5c

11
1 4.0 KAJIAN PERBANDINGAN Bahagian ini akan melihat pelaksanaan laluan pejalan kaki dan basikal yang dibuat secara lebih sistematik khususnya di bandar-bandar utama di dalam negara serta luar negara. Perbandingan yang diperolehi akan menjadi tanda aras kepada cadangan awal di Kawasan Kajian untuk mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada kawasan-kawasan tersebut. Dua fokus diberikan dalam kajian perbandingan ini iaitu : Penggunapakaian Konsep 5Cs (bagi laluan pejalan kaki) Pengalaman Bandar Utama di Dalam dan Luar Negara (bagi laluan basikal)

description

5c

Transcript of 5c

Page 1: 5c

1

4.0 KAJIAN PERBANDINGAN

Bahagian ini akan melihat pelaksanaan laluan pejalan kaki dan basikal yang dibuat secara lebih

sistematik khususnya di bandar-bandar utama di dalam negara serta luar negara. Perbandingan yang

diperolehi akan menjadi tanda aras kepada cadangan awal di Kawasan Kajian untuk mencapai tahap

yang sama atau lebih baik daripada kawasan-kawasan tersebut.

Dua fokus diberikan dalam kajian perbandingan ini iaitu :

Penggunapakaian Konsep 5Cs (bagi laluan pejalan kaki)

Pengalaman Bandar Utama di Dalam dan Luar Negara (bagi laluan basikal)

Page 2: 5c

2

4.1 Konsep 5C’s

Konsep perancangan 5C’s telah digunapakai di negara luar seperti United Kingdom bagi mewujudkan

persekitaran berjalan kaki yang mesra pengguna, baik dan menarik. 5 kriteria tersebut akan diperhalusi

bagi melihat kesesuaiannya dalam cadangan menambahbaik laluan pejalan kaki di Kawasan Kajian.

Konsep 5C’s tersebut adalah:

i. Connectivity (Kesinambungan)

Laluan yang menghubungkan di setiap kawasan ke tempat tumpuan utama orang awam seperti

kawasan perkhidmatan pengangkutan awam, sekolah, tempat kerja, taman rekreasi dan lain-lain lagi.

Ia juga haruslah mempunyai rangkaian yang menyeluruh dan berkesinambungan ke destinasi

pengguna.

ii. Convenience (Kesesuaian dan Memudahkan)

Laluan yang mudah diakses, menjimatkan masa dan mampu menarik para pengguna untuk

menggunakannya. Ia berkaitan dengan pengenalpastian sama ada laluan pejalan kaki ini menyediakan

kemudahan sokongan yang bersesuaian dan menepati keperluan khas pejalan kaki.

iii. Convivial (Mesra Pengguna)

Laluan yang mesra pengguna dan menyediakan ruang awam untuk pengguna melakukan sebarang

aktiviti dan berinteraksi. Dengan kemudahan reruang ini, ia akan menyebabkan perjalanan para

pengguna akan berasa lebih selesa dan mempunyai pengalaman yang menyeronokkan.

Page 3: 5c

3

iv. Comfortable (Keselesaan)

Mempunyai laluan yang berkualiti terutama dari segi kemasan laluan dan reka bentuknya yang

mengambil ciri-ciri reka bentuk bandar selamat dan ‘Universal Design’. Antara aspek yang di ambil kira

ialah seperti jenis turapan, kelebaran, landskap sokongan (lembut dan kejur) dan sebagainya.

v. Conspicious (Jelas dan Mudahsampai)

Laluan yang jelas dan mempunyai sempadan yang mudah di baca oleh para pengguna di mana ia

mempunyai aspek keselamatan, pencahayaan yang mencukupi, papan tanda yang bersesuaian dan

pengawasan semula jadi.

Page 4: 5c

4

Rajah 4.1 : Penerapan Konsep 5C’s Dalam Kawasan Kajian

Konsep 5Cs Kriteria Yang Diambilkira Bagi Kawasan Kajian

1 Connectivity (Kesinambungan/Laluan yang berhubung)

Laluan yang menghubung setiap tempat di dalam kawasan bandar adalah

berkesinambungan dan tanpa halangan fizikal. Ini dapat melancarkan pergerakan laluan

pejalan kaki dan basikal.

KRITERIA

Tiada halangan perjalanan di antara tempat asal ke tempat destinasi

Mempunyai akses ke tempat tumpuan pengangkutan awam (tempat perhentian bas & KTM) dan ianya haruslah dapat menarik

perhatian orang awam.

2 Convenience (Kesesuaian dan Memudahkan)

Convenience ini berkaitan dengan pengenalpastian sama ada laluan pejalan kaki ini

menyediakan kemudahan sokongan yang bersesuaian dan menepati keperluan khas

pejalan kaki.

KRITERIA

Mempunyai peluang untuk mengadakan perjalanan tanpa sebarang masalah (terdapat informasi yang diberikan pada para pengguna

tentang maklumat perjalanan, masa menunggu dsb)

Jarak yang singkat diantara tempat hala tuju dan jelas.

Tiada halangan di dalam perjalanan seperti mempunyai lopak pada permukaan laluan atau apa-apa masalah yang menimbulkan rasa

tidak selesa.

Tiada sebarang lencongan di setiap persimpangan.

3 Convivial/Welcoming (Mesra Pengguna)

Convivial berkaitan dengan ruang awam yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki dan

dapat mewujudkan interaksi manusia. Menyediakan persekitaran pejalan kaki yang

menarik di mana bebas daripada sampah dan selamat. Landskap yang menarik juga akan

mempengaruhi mood perjalanan pengguna laluan pejalan kaki dan basikal dalam

menggalakkan penggunaan laluan tersebut.

KRITERIA

Dapat menarik perhatian para pengguna untuk menggunakan laluan dan melakukan aktiviti interaksi antara satu sama lain.

Tidak mempunyai konflik di antara mod pengangkutan yang lain dan tiada kejadian unsur jenayah

Tiada masalah yang melibatkan kerosakan laluan yang disediakan seperti laluan berlubang, terdapat tong sampah komersial yang

diletakkan di laluan pejalan kaki, uitiliti dan lain-lain lagi.

Mempunyai perabot jalan yang mencukupi seperti kerusi, tempat berehat dan lain-lain lagi

4 Comfortable (Keselesaan)

Comfortable (Keselesaan) melibatkan kualiti, kuantiti dan juga keluasan/kelebaran laluan

pejalan kaki dan basikal yang digunakan. Adakah pejalan kaki dapat menggunakan ruang

ataupun kemudahan tanpa gangguan. Ini menentukan jumlah pengguna dalam satu

tempoh jangkamasa agar tidak terlalu sesak dan bergantung juga dengan penggunaan

bahan dan material landskap kejur yang sesuai.

KRITERIA

Mempunyai laluan yang terjaga,selesa dan kelebaran yang mencukupi

Mempunyai ruang rehat (‘public realm’) atau tempat berteduh dengan landskap yang bersesuaian

Ketiadaan bunyi bising dan asap daripada lalu lintas motor.

Mempunyai ‘trail’ perjalanan.

5 Conspicuousness (Jelas dan Mudahsampai)

Rangkaian keseluruhan laluan pejalan kaki dan basikal di bandar perlu menyeluruh supaya

setiap destinasi dapat dilalui oleh setiap pengguna. Ia juga melibatkan kemudahan yang

jelas dan menarik perhatian.

KRITERIA

Mempunyai pencahayaan dan kejelasan yang tinggi di laluan pejalan kaki atau laluan basikal (bukannya pada jalan raya)

Terdapat infomasi, hala tuju dan tanda trafik

Mempunyai sempadan dan ianya mudah dibaca

Mempunyai pengawasan semulajadi

Page 5: 5c

5

4.2 Pengalaman Bandar Utama DI Dalam dan Luar Negara

Bahagian ini akan tertumpu kepada beberapa bandar utama yang sudah mengaplikasi

pengunaan laluan basikal. Analisis perbandingan adalah berdasarkan kajian ilmiah / rujukan

laman web. Selain daripada itu, kajian kes akan diterangkan melalui pemerhatian dan sokongan

illustrasi seperti pelan laluan basikal dan gambar (melalui laman web) agar ia dapat memberi

visual yang lebih jelas bagaimana laluan ini disediakan. Antara kajian kes yang telah terpilih

ialah;

i. Shah Alam

ii. George Town

iii. Amsterdam, Belanda

iv. Sydney, Australia

v. London

vi. Copenhagen

Rajah 4.2 adalah hasil rumusan penemuan yang merumuskan kajian perbandingan di antara

laluan sedia ada di kawasan kajian dengan laluan basikal tempatan dan juga laluan basikal di

luar negara. Daripada hasil perbandingan ini, beberapa aspek akan diambil kira dalam

penyediaan laluan basikal di Pusat Bandar Klang yang aktif dan mesra pengguna di masa

hadapan.

Luar Negara

Tempatan

SHAH ALAM

GEORGETOWN

Visi MPPP ialah “Untuk Menjadikan Majlis

Perbandaran Yang Unggul Dalam

Menyampaikan Perkhidmatan Dan Berupaya

Mewujudkan Perbandaran Sejahtera”.

Manakala, berbasikal adalah salah satu

komponen dalam strategi menyeluruh

Kerajaan Negeri untuk menambahbaik sistem

lalulintas dan pengangkutan di Pulau Pinang.

SHAH ALAM

Visi MBSA ialah ingin menjadikan bandarnya

sebuah “Bandaraya yang berkualiti, sejahtera,

kondusif dan terunggul” . Oleh itu, dengan

penyediaan laluan basikal di tengah-tengah

bandaraya adalah merupakan satu langkah

awalan yang juga mengalakkan corak

pembangunan ke arah lebih mampan

disamping dapat menyokong program “Zon

Bersih Shah Alam”

AMSTERDAM

Objektif Amsterdam mementingkan

penyediaan laluan basikal adalah untuk

menggalakkan penduduk tempatan beralih

daripada mod penggunaan kenderaan

persendirian seperti kereta ke basikal. Selain

daripada itu, ia juga merupakan salah satu

inisiatif untuk meningkatkan rangkaian green

mobility di dalam bandar di samping dapat

mengurangkan kes-kes kecurian basikal.

SYDNEY

Tujuan Sydney menyediakan laluan basikal

adalah untuk menggalakkan aktiviti berbasikal

di dalam bandarnya di mana ia mendapat

sambutan hangat daripada penduduk awam

dengan kenaikan sebanyak 2% hingga 5%

pada 2011. Oleh itu, Sydney juga telah

mengadakan beberapa kempen publisiti,

kursus berbasikal dan beberapa acara

sampingan bagi memastikan ia mendapat

sambutan di setiap tahun.

LONDON

Berbasikal adalah merupakan aktiviti yang

telah lama wujud di London. Di mana,

penyediaan laluan basikal adalah merupakan

perkara terpenting di dalam Bandar

terutamanya di setiap “public right of way”,

pembangunan baru dan di mana-mana

tempat yang mempunyai potensi untuk

berbasikal. Dengan itu, London telah pun

mengeluarkan satu laporan “A Cycling

Strategy for London” sebagai panduan kepada

pihak berkuasa untuk mengikutinya.

COPENHAGEN

Matlamat Copenhagen adalah untuk

mewujudkan satu bandar yang “Terbaik untuk

berbasikal di dalam dunia”. Dengan itu, satu

pelan induk yang dinamakan “The City of

Copenhagen’s Bicycle Strategy 2011-2025”

telah diwujudkan agar Bandar Copenhagen

akan menjadi sebuah Bandar yang

meyediakan laluan basikal yang selamat,

selesa, mudah di akses dan

mengintegrasikannya di dalam kehidupan

seharian komuniti mereka.

Page 6: 5c

6

Rajah 4.2 : Pelan Laluan Basikal Di Bandar Utama Di Dalam dan Luar Negara

Page 7: 5c

7

Page 8: 5c

8

Page 9: 5c

9

Rajah 4.3 : Jenis Laluan Basikal Di Bandar Utama Di Dalam dan Luar Negara

Rajah 4.4 : Jenis Turapan Laluan Basikal Di Bandar Utama di Dalam dan Luar Negara

Page 10: 5c

10

Rajah 4.5 : Kemudahan Sokongan Laluan Basikal Di Bandar Utama di Dalam dan Luar Negara

Page 11: 5c

11

BIBLIOGRAFI

SENARAI BUKU

Shaunna K.Burbidge , Utah Bicycle & Pedestrian Master Plan Design Guideline

Boston City Hall , Boston Complete Streets Design Guidelines , 2013

Brian Peterson, League of American Bicyclists BICYCLE ACCOUNT GUIDELINES

Lim Aik Kuan, Hubungan Sikap Pengguna Dengan Keterlibatan Dalam Kemalangan Jalan Raya. Kajian Kes

Di Negeri Melaka , 2007

Chau Chen Hung , Kajian Kesudian Berjalan Kaki Oleh Pelajar UKM , 2007

Mohd Misram Khairul Bin Awang , Kemudahan-Kemudahan dan Ciri-Ciri Pejalan Kaki Di Kawasan Bandar ,

2007

F. Thommas , Urban Space and Design for the Pedestrians

Giulia Dell’Asin , A Qualitative Approach To Assessing The Pedestrian Environment

Bringmiham City Council , A Walking Strategy For Birmingham , 2003

Rebecca Lehman , National Sustainabiliti In Infrastructure , 2013

Michael Baker , South of South Walkability Plan , 2009

British Heart Foundation National Centre for Physical Activity and Health , Route Planning for Health Walks

Mazdi Marzuki , Memperkasa Perancangan Laluan Jalan Kaki Untuk Pembangunan Lestari Kampus:

Kajian Di Universiti Pendidikan Sultan Idris

Anuar Bin Sulaiman , Kajian Laluan Basikal USJ 2 , UEP Subang Jaya , 1998

RUJUKAN DRAF / PELAN / RANCANGAN PEMBANGUNAN / GARIS PANDUAN

Majlis Perbandaran Klang , Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1) 2020, 2012

Majlis Perbandaran Klang , Pelan Induk Landskap

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan

Kejiranan Hijau Penyediaaan Laluan Pejalan Kaki, 2014

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ,Panduan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan

Kejiranan Hijau Penyediaaan Laluan Basikal, 2014

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk Bandar

Selamat, 2010