saham Malaysia bergerak cergas
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
3
d) Gunung berapi di Indonesia masih cergas
mengeluarkan laharnya
Ceria a) Bersih,suci
b) Riang, gembira
c) Menarik
a) Kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia
kelihatan ceria
b) Anak-anak yang tinggal dirumah anak yatim
kelihatan ceria bersama-sam rakan mereka
c) Pakaian pengantin baru itu kelihatan begitu
ceria
Dalang a) Orang yang memainkan
wayang kulit
b) Perancang sesuatu perkara
a) Pak Seman terkenal sebagai dalang dalam
permainan kulit di Kelantan
b) Dalang yang mencetuskan pemberontakan itu
ditangkap polis semalam
Dangkal a) Cetek(air)
b) Tidak mendalam
a) Air Sungai Gombak menjadi dangkal pada
musim kemarau
b) Kebanyakan pelajar mempuyai pengetahuan
yang dangkal dalam aspek ekonomi Negara
Darjah a) Peringkat pengajian
sekolah
b) Taraf pencapaian
c) Unit ukuran
a) Kanak-kanak berumur tujuh tahun akan
belajar dalam darjah Satu
b) Kerajaan berusaha untuk menggikan darjah
ekonomi rakyat
c) air mendidih pada suhu 100 darjah Celsius
Gebu a) Lembut
b) Halus dan licin
a) Kek yang dibuat oleh kakak sungguh gebu
b) Muka anak gadis Pak Abu kelihatan sungguh
gebu dan cantik
Genap a) Cukup,lengkap
b) Bukan ganjil
a) Saya belajar di sekolah ini genap 6 tahun
b) Nombor-nombor genap senang dikira
Genting a) Atap rumah yang diperbuat
daripada sejenis tembikar
b) Suasana bahaya,cemas
c) Sempit atau kecil di
bahagian tengah (hampir
putus)
a) Rumah saya beratap genting
b) Nyawanya berada dalam keadaan genting
jika tidak dibedah
c) Jalan yang genting itu selalu berlaku
kemalangan
Gondol a) Botak
b) Tidak ditumbuhi pokok
atau rumput
c) Tidak berdaun
a) Kepala Pak Manaf kelihatan ancer kerana
tiada berambut
b) Bukit tinggi itu ancer selepas dibersihkan
untuk projek perumahan
c) Pokok-pokok kelihatan ancer akibat
musim kemarau
Gugup a) Bingung kerana takut
b) Tergagap-gagap,tidak
ancer
c) Sangat bising,hiruk-pikuk
a) Amri menjadi gugup apabila disergah oleh
bapanya
b) Peserta itu tidak dapat menyampaikan ucapan
kerana gugup
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
4
c) Sorakan penonton di stadium gugup sekali
Gugur a) Jatuh, luruh
b) Mati
a)Buah duriam yang masak akan gugur
b) Ramai pejuang kemerdekaan gugur di medan
perang
Hambur a) Bertaburan
b) Berselerak,bersepah
c) berderai
a) Pasir yang dibawa lori itu berhamburan di
atas jalan raya
b) Alat tulis adik berhamburan di sana sini
selepas digunakan
c) Air mata adik berhamburan kerana dimarahi
kakak
Hening a) Jernih,bersih,bening
b) Sunyi,sepi,lengang
a) Hening betul air sungai itu sehingga kita
boleh melihat ikan yang berenang didasar
sungai
b) Suasana malam itu sungguh hening,tiada
langsung kedengaran suara unggas
Hikmat a) Kuasa luar biasa
b) Maksud sebenar
c) Pesanan bijak pandai
a) Batu hikmat itu dijual dengan harga
RM200.00
b) Kemerosotan ekonomi Negara pada tahun
1987 ada hikmat yang tersembunyi
c) Kata-kata hikmat oleh pendeta wajar
diteladani
Hulu a) Kepala
b) Bahagian atas sungai
c) Kawasan kampong yang
jauh pendalaman
a) Hulu keris itu bersalut emas
b) Hujan di bahagian hulu sungai menyebabkan
berlakunya banjir
c) Semua kawasan hulu akan disediakan
kemudahan asa yang diperlukan
Jelma a) Jadian, berubah menjadi
benda yang lain
b) Lahir kembali, kelahiran
semula
c) Muncul dalam ingatan
a) Dalam cerita tersebut, anjing menjelma
menjadi arnab.
b) Ada orang yang percaya bahawa orang yang
mati akan menjelma semula.
c) Kenangan manis semasa berada di Afrika
jelma semula ketika keseorangan.
Jemput a) Ajak, undang
b) Disongsong, menyambut
c) Mengambil sesuatu
dengan hujung jari
a) Cikgu Amin menjemput murid-muridnya
berhari raya ke rumahnya.
b) Saya yang jemput ayah di lapangan terbang.
c) Emak menjemput sedikit garam lalu
memasukkan ke dalam masakannya.
Julang a) Angkat sesuatu ke atas
b) Meninggi
c) Mendukung anak ke atas
bahu
a) Ahli gusti menjulang lawannya lalu
menghempas ke lantai.
b) Api yang menjulang itu dapat dilihat dari
jauh.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
5
d) Menyanjung tinggi c) Azman menjulang anaknya Adam ke atas
bahu sambil berjalan.
d) Sebagai rakyat negara ini, setiap rakyat perlu
menjulang nama negara.
Kasar a) Besar, tidak halus
b) Tidak licin, kesat, kasap
c) Buatannya tidak kemas
d) Tidak tertib, tidak sopan
e) Keras dan rendah
f) Lakaran, tidak terperinci
a) Alat menangkap ikan itu dibuat daripada
benang kasar.
b) Permukaan kertas pasir itu kasar.
c) Sulaman baju itu kelihatan kasar.
d) Kata-kata gadis itu kasar dan boleh
menyebabkan orang lain tersinggung.
e) Ziela mempunyai suara yang kasar seperti
suara lelaki.
f) Pihak polis telah melukis rajah kasar tentang
kemalangan itu.
Kendur a) Tidak tegang berkaitan
dengan tali
b) Tidak genting, tidak kuat
lagi berkenaan dengan
keadaan atau suasana
a) Tali ampaian di belakang rumah menjadi
kendur kerana ditarik oleh adik.
b) Selepas ditamatkan perintah darurat, keadaan
kawalan keselamatan negara menjadi
kendur.
Kesan a) Akibat
b) Tanda yang ditinggalkan
c) Fikiran yang muncul
setelah melakukan sesuatu
perbuatan
a) Keluarganya hidup menderita kesan daripada
perbuatan zalim anaknya itu.
b) Ada kesan tapak kaki harimau di luar rumah
Pak Lajim.
c) Perbuatan mendera kanak-kanak akan
meninggalkan kesan jangka panjang terhadap
diri mangsa.
Kusut a) tidak sikat rambut
b) Fikiran tidak tenteram
c) Bersimpul
Rambut nenk kusut kerana telah lama tidak
bersikat.
Dia tidak dapat menyelesaikan masalahnya
kerana fikirannya kusut.
Tali yang kusut sukar untuk diceraikan.
Lali a) Tidak berasa apa-apa pada
kulit, kebas
b) Biasa dengan sesuatu hal
sehingga tidak terasa
sulitnya
a) Mulutnya berasa lali selepas disuntik sebelum
giginya dicabut.
b) Rakyat Arab sudah lali dengan kekejaman
Israel.
Lanjut a) Panjang, seterusnya
b) Tinggi (umur)
a) Pihak polis akan memberi keterangan lanjut
berkaitan kes itu.
b) Usia Pak Dollah telah lanjut.
Lapuk a) Terlalu lama dan
ditumbuhi cendawan
a) Titi batang kelapa itu lapuk dan mulai reput.
b) Rumah lapuk di hujung kampung itu mulai
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
6
b) Usang roboh.
Larut a) Terlalu jauh
b) Hancur, sebati
c) Semakin bertambah
a) Hari sudah larut malam.
b) Garam yang dimasukkan ke dalam masakan
itu telah larut.
c) Penyakit jantung datuk semakin larut.
Lega a) Tidak sempit, lapang
b) Senang hati dan tenteram
a) Ruang bilik adik lega untuk memuatkan tiga
orang
b) Cikgu Saad berasa lega apabila kesemua
muridnya berjaya dalam peperiksaan lepas.
Lekang a) Pecah atau retak, merekah
b) Mudah tanggal, longkah,
tidak melekat
c) Terkopek (cat), tertanggal
a) Bibir mulut kanak-kanak di negara Afrika itu
lekang apabila cuaca panas melanda negara
tersebut.
b) Buah rambutan yang dijual itu lekang isinya
dan sedap dimakan.
c) Cat pada dinding bangunan lama itu mudah
lekang.
Lembap a) Masih basah, tidak kering
b) Tidak cergas atau tidak
cekap
c) Tidak rancak, perlahan
a) Baju yang dicuci itu masih lembap walaupun
dijemur seharian.
b) Beberapa orang murid Kelas 5 Merah
lembap dalam pelajaran Metematik.
c) Muzik lembap tidak diminati oleh golongan
remaja.
Lengang a) Tidak sibuk, sepi
b) Sunyi
a) Jalan raya di Kuala Lumpur menjadi lengang
pada musim perayaan.
b) Kawasan taman itu menjadi lengang apabila
penghuninya tidur nyenyak.
Liat a) Tidak mudah patah atau
putus
b) Pekat, sejenis tanah
c) Cekal, tidak mudah kalah
d) Payah, sukar untuk
melakukan
a) Daging lembu tua memang liat untuk
dimakan.
b) Tanah liat boleh dibentuk menjadi sesuatu
objek.
c) Ahli gusti itu liat untuk dikalahkan.
d) Adnan memang liat untuk mengulang kaji
pelajaran walaupun disuruh beberapa kali.
Licin a) Tidak berkedut
b) Boleh mengelincirkan
c) Lancar
d) Permukaan yang halus
e) Tidak ditumbuhi apa-apa
f) Habis sama sekali
g) Licik, pandai melepaskan
diri
a) Baju adik yang baru digosok kelihatan licin.
b) Lantai bilik air rumah Samy sangat licin.
c) Majlis hari jadi adik berjalan dengan licin.
d) Permukaan papan itu licin selepas diketam.
e) Kepala Wahid menjadi licin selepas
rambutnya dicukur.
f) Harta nenek licin dikikis oleh anak tirinya.
g) Akhirnya pencuri yang licin itu berjaya
ditangkap polis.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
7
Lunak a) Empuk, lembut
b) Lembut dan merdu
berkaitan dengan suara
c) Sifat yang tidak lekas
marah
a) Isi kelapa muda itu sungguh lunak.
b) Suara penyanyi itu sungguh lunak untuk
didengar.
c) Lunak sungguh sifat wanita itu.
Luntur a) Berubah warna berkaitan
kain dan lain-lain
b) Berubah atau bertukar
c) Kurang atau hilang
berkaitan kasih sayang
a) Uniform sekolahnya telah luntur.
b) Walaupun banyak halangan ditempuhi,
semangatnya tidak luntur.
c) Perasaanya terhadap lelaki itu semakin
luntur.
Mata a) Deria untuk melihat
b) Bahagian yang tajam
c) Punca, sumber pendapatan
d) Markah yang diperoleh
a) Ramai pesakit mejalani pemeriksaan mata.
b) Mata pisau yang baru diasah kelihatan
bercahaya.
c) Pada musim tengkujuh, mata pencarian
nelayan akan terjejas.
d) Setiap pemain yang berjaya menamatkan
setiap acara akan mendapat empat mata.
Matang a) Masak, cukup mekar
b) Hampir pecah (bisul)
c) Dewasa, menunjukkan
kesempurnaan
d) Cukup tempoh (simpanan
bon, saham, simpanan
tetap)
a) Buah padi yang matang akan dituai oleh
petani.
b) Bisul pada betis adik sudah matang.
c) Pemikirannya mulai matang sejajar dengan
peningkatan umurnya.
d) Simpanan bon yang matang boleh ditebus
semula.
Meleset a) Tidak tepat atau tidak kena
tempatnya
b) Merosot dalam perniagaan,
keadaan ekonomi
a) jangkaan saya Azura akan kahwin pada
minggu ini meleset sama sekali.
b) Ekonomi Malaysia meleset pada tahun 1997.
Mendung a) Awan yang kehitaman
(gelap) menandakan hari
hendak hujan
b) Suram, muram (air muka)
c) Redup akibat cahaya
matahari dilindungi, tidak
terang
a) Langit kelihatan mendung terutama pada
waktu petang.
b) Air muka Shamsiah kelihatan mendung
kerana gagal dalam peperiksaan.
c) Cuaca yang mendung pada hari ini sesuai
untuk aktiviti luaran.
Merosot a) Tergelincir, turun
b) Harga turun, jatuh
c) Berkurangan (berkaitan,
perniagaan)
a) Lori yang diletakan di atas bukit itu merosot
sedikit ke bawah.
b) Harga ayam merosot 20 sen akibat bekalan
berlebihan.
c) Akibat ekonomi negara yang lemah,
perniagaan mereka merosot.
Muak a) Bosan, jemu a) Bedah muak berada di rumah seharian.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
8
b) Jijik atau benci kerana
mendengar atau melihat
b) Amin muak mendengar cerita Joyah yang
suka memburuk-burukkan orang lain.
Muka a) Bahagian hadapan kepala
(dari rambut sampai ke
dagu)
b) Wajah
c) Hadapan
d) Hari akan datang, masa
depan
e) Halaman buku
f) Pendahuluan, permukaan
g) Peluang
a) Mazidul memalingkan mukanya ke kiri
apabila namanya dipanggil.
b) Muka gadis itu sungguh cantik
c) Pengedar dadah yang ditangkap itu akan
dihadap ke muka pengadilan.
d) Mahasiswa disaran belajar bersungguh-
sungguh demi hari mika.
e) Murid-murid dikehendakimembuka muka
surat dua.
f) Martin membayar wang muka kereta Proton
Waja sebanyak RM20 000.00
g) Guru disiplin tidak akan memberi muka
kepada pelajar yang ponteng sekolah.
Padat a) Penuh, sesak, berasak-asak
b) Penuh dan rapat, padu,
tumpat
c) Banyak sekali
penduduknya
d) Banyak isi berkaitan
ucapan, karangan, bernas
e) Pejal (tidak cair)
a) Keadaan di dalam bas mini padat dengan
penumpang.
b) Tanah tidak padat seperti batu.
c) Penduduk Taman Perumahan Jati sangat
padat.
d) Ucapan Perdana Menteri padat dengan kata-
kata nasihat.
e) Air yang dibekukan menjadi ketulan yang
padat.
Pedih a) Rasa sakit seperti luka
terkena air limau
b) Sangat sedih, sakit hati
a) Tangan pembantu rumah yang cedera itu
terasa pedih apabila terkena air.
b) Dia berasa pedih apabila mendengar kata-
kata kesat anaknya.
Pelik a) Ganjil, Tidak biasa, aneh
b) Tidak mudah difahami,
susah
c) Berasa hairan
a) Reriang adalah haiwan yang pelik kerana
hidup di dalam tanah bertahun-tahun lamanya
sebelum keluar mendapatkan cahaya untuk
mati.
b) Perkataan-perkataan pelik yang digunakan
oleh penceramah ketika berceramah tidak
difahami oleh khalayak.
c) Orang ramai pelik melihat gelagat seorang
lelaki berjalan kepala ke bawah.
Pelopor a) Orang yang berjalan di
hadapan (dalam perarakan)
b) Perintis, pembuka jalan,
pengasas
a) Pasukan tentera menjadi pelopor dalam acara
perbarisan Hari Kemerdekaan.
b) Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi
pelopor dalam bidang penyelidikan
samudera.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
9
Penggal a) Kerat, potong
b) Bahagian atau jilid buku
c) Bahagian, masa pengajian
persekolahan dalam satu-
satu tahun, semester
a) Ular yang memakan ayam Pak Karim
dipenggal kepalanya.
b) Buku Harry Porter penggal 1 telah habis
dijual.
c) Pengajian di universiti dibahagi kepada dua
penggal.
Pudar a) Kabur
b) Pasif
c) Kelam, kurang cahaya
a) Warna seluarnya telah pudar.
b) Semangatnya untuk belajar semakin pudarb
setelah kematian emaknya.
c) Cahaya lampu di dalam bilik itu semakin
pudar.
Rampas a) mengambil dengan
kekeran
b) Mengambil alih kuasa
secara paksa
c) Menyita
a) Peragut itu cuba merampas beg tangan
seorang wanita.
b) Ketua pemberontak merampas kuasa
daripada Perdana Menteri negara itu.
c) Pihak berkuasa akan merampas gerai
peniaga yang tidak membayar sewa bulanan.
Rancak a) Cepat dan riang
b) Giat, aktif, bersungguh-
sungguh
a) Ramai remaja suka mendengar lagu-lagu
rancak.
b) Kakak rancak menyediakan makanan di
dapur.
Rancang a) mengatur sesuatu terlebih
dahulu, merencankan
b) Membuat aggaran
c) Bercadang,
mempertimbangkan
a) Pihak kerajaan merancang untuk
melaksanakan pelbagai projek demi
kemudahan rakyat.
b) Ahli perniagaan perlu merancang
perbelanjaan mengikut keperluan dan
kepentingan perniagaan.
c) Albert merancang untuk melancong ke Arab
Saudi pada masa cuti akan datang.
Rapat a) Hampir
b) Akrab
c) Hampir bertemu, hampir
tiada celah
d) Tiada yang rengang
walaupun sedikit
e) Sangat kerap berkaitan
dengan anyaman
f) Penuh sesak, padat
a) Meja itu rapat dengan bilik saya.
b) Persahabatan Angelina dengan Azizah sangat
rapat.
c) Para penonton berdiri rapat ketika
menyaksikan pertunjukan pentas.
d) Tingkap itu ditutup rapat.
e) Tikar yang dianyam oleh emak sangat rapat.
f) Rumah di Taman Seri Gombak agak rapat
antara satu sama lain.
Rata a) sama banyak
b) Datar, tidak tinggi
c) Menyeluruh, seluruh
permukaannya diliputi
a) Tanah peninggalan Pak Akob dibahagi sama
rata kepada anak-anaknya.
b) Kawasan bukti itu menjadi rata, setelah
ditarah.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
10
d) Tersebar ke mana-mana
(berkaitan penyakit, berita
dan lain-lain)
c) Jururawat menyapu ubat di seluruh badan
pesakit itu sehingga rata.
d) Penyakit taun sudah rata di kampung itu.
Redup a) langit berawan, cuaca tidak
terang, mendung
b) Kurang cahaya, suram
c) Reda, berhenti, tenang
kembali
a) Hari yang redup sesuai untuk melakukan
aktiviti luaran.
b) Akibat terlalu sedih, wajahnya kelihatan
redup.
c) Ribut yang melanda kampung itu redup
setengah jam kemudian.
Rendang a) Sejenis lauk (daging yang
dimasak dengan campuran
rempah dan dimasak
hingga kering atau pekat)
b) Banyak daun dan cabang
(berkaitan dengan pokok),
rimbum
a) Pada hari raya Mak Limah akan memasak
rending daging untuk dimakan dengan
ketupat.
b) Pokok ketapang yang rending itu menjadi
tempat berteduh sementara kepada para
pekerja ladang.
Renggang a) Tidak rapat (berkaitan
lantai, dinding, pintu dan
lain-lain)
b) Tidak erat atau tidak rapat
(berkaitan persahabatan)
a) Kok Meng melihat ke dalam rumah itu
melalui tingkap yang renggang.
b) Semenjak dia berpindah ke tempat lain,
hubungan kami semakin renggang.
Resap a) Menyerap, masuk ke
dalam liang (berkaitan
cecair)
b) Masuk ke dalam hati, lekat
benar
c) Masuk ke dalam sesuatu
dan menjadi
sebahagiannya (budaya
dan bahasa)
a) Air mudah meresap ke dalam pasir.
b) Segala yang dikatakan oleh arwah ibunya
meresap ke dalam hati Alia.
c) Beberapa perkataan bahasa Arab meresap ke
dalam bahasa Melayu.
Retak a) Garisan yang kelihatan
pada benda keras dan akan
pecah (pinggan, gelas,
dinding, tembok)
b) Terdapat kekurangan
(tidak sempurna), cacat
c) Hubungan yang renggang,
tidak sepakat
a) Retak pada dinding rumah itu semakin besar.
b) Kerja-kerja yang dibuatnya itu banyak yang
retak.
c) Hubungan Ranisamy dengan Vistanim mulai
retak selepas berlaku pertengkaran yang
kecil.
Rimas a) Berasa tidak enak kerana
panas
b) Tidak senang hati, gelisah
dan lain-lain
a) Pada musim kemarau, kita akan berasa rimas
berada di dalam rumah yang tidak berkipas.
b) Azrai berasa rimas gengan sikap ibunya yang
terlalu mengongkong.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
11
Ringkuk a) Terkurung dalam penjara
b) Duduk atau bebaring serta
membengkokkan badan
a) Pembunuh tersebut meringkuk di dalam
penjara sementara menunggu hukuman
gantung dijalankan.
b) Peminta sedekah itu tidur meringkuk di
stesen bas.
Rombak a) Membuka semula sesuatu
yang telah dijahit
b) Menyusun atau mengatur
sesuatu semula
a) Tukang jahit merombak semula jahitan yang
tidak betul.
b) Pihak lembaga pengarah syarikat itu akan
merombak pengurusan syarikat tersebut.
Sabak a) Muram, suram (berkaitan
muka)
b) Redup, mendung
c) Dapur tempat memasak
nasi ketika kenduri
a) Wajah Armitah kelihatan sabak.
b) Kanak-kanak bermain laying-layang di
padang pada waktu petang kerana cuaca
sabak.
c) Orang-orang perempuan yang berada di
sabak sedang sibuk menyediakan makanan
untuk kenduri itu.
Sadai a) terbaring serta
melunjurkan kaki
(berkaitan dengan orang)
b) Terletak di tempat yang
lebih tinggi, terdampar
c) Tidak laku (barangan
jualan), tidak dipinang
orang
a) Akibat terlalu letih, Pak Mat tersadai di luar
rumah.
b) Perahu nelayan tersadai di pantai akibat
pukulan ombak yang kuat.
c) Barang-barang jualan Mak Minah tersadai di
gerainya.
Sadang a) Tali yang diselendangkan
di bahu (disilangkan di
dada)
b) Memikul
c) Menjawat sesuatu jawatan,
memegang gelaran
a) Anggota polis menyandang senapang ketika
bertugas.
b) Pekerja itu menyandang seguni padi di atas
bahunya untuk diletakan di atas lori.
c) Dato’s Seri Abdullah menyandang jawatan
Perdana Menteri Malaysia.
Sangkut a) Terlekat pada sesuatu,
tergantung
b) Tidak dapat bergerak,
terhenti
c) Terlibat sama, terbawa
masuk
d) Tertumpu, terlekat
a) Adik sangkut bajunya pada sebatang paku.
b) Komputer yang menuju ke Rawang
tersangkut di pertengahan jalan.
c) Hasil siasatan polis Azizi tersangkut dalam
kejadian rompakan itu.
d) Pandangan Naziah tersangkut pada wajah
wanita tua itu.
Sebak a) Penuh dengan air mata dan
akan menitik (air mata
mengenangi kelopak mata)
b) Sesak nafas
c) Hampir banjir (sungai),
a) Matanya sebak melihat penderitaan anak-
anak kecil akibat kezaliman tentera Israel.
b) Bahunya terhinggut-hinggut kerana menahan
sebak.
c) Anak sungai itu mula sebak akibat hujan
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
12
penuh dengan air lebat selama beberapa jam.
Sengit a) Hebat atau hangat
(perarungan atau
perlawana)
b) Menyakitkan hati, keras,
pedas (perkataan yang
digunakan)
c) Bengis
a) Perbahasan di Dewan Rakyat sengit antara
penyokong kerajaan dengan pihak
pembangkang.
b) Kata-kata jirannya yang sengit itu
menyinggung perasaannya.
c) Muka lelaki itu kelihatan sengit walaupun
hatinya baik.
Serba a) Seluruhnya, segalanya
b) Dalam apa juga, dalam
segala hal
c) Pelbagai, bermacam-
macam
a) Model itu berpakaian serba biru.
b) Dia sanggup membantu orang yang susah
walaupun dalam serba kekurangan.
c) Pakaian para tetamu dalam majlis itu serba
warna yang cantik.
Serbu a) Menyerang, merempuh,
melanggar
b) Pergi beramai-ramai,
meluru
a) Pasukan polis menyerbu rumah perjudian di
sebatang lorong di Gombak.
b) Orang ramai menyerbu ke sebuah pasar raya
yang mengadakan jualan murah.
Seret a) Menarik sesuatu, ditarik
secara bergeser pada lantai
b) Memaksa orang atau
binatang mengikut serta
a) Mangsa bunuh itu diseret beberapa meter
sebelum ditinggalkan di situ.
b) Lembu itu diseret ke air oleh Pak Badar.
Serong a) Tidak tepat atau lurus
b) Berniat jahat, curang
a) Garisan itu serong ke kanan.
b) Dia berniat serong di sebalik bantuan yang
diberi.
Tagih a) Meminta sesuatu
dijelaskan seperti yang
dijanjikan
b) Meminta dijelaskan hutang
c) Keinginan yang benar-
benar
a) Murid-murid yang mendapat 5a dalam UPSR
menagih janji daripada guru mereka.
b) Pihak bank menagih hutang daripada
peminjam yang tidak menjelaskan pinjaman
mereka.
c) Warga emas yang mendiami rumah-rumah
kebajikan menagih kasih sayang daripada
anak-anak mereka.
Tanggal a) Tarikh, hari bulan
b) Lucut, luruh, cabut
a) Saya dilahirkan tanggal 6 Seotember 1965.
b) Butang seluar adik telah tanggal.
Tawar a) Hampa
b) Tidak berasa apa-apa
a) Hatinya sudah tawar untuk bekerja di situ.
b) Air kopi itu rasanya tawar.
Tegang a) Tidak kendur
b) Keras, liat
c) Tidak erat
a) Tali penyidai di ampaian itu sangat tegang.
b) Otot-otot badannya menjadi tegang selepas
bersenam.
c) Hubungan antara kedua-dua pihak agak
tergang.
Terbit a) Muncul a) Matahari terbit pada waktu pagi dari arah
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
13
b) Timbul perasaan
c) Dikeluarkan (bahan
bercetak)
timur.
b) Terbit perasaan curiga di hatinya apabila
mendengar desas-desus suaminya bercinta
lagi.
c) Buku ini diterbitkan oleh Marshall
Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tertib a) Peraturan yang baik
b) Sopan santun
a) Lakukan perbuatan itu mengikut tertibnya.
b) Anak gadis Pak Hamid sangat tertib.
Urat a) Pembuluh darah, saluran
kecil dalam tubuh
b) Penjodoh bilangan (untuk
yang halus seperti dawai,
rambut, benang)
a) Darah kita mengalir melalui urat yang
terdapat dalam tubuh kita.
b) Dia menggunakan beberapa urat benang
untuk menjahit butang baju.
Usang a) Lama, kuno
b) Tidak subur
a) Rumah datuk yang ditinggalkan di kampung
menjadi usang.
b) Tanah seluas satu hektar itu terbiar menjadi
usang.
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA BERIMBUHAN
Kata Makna Ayat Contoh
bercampur a) Berkawan
b) Sebati
a) Emak mengingatkan abang supaya tidak
bercampur dengan budak-budak nakal.
b) Minyak tidak akan bercampur dengan air
walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang
sama.
berdamping a) Berada dekat,
berhampiran
b) Bergaul, berkawan
a) Adik sentiasa berdamping dengan ayah
ketika makan malam.
b) Linda suka berdamping dengan kawan-
kawan yang baik sahaja.
berdaya a) Bertenaga, berupaya
b) Berakal
a) Walaupun berlari sejauh 10 kilometer,
Raman masih berdaya untuk berenang.
b) Budak itu kecil tetapi berdaya
menyelesaikan soalan matematik yang
sudah itu.
berdepan a) Bertemu muka, bersua
b) Beradu, berlawan
a) Penjenayah itu tidak berkata apa-apa ketika
berdepan dengan anggota polis.
b) Mike Tayson akan berdepan dengan
lawannya yang lebih hebat dalam
permainan tinju.
bergaul a) Bercampur, bersahabat
b) Telah diuli
a) Jamaliah melarang anaknya bergaul
dengan budak-budak yang nakal.
b) Tepung itu telah bergaul dengan serbuk
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
14
kari.
bergelora a) Gelombang besar, ombak
besar
b) Berkobar-kobar
a) Keadaan Laut China Selatan bergelora dan
berbahaya kepada para nelayan.
b) Semangat pemain bola sepak sekolah
bergelora untuk menentang pasukan
Sabah.
berkembang a) Terbuka
b) Tersebar
a) Payung terjun anggota TUDM itu tidak
berkembang menyebabkan dia terjatuh.
b) Agama Islam telah berkembang di Tanah
Melayu sebelum merdeka lagi.
berkenan a) Bersetuju dihati, suka
b) Sudi, sanggup
a) Saya berkenan dengan barang-barang
antic tersebut.
b) Baginda Sultan Melaka berkenan
menghadiri majlis perkahwinan saya.
berlepas a) Berangkat ke sesuatu
tempat
b) Tidak terikat atau tidak
bertambat
c) Tidak melibatkan diri
a) Bapa akan berlepas ke Indonesia pada
malam ini.
b) Lembu-lembu Pak Dolah yang berlepas itu
dicuri orang.
c) Jika kamu ditangkap polis, saya akan
berlepas diri kerana tidak sanggup
dipertanggungjawabkan
bersalin a) Bertukar bentuk kepada
yang lain, berubah
b) Melahirkan anak, beranak
c) Bertukar pakaian
a) Ular sawa itu bersalin kulit.
b) Kakak bersalin anak pertama di hospital.
c) Adik bersalin pakaian biasa kepada
pakaian renang sebelum ke tepi pantai.
bersandar a) Duduk atau berdiri
dengan mengenakan
belakang kepada sesuatu
objek
b) Bersangga pada
c) Berhadap pada bantuan
a) Datuk berdiri sambil bersandar pada tiang
seri rumah itu.
b) Tangga kayu itu erdasar pada dinding
rumah.
c) Perbelanjaanya semasa menuntut di
universiti berdasar pada wang
biasiswanya.
berselisih a) Berbeza
b) Berlainan pandangan,
tidak sepakat
c) Bertemu di jalan
a) Jumlah modal dengan keuntungan
berselisih RM50 000.00
b) Dalam perbincangan itu pengerusi dengan
penolongnya telah berselisih pendapat.
c) Emak berselisih dengan Puan Aidah di
pasar.
bersumpah a) Menyatakan atau
menafikan sesuatu
b) Berjanji
a) Fadzli bersumpah tidak melakukan
perbuatan yang terkutuk itu.
b) Mira bersumpah akan belajar bersungguh-
sungguh sehingga berjaya.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
15
bertimbun a) Banyak
b) Bertindih, berlonggok
a) Kerja-kerja sekolah yang bertimbun itu
perlu dibantu untuk diselesaikan
b) Fail-fail Penting bertimbun di atas
mejanya.
berupa a) Ada rupa, wujud, nyata
b) Bersimbol seperti
c) Dalam bentuk
d) Elok rupanya, cantik
a) “Kadang kala syaitan berupa manusia
biasa,” kata ustaz.
b) Lambang Kerajaan Sarawak berupa
burung Kenyalang.
c) Mangsa kebakaran itu menerima bantuan
berupa wang, makanan dan tempat tinggal.
d) Emak terlalu memilih menantu yang
berupa sahaja.
menlanggar a) Merempuh
b) Tidak patuh
c) Menyerang
a) Sebuah kereta telah melanggar belakang
kereta saya.
b) Jangan melanggar peraturan dan undang-
undang negara.
c) Tentera Amerika Syarikat melanggar
negara Iraq.
membalas a) Menjawab
b) Memberikan sesuatu
sebagai tanda terima kasih
c) Tebus, tuntut
a) Suzie telah membalas surat kawan
baiknya.
b) Ramai menteri menerima pingat kebesaran
sebagai membalas jasa mereka terhadap
negara dan rakyat.
c) Fok Keong akan membalas perbuatan
lelaki itu terhadap ayahnya.
membeku a) Menjadikan sesuatu itu
beku
b) Menghentikan sesuatu
pengambilan buat
sementara
a) Air paip itu membeku setelah diletakkan di
dalam peti sejuk.
b) Kerajaan membekukan pengambilan
pekerja asing ke Malaysia.
mendukung a) Membawa dengan
meletakkan pada
pinggang (membawa
kanak-kanak)
b) Mengemukakan
c) Menyokong
d) Bertanggungjawab
a) Hasliza mendukung adik kecilnya sambil
berjalan.
b) Kata-kata puitis digunakan untuk
mendukung jalan cerita itu.
c) Semua rakyat mesti mendukung Wawasan
2020.
d) Zakaria mendukung watak Hang Tuah
dalam drama tersebut.
menentang a) Menatap dengan tepat,
memandang dengan tepat
b) Memerangi musuh
c) Tidak bersetuju,
a) Pak guru itu menentang mata anak-anak
buahnya sambil berpesan.
b) Pihak polis akan menentang jenayah yang
berlaku di Kuala Lumpur.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
16
membangkang c) Setiausaha syarikat itu menentang segala
cadangan yang diberikan oleh pekerja
bawahan.
mengacau a) Menggaul
b) Mengganggu
c) Merungsingkan
a) Halida mengacau air kopi untuk diminum.
b) Raman suka mengacau rakan-rakan di
dalam kelasnya.
c) Masalah itu sentiasa mengacau fikirannya.
mengait a) Memetik sesuatu
b) Merajut dengan jarum kait
a) Abang mengait buah langsat di dusun Pak
Mazlan
b) Mariam mengait baju menggunakan
benang emas.
mengancam a) Menakut-nakutkan,
mengugut
b) Mendatangkan musibah,
membahayakan
a) Penculik yang mengancam keluarga ahli
perniagaan itu telah ditangkap polis.
b) Perbuatan pemburu haram yang memburu
binatang liar boleh mengancam kehidupan
binatang tersebut.
menggulung a) Melilit
b) Mengakhiri
c) Membentuk lipatan
a) Ramlee menggulung tali yang panjang itu.
b) Ketua pembangkang menggulung hujah-
hujah perbahasannya.
c) Saya yang menggulung tikar di rumah
Mak Lijah selepas majlis tersebut.
menghempas a) Memukul (ombak)
b) Membanting (padi)
c) Menjatuhkan diri
d) Meneutup dengan kuat
a) Ombak besar menghempas pantai dengan
kuat.
b) Petani itu menghempas padinya agar
terlerai daripada tangkai.
c) Adik menghempas tubuhnya ke atas katil
di dalam bilik.
d) Shuhada menghempaskan pintu biliknya
kerana terlalu marah.
e)
Mengutuk a) Menyumpah, melaknat
b) Menganggap keji
a) Tuhan akan mengutuk mereka yang
berbuat dosa.
b) Kita tidak boleh mengutuk orang lain.
Menjelma a) Lahir kembali
b) Bertukar bentuk
c) Muncul dalam pemikiran
a) Orang yang sudah mati akan menjelma
kembali.
b) Harimau itu menjelma menjadi seekor
kucing.
c) Tiba-tiba wajah Pak Ngah yang telah
meninggal dunia menjelma dalam
fikirannya.
terpacul a) Terkeluar
b) Terjengul
a) Kata-kata yang kasar terpacul daripada
mulut gadis itu.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
17
b) Orang tua itu, tiba-tiba terpacul di hadapan
kami.
tertakluk a) Tertawan
b) Wajib, patuh
c) Bergantung kepada,
terikat
a) Banyak negara di dunia tertakluk di
bawah penjajahan British.
b) Sebagai rakyat, kita tertukluk kepada
undang-undang negara.
c) Kehidupan nelayan tertukluk kepada
banyak atau sedikit hasil tangkapan
mereka.
anjuran a) Sesuatu yang diadakan
oleh pihak-pihak tertentu
b) Usulan, saranan
a) Hari kantin anjuran Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Sungei Way mendapat
sambutan hangat.
b) Anjuran Perdana Menteri agar rakyat
negara ini saling membantu mendapat
sambutan.
aturan a) Susunan
b) Peraturan
c) Ketertiban
a) Aturan fail di atas meja itu tidak kemas.
b) Setiap pekerjaan mesti mengikut
aturannya.
c) Anak-anak Mak Cik Pahmah dididik
dengan penuh aturan.
cabaran a) Dugaan, ujian
b) Bertentangan
a) Pejuang kemerdekaan negara berjaya
menempuh cabaran.
b) Pemain badminton negara bersedia
menghadapi cabaran di kejohanan
tersebut.
lambaian a) Gamit
b) Ayunan
a) Lambaian mangsa lemas itu disedari orang
ramai.
b) Lambaian dedun pokok kelapa pada waktu
petang mengasyikkan.
lapangan a) Kawasan yang luas
b) Jurusan, bidang
a) Padang itu merupakan lapangan latihan
menembak.
b) Ravi mengambil lapangan undang-undang
dalam pengajiannya di universiti.
berdampingan a) Berada dekat
b) Bergandingan, bersama-
sama
a) Kucing yang manja itu selalu
berdampingan dengan tuannya.
b) Faiz dan Danial berdampingan
menyelesaikan masalah itu.
berhamburan a) Bersepah-sepah
b) Bercucuran, berderai-
derai
a) Sampah sarap berhamburan di Bandar
Kota Bahru selepas banjir melanda.
b) Air mata gadis itu berhamburan apabila
dimarahi ibunya.
berturutan a) Terus-menerus dengan a) Manik-manik dihajit berturutan pada
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
18
teratur, bersambung-
sambung
b) Bertubi-tubi, berulang-
ulang
bajunya.
b) Polis melepaskan tembakan erturutan ke
arah penjenayah itu.
kepantasan a) Kelajuan
b) Ketangkasan
a) Kereta lumba itu bergerak dengan
kepantasan yang tinggi.
b) Kepantasan ahli silat itu mengagumkan
penonton.
membaui a) Mencium berulang kali
untuk memastikan buanya
b) Merisik
a) Anjing itu membaui tapak kaki penjenayah
sebelum mengekori kesan tapak kaki itu.
b) Pihak komando telah membaui tempat
anggota penjenayah bersembunyi.
menyelami a) Masuk ke dalam air untuk
mendapatkan sesuatu
b) Berusaha untuk
mengetahui lebih lanjut
dalam pemikiran
seseorang
a) Anggota penyelamat menyelami tasik
Kenyir untuk mencari mangsa bot karam.
b) Kaunselor cuba menyelami masalah yang
dihadapi pelanggannya.
merentasi a) Melintasi
b) Merintis
a) Kakak merentasi jalan yang sunyi ke
rumah kawannya.
b) Titi yang merentasi sungai itu hanyut
dibawa arus ketika banjir.
mendedahkan a) Membuka
b) Tidak ditutup
c) Memberitahu
a) Ayah memarahi kakak kerana memakai
pakaian yang mendedahkan aurat.
b) Penjual itu mendedahkan makanan yang
dijual.
c) Pihak polis tidak akan mendedahkan
segala maklumat kepada orang awam.
menggelapkan a) Menjadikan gelap
b) Mencuri, menghilangkan
c) Menyempitkan peluang
a) Abang menggelapkan bilik tidurnya
sebelum tidur.
b) Pihak syarikat menyedari salah seorang
pekerjanya menggelapkan wang syarikat.
c) Perbuatan pemuda itu menggelapkan masa
depannya sendiri.
menyarungkan a) Mengenakan
b) Memasukkan ke dalam
a) Dia menyerungkan cincin ke jari
tunangnya.
b) Hang Tuah menyarungkan kerisnya
semula.
PENGGUNAAN KATA BANYAK MAKNA – KATA GANDA
Kata Makna Ayat Contoh
alang-alang a) Tidak bersungguh- a) Majikan memarahi pekerjanya kerana kerja
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
19
sungguh
b) Sedikit, kurang
alang-alang sahaja.
b) Bukan alang-alang dia mengeluarkan
wangnya dari bank.
angan-angan a) gambaran masa hadapan
b) Ingatan, khayalan
a) Angan-angan Zaidah hendak menjadi
jurutera.
b) Firdaus sering termenung sambil
memasang angan-angan.
bulat-bulat a) Dengan begitu sahaja
b) Semuanya
c) Berbentuk bulat
a) Cadangan Amirudin itu diterima bulat-
bulat.
b) Ular sawa itu menelan anak lembu bulat-
bulat.
c) Adik suka bermain dengan benda yang
bulat-bulat.
cabang-
bercabang
a) Tumbuh banyak cabang
b) Berdolak-dalik
a) Pokok rambutan itu semakin membesar dan
cabang-bercabang.
b) Dia tidak disukai teman-teman kerana suka
bercakap cabang-bercabang.
gara-gara a) bencana, huru-hara
b) Akibat daripada
a) Kesan daripada gara-gara peperangan,
ramai penduduk negara itu menjadi
pelarian.
b) Gara-gara suka berjadi, hidupnya melarat.
gilang-
gemilang
a) Sangat elok, cantik sekali
b) Terang-benderang
c) Cemerlang, paling baik
a) Rupa para gadis itu gilang-gemilang.
b) Bulan yang mengambang gilang-gemilang.
c) Keputusan peperiksaan sekolah itu gilang-
gemilang.
habis-habis a) Kesemuanya
b) Paling-paling
a) “Berfikirlah habis-habis sebelum kamu
membuat keputusan,” kata ibu.
b) Apa sangatlah kerja yang boleh dibuat oleh
orang tua itu, habis-habis menyapu
sampah di laman.
huru-hara a) Dalam keadaan tidak
tenteram
b) Keadaan kelam-kabut
c) Berjalan tanpa tujuan
a) Negara Iraq masih dalam keadaan huru-
hara akibat peperangan.
b) Zaharah menjadi huru-hara kerana
kerjanya masih banyak yang belum siap.
c) “Kenapa kamu huru-hara ke sana ke
sini?” tanya ayah kepada Hazim.
kelip-kelip a) Sejenis serangga yang
bersayap
b) Jemeki, labuci
a) Kelip-kelip nampak bercahaya apabila
terbang delam gelap.
b) Tukang jahit itu menjahit keli-kelip pada
baju pelanggannya.
kisi-kisi a) Batang-batang daripada
kayu atau logam yang
a) Dia memasang kisi-kisi pada setiap tingkap
rumahnya.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
20
dipasang pada tingkap
b) Palang yang
menghubungkan pusat
roda dengan lingkarannya
b) Kisi-kisi roda basikal adik berkilat setelah
dicuci.
kuda-kuda a) Penyangga papan hitam
yang berkaki
b) Kayu penyangga tulang
bumbung
c) Bahagian senapang atau
pistol
a) Papan hitam itu diletakkan di atas kuda-
kuda.
b) Kuda-kuda rumahnya sudah reput dan
perlu diganti dengan yang baru.
c) Kuda-kuda pada senapang digunakan
untuk meledakkan peluru.
lamat-lamat a) Tidak terang, sayup-sayup
b) Tidak jelas, samar-samar
a) Semakin lama suaranya lamat-lamat
kedengaran.
b) Jawapan yang diberikan oleh cikgu itu
lamat-lamat.
layang-layang a) Wau
b) Bahagian rumah antara
bumbung dengan dinding
(berbentuk segi tiga)
c) Sejenis burung
a) Indra dan kawan-kawannya bermain
laying-layang di padang.
b) Beberapa orang pekerja sedang memasang
laying-layang rumah itu.
c) Burung laying-layang bersarang di dalam
gua itu.
mentah-
mentah
a) Tidak dimasak
b) Dengan begitu sahaja
a) Buah-buahan boleh dimakan mentah-
mentah.
b) Ayah menolak mentah-mentah
permintaan kakak untuk ke pesta buku.
pandang-
memandang
a) Saling memandang
b) Saling menghormati
a) Mereka hanya pandang-memandang
tanpa bersuara.
b) Dalam hidup berjiran, kita mestilah
pandang-memandang, barulah aman.
pontang-
panting
a) Bertaburan di sana sini
b) Berlari lintang-pukang
a) Buku-buku Amirul pontang-panting di
atas lantai.
b) Budak-budak itu lari pontang-panting
dikejar anjing.
c)
porak-peranda a) Kacau-bilau
b) Cerai-berai
a) Kampung Bahagia porak-peranda kerana
banyak kes kecurian yang berlaku sejak
akhir-akhir ini.
b) Rumah tangga mereka porak-peranda
akibat campur tangan orang tua.
potong-
memotong
a) Saling memotong
(melintasi)
b) Pekerjaan menggunting
pakaian
a) Dua buah kereta itu potong-memotong di
jalan raya.
b) Asyikin sudah mahir dalam kerja potong-
memotong kain.
WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY
21
ura-ura a) Cadangan, usul
b) Mesyuarat, perbincangan
a) Ada ura-ura yang mengatakan sebuah
sekolah akan ditutup minggu ini.
b) Ada ura-ura tentang lawatan le Langkawi
pada petang ini.
HTTP:// WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY