56801524 Ulasan Video Paradigm Pioneers Oleh Joel Atrhur Barker

4
ULASAN VIDEO PARADIGM PIONEERS OLEH JOEL ATRHUR BARKER Kejayaan sebuah negara dan bangsa amat dipengaruhi oleh perubahan yang dilakukan oleh negara tersebut. Kejayaan ini dibuktikan oleh negara maju seperti Jepun yang mengamalkan konsep anjakan paradigma. Anjakan paradigma dapat difahami sebagai ‘ubah kaedah atau ubah cara lama’. Ubah adalah tukar ataupun ganti, manakala cara adalah kaedah, pemikiran, pendekatan dan teknik. Paradigma adalah reka bentuk tingkahlaku untuk memahami perubahan. Malah paradigma sering digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam batasan kita. Pengaplikasian konsep anjakan paradigma akan menyebabkan impian akan terlaksana. Konsep anjakan paradigma tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan teknologi, rekacipta dan inovasi. Paradigma sentiasa wujud setiap hari, walau bagaimanapun perubahan itu dipilih oleh individu yang ingin melakukan perubahan. Sejarah pendekatan paradigma dipelopori oleh Pioneer dan Shifter. Pendekatan paradigma Shifter menjelaskan satu kumpulan yang telah melakukan perubahan setelah sesuatu pembangunan telah berlaku. Perubahan yang berlaku dapat diterangkan dalam rajah di bawah.

description

joel

Transcript of 56801524 Ulasan Video Paradigm Pioneers Oleh Joel Atrhur Barker

  • ULASAN VIDEO PARADIGM PIONEERS OLEH JOEL ATRHUR BARKER

    Kejayaan sebuah negara dan bangsa amat dipengaruhi oleh perubahan yang dilakukan oleh

    negara tersebut. Kejayaan ini dibuktikan oleh negara maju seperti Jepun yang mengamalkan

    konsep anjakan paradigma. Anjakan paradigma dapat difahami sebagai ubah kaedah atau ubah

    cara lama. Ubah adalah tukar ataupun ganti, manakala cara adalah kaedah, pemikiran,

    pendekatan dan teknik. Paradigma adalah reka bentuk tingkahlaku untuk memahami perubahan.

    Malah paradigma sering digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam batasan kita.

    Pengaplikasian konsep anjakan paradigma akan menyebabkan impian akan terlaksana. Konsep

    anjakan paradigma tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan teknologi, rekacipta dan inovasi.

    Paradigma sentiasa wujud setiap hari, walau bagaimanapun perubahan itu dipilih oleh individu

    yang ingin melakukan perubahan.

    Sejarah pendekatan paradigma dipelopori oleh Pioneer dan Shifter. Pendekatan paradigma

    Shifter menjelaskan satu kumpulan yang telah melakukan perubahan setelah sesuatu

    pembangunan telah berlaku. Perubahan yang berlaku dapat diterangkan dalam rajah di bawah.

  • Terdapat 3 fasa yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Fasa a merupakan fasa penyelesaian

    masalah yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan memandangkan pemahaman yang

    masih cetek tentang peraturan-peraturan baru yang wujud. Fasa b menjelaskan proses

    penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan cepat melalui pengetahuan, penambahbaikan dan

    kefahaman untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Manakala fasa terakhir iaitu fasa c

    menambil masa yang lama dan proses yang perlahan untuk menyelesaikan memandangkan

    masalah yang dihadapi semakin sukar. Anjakan paradigma berlaku pada akhir fasa a dan di awal

    fasa b.

    Paradigma Pioneer menerangkan perubahan yang dilakukan oleh kelompok manusia

    yang sanggup mengambil risiko untuk membangunkan sesuatu kawasan yang tidak dihuni oleh

    penduduk sehingga kawasan tersebut menjadi maju. Ironinya, jalan baru yang dibuka oleh

    pelopor ini sendiri, tidak mengetahui sebab-sebab kawasan tersebut tidak membangun

    sehinggalah mereka melakukan anjakan paradigma. Paradigma ini memiliki beberapa ciri.

    Pertama gerak hati, diikuti keberanian dan ketiga komitmen masa. Menurut Pioneer

    gerak hati adalah sesuatu idea yang tepat tanpa data untuk membuktikannya. Contohnya kepada

    pengusaha Mcdonald, Ray Cross yang telah melakukan perubahan terhadap perusahaan

    makanan segera dan menjadi perintis keapda restoran makanan segera yang lain. Manakala

    keberanian mejayakan idea dan membuat keputusan terhadap sesuatu mesin yang sebelum ini

    tidak memberikan keuntungan kepada pihak lain. Dalam hal ini keyakinan sahaja tidak

    memadai. Seterusnya komitmen masa adalah perkara penting dalam perubahan. Perubahan

    mengambil masa yang lama sebelum mendapatkan hasil. Keadaan ini menuntut komitmen

    yang tinggi daripada perintis paradigma.

  • Terdapat beberapa langkah yang boleh digunapakai untuk menjadi Paradigma Pionner. Pertama,

    individu atau organisasi perlu mendapatkan idea di luar sempadan kebiasaannya. Kedua,

    memahami keperluan dengan memecahkan peraturan yang lama di samping memahami

    kecemerlang yang telah diperolehi sebelum ini untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

    Peraturan baru turut boleh diperolehi daripada pihak luar. Ketiga, melalui idea baru yang baru

    diterima, individu atau organsasi perlu meningkatkan pembacaan dari kebiasaan untuk

    mendapatkan ilmu-ilmu baru yang sesuai dengan keperluan bertujuan meningkatan kemahiran

    dan amalan dari tahap sedia ada. Keempat, mengaplikasikan anjakan paradigma amat sinonim

    dengan kegagalan demi kegagalan yang berlaku, justeru jangan biarkan kegagalan menguasai

    dan menghentikan perilaku perintis yang telah dijalani. Kelima, paradigma memerlukan

    penambahbaikan dan pencambahan idea dengan mendengar apa yang diutarakan oleh individu

    yang ada dipersekitaran seperti pekerja, pelanggan, pembekal, pesaing dan sesiapa sahaja yang

    wujud dalam paradigma kita.

    Cd 2

    Seringkali perubahan tidak dapat diterima oleh seseorang, syarikat mahupun masyarakat. Hal ini

    dikatakan demikian kerana manusia mempunyai set peraturan dan undang-undang yang

    tersendiri. Perubahan yang dilakukan biasanya akan sentiasa ditolak dan ditolak kerana

    masyarakat atau kelompok itu masih belum memahami perubahan yang dilakukan.

    Usaha melakukan perubahan mestilah dimulakan dari peringkat yang paling asas atau pun

    kosong. masyarakat atau negera tidak boleh taksub dengan kejayaan lampau yang telah

    diperolehi. Sejarah membuktikan keunggulan masyarakat Swiss yang mahir dalam pembuatan

  • enjin jam akhirnya berubah apabila kepakaran mereka dikalahkan oleh masyarakat Jepun dengan

    jenama Seiko yang membuat reverese engineering terhadap teknologi Qartz. Jelasnya, mereka

    terlalu selesa dan leka dengan paradigma lama dan tidak mahu menerima idea baru yang lebih

    bernas. Begitu juga dengan kecemerlangan Mc Donnald setelah difaincaiskan pada tahun 1952

    telah mendorong kepada pembukaan lebih banyak syarikat makanan yang lain seperti KFC.

    Perubahan yang dilakukan pada hari mungkin mustahil pada hari ini tetapi biasa pada masa akan

    datang.