5544 3488 RANGKAIAN KERJAYA - … · hubungan antara kenalan peribadi, golongan profesional, ahli...

2
Membina jaringan kerjaya salah satu kemahiran interpersonal yang perlu anda miliki sebelum dan semasa anda memasuki dunia pekerjaan. Membina jaringan bermula sejak awal iaitu semasa anda dalam sesi pengajian dan berterusan apabila anda menjalani lahan prakkal, keka anda mencari pekerjaan dan sehingga anda berada di alam pekerjaan. Jaringan hubungan bermaksud kemahiran mencari, mengenal pas dan membina hubungan yang berkesan dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini untuk kebaikan kedua-dua pihak. Bagi mengukuhkan jaringan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan hubungan dan memovasi turut diguna pakai bagi memaskan keberkesanan jaringan hubungan. Jaringan kerjaya, atau rangkaian "profesional" melibatkan hubungan antara kenalan peribadi, golongan profesional, ahli akademik atau sesiapa sahaja untuk membantu anda mencari pekerjaan atau mencapai matlamat kerjaya. Selain itu, tujuan jaringan ini juga dapat membantu graduan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai bidang yang yang diceburi atau menjadi plaorm graduan meneroka mencari pekerjaan dalam bidang yang berbeza. Tujuan jaringan ini juga sudah tentu untuk membantu graduan mendapatkan lebih banyak maklumat atau peluang kerjaya yang terdapat dalam sesebuah syarikat yang diidamkan. Rangkaian Kerjaya dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan dan juga membantu mengembangkan kerjaya anda. LinkedIn melaporkan: • 70 peratus pekerja pada 2016 telah diambil bekerja di sesebuah syarikat di mana mereka sudah pun mempunyai jaringan kerjaya • 80 peratus daripada golongan profesional menganggap rangkaian profesional adalah penng untuk kerjaya • 35 peratus daripada kajian profesional yang telah dijalankan mengatakan bahawa perbualan santai di “LinkedIn Messaging” telah membawa kepada peluang kerjaya baharu • 61 peratus profesional bersetuju bahawa interaksi harian dalam talian bersama rangkaian profesional mereka boleh membawa kepada kemungkinan peluang pekerjaan baharu • Rakan Sekerja sekarang atau rakan sekerja sebelum ini seper pengurus, penyelia atau pekerja bawahan • Klien atau pelanggan masa lalu atau semasa • Rakan perniagaan • Alumni keka di universi, kolej atau sekolah • Kenalan peribadi anda • Kenalan melalui pasangan atau melalui keluarga anda • Jaringan melalui kenalan orang awam, organisasi setempat, badan-badan bukan kerajaan, organisasi luar, masyarakat awam dan masyarakat setempat • Profesor, pensyarah atau guru yang lalu atau sekarang • Sesiapa sahaja kenalan yang melibatkan akvi perbualan yang produkf dan profesional mengenai laluan kerjaya anda RANGKAIAN KERJAYA Apa Itu Rangkaian Kerjaya? Tujuan Jaringan Kerjaya Mengapa Luangkan Masa Membina Rangkaian Kerjaya? November 2018 Penulis : Mohd Shahril Bin Boniran | [email protected] | 03-5544 3488 Editor : Nurain Atan | Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam Dengan Siapa Anda Boleh Membina Rangkaian Kerjaya..

Transcript of 5544 3488 RANGKAIAN KERJAYA - … · hubungan antara kenalan peribadi, golongan profesional, ahli...

Membina jaringan kerjaya salah satu kemahiran

interpersonal yang perlu anda miliki sebelum dan semasa

anda memasuki dunia pekerjaan. Membina jaringan bermula

sejak awal iaitu semasa anda dalam sesi pengajian dan

berterusan apabila anda menjalani latihan praktikal, ketika

anda mencari pekerjaan dan sehingga anda berada di alam

pekerjaan.

Jaringan hubungan bermaksud kemahiran mencari,

mengenal pasti dan membina hubungan yang berkesan

dengan orang lain dan boleh mengekalkan hubungan ini

untuk kebaikan kedua-dua pihak. Bagi mengukuhkan

jaringan ini, kemahiran-kemahiran membangunkan

hubungan dan memotivasi turut diguna pakai bagi

memastikan keberkesanan jaringan hubungan.

Jaringan kerjaya, atau rangkaian "profesional" melibatkan

hubungan antara kenalan peribadi, golongan profesional, ahli

akademik atau sesiapa sahaja untuk membantu anda

mencari pekerjaan atau mencapai matlamat kerjaya. Selain

itu, tujuan jaringan ini juga dapat membantu graduan

mempelajari dengan lebih lanjut mengenai bidang yang

yang diceburi atau menjadi platform graduan meneroka

mencari pekerjaan dalam bidang yang berbeza. Tujuan

jaringan ini juga sudah tentu untuk membantu graduan

mendapatkan lebih banyak maklumat atau peluang kerjaya

yang terdapat dalam sesebuah syarikat yang diidamkan.

Rangkaian Kerjaya dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan dan juga membantu mengembangkan kerjaya anda. LinkedIn melaporkan: • 70 peratus pekerja pada 2016 telah diambil bekerja di sesebuah syarikat di mana mereka sudah pun mempunyai jaringan kerjaya • 80 peratus daripada golongan profesional menganggap rangkaian profesional adalah penting untuk kerjaya • 35 peratus daripada kajian profesional yang telah dijalankan mengatakan bahawa perbualan santai di “LinkedIn Messaging” telah membawa kepada peluang kerjaya baharu • 61 peratus profesional bersetuju bahawa interaksi harian dalam talian bersama rangkaian profesional mereka boleh membawa kepada kemungkinan peluang pekerjaan baharu

• Rakan Sekerja sekarang atau rakan sekerja sebelum ini seperti pengurus, penyelia atau pekerja bawahan • Klien atau pelanggan masa lalu atau semasa • Rakan perniagaan • Alumni ketika di universiti, kolej atau sekolah • Kenalan peribadi anda • Kenalan melalui pasangan atau melalui keluarga anda • Jaringan melalui kenalan orang awam, organisasi setempat, badan-badan bukan kerajaan, organisasi luar, masyarakat awam dan masyarakat setempat • Profesor, pensyarah atau guru yang lalu atau sekarang • Sesiapa sahaja kenalan yang melibatkan aktiviti perbualan yang produktif dan profesional mengenai laluan kerjaya anda

RANGKAIAN KERJAYA

Apa Itu Rangkaian Kerjaya?

Tujuan Jaringan Kerjaya

Mengapa Luangkan Masa

Membina Rangkaian Kerjaya?

November 2018 Penulis : Mohd Shahril Bin Boniran | [email protected] | 03-5544 3488 Editor : Nurain Atan | Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam

Dengan Siapa Anda Boleh

Membina Rangkaian Kerjaya..

Rangkaian kerjaya anda harus melalui individu yang boleh membantu dalam usaha mencari kerja atau membantu anda merancang kerjaya anda. Ia boleh merangkumi rakan sekerja masa lalu, penyelia, kawan yang mempunyai minat yang sama, rakan sekerja dari bidang yang sama, alumni dari universiti anda, atau kenalan yang anda temui melalui perkhidmatan rangkaian dalam talian. Rangkaian anda juga boleh melalui keluarga, jiran, masyarakat setempat dan sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai rangkaian yang dapat membantu anda.

Lebih 80% pencari kerja mengatakan bahawa rangkaian kerjaya mereka telah membantu dalam usaha pencarian kerja mereka. Kenalan kerjaya boleh membantu memberikan rujukan atau maklumat tentang syarikat yang anda mungkin berminat untuk bekerja. Mereka juga boleh memberikan maklumat peluang dalam sesuatu bidang yang mungkin anda ingin pelajari.

Jangan hanya hubungi mereka yang boleh membantu apabila keadaan mendesak untuk anda mencari kerja yang baru. Sentiasa berhubung dengan rangkaian kerjaya anda dengan kerap walaupun melalui pesanan ringkas atau e-mel ringkas untuk menyapa dan bertanya khabar. Rangkaian kerjaya ini akan rasa selesa dan lebih bersedia untuk membantu apabila anda sentiasa mempunyai hubungan yang baik setiap masa kerana mereka tahu siapa diri anda yang sebenarnya.

Rangkaian kerjaya ini tidak boleh hanya menjadi komunikasi sehala. Jika anda menjumpai peluang kerjaya yang menarik, kongsikanlah maklumat itu kepada rangkaian anda. Perkara utama dalam mempunyai rangkaian kerjaya bukan sahaja untuk membantu anda, tetapi juga untuk membantu orang lain dalam rangkaian kerjaya anda.

Anda perlu tahu menjejaki rangkaian kerjaya anda. Anda perlu mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka sama ada secara atas talian atau bersemuka. Pastikan anda tahu maklumat latar belakang dan bagaimana untuk berhubung dengan mereka.

Rangkaian carian kerja atas talian dapat membantu membina kerjaya anda. Laman media sosial seperti LinkedIn, Facebook, dan pelbagai laman sesawang rangkaian kerjaya dalam talian boleh membantu anda menghubungi penyedia rangkaian kerjaya seperti di syarikat tertentu. Apabila anda berurusan dengan orang yang anda tidak kenal, pastikan anda tahu apa yang anda mahukan dan fokus dalam mencari maklumat yang diperlukan

Rangkaian dapat dibina apabila anda menghadiri acara tertentu seperti karnival kerjaya atau majlis-majlis dalam persatuan profesional, majlis alumni, mesyuarat kelab, organisasi dan banyak lagi. Saling bertukar-tukar maklumat tentunya akan membina jaringan kerjaya yang lebih besar. Rujukan:

Alison Doyle, (2018) The Importance of Career Networking: Dilayari pada 13 September 2018, dari thebalancecareershttps://www.thebalance.com/top-career-networking-tips- Maimunah Ismail & Roziah Mohd Rasdi, (2007). Impact of network-ing on career development: Experience of high-flying women aca-demics in Malaysia. Journal of Human Resource Development Inter-national Volume 10, 2007 - Issue 2. pages 153-168.

Wolff, H.-G., & Moser, K. (2009). Effects of networking on career success: A longitudinal study. Journal of Applied Psychology, 94(1), pages 196-206. Dilayari pada 13 September 2018, dari http://psycnet.apa.org/record/2009-00697-007

7 Tips Rangkaian Kerjaya

1. Pastikan melalui individu yang betul

2. Anda tahu apa bantuan yang anda akan dapat

3. Sentiasa berhubung dan bekerjasama

4. Berkongsi maklumat

5. Menjejaki rangkaian anda

6. Rangkaian kerjaya atas talian

7. Menghadiri acara tertentu

Career & Counselling Centre, Student Affairs Department, UiTM Shah Alam Tel: 03-5544 2630 Fax: 03-5544 3493

Website: https:careercounselling4u.uitm.edu.my/ https:counselling2u.uitm.edu.my www.jobshop.uitm.edu.my