5.6 kesepaduan dalam_sukan

11
* 5.6 Kesepaduan Dalam Sukan

description

 

Transcript of 5.6 kesepaduan dalam_sukan

Page 1: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

* 5.6 Kesepadua

n Dalam Sukan

Page 2: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Kesepaduan dalam sukan

*Menurut Carron(1982), kejayaan sesebuah pasukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan semangat berpasukan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Apa yang disebut sebagai semangat berpasukan sebenarnya ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.

Page 3: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Fasa Pembentukan

Pasukan

*Menurut Anshel(1994), antara soalan yang timbul dalam fasa ini adalah:

*Adakah aku layak berada di sini?

*Perlukah aku berada di sini?

*Adakah aku ingin berada di sini?

*Jika ‘Ya’, apakah peranan aku?

*Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh anda.

*Kegagalan anda menjawab soalan ini akan menyebabkan individu itu dipinggirkan dan tidak diperlukan oleh pasukan berkenaan.

Page 4: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Perbalahan(storming)

*Kebiasaannya pada fasa ini akan dipenuhi dengan pertelagahan serta persaingan.

*Keadaan ini timbul kerana wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan antara pemain dengan pemain ataupun antara pihak pengurusan dengan jurulatih.

*Menurut Carron(1982), kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama-sama mencapai matlamat dan objektif kumpulan itu.

Page 5: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Pembentukan norma(norming)

*Dalam fasa ini, pemain biasanya telah melupakan persaingan atau pertelagahan yang timbul iaitu dalam fasa perbalahan.

*Pada fasa ini, atlet telah menunjukkan kerjasama serta saling membantu rakan sepasukan yang lain.

*Para atlet juga mula menilai dan melihat sumbangan rakan-rakan lain untuk kejayaan pasukan.

*Persaingan pada peringkat ini merupakan sumbangan aktif untuk melihat kejayaan pasukan.

Page 6: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Fasa persembahan(performing)

*Menurut Yong dan Francis(1979), melabelkan fasa ini sebagai fasa kematangan hubungan.

*Pada fasa ini, atlet mula mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh atlet dan pasukan.

*Perasaan iri hati dengan rakan pasukan tidak lagi timbul kerana atlet telah dapat membezakan peranan yang dimainkan oleh rakan sepasukan.

Page 7: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

* Faktor-faktor yang mempengaruhi kesepaduan

*Individu

*Pasukan

*Kepimpinan

*Persekitaran

Page 8: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Individu

*Individu merupakan intipati penting dalam membentuk kesepaduan dalam sesebuah pasukan.

*Ini kerana jika tidak serasi, mereka akan menimbulkan masalah kepada kumpulan tersebut.

*Menurut Carron(1980), apabila bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan melebihi 3 atau 4 orang, maka kebarangkalian bagi mereka mematuhi peraturan, norma kumpulan akan berkurangan.

*Namun bagi sukan individu seperti renang atau olahraga, kesepaduan tidak diperlukan.

*Menurut Anshel(1997), menjelaskan dari dapatannya menunjukkan bahawa pemain yang memahami peranan mereka dalam pasukan akan menyokong matlamat pasukan.

Page 9: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Pasukan

*Matlamat kumpulan hanya bermakna jika ramai atau semua ahli yang terlibat.

*Ini kerana dengan penglibatan maksima ahli akan menghasilkan kesepaduan pasukan yang tinggi.

*Corak kepimpinan yang diterapkan oleh pihak pengurusan juga membantu meningkatkan kesepaduan pasukan.

*Anshel(1997), pasukan yang memberikan tumpuan untuk mencapai matlamat pasukan dan matlamat individu biasanya beriorentasikan tugasan berbanding dengan pasukan matlamat kurang jelas.

Page 10: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Kepimpinan

*Corak kepimpinan juga penting dalam menentukan kesepaduan pasukan.

*Pihak pengurusan dan jurulatih yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik juga akan menjejaskan kesepaduan pasukan.

*Anshel(1997), berpendapat bahawa apabila sesuatu unit melebihi 12 orang, akan wujud keadaan kurang kondusif serta mengurangkan kesepaduan tugasan dan sosial kumpulan tersebut.

*Penghargaan juga amat penting dalam kesepaduan pasukan. Ia akan mencetuskan semangat ahli untuk lebih bekerja keras bagi mendapat lebih penghargaan daripada pasukan.

Page 11: 5.6 kesepaduan dalam_sukan

*Persekitaran

*Masalah persekitaran juga mempengaruhi kesepaduan.

*Keadaan ini timbul jika terdapat pemain yang sering terpinggir atau bersendirian.

*Ini mungkin kerana persekitaran yang masih baru dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

*Jika keadaan ini berlaku kepada segelintir ahli pasukan, ia akanmenjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi perlawanan penting.