6 rumusan

3
961009-08-5745 6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN 6.1 PENGENALAN: Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui amalan tradisi semasa upacara kematian dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti adat tradisi semasa upacara kematian dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh dan mengenal pasti tahap amalan tradisi semasa upacara kematian dalam masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh. Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat kajian pengkaji yang telah dipilih sebagai responden kajian ini. 6.2 KAEDAH KAJIAN DAN DEMOGRAFI RESPONDEN : Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan.Dalam menjalankan kaedah soal selidik, sebanyak 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 17 lelaki dan 13 perempuan telah dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan

description

a

Transcript of 6 rumusan

Page 1: 6 rumusan

961009-08-5745

6.0 RUMUSAN / KESIMPULAN

6.1 PENGENALAN:

Secara kesimpulannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui amalan tradisi

semasa upacara kematian dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat

Ria,Ipoh.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti adat tradisi semasa upacara

kematian dalam kalangan masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh dan

mengenal pasti tahap amalan tradisi semasa upacara kematian dalam masyarakat Cina di

Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang penduduk yang tinggal

di kawasan tempat kajian pengkaji yang telah dipilih sebagai responden kajian ini.

6.2 KAEDAH KAJIAN DAN DEMOGRAFI RESPONDEN :

Terdapat 3 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu kaedah

soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan.Dalam menjalankan kaedah soal

selidik, sebanyak 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada populasi tempat

kajian.Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 17 lelaki dan 13 perempuan telah

dipilih untuk menjawab satu set soal selidik tersebut dan kebanyakkan daripada kalangan

umur 20-30 tahun, juga dalam tahap pendidikan tertingginya adalah STPM, dan pada

status bekerja serta dalam kalangan berpendapatan RM3001 ke atas.Manakala pengkaji

juga telah menemu bual seramai 3 orang penduduk yang tinggal di kawasan tempat

kajian untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji

oleh pengkaji.

Setelah mengumpulkan data daripada responden dan temu bual, dalam aspek

penganalisisan data dan pengiraan manual akan diguna pakai.Oleh sebab itu, kekerapan

peratus akan dijadikan data untuk dianalisis.

Page 2: 6 rumusan

961009-08-5745

6.3 MENGENAL PASTI ADAT TRADISI SEMASA UPACARA KEMATIAN

MASYARAKAT CINA DI TAMAN PINGGIRAN RAPAT RIA,IPOH.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis adat tradisi semasa

upacara kematian yang masih diamalkan oleh masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat

Ria,Ipoh.Menurut soal selidik yang telah dijalankan, mereka bersetuju dengan penyataan

pakaian-pakaian yang perlu dipakai semasa upacara kematian masyarakat Cina sedang

dijalankan.

Seterusnya,mereka juga setuju terhadap penyataan proses penghantaran keranda

mayat ke tempat perkuburan misalnya, perjalanannya perlu dilakukan dengan berjalan

kaki.

Bukan itu sahaja,bagi adat tradisi yang lain semasa upacara kematian pula juga

dipersetujui oleh majoriti respondennya.Hal ini demikian kerana penduduk di situ juga

mengetahui bahawa terdapat pelbagai pantang larang dan juga adat tradisi yang lain

kecuali pakaian dan proses penghantaran serta mereka pernah mengamalkannya.

6.4 MENGENAL PASTI TAHAP AMALAN ADAT TRADISI SEMASA

UPACARA KEMATIAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT CINA DI

TAMAN PINGGIRAN RAPAT RIA,IPOH.

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap amalan tradisi semasa upacara kematian

dalam masyarakat Cina di Taman Pinggiran Rapat Ria,Ipoh.Menurut soal selidik yang

dikumpulkan,pengkaji mendapati tahap amalan adat tradisi ini di dalam kalangan

penduduk kajiannya adalah tinggi.Ini menunjukkan mereka masih mengetahui dan juga

mengamalkan adat-adat tradisi semasa upacara kematian yang disoal selidik itu.