5.5

2
5.5 ELEKTROLISIS 1) Elektrolisis adalah proses penguraian bahan kimia dalam larutan akueus atau leburan kepada juzuk-juzuknya dengan menggunakan arus elektrik. 2) Elektrolit adalah cecair atau larutan yang mengandungi ion yang boleh mengalirkan elektrik. 3) Rod karbon (grafit) yang direndam dalam elektrolit dipanggil elektrod. 4) Elektrod yang disambung ke terminal positif (+ve) bateri dipanggil anod. Elektrod yang disambung ke terminal negatif (- ve) bateri dipanggil katod. 5) Terdapat ion positif dan ion negatif dalam elektrolit. Ion positif (+) yang tertarik kepada katod dipanggil kation manakala ion negatif (-) yang tertarik kepada anod dipanggil anion. 6) Sel kering atau bateri membekalkan tenaga elektrik. 7) Perubahan tenaga yang terlibat: 8) Logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan boleh diekstrak melalui proses elektrolisis. Contoh: magnesium, aluminium GAMBAR RAJAH PROSES ELEKTROLISIS ELEKTROLISIS PLUMBUM (II) BROMIDA 1) Serbuk plumbum (II) bromida dipanaskan sehingga lebur. 2) Di anod, wap perang bromin terbebas. TENEAGA ELEKTRIK TENAGA

description

science tingkatan 4

Transcript of 5.5

Page 1: 5.5

5.5 ELEKTROLISIS

1) Elektrolisis adalah proses penguraian bahan kimia dalam larutan akueus atau leburan kepada juzuk-juzuknya dengan menggunakan arus elektrik.

2) Elektrolit adalah cecair atau larutan yang mengandungi ion yang boleh mengalirkan elektrik.

3) Rod karbon (grafit) yang direndam dalam elektrolit dipanggil elektrod.

4) Elektrod yang disambung ke terminal positif (+ve) bateri dipanggil anod. Elektrod yang disambung ke terminal negatif (-ve) bateri dipanggil katod.

5) Terdapat ion positif dan ion negatif dalam elektrolit. Ion positif (+) yang tertarik kepada katod dipanggil kation manakala ion negatif (-) yang tertarik kepada anod dipanggil anion.

6) Sel kering atau bateri membekalkan tenaga elektrik.

7) Perubahan tenaga yang terlibat:

8) Logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan boleh diekstrak melalui proses elektrolisis. Contoh: magnesium, aluminium

GAMBAR RAJAH PROSES ELEKTROLISIS

ELEKTROLISIS PLUMBUM (II) BROMIDA

1) Serbuk plumbum (II) bromida dipanaskan sehingga lebur.

2) Di anod, wap perang bromin terbebas.

3) Di katod, pepejal berwarna kelabu berkilat iaitu logam plumbum terhasil.

4) Semasa elektrolisis, ion plumbum yang bercas positif bergerak ke katod untuk menerima elektron dan membentuk logam plumbum.

5) Ion bromida yang bercas negatif bergerak ke anod untuk membebaskan elektron dan membentuk wap bromin.

Katod: Ion plumbum (II) + Elektron plumbum

Anod: Ion bromida bromin + elektron

TENEAGA ELEKTRIK TENAGA KIMIA

Page 2: 5.5

Kegunaan elektrolisis dalam industria) Penyaduran logamb) Pengekstrakan logamc) Penulenan logam

A) PENYADURAN LOGAM

1) Objek yang dibuat daripada besi mudah terkakis (karat).

2) Untuk mengelakkan pengkakisan , logam disadur dengan lapisan logam yang kurang reaktif seperti kuprum dan perak (argentum).

3) Sudu besi dijadikan katod manakala argentum dijadikan anod. Elektrolit yang digunakan adalah argentum nitrat.

4) Di anod, argentum larut dan membentuk ion argentum yang bercas positif. Di katod, ion argentum menerima elektron dan membentuk lapisan argentum pada sudu besi.

Anod – Logam XKatod – Objek yang

hendak disadurElektrolit – Larutan sebatian X

1) Logam yang lebih reaktif daripada karbon diekstrak melalui proses elektrolisis.

2) Pengekstrakan aluminium daripada bauksit:

a) aluminium oksida (bauksit) dan kriolit dipanaskan sehingga melebur. Fungsi kriolit adalah untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida.

b) aluminium oksida terurai kepada ion aluminium (kation) dan ion oksida (anion).

c) di katod, ion aluminium menerima elektron dan membentuk atom aluminium

d) di anod, ion oksigen membebaskan elektron dan menjadi atom oksigen.