54615311 Kertas Kerja Prasekolah

16
PRASEKOLAH DINAMIK, BANDAR BAHARU KEDAH 1.0 Latar Belakang/Pengenalan Menurut Akta Pendidikan 1996: Seksyen 2 menyatakan “pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi adalah merupakan satu pendidikan yang penting bagi kanak-kanak. Hal ini adalah melalui pendidikan prasekolah, kanak-kanak dapat diransang untuk meningkatkan intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia dalam kalangan mereka. Melalui pendidikan awal kanak-kanak ini juga kanak- kanak dapat didedahkan kepada semangat satu Malaysia. Atau dengan kata lainnya kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dapat belajar berinteraksi dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa. Gagasan 1 Malaysia adalah salah satu usaha pemimpin negara untuk menyediakan satu keadaan atau persekitaran yang bebas bagi setiap bangsa untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat kewarganegaraan berbilang bangsa. 1

description

prasekolah

Transcript of 54615311 Kertas Kerja Prasekolah

PRASEKOLAH DINAMIK, BANDAR BAHARU KEDAH

1.0 Latar Belakang/Pengenalan

Menurut Akta Pendidikan 1996: Seksyen 2 menyatakan pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996. Pendidikan formal pada peringkat awal kanak-kanak lagi adalah merupakan satu pendidikan yang penting bagi kanak-kanak. Hal ini adalah melalui pendidikan prasekolah, kanak-kanak dapat diransang untuk meningkatkan intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia dalam kalangan mereka.

Melalui pendidikan awal kanak-kanak ini juga kanak-kanak dapat didedahkan kepada semangat satu Malaysia. Atau dengan kata lainnya kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dapat belajar berinteraksi dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa. Gagasan 1 Malaysia adalah salah satu usaha pemimpin negara untuk menyediakan satu keadaan atau persekitaran yang bebas bagi setiap bangsa untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat kewarganegaraan berbilang bangsa.

Pendidikan di prasekolah juga merupakan pengajaran lanjutan daripada pengajaran di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Dinamik adalah merupakan yang perlu sebagai khidmat kepada masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang mereka perlukan. Motto Prasekolah Dinamik adalah Ke arah Pembentukan 1 Malaysia dan bertemakan Joy In Learning.

2.0 RasionalRasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut:2.1 Memenuhi keperluan masyarakat setempat yang terdiri daripada melayu, cina dan India terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. 2.2 Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.2.3 Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam persekolahan rendah/ tahun satu.2.4 Memperkembangkan potensi, minat dan perkembangan kanak-kanak dari setiap aspek secara menyeluruh.

3.0 Nama, Visi dan Misi Prasekolah

3.1Nama PrasekolahNama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Dinamik. Nama Dinamik dipilih adalah berdasarkan kepada makna perkataan dinamik tersebut iaitu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui inspirasi Dinamik ini, diharapkan dapat melahirkan kanak-kanak yang bertenaga, kuat dan mampu bersaing sesama sendiri untuk menghadapi cabaraan arus pendidikan semasa.

3.2Visi Prasekolah Menghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan di samping memperkembangkan potensi, minat dan kemahiran individu.

3.3Misi PrasekolahMisi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut:3.3.1Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai budaya,agama dan bangsa.3.3.2Menghasilkan individu yang mampu berdaya saing dalam arus pendidikan semasa.

4.0Objektif Penubuhan

Penubuhan Prasekolah Dinamik dilihat sebagai bertepatan dengan hala tuju 1 Malaysia atau gagasan 1 Malaysia yang telah dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Ianya juga adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyuburkan segala bakat dan potensi dalam setiap kanak-kanak yang berbilang bangsa dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial (JERIS). Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:4.1Memperkembangkan potensi individu melalui tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).4.2Membentuk tahap perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari aspek intelektual, sosial, fizikal dan emosi.4.3Memfokuskan kepada tahap penguasaan kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, menaakul dan mengira.4.4Memupuk perpaduan dalam kalangan kalangan murid pelbagai kaum.

5.0Lokasi Tapak dan BangunanLokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah bertempat di negeri Kedah.Tapak bangunan ini beralamat di No. 11, Jalan Permatang Pasir , 34950 Bandar Baharu, Kedah. Lokasi yang dipilih ini terletak di kawasan luar bandar

6.0Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah

6.1Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk lampiran 1)Berdasarkan lampiran 1, pelan lantai bahagian dalam prasekolah yang direka bentuk adalah menepati konsep pengajaran dan pembelajaran yang difokuskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Bangunan ini adalah seluas 20 x 40 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 50 x 60 kaki persegi. Antara sudut yang telah direka dalam bangunan prasekolah ini ialah berteraskan komponen dalam KSPK iaitu sudut sains dan teknologi, fizikal dan estetika, bahasa dan komunikasi, pendidikan Islam dan moral, keterampilan diri dan kemanusiaan. Selain itu, terdapat juga sudut ICT, sudut santai, sudut ekspresi kreatif murid dan sudut 1Malaysia. Dalam bangunan prasekolah ini juga mempunyai pusat perpustakaan kelas iaitu mini library dan ruangan bagi sesi perbualan pagi.

Sudut yang disediakan berteraskan enam komponen adalah bagi membantu murid memperkembangkan dan mengukuhkan perkara yang dipelajari. Hal ini bagi memberikan peluang kepada murid untuk meneroka secara bebas. Manakala, sudut ICT diadakan bagi memberikan kemahiran kepada murid dalam menggunakan komputer. Di samping itu, sudut santai memberikan kebebasan kepada murid untuk melepaskan rasa tekanan. Sudut ekspresi kreatif membantu murid untuk meluahkan dan memperkembangkan kemahiran dan bakat murid dalam berkarya. Seterusnya, sudut 1Malaysia diadakan bertujuan untuk memupuk rasa perpaduan dan hormat antara murid. Pusat perpustakaan kelas merupakan sumber bagi murid untuk mendapatkan maklumat dan bahan bacaan.

Di ruangan pembelajaran murid, disertakan kemudahan meja dan kerusi. Dalam pelan lantai bahagian dalam prasekolah ini juga disediakan ruang bagi sesi perbualan pagi. 6.2Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk lampiran 2)

Pelan lantai bahagian luar kawasan prasekolah dibina dengan beberapa landskap, sudut dan taman. Antara sudut dan taman yang dibina ialah kolam ikan, taman herba, sudut pasir dan air, taman permainan, ruang makan, bahagian dapur,stor dan tandas. Terdapat dua pintu utama yang disediakan bagi laluan masuk dan keluar. Di setiap sudut dan taman yang diadakan disediakan segala kemudahan dan keperluan yang diperlukan.

7.0Kurikulum dan Program Pembelajaran7.1Kurikulum UtamaKurikulum utama yang menjadi rujukan ialah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum ini merangkumi enam komponen dalam KSPK iaitu bahasa dan komunikasi, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian dan moral, sains dan teknologi dan kemanusiaan.

7.2Kurikulum TambahanKurikulum tambahan yang ditawarkan adalah pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Hal ini bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara murid di samping menanam semangat cinta akan negara.

7.3Jadual PembelajaranSesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Tambahan masa selama 10 minit bagi setiap hari bagi mengajarkan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Jadual pembelajaran boleh dirujuk pada lampiran 3.

7.4BukuBuku yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran ialah adalah berdasarkan kepada KSPK. Oleh yang demikian, murid dibekalkan dengan 5 buah buku iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, sains, matematik dan pendidikan sivik dan kenegaraan.

7.5 Program TambahanProgram tambahan yang dirancangkan adalah program yang melibatkan kerjasama antara ibu bapa, pihak pengurusan prasekolah dan komuniti setempat.

8.0Aspek Pemakanan8.1Prinsip Penyediaan MakananPenyediaan makanan disediakan sendiri oleh pembantu prasekolah. Dalam sehari, murid diberi makan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu sarapan dan rehat iaitu makan tengah hari. Pemakanan seimbang disediakan bagi keperluan murid mengikut panduan pemakanan pyramid makanan.

8.2Menu MakananTerdapat 4 set menu makanan bagi sarapan dan tengah hari bagi perancangan dalam sebulan. Menu akan ditukar pada setiap minggu. Lampiran 4 menjelaskan set menu bagi sarapan dan tengah hari.

9.0Aspek kebersihan dan keselamatan

9.1Aspek KebersihanUntuk memastikan murid-murid prasekolah dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif tahap kebersihan sentiasa dipastikan berada pada tahap yang optimum. Oleh itu, pihak prasekolah akan sentiasa memastikan para pekerja yang diupah untuk membersihkan bangunan prasekolah menjalankan tugas mereka dengan teliti. Rutin pembersihan akan dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi sebelum sesi bermula dan pada waktu tengahari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir.

9.2Aspek Keselamatan

9.2.1Bahagian dalam bangunan prasekolahKeselamatan di dalam bangunan prasekolah adalah seperti pemilihan saiz kerusi, meja dan perabot yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Meja dan kerusi yang digunakan tidak mempunyai bucu yang tajam. Selain itu, bilangan kerusi dan meja yang disediakan juga mencukupi dan disusun mengikut kumpulan. Susun aturnya juga kemas, teratur dan selesa serta tidak menghalang pergerakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kotak suis juga dipasang pada ketinggian yang tidak boleh dicapai oleh murid-murid. Setiap tingkap dan pintu prasekolah dipasangkan grill mengikut spesifikasi Pihak Jabatan Bomba.

9.2.2Bahagian luar bangunan prasekolah Setiap longkang yang ada disekeliling prasekolah diletakkan dengan penutup khas longkang untuk mengelakkan muridmurid prasekolah terjatuh. Kawasan persekitaran bangunan prasekolah juga dipagar supaya murid-murid tidak berkeliaran di luar kawasan prasekolah. Taman permainan pula dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti alat permainan sentiasa diselenggarakan. Hal ini untuk memastikan setiap peralatan yang digunakan oleh murid-murid prasekolah berada dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Pintu pagar masuk dan keluar akan sentiasa dikunci ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tukang kebun akan diupah untuk membersihkan kawasan luar prasekolah seperti memotong rumput dan lain-lain yang berkaitan. 9.2.3Ruang dapurRuang dapur pula akan diselenggara dengan baik seperti dapur gas diletakkan lebih tinggi daripada ketinggian murid prasekolah. Seterusnya, peralatan dapur yang tajam seperti pisau pula diletakkan dalam bekas khas. Selain itu, tong gas pula di letakkan di dalam kabinet bawah bahagian dapur gas. Pinggan dan gelas yang digunakan ialah diperbuat daripada plastik kerana ianya selamat digunakan oleh murid-murid prasekolah. Disamping kedudukan kabinet dan dapur tidak mengganggu pergerakan murid-murid prasekolah. Semua peralatan dibersihkan dan disimpan supaya tidak berselerak dan penyapu diletakkan di tempat khas.

9.2.4Tandas Disediakan dua buah tandas yang direka khas untuk kegunaan murid-murid prasekolah. Tandas lelaki dan perempuan diasingkan. Jubin yang digunakan juga adalah daripada jenis yang tidak licin apabila terkena air. Sinki tandas juga dipasang sesuai dengan ketinggian murid-murid prasekolah.

9.2.5Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar yang digunakan dipilih dengan saiznya bersesuaian dengan murid-murid prasekolah. Semua alat mainan yang ada diletakkan di tempat khas dan dilabelkan. Setiap kali habis digunakan ianya perlu terus dikemas dan diletakkan di tempatnya semula.9.2.6Murid Semua kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid di prasekolah kami akan dijaga dengan sebaik mungkin. Ibu bapa perlu menghantar anak mereka sehingga masuk ke dalam bangunan prasekolah. Setelah habis waktu persekolahan, ibu bapa perlu menjemput anak mereka di dalam kawasan prasekolah. 9.2.7Lain-lain Prasekolah ini juga dilengkapi dengan peralatan bagi mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam api, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan. Alatan ini akan diselenggarakan oleh pihak bomba mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak bomba. Pihak bomba juga akan dijemput untuk memberikan ceramah kebakaran untuk murid-murid prasekolah sebagai persediaan untuk murid-murid apabila berlakunya kecemasan. Selain itu, prasekolah ini juga dipasang CCTV di bahagian dalam dan luar bangunan prasekolah untuk merakam pergerakan semua murid-murid ketika melakukan aktiviti. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan CCTV ini akan menjadi bahan bukti bagaimana kejadian itu berlaku.

9.2.8Pelan kecemasanKetika berlaku kecemasan, semua yang berada di dalam bangunan prasekolah akan keluar melalui mana-mana pintu yang berhampiran dan kemudian berkumpul di kawasan garaj dan anjung. Rujuk Pelan Kecemasan Prasekolah Dinamik, Lampiran 5. Latihan kebakaran atau kecemasan akan diadakan setiap enam bulan sekali. 10.0Aspek KesihatanSetiap kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid Prasekolah Dinamik layak untuk menerima rawatan kesihatan pergigian dan kesihatan diri. Sekiranya ada murid yang mengalami masalah kesihatan mereka akan dibawa ke klinik kesihatan yang berdekatan. Sebelum murid yang sakit dibawa untuk mendapatkan rawatan, pihak prasekolah akan menghubungi ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.

11.0Kos PenubuhanModal permulaan bagi penubuhan RM 25 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil perkongsian 3 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu:1) Nur Syahirah Binti Anuar2) Rohizan Binti Alli3) Siti Aisyah Binti Abd Halim

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Dinamik yang lengkap adalah seperti dalam lampiran 6.

12.0StafSeramai 2 orang staf iaitu seorang guru dan seorang pembantu dipilih untuk bekerja di prasekolah ini. Mereka di pilih berdasarkan kepada minat dan juga pengalaman mengajar dan keputusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut:

BilNamaNo. K/PKelulusanPengalaman Berkaitan

1Rohani Binti Ahmad780203-06-6050Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UKM Menjadi guru tadika di Parit Buntar selama 4 tahun.

2Nurul Atikah Binti Safwan751112-08-5949Diploma Asuhan Kanak-Kanak UITMMengasuh kanak-kanak di sebuah taman asuhan selama 5 tahun.

13.0PenutupSambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang adalah sangat menggalakkan kerana ibu bapa sudah mulai sedar akan kepentingan pendidikan awal bagi anak-anak mereka. Melalui prasekolah juga, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat persediaan bagi menjalani alam persekolahan.Oleh itu, seawal lima tahun, ibu bapa sudah menghantar anak mereka ke prasekolah.

Diharapkan Kertas Kerja ini dipertimbangkan untuk diberi kelulusan. Sokongan dan kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan ini akan dapat membantu menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang berkualiti.

1