5EL~5A Potensi Sabah sebagai destinasi percutian serantau...
Transcript of 5EL~5A Potensi Sabah sebagai destinasi percutian serantau...
+
28 RENCANA
PEMUKIMAN MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN 2.015 DI KOTA KINABALU
Potensi Sabah sebagai destinasi
percutian serantau
MOHO IZHAM UNNIP
thaddius@bh,com.my
S abah buatjulung kali menjadi tumpuan serantau menerusi kehadiran 10 Menteri Luar ~SEAN ~ersama delegasi masmg-masmg sempena Pemu
kiman Menteri-Menteri Luar ASEAN 2015 yang berlangsung di Kota Kinabalu-Illulai hari ini hingga esok.
Sebagai tuan rumah, kehadiran pemimpin dari Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Laos dan Filipina pasti membawa makna besar kepada negeri di bawah bayu itu.
Pemilihan Kota Kinabalu sebagai lokasi pemukiman juga satu penghormatan kepada kerajaan dan rakyat Sabah, lebih-lebih lagi ia adalah program pembuka tirai ASEAN pada tahun ini yang mana Malaysia dipilih sebagai pengerusinya.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Arnan, pastinya mempunyai alasan tersendiri untuk mengadakan program itu di luar Kuala Lumpur dengan memilih Kota Kinabalu sebagai lokasi memandangkan beliau berasal dari Sabah.
Selain membincangkan pelbagai agenda yang berhubung kait dengan hubungan luar setiap negara, khususnya dalam konteks ASEAN, kehadiran pemimpin dan pegawai dari negara terbabit secara tidak langsung dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan.
Tidak ketinggalan, peluang itu pastinya dapat dimanfaatkan untuk membincangkan isu khusus yang berkaitan dengan Sabah terutama yang ada hubung kait dengan keselamatan, pendatang asing dan kerjasama dengan negara jiran, terutama Filipina dan Indonesia.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi, berkata program berkenaan memberi kesempatan yang baik kepada kerajaan negeri untuk menonjolkan Sabah sebagai destinasi pelancongan serantau.
Persembahan mini tunjuk kebudayaan Sabah "Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan mengadakan persembahan mini untuk menunjukkan pelbagai kebudayaan yang ada di Sabah kepada pemimpip dan delegasi luar yang menghadiri pemukiman itu selepas mereka selesai bermesyuarat.
"Kita juga akan menayangkan video yang memaparkan pelbagai tempat menarik yang ada di Sabah de..ngan harapan mereka tertarik untuk meneruskan percutian di sini dan menghebahkan keindahan serta keunikan negeri ini kepada rakyat di
Pertemuan boleh bincang
isu usaha tingkat
keselamatan di kawasan pantai timur
negara mereka," katanya. Beliau berkata, inisiatif Anifah
membawa program berkenaan di Kota Kinabalu seirlng dengan us aha kerajaan negeri meningkatkan kehadiran pelancong dan menonjolkan Sabah sebagai destinasi percutian dan penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
Menerusi program itu, beliau turut berharap agar isu keselamatan di kawasan pantai timur Sabah yang menjejaskan aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan turut dibincangkan dengan pemimpin dan delegasi pegawai berkaitan dari Filipina.
"Saya yakin Anifah akan mengambil kesempatan ini untuk membincangkan isu keselamatan di negeri ini dengan rakan sejawatannya dari Filipina terutama dalam usaha mencari jalan ke arah meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur.
"Dengan kehadiran pemimpin dan delegasi dari Filipina juga, kita berharap mereka mendapat pendedahan jelas berhubung isu keselamatan yang ada kaitan dengan hubungan antara Sabah dan Filipina," katanya.
Usaha itu katanya penting bagi membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diwujudkan pada tahun 2013 memantau dan menghalang kemasukan penceroboh serta penjenayah rentas sempadan di kawasan pantai timur Sabah.
Pengerusi Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur -Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA), Datuk Roselan Johar, berkata program pemukiman selarna dua hari itu memberi peluang kepada Menteri Luar ASEAN melihat sendiri kemakmuran dan keamanaan di negeri ini.
Beliau berkata, pernimpin ASEAN yang hadir pada program itu pasti ingin tahu lebih dekat keadaan sebenar di negeri ini berikutan laporan berkaitan isu keselamatan dan kes
penculikan di kawasan pantai timur yang menimbulkan imej negatif terhadap Sabah, sebelum ini.
"Selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia bukan sahaja memairikan peranan penting dalam pertubuhan serantau itu, malah ia turut membuka jalan mempromosikan negara dan atas sebab itulah saya percaya Sabah dipilih sebagai tuan rumah program ini.
Masa terbaik tunjuk keadaan sebenar di Sabah "Sehubungan itu, ia adalah masa terbaik kepada kita di Sabah untuk menunjukkan keadaan sebenar negeri ini kepada pemimpin luar, termasuk kepesatan pembangunan di negeri ini yang saya percaya mampu menarik minat mereka," katanya.
Sekretariat Logistik ASEAN 2015, Datuk K Ilankovan dalam kenyataannya sebelum ini menjangkakan seramai 300 delegasi menghadiri pemukiman berkenaan, manakala seramai 100 hingga 150 kakitangan media dijangka membuat liputan.
Antara rakan sejawatan Anifah yang dijangka hadir ialah Menteri Luar yang juga Timbalan Perdana Menteri Thailand, Tanasak Patimapragom; Menteri Luar Singapura, K Shanmugam; Menteri Luar Indonesia, Retno LP Marsudi dan Menteri Luar Filipina, Albert del Rosario.
Turut dijangka hadir ialah Menteri Luar Brunei, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong; Menteri Luar yang juga Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Pham Binh Minh; Menteri Luar yang juga Timbalan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith dan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin.
® 5EL~5A 2.7 JANUARI 2015
ESSCOM diwujudkan memantau dan mengha/ang
kemasukan penceroboh serta penjenayah rentas
sempadan di perairan Sabah. (GAMBAR HIASAN]
Kementerian Luar , dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan pemukiman itu adalah yang pertama dalam sirl Mesyuarat MenteriMenteri Luar ASEAN dan mesyuarat lain yang berkaitan sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Sepanjang pemukiman selama dua hari itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN dijangka membincangkan keutamaan ASEAN untuk tahun ini dan Visi Pasca 2015 Komuniti ASEAN.
Bermula 1 Januari tahun ini, Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN yang digilirkan secara tahunan daripada Myanmar dengan visi untuk mewujudkan
17 JANUARI 2015 <9SELASA
'ASEAN Berpaksikan Rakyat' selaras tema pengerusi, 'Rakyat Kami, Komuniti Kami, Visi Kami'.
Proses bentuk Komuniti ASEAN Secara kebetulan, pengambilalihan jawatan itu berlaku ketika negara ASEAN dalam proses membentuk Komuniti ASEAN pada tahun ini yang mana semua 10 negara termasuk Malaysia berazam untuk mencapai keseragaman dalam peraturan dan prosedur, tanpa sempadan fizikal serta infrastruktur.
Kedudukan itu dilihat memerlukan Malaysia memberi tumpuan dalam memastikan langkah dan inisiatif utama bagi Komuniti ASEAN dapat dicapai selain memastikan proses in-
II Lembaga Pelancongan Sabah akan mengadakan persembahan mini untuk menunjukkan pe/bagai kebudayaan yang ada ~i Sabah kepada pemimpin dan de/egasi /uar yang menghadiri pemukiman itu"
Kamarlin Ombi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar' Sabah
tegrasi diteruskan pada tahun depan dan selepas itu.
Selain Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN, antara program penting dianjurkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini termasuk mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 pada April ini dan Si- . dang Kemuncak ASEAN ke-27 pada November depan.
Apa yang penting, program Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN 2015 di Kota Kinabalu bukan sahaja sebagai pembuka tirai program ASEAN pada tahun ini, malah diharap membuahkan sesuatu yang bermakna khususnya dalam hubungan serantau, lebih-lebih lagi yang ada kai- .. tan dengan Sabah.
RENCANA 0 29
I1T!lI,Dm,J ~~ DENGAN
KERJASAMA
Sekumpulan • pelancong
tertarik dengan pembuatan gong
1It di Kampimg l: Sumangka]?)
Kudat, Sabah. (GAMBAR HlASANJ
tmd~II11BUI -~~~~~---.-------------.-
Program pembelajaran Bahasa Mandarin ini diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan China. Program ini akan disiarkan selama setahun.
T€JI'1 ! ._'
I~~i.~ ! ...
Ulltuk maklumat berkenaan kursus, sila hubungi: Tel: 603 -4144 2788 I'aks : 603 -41443098 Laman Web : www.hccm.com.myfmsE-mel :[email protected]
Ptlndutln mengguntlktln tlpliktlsi AR untuk tonton video .... 1
lIIIuat turun aplikasi di App Store dan Google Play dengan kata kunci
carian ZOOM BH
+