5W1H

download 5W1H

of 1

description

what, why, when.....

Transcript of 5W1H

Teknik Peluasan Ayat -5W1HTeknik Peluasan Ayat 5W1H ialah satu teknik yang menggunakan maklumat tentang apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana untuk mengembangkan ayat. Teknik ini amat bersesuaian digunakan oleh calon SPM untuk menjawab soalan 3(a) dalam Kertas 2 Bahasa Melayu.

Soalan contoh:Bina ayat dengan menggunakan perkataan `gerakan.Untuk membina ayat dengan menggunakan perkatan `gerakan, murid hendaklah melakukan langkah-langkah yang berikut:

Langkah1: Bina frasa `melancarkan gerakan (apa)

Langkah 2: Masukkan subjek ayat (siapa)Pihak polis melancarkan gerakan

Langkah 3: Masukkan keterangan (Mengapa)Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu

Langkah 4- Masukkan keterangan masa (Bila)Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam.

Langkah 5- Masukan keterangan tempat (Di mana)Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu.

Langkah 6- Masukkan keterangan cara (Bagaimana)Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu dengan menggunakan seekor anjing.