59327532 nota-pku-3109

17

Click here to load reader

Transcript of 59327532 nota-pku-3109

Page 1: 59327532 nota-pku-3109

ERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Secara umumnya, topik ini membicarakan kepada penggunaan terapi dalam Pendidikan Khas. Segala

pengetahuan dan kemahiran kaedah terapi ini disampaikan kepada pelajar secara teori dan amali. Selain itu,

menumpukan kepada perancangan aktiviti terapi fisio dan terapi cara kerja membentuk strategi pelaksanaan,

dan melatihkemahiran terapi muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, drama dan kemahiran seni. Latihan kemahiran

terapi ini dilaksanakan di dalam dan di luar institut.

Objektif Terapi

1. Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah pembelajaran secara

menyeluruh.

2. Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk murid yang bermasalah.

Keperluan Terapi

1. Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian

dan berkaitan dengan kehidupan seharian.

2. Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.

3. Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

4. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah

pembelajaran.

Definisi Terapi

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang

pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan

kefungsian badan secara normal.

Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas

terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep

kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid

bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau

psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu

kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:

1. Terapi fisio dan terapi cara kerja.

2. Terapi seni.

3. Terapi berkuda.

4. Terapi pasir.

5. Terapi muzik dan nyayian.

6. Pergerakan kreatif dan drama.

7. Terapi Hidro (Air)

8. Terapi alternatif

Page 2: 59327532 nota-pku-3109

9. Terapi pertuturan

TERAPI FISIO

Terapi fisio dan terapi cara kerja ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang

bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan

drama tersebut.

Definisi Fisio

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas

ketidakupayaan pada seseorag individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:

1. Mengurut.

2. Manipulasi.

3. Latihan teraputik

4. Penyejukan dan pemanasan

5. Terapi hidro.

6. Ransangan menggunakan elektrik.

7. Ransangan menggunakan cahaya.

Page 3: 59327532 nota-pku-3109

6.2 Aktiviti Fisio

Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan.

Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan berdasarkan masalah pembelajaran di

sekolah. Antaranya ialah:

1. Mengurut.

1. Merenyuk.

2. Mencubit.

3. Menguli.

4. Mengoyak.

5. Menggentel.

6. Menggunting.

7. Mencabut.

8. Menggenggam.

9. Menggaru.

10. Memicit.

Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:

1. Melambung.

2. Membaling.

3. Menyambut.

4. Menolak.

5. Menarik

6. Melompat.

7. Menendang.

8. Memukul.

9. Berlari.

10. Berjalan.

Latihan imbangan:

1. Berdiri di atas kerusi.

2. Berjalan di atas tali

3. Membawa buku di atas kepala

4. Membawa bola ping pong dengan sudu.

5. Berdiri sebelah kaki.

Latihan kordinasi:

Page 4: 59327532 nota-pku-3109

1. Melambung dan menyambung bola berbagai saiz

2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik.

Rawatan kebiasaan yang ditawarkan

1. Terapi senaman.

2. Perawatan elektrofizikal.

3. Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds, Hot packs dan lain-lain.

4. Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.

Terapi Cara Kerja

Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk

menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat perubatan dan pusat-pusat latihan

tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah boleh juga dilakukan dengan murid yang

bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:

1. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup.

2. Latihan pravokasional

3. Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan.

4. Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

Page 5: 59327532 nota-pku-3109

TERAPI SENI

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu seni

lukis sudah lama diiktiraf sabagai salah satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan

psikotik.

Definisi Seni

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni

yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan,

fesyen, dan lain-lain.

Kepentingan Seni

1. Sebagai pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan.

2. Sebagai pengalaman yang berlaku sepanjang hari.

3. Sebagai engalaman universal.

Komponen Pendidikan Seni

a) Seni Visual

- melukis

- membuat rekaan dan corak

- membuat binaan

- menghasilkan kraftangan

Objektif :

- mengembangkan bakat dan kreativiti

- menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor pelajar

- menilai keindahan alam dan warisan budaya

- Mengenal, membezakan, dan menggunakan warna yang betul

- menghasilkan karya seni yang kreatif

- memberi peluang ke arah pengembangan diri pelajar / kerjaya

Objektif Melukis :

- melakukan kemahiran motor kasar ( melalui aktiviti contengan)

- mengawal pergerakan motor halus ( lakar, tekap, gunting dsb)

Page 6: 59327532 nota-pku-3109

- pergerakan motor halus bebas ( koyak, ramas, uli, gentel, gunting dsb)

- menguasai kemahiran melukis ( lukis tanpa alatan di atas meja, udara, pasir)

- menggunakan alatan seni lukis (mengenal dengan melihat, memegang, menama dsb / mengetahui

fungsi alatan / membuat lukisan dengan alatan/ mengetahui dan mengubnakan unsur seni / penggunaan

pelbagai media dan teknik. )

b) Muzik, Gerakan dan Drama

- melibatkan seni persembahan iaitu nayanyian, permainan alat muzik, pergerakan dan drama

Objektif:

- mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan drama

- mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan

- berkemahiran menggunakan alat muzik

- melakukan gerakan mengikut rentak lagu

- mengenal lagu berdasarkan melodi

- mengawal koordinasi anggota anggota badan

- melakonkan dan menghayati berbagai watak

- mengawal dan mengamalkan tingkah laku yang baik

- membina kemahiran sosial dengan rakan dan orang keliling

Peranan, faktor dan pertimbangan guru dalam mengendalikan pendidikan kesenian.

- bersikap positif terhadap seni

- berpengetahuan dan berkemahiran

- kreatif

- bepengetahuan tentang psikologi kanak-kanak

- berpengetahuan tentang teori pembelajaran

- menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif

- memastikan peralatan dan bahan yang mencukupi

- memastikan murid merasa selamat dan diterima

- membentuk dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kerjasama dan perkongsian

- menadakan peluang untuk interaksi antara murid

- mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresi

RASIONAL PENDIDIKAN KESENIAAN UNTUK KANAK-KANAK KHAS

1. Kanak-kanak khas dilahirkan sebagai insan seni, ada potensi, Howard Gardner(1983)

2. Mereka berhak menerima PSV – diberi peluang

3. PSV sebagai alat yang digunakan utk perkembangan diri

4. Sebagai alat utk capai FPK

5. membantu memudah cara / menggalakkan menyampaikan kehendak. Dalam kumpulan normal mungkin tak

boleh. Tapi dalam kumpulan yang sama mungkin dia boleh melalui aktiviti seni yang melibatkan kerjasama,

keyakinan dsb.

6. membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal. Co. Knk bermasalah

pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, tenaga, emosi mereka melalui seni. Mereka tak

malu

Page 7: 59327532 nota-pku-3109

Pengajaran dan Pembelajaran Seni

1. Bidang Pengurusan Kehidupan

- komponen pengurusan diri

- komponen kemahiran manipulatif

- komponen pengurusan tingkah laku

- komponen kemahiran hidup

1. Bidang Akademik berfungsi

- komponen Bahasa Melayu

- komponen Matematik

- komponen Bahasa Inggeris

- Komponen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1. Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni

- komponen Pendidikan Agama Islam

- Komponen Pendidikan Moral

1. Bidang Riadah dan Kreativiti

- Komponen Pendidikan Jasmani

- Komponen Pendidikan Seni

- Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama

- Komponen Pendidikan sains, Sosial dan Alam Sekitar

Fungsi Seni Dalam Pendidikan

1. Alat membantu perkembangan kanak-kanak.

2. Menggalakkan perkembangan fizikal, mental, estatik.

3. Menyumbang kepuasan diri.

4. Meningkatkan imaginasi kreatif.

5. Menyelesaikan masalah

6. Menekankan pemikiran yang asli, pelaksanaan, dan penilaian.

7. Menyumbang kepada perkembangan personaliti.

Definisi Terapi Seni

Menurut Waller dan Gilroy (1992), terapi seni didefinisikan sebagai

”a form of therapy in which the making of visual images in the presence of a qualified art therapist

contributes toward externalization of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The

Page 8: 59327532 nota-pku-3109

images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the patient and the therapist

with a visible record of the session and give indicators for further treatment”.

Teknik Seni Visual

1. Lukisan

2. Kolaj

3. Mozek

4. Gurisan

5. Anyaman

6. Capan

7. Cetakan

8. Tiupan

9. Jahitan

10. Papier Mache

11. Model

12. Origami

13. Catan

14. Tekapan

Kefahaman Kemahiran Seni Visual Kepada Murid-Murid

Guru boleh memberi kefahaman murid melalui cara:

1. Tunjuk ajar.

2. Lawatan.

3. Simulasi

4. Membuat sendiri.

5. Contoh-contoh.

6. Perbincangan.

7. Menonton video.

8. Penggunaan ICT.

Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid Bermasalah Pembelajaran Seni Visual

Antara masalah-masalah tersebut ialah:

1. Pengamatan

2. Kordinasi motor kasar dan motor halus.

3. Komunikasi.

4. Sosialisasi

5. Imaginasi

6. Pemahaman konsep

Kepentingan Seni Visual Kepada Murid

Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah:

1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar.

2. Meluahkan perasaan.

3. Menikmati keseronokan menjalani aktiviti.

4. Menguatkan daya imaginasi.

5. Menguatkan motor kasar dan motor halus.

Page 9: 59327532 nota-pku-3109

6. Memperkembangkan bakat.

7. Menghayati nilai seni.

TERAPI ALTERNATIF

TERAPI HAIWAN BERKUDA

Olahraga berkuda ternyata memiliki manfaat untuk metode penyembuhan bagi berbagai masalah anak. Mulai

dari masalah psikologis, mental, emosional, lemah fizik, kemampuan berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.

1 Definisi Terapi Berkuda

Menurut Lisa McCallum, terapis berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding

for the Disabled Association (Sarda): "Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi

kebanyakan orang, tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh

dijadikan sebagai salah satu cara penyembuhan”.

2 Kelebihan Terapi Berkuda

Setiap tahun, banyak orang merasakan manfaat dari terapi menunggang kuda dan jumlahnya terus meningkat.

Menurut McCallum, terapi berkuda tersebut memiliki tiga manfaat utama, iaitu olahraga, pendidikan dan

pengubatan. Ketiga-tiga hal ini sangat diperlukan untuk pertumbuhan anak-anak.

McCallum menjelaskan terapi biasa tidak berhasil kerana anak sudah antipasti terlebih dahulu terhadap kegiatan

terapi. Sedangkan aktiviti berkuda, anak-anak memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan

sehingga mereka menjadi lebih rileks menjalaninya.

Berkuda boleh memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta kendala dalam belajar.

Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan disiplin tinggi. Aktiviti berkuda ini membolehkan

Page 10: 59327532 nota-pku-3109

wujudnya kerjasama antara kuda dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak

dengan kuda yang dinaikinya.

Menurut McCallum lagi hubungan unik antara kuda dengan pengendaranya membantu mengatasi ketakutan.

Justeru, akan tumbuh rasa saling percaya antara anak dengan kuda, hal inilah yang menjadi terapi emosi

mereka. Untuk anak yang mengalami kecacatan fizik, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka

menikmati kebebasan yang selama ini tidak boleh mereka dapatkan saat berada di atas kursi roda.

Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. "Saat menunggang kuda, otot-

otot pada selangkangan anak akan merasakan sensasi seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-

otot kaki sehingga perlahan-lahan si anak akan boleh berjalan," kata McCallum.

TERAPI PASIR

Terapi Sandplay adalah satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk membentuk satu hubungan dengan jiwa ke

satu penyembuhan. Pengasasnya adalah ahli terapi orang Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990), yang

berpangkalan teori-teorinya pada prinsip-prinsip psikologi Jungian dan pada kerja Margaret Lowenfeld.

1 Definisi

Terapi Sandplay adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosional dan perkembangan

peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti

dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluang bagi memilih

daripada satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka.

Tindakan-tindakan itu dan keputusan-keputusan sandplay adalah kemudiannya ditafsir secara simbolik oleh

pelanggan. Proses interpretasi itu dibantu oleh ahli terapi.

Menurut Bradway dan McCoard (1997), kanak-kanak yang dipanggil Kathy yang datang untuk terapi

kerana mengalami masalah-masalah kebimbangan, kegagalan dan kemarahannya yang telah membina sejak

bertahun-tahun. Dia takut menyatakan kemarahannya dan lazimnya diletakkan dipagari dalam dulang pasir itu.

Dengan meletakkan kelilingnya binatang-binatang hutan, dia berupaya menghayati satu kemampuan melakukan

sesuatu kira-kira mengawal binatang-binatang ini dan, dia bermain meriam iaitu alat permainan dalam dulang

pasir dan terus memainkan perasaan positif terhadap saya. Dia telah tanam badan kami istana pasir bersama

dalam dulang tersebut.

2 Cara Terapi Pasir

1. Menanam badan.

2. Membina istana pasir.

3. Bermain ting-ting dalam pasir.

4. Genggam pasir.

5. Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam pasir.

3 Tempat-Tempat Yang Sesuai

1. Di kawasan lapang.

2. Di tepi pantai.

3. Dalam bekas berisi pasir.

Page 11: 59327532 nota-pku-3109

TERAPI MUZIK

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.

Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar

seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Definisi Terapi Muzik

Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud

”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of

individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples:

(singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially

trained personnel to influence positive changes in an individual‟s condition, skills, thoughts, feelings or

behaviours”.

“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching”

menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk

mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).

Jenis Peralatan Muzik

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

1 Muzik Tradisional

Dipalu -loceng, gong, kompang.

Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.

Ditiup -serunai, seruling,nafiri.

Digoncang -angklung.

2 Muzik Barat

Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.

Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.

Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

3 Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik

1. Memperkenalkan alat muzik.

2. Demonstrasi

3. Warming up.

4. Teknik bermain dengan betul.

5. Postur badan yang betul

6. Menyembunyikan corak/pola ritma.

7. Memainkan pola/corak ritma.

8. Bermain ikut giliran.

9. Membuat gerakan yang sesuai.

10. Bermain secara keseluruhan.

Page 12: 59327532 nota-pku-3109

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan

1. Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.

2. Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.

3. Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.

4. Muzik memberi interaksi antara sesama individu.

5. Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.

6. Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.

7. Muzik merupakan sumber epada keseronokan.

8. Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan neurogikal.

Kebaikan Terapi Muzik

Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:

1. Murid Terencat Akal

1. Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.

2. Meningkatkan kemahiran akademik.

3. Meningkatkan kemahiran psikomotor.

4. Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.

5. Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.

6. Meningkatkan kemahiran berseronok.

2 Murid Bermasalah Pembelajaran

1. Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.

2. Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.

3. Meningkatkan kemahiran akedemik

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

5. Meningkatkan kemahiran bermuzik.

6. Meningkatkan kemahiran berseronok.

3 Murid Bermasalah Kesihatan

1. Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.

2. Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot.

3. Intervensi menguatkan otot.

4. Intervensi mengawal pergerakan fizikal.

5. Menyediakan pengalaman berkomunikasi.

6. Meningkatkan penghargaan diri.

7. Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.

4 Murid Bermasalah Komunikasi

1. Meningkatkan kemahiran pernafasan.

2. Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.

3. Meningkatkan kemahiran artikulasi.

4. Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.

5. Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.

6. Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.

7. Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5 Murid Autistik

1. Menghasilkan komunikasi.

2. Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.

Page 13: 59327532 nota-pku-3109

3. Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.

4. Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.

5. Meningkatkan kemahiran kognitif.

6 Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa

muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami, tradisional,

jenaka dan berpendidikan.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi

yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses

maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan bahawa cara yang

paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang

disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dengan mudah mengingati

rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya. Dalam satu minggu Josh telah dapat

mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan masa yang lebih

lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa

bulan.

PERGERAKAN KREATIF DAN DRAMA

Pergerakan Kreatif Dan Drama

Pergerakan kreatif dan drama ialah salah satu cara yang dapat membantu murid pendidikan khas yang

bermasalah pembelajaran. Di bawah ini menerangkan mengenai apa yang dimaksudkan pergerakan kreatif dan

drama tersebut.

11.1 Definisi Pergerakan Kreatif

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik

melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu

berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui

pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep

pergerakan.

11.2 Tema Pergerakan

Menurut Buku Panduan Guru bertajuk Pergerakan Kreatif oleh kementerian Pendidikan Malaysia (1997),

pergerakan kreatif mempunyai 16 tema dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Kesedaran tubuh badan

2. Kesedaran rintangan kepada beban dan masa

Page 14: 59327532 nota-pku-3109

3. Kesedaran ruang

4. Aliran beban badan dalam ruang dan masa

5. Penyesuaian terhadap kawan.

6. Penggunaan tubuh badan sebagai alat.

7. Lapan lakuan daya asas

8. Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

9. Bentuk-bentuk pergerakan.

10. Gabungan lakuan daya asas.

11. Orientasi ruang

12. Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.

13. Penaikan dari lantai.

14. Kesedaran berkumpulan.

15. Formasi pergerakan dalam kumpulan.

16. Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

11.3 Definisi Drama

Drama ialah sebuah cerita atau paparan yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan ke atas watak-watak

tertentu. Drama melibatkan lakonan berskrip, pergerakan tubuh badan dan ekspresi mimik muka.

11.4 Pergerakan Kreatif Dan Drama Dalam Pendidikan Khas

Memandangkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dari segi

imaginasi, pemahaman konsep, sosialisasi, kordinasi motor kasar dan motor halus dan komunikasi, pegerakan

kreatif dan drama perlu diubahsuai kepada bentuk yang paing mudah.

Mereka boleh dilatih melakukan pergerakan kreatif dan lakonan watak-watak mudah secara hafalan.

Kandungan cerita dalam sebuah drama terdiri daripada unsur-unsur yang mudah difahami seperti tema flora dan

fauna serta keluarga.

Page 15: 59327532 nota-pku-3109

TERAPI HIDRO (AIR)

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas adalah bagi memberi

peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-

murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.

Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut

berukuran 1 meter.

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus

serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas

serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya

sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa

murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah

melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat

memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan

meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

12.1 Tujuan Terapi Hidro

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran

ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan

mereka. Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama

seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan latihan terapi

(Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid istimewa.

12.2 Konsep

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta

mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan

dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan

pergerakan. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama.

Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan

masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, murid berkeperluan khas mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru

memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina

konsep diri yang positif melalui aktiviti hidroterapi ini. Melalui hidroterapi juga, ianya dapat

Page 16: 59327532 nota-pku-3109

memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi,

meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan

di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, hidroterapi dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh

murid. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat. Kejayaan sesuatu

program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi.

Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan

terhadap individu berkeperluanyang unik ini.

12.3 Kepentingan Hidroterapi

Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara

dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang

lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:

1. Menghilangkan tekanan.

2.Keupayaan berkomunikasi.

3. Simulasi sistem otak.

4. Bina keyakinan diri.

5. Kreativiti.

6. Kawalan diri.

7. Latihan „Social skill‟.

8. Merangsang pertuturan.

9. Melatih sikap bekerjasama.

10. Meningkatkan kesabaran.

11. Pengamatan.

12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.

13. Latihan daya kepimpinan.

14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.

15. Daya konsentrasi.

16. Pembentukan „body image‟.

17. Peningkatan „self-esteem.

12.4 Panduan Keselamatan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang paling penting dan

perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan

fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di

dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan

bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan

perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi

bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka

hendak masuk ke dalam air. „Eye Contact‟ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah

dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi

tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid

berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam

Page 17: 59327532 nota-pku-3109

renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-

murid berkeperluan khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau

ketika mereka mungkin boleh menguasainya.