6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima...

4
KHAZANAH RESIDENCY PROGRAMME 0101011100 1101010101 1010101110 1001110101 An initiative by Khazanah Nasional @K H A Z A N A H R E S I D E N C Y #K H A Z A N A H R E S I D E N C Y PROGRAM RESIDENSI KHAZANAH *Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik. TENTANG PROGRAM INI Program Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya. ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGAN KHAZANAH & GLC PENJAWAT KERAJAAN PESERTA TAJAAN* Wolfson College, Cambridge, UK Acme Studios, London, UK AA School of Architecture, London, UK ANZSOG, Canberra, Australia LKY NUS, Singapore ANZSOG, Wellington, NZ 6 6 14 6 4 RESIDENSI SENI RESIDENSI REKA BENTUK FELLOWSHIP MEDIA RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM *Setakat Januari 2020

Transcript of 6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima...

Page 1: 6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, ... tetapi juga menawarkan peluang kepada saya untuk terus

KHAZANAH RESIDENCYPROGRAMME

0101011100110101010110101011101001110101

An initiative by Khazanah Nasional

@K H A Z A N A H R E S I D E N C Y#K H A Z A N A H R E S I D E N C Y

PROGRAM RESIDENSIKHAZANAH

*Maklumat yang terdapat dalam brosur ini adalah tepat semasa penerbitan/dimuat naik.

TENTANG PROGRAM INIProgram Residensi Khazanah menyokong bakat muda tempatan yang mempamerkan kebolehan dan pencapaian luar biasa dalam disiplin terpilih dengan membantu mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian mereka dalam bidang masing-masing. Program-program yang ditawarkan termasuk residensi, fellowship atau kursus jangka pendek yang dikendalikan oleh institusi terkenal di seluruh dunia. Program yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, mereka hanya diminta untuk berkongsikan pengalaman yang diperoleh daripada residensi masing-masing untuk manfaat rakyat Malaysia secara amnya.

ARTIS ARKITEK WARTAWAN KAKITANGANKHAZANAH & GLC

PENJAWAT KERAJAAN

PESERTA TAJAAN*

Wolfson College, Cambridge, UK

Acme Studios, London, UK

AA School ofArchitecture,London, UK

ANZSOG, Canberra, Australia

LKY NUS, Singapore

ANZSOG, Wellington, NZ

6 6 14 6 4

RESIDENSI SENI

RESIDENSI REKA BENTUK

FELLOWSHIP MEDIA

RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

*Setakat Januari 2020

Page 2: 6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, ... tetapi juga menawarkan peluang kepada saya untuk terus

RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

AUSTRALIA & NEW ZEALAND SCHOOL OF GOVERNMENT (ANZSOG)

RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT (RSOG)

KRITERIA & KEL AYAKAN

APA YANG KAMI BIAYA

Program residensi ini direka untuk pemimpin dalam sektor awam yang kini berada di pertengahan kerjaya masing-masing dengan objektif untuk membina kepemimpinan peribadi, memperluas peluang jalinan hubungan dan seterusnya menyumbang kembali kepada kementerian / agensi masing-masing menerusi projek yang dikenal pasti. Khazanah bekerjasama dengan Razak School of Government (RSOG) dalam menyampaikan program ini yang dikendalikan oleh Australia & New Zealand School of Government (ANZSOG).

• Yuran Pendidikan Eksekutif

• Tambang Penerbangan Pergi-Balik (Ekonomi)

• Penginapan

• Elaun harian

Ditubuhkan pada tahun 2002, ANZSOG adalah peneraju global dalam pendidikan dan penyelidikan bertumpukan kerajaan berkaitan sektor awam dengan pejabat di Melbourne, Sydney, Canberra, Brisbane dan Wellington. Executive Fellows Programme (EFP) ANZSOG ini mencabar pegawai kanan yang bekerja di sektor awam untuk membina perspektif kepimpinan baharu secara kontemporari dan interaktif. Untuk maklumat lanjut mengenai ANZSOG dan EFP, sila lawati www.anzsog.edu.au

RSOG ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai institusi pembangunan kepimpinan bagi membantu menyediakan pegawai kanan sektor awam Malaysia berkaliber dalam semua sektor perkhidmatan. Selama beberapa tahun, RSOG telah menjalankan pelbagai program latihan dan pendidikan yang telah memberi banyak manfaat kepada pegawai kerajaan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai RSOG, sila layari: www.rsog.com.my.

Penjawat Awam diGred 48 - 54

–Sekurang-kurangnya 10 tahun

pengalaman pengurusan[Laporan Nilaian Prestasi

Tahunan (LNPT) melebihi 85% untuk 3 tahun berturut-turut]

–Graduan dari universiti

tempatan, pemegang ijazah Sarjana diutamakan

–Mahir dalam Bahasa Inggeris

dan minat dalampenyelidikan

–Permohonan mesti disokong

oleh ketua bahagiankementerian / agensi

masing-masing

Page 3: 6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, ... tetapi juga menawarkan peluang kepada saya untuk terus

RESIDENSI PERKHIDMATAN AWAM

KANDUNGAN PROGRAMSTRUKTUR PROGRAM

• EFP merupakan program pembelajaran gunaan selama 3 minggu yang dilaksanakan di Wellington, NZ; Canberra, AUS; dan Singapura (Fasa 1)

• Ini diikuti sesi pembelajaran melalui pengalaman selama 4 - 8 minggu (menerusi projek yang dikenal pasti) di tempat kerja peserta dan dibantu oleh RSOG (Fasa 2)

• Pembentangan akhir kepada pihak berkepentingan yang berkaitan

• Analisis dasar awam

• Kepimpinan strategik

• Menguruskan komunikasi awam

• Inovasi dan kreativiti

• Pengurusan risiko

GARIS MASA

PRA-PROGRAM FASA 1: PEMBELAJARAN GUNAAN

FASA 2: PEMBELAJARAN MELALUI PENGALAMAN

• Pencalonan oleh Kementerian/ Agensi

• Pelawaan untuk memohon

• Permohonan EFP

• Felo Eksekutif Program di NZ

• Wellington, NZ

• Canberra, AUS

• Singapura

• Touch base di RSOG

• Bimbingan oleh mentor RSOG

• Perbincangan yang dibimbing

• Pembentangan akhir

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON–

Kemukakan hasrat anda [email protected]

DENGAN KERJASAMA–

Apr - Jul 2021 Dis 2021 - Jan 2022November 2021

FASA 1 (EFP)

• Pelaksanaan projek spesifik**

• Bimbingan oleh mentor RSOG

• Pembentangan akhir

** Topik yang berkaitan dengan fungsi kementerian, yang akan ditentukan pada peringkat pra-program

FASA 2

Page 4: 6 6 14 6 4 · 2020. 5. 13. · yang ditaja sepenuhnya ini tidak mengikat para peserta yang menerima tajaan. Sebaliknya, ... tetapi juga menawarkan peluang kepada saya untuk terus

PASCA RESIDENSI DAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

SESI PERKONGSIAN ILMU BERBAKTI MEL ALUI INISIATIF CSR

POTENSI KOL ABORASI DENGAN RANGKAIAN RESIDENSI

TESTIMONI

“Residensi Perkhidmatan Awam Khazanah merupakan suatu program transformasi yang luar biasa. Pengalaman itu bukan sahaja memberi saya peluang untuk membuat pembaikan dalam kerjaya profesional saya, tetapi juga menawarkan peluang kepada saya untuk terus berkembang dan mengenali diri saya dengan lebih baik. Pengalaman ini akan kekal sebagai pengalaman yang paling bermakna dalam hidup saya.”

EZLEEZAN OTHMAN Ketua Seksyen, Bahagian Cukai,Kementerian Kewangan Kohort 2018 - Residensi Perkhidmatan Awam

“Program Residensi Perkhidmatan Awam Khazanah sangat menarik dan membuka minda. Melalui Executive Fellows Programme 2019, saya belajar banyak tentang gaya kepemimpinan dan ia membantu saya untuk memimpin dalam pelbagai senario. Sesi mentoring membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai proses pemikiran berstruktur. Saya benar-benar merasakan program ini adalah pengalaman yang menyeronokkan dan berharga, dan untuk itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Khazanah Nasional atas peluang ini.”

IZHAM SHUKORBahagian Dasar dan PerancanganSektor TenagaKementerian Tenaga, Sains, Teknologi,Persekitaran dan Perubahan IklimKohort 2018 - Residensi Perkhidmatan Awam

“Residensi Perkhidmatan Awam Khazanah memberikan saya peluang untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin masa depan melalui pengalaman unik yang telah dirancang sepanjang program ini. Saya memperoleh banyak manfaat hasil daripada interaksi, pengalaman pembelajaran mendalam, topik perbincangan, pandangan yang dikongsi serta rangkaian dan persahabatan yang terjalin sepanjang pengalaman yang cukup menarik ini.”

SYAIFUL HAFIZ MOAMAT MASTAM Penolong Setiausaha, Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan,Kementerian KewanganKohort 2019 - Residensi Perkhidmatan Awam

“Program Residensi Perkhidmatan Awam Khazanah memberi saya kesempatan unik untuk meluaskan pemikiran saya dengan para pemimpin dari negara lain. Persekitaran dari pelbagai latar belakang mendorong saya untuk keluar dari zon keselesaan dan membuka minda kepada idea baharu tentang bagaimana menjadi pemimpin yang lebih baik dalam realiti masa kini. Sekarang, saya mempunyai pandangan yang lebih jelas mengenai matlamat kepimpinan peribadi saya yang telah memperbaiki tugas harian saya dan akhirnya memberi impak kepada orang ramai. Terima kasih, Khazanah.”

NURUL HIDAYAH ABD. RAHMANBahagian PenerbanganKementerian PengangkutanKohort 2019 - Residensi Perkhidmatan Awam