6. meeting ajk MPM FEP 14

3
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-6 MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014 (MPMFEP’14) Tarikh : 16 April 2014 (Rabu) Masa : 8.00 malam 11.00 malam Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Agenda : Bil Agenda Catatan / Tindakan 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara Mufaddal bin Mustansir Ketua Pengarah 2. Unit Publisiti menyatakan bahawa pihak mereka sudah pun menyiapkan beberapa corak poster, banner dan bunting. Unit Publisiti turut meminta pandangan dari semuan Ahli Majlis Tertinggi dan juga semua Ahli Jawatankuasa. Timbalan Ketua Pengarah 1 turut mengingatkan Unit Cenderamata untuk menyediakan video tayangan multimedia dan montaj. Unit Publisiti dan Tugas-Tugas Khas 3. Unit Pendaftaran bahawa pembukaan kaunter akan dibuka selama seminggu di hadapan lif aras 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan bermula 28 April 2014. Yuran pendaftaran bagi peserta telah ditetapkan sebanyak RM 20. Unit Pendaftaran turut meminta bantuan semua Ahli Jawatankuasa untuk menjaga kaunter. Unit Pendaftaran dan Perhubungan 4. Unit Protokol telah pun menyediakan teks ucapan Pengerusi Majlis, teks ucapan ketua pengarah program dan juga teks ucapan perasmi. Namun, unit protokol masih belum menetapkan Pengerusi Majlis dan perasmi yang sesuai. Unit Protokol 5. Unit Cenderamata telah bertanyakan berkenaan dengan cenderamata yang ingin diberikan kepada Setiausaha & Unit Cenderamata

Transcript of 6. meeting ajk MPM FEP 14

Page 1: 6. meeting ajk MPM FEP 14

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-6

MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

2014 (MPMFEP’14)

Tarikh : 16 April 2014 (Rabu)

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Agenda :

Bil Agenda Catatan / Tindakan

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan

ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara

Mufaddal bin Mustansir

Ketua Pengarah

2. Unit Publisiti menyatakan bahawa pihak mereka sudah

pun menyiapkan beberapa corak poster, banner dan

bunting.

Unit Publisiti turut meminta pandangan dari semuan

Ahli Majlis Tertinggi dan juga semua Ahli

Jawatankuasa.

Timbalan Ketua Pengarah 1 turut mengingatkan Unit

Cenderamata untuk menyediakan video tayangan

multimedia dan montaj.

Unit Publisiti dan Tugas-Tugas

Khas

3. Unit Pendaftaran bahawa pembukaan kaunter akan

dibuka selama seminggu di hadapan lif aras 2 Fakulti

Ekonomi dan Pengurusan bermula 28 April 2014.

Yuran pendaftaran bagi peserta telah ditetapkan

sebanyak RM 20.

Unit Pendaftaran turut meminta bantuan semua Ahli

Jawatankuasa untuk menjaga kaunter.

Unit Pendaftaran dan

Perhubungan

4. Unit Protokol telah pun menyediakan teks ucapan

Pengerusi Majlis, teks ucapan ketua pengarah program

dan juga teks ucapan perasmi. Namun, unit protokol

masih belum menetapkan Pengerusi Majlis dan

perasmi yang sesuai.

Unit Protokol

5. Unit Cenderamata telah bertanyakan berkenaan

dengan cenderamata yang ingin diberikan kepada

Setiausaha & Unit

Cenderamata

Page 2: 6. meeting ajk MPM FEP 14

barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti

Ekonomi dan Pengurusan beserta kelab-kelab.

Ketua Pengarah telah memaklumkan bahawa

permohonan cenderamata boleh dibuat di fakulti dan

meminta setiausaha untuk mengeluarkan surat

permohonan.

6. Unit Teknikal dan pengangkutan telah bertanyakan

berkenaan pengangkutan yang akan disediakan untuk

membawa peserta yang tidak mempunyai kenderaan

untuk pergi ke tempat program.

Unit Teknikal dan Pengangkutan telah mencadangkan

untuk menempah sebuah bas dari pihak UKM bagi

membawa peserta dan Ahli Jawatankuasa yang tidak

mempunyai kenderaan untuk ke tempat program.

Ketua Pengarah mengingatkan permohonan bas

melalui unit kenderaan hanya boleh dibuat setelah

surat kelulusan dari pihak JPPel diperoleh.

Unit Teknikal & Pengangkutan

7. Unit Jamuan memaklumkan bahawa menu bagi tetamu

kehormat, para pensyarah dan juga peserta telah pun

ditetapkan dan dimaklumkan kepada pihak Bangi Golf

Resort.

Unit Jamuan

8. Unit Hiasan dan Dekorasi telah menunjukkkan

beberapa rekaan yang telah mereka sediakan bagi

hiasan dewan dan juga photobooth.

Namun terdapat beberapa rekaan yang tidak

bersesuaian dengan tema dan Unit Hiasan dan

Dekorasi telah diminta untuk mencari dan merangka

semula rekaan baru yang bersesuaian mengikut tema

yang telah pun ditetapkan.

Unit Hiasan dan Dekorasi

9. Unit Program telah menyediakan atur cara penuh

sepanjang program berlangsung.

Mereka tidak berjaya untuk menjemput Harith

Iskandar sebagai tetamu jemputan tetatpi telah

menghubungi beberapa pelajar di bawah artis sukma

UKM seperti kumpulan tarian dan nyanyian.

Namun begitu, bayaran yang dikenakan bagi setiap

persembahan adalah tinggi.

Ahli Majlis Tertinggi meminta supaya cuba

mengurangkan kos bagi persembahan.

Unit Program

Page 3: 6. meeting ajk MPM FEP 14

10. Sebelum mengakhiri mesyuarat Ketua Pengarah telah

mengingatkan bendahari untuk menyediakan

peruntukan bagi setiap unit agar perbelanjaan yang

dilakukan tidak melebihi anggaran pendapatan yang

bakal diperoleh.

Bendahari

11. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Tasbih

Kifarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NURUL MAWADDAH BINTI MD SALIM

Setiausaha

Majlis Penghargaan Mahasiswa

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Disemak oleh,

MUFADDAL BIN MUSTANSIR

Ketua Pengarah

Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014

Universiti Kebangsaan Malaysia