6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

10
Anda bukan orang Tawau? Ebook ini khas untuk anda Dibawakan Khas Oleh | J3 Trade Enterprise RAHSIA TERBONGKAR 6 TRIK MEMBELI-BELAH LIKE A PRO DI PASAR GANTUNG & PASAR TANJUNG TAWAU.

description

Pasar Tanjung dan Pasar Gantung Tawau merupakan dua tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung yang datang ke daerah Tawau. Kebiasaannya para pelancong akan membeli barang-barang untuk di bawa balik ke tempat masing-masing di kedua-dua pasar ini.Pun begitu, ramai yang tidak tahu trik dan teknik yang berbelanja dengan betul di tempat2 ini. Ramai yang mengeluh harga barang dijual adalah amat mahal. Harga barang-barang itu sebenarnya tak mahal. Cuma cara anda membeli itu salah sehingga peniaga tidak sudi memberi anda harga yang murah.Di ebook ini kami akan BONGKARKAN cara dan trik yang betul bagi membantu anda membeli-belah like a pro di Pasar Tanjung dan Pasar Gantung Tawau. Jika anda baca ebook ini dan praktikkan betul2 trik yang kami ajarkan di dalam, anda pasti akan dapat membeli apa sahaja barang yang anda mahu di pasar2 itu pada harga yang paling rendah.Jadi tunggu apa lagi? sila download segera ebook percuma ini dan khatamkan betul2 isi di dalamnya. Dalam masa yang singkat anda akan menjadi pembeli yang super hebat. Percayalah!

Transcript of 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

Page 1: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

Anda bukan orang Tawau? Ebook ini khas untuk anda

Dibawakan Khas Oleh | J3 Trade Enterprise

RAHSIA

TERBONGKAR

6 TRIK MEMBELI-BELAH LIKE A PRO DI PASAR

GANTUNG & PASAR TANJUNG TAWAU.

Page 2: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

PENGENALAN

Kami adalah J3 Trade Enterprise, Tawau. Ada yang sudah kenal

dengan kami, ada juga yang belum kenal. Bagi yang belum mengenali

kami, kami merupakan penyedia perkhidmatan kereta sewa dan

homestay di daerah Tawau. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai

perkhidmatan kami, bolehlah layari laman blog kami di

www.j3tradeenterprise.blogspot.com

Sepanjang menceburkan diri dalam bisnes ini sudah ramai orang luar

dari Tawau yang kami temui. Rata-rata yang datang ke sini begitu

teruja membeli-belah di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung

Tawau. Tapi ramai yang sangat kecewa bila mereka dapati harga

barang ataupun makanan yang dijual di kedua-dua tempat itu adalah

sangat mahal dan tidak masuk akal.

Sebenarnya harga barang-barang di kedua-dua tempat itu tidak mahal

sama sekali. Anda Cuma perlu tahu caranya bagaimana membeli-

belah dengan betul di tempat-tempat itu. Bagi membantu anda

mendapat harga yang terendah semasa membeli-belah di Pasar

Tanjung dan Pasar Gantung Tawau, di sini kami kongsikan trik dan

cara yang perlu anda lakukan bila berada di sana nanti.

Kami jamin, jika anda praktikkan trik dan tips yang kami kongsikan

ini, anda pasti akan dapat membeli barang pada harga yang paling

rendah sekali. Kami jamin anda akan dapat membeli-belah Like A

Pro. Jadi jangan tangguh lagi, teruskan pembacaan anda sekarang.

Yang Ikhlas,

J3 Trade Enterprise

Lot B2, TB 4313 Jalan Abaca

91000 Tawau, Sabah.

H/P: 014-9669-359

Emel: [email protected]

Website: www.j3tradeenterprise.blogspot.com

Facebook: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau

Page 3: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

PENDAHULUAN

Tawau merupakan sebuah daerah yang terletak di pantai Timur negeri Sabah.

Bagi masyarakat luar, Tawau memang terkenal dengan makanan lautnya dan

juga mutiara dan cenderahati2 yang menarik.

Dua tempat yang sering menjadi tumpuan para pengunjung adalah Pasar

Gantung dan juga Pasar Tanjung. Pasar Gantung merupakan tempat penjualan

mutiara, kain baju, cenderahati, kain sarung, beg tiruan dan macam2 lagi barang

yang menarik di Tawau. Dinamakan Pasar Gantung kerana bila saja memasuki

kawasan itu kita akan dapat melihat pakaian dan barang2 yang dijual digantung

tinggi2 oleh para penjual.

Pasar Tanjung pula merupakan tempat penjualan makanan kering yang amat

murah harganya. Makanan laut kering seperti ikan bilis, sotong kering, ikan

kering, telur ikan ada di jual dengan begitu banyak sekali. Walaupun terkenal

dengan jualan barang2 kering, Pasar Tanjung juga ada menjual barang2 unik

yang lain dari Indonesia seperi Fancy Grill, periuk belanga, bekas beras, tikar

tenun, tikar evamatic dan bermacam-macam lagi.

Kedua-dua tempat ini merupakan “heaven” membeli belah bagi pengunjung2

dari luar Tawau. Barang2 yang ditawarkan di kedua2 tempat ini memang

murah. Tapi awas, kali pertama anda ke sana mungkin anda akan terkejut dan

rasa tertipu bila melihat harga yang mahal dipamerkan di setiap barang jualan.

Jangan risau, ada cara untuk mengatasi masalah itu. Baca ebook ini sehingga

habis. Selepas membaca ebook ini kami jamin anda akan dapat membeli belah

like a pro di Pasar Tanjung dan juga Pasar Gantung Tawau.

Page 4: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

TIPS MEMBELI-BELAH DI TAWAU

1. Jangan Beli Barang Yang Dijual Pada Harga Yang

Dipamerkan

Para penjual MEMANG akan meletakkan harga yang gila-gila mahal

pada tag harga barangan yang mereka jual. Contohnya beg tiruan.

Ramai penjual akan meletakkan harga yang “ridiculous” dengan

harapan pembeli akan terus membeli tanpa banyak soal.

Untuk makluman semua, jangan malu untuk membuat tawar-

menawar dengan penjual. Memang itu merupakan kebiasaan yang

selalu terjadi di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Anda

berhak untuk nego harga dengan penjual. Jadi step 1 untuk membeli

belah like a pro adalah untuk tidak membeli barang pada harga yang

dipamerkan. Walaupun sebenarnya anda kaya raya. Jangan beli ok.

Page 5: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

2. Berhati-hati Dengan TRIK penjual

Peniaga2 di Tawau jujur semuanya. Begitu juga dengan penjual2

barang di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Tapi awas,

walaupun mereka jujur, tapi mereka tetap ada trik untuk memastikan

mereka dapat menjual barang pada harga yang mahal untuk anda.

Contoh paling mudah, anda sedang melihat sejenis barang.

Katakanlah barang itu adalah Barang XYZ. Anda betul2 berminat

dengan Barang XYZ. Tetapi harganya sangat nonsense sampai anda

malas nak beli. Tanpa membuat tawaran anda pun terus angkat kaki

dan plan nak tengok di tempat lain pula. Percayalah, penjual tu tentu

akan tanya, “jadi berapa harga kau mau dik, saya kasi murah lah.

Ambil la RM150” (di tag tertulis RM165). Pada masa anda stop kejap

nak berfikir, tiba2 akan datang konco si penjual. Dialognya lebih

kurang macam ni “Murahnya kau jual sama dia macik, kain bagus bah

tu. Di tempat sana tu dorang jual RM250 tu.” Masa tu akan ada lagi

dialog tambahan yang membuatkan anda tersangat rugi kalau tak beli

dengan makcik itu. Adakah anda harus beli? Jawapannya tidak.

Jangan terpedaya dengan trik halus itu. Kuatkan semangat, tarik nafas

dalam2 dan teruskan perjalanan.

Page 6: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

3. Bawa Kawan Orang Tawau Bila Membeli-belah

Sekiranya anda mempunyai kawan atau keluarga di Tawau, bawalah

mereka untuk menemankan anda membeli-belah. Pastikan kawan atau

keluarga anda itu bercakap dengan slang Tawau. Kalau yang tak tahu

speaking Tawau tak guna juga dibawa. Kadang2 ada juga orang

Tawau yang tidak tahu bercakap dengan slang Tawau, lebih2 lagi

yang sudah lama tinggal di tempat lain.

Ini bukan diskriminasi, tapi biasalah peniaga. Mereka sudah tentu

akan mengambil kesempatan pada orang yang bukan local. Kalau

mereka dengar sahaja anda bercakap dengan slang Semenanjung

misalnya, anda akan dilihat sebagai mesin ATM yang bergerak. Dan

harga yang diberikan pada anda nanti confirm bukan yang paling

murah.

Bila anda membawa kawan orang Tawau, peniaga2 di sana akan

berfikir 4-5 kali untuk bagi anda harga yang mahal. Jadi sebelum

pergi membeli belah, carilah dulu kawan2 untuk menemankan anda.

Lepas tu, jangan lupa belanja kawan tu makan nasi gondrong lepas

membantu anda ok.

Page 7: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

4. Jangan Pergi Membeli Dengan Penampilan Serupa Mak Datin

Walaupun anda memang seorang datin dan memang biasa sangat

berpenampilan gorgeous bila pergi membeli belah, di Tawau jangan

buat ok. Sekiranya anda pergi ke Pasar Tanjung dan Pasar Gantung

dengan memakai pakaian yang vogue, gelang sampai ke siku, Cermin

mata pun rim emas, jangan harap la anda akan dapat the best price.

Percayalah, anda nego harga pun orang buat2 tak dengar.

Kalau setakat nak membeli di Pasar Tanjung dan Pasar Gantung,

cukuplah pakai pakaian yang simple2. Emas2 tu semua simpan lah di

safebox di hotel. Dan jangan nak gantung DSLR kat leher pula masa

nak shopping tu. Nampak sangat macam tourist yang kaya raya.

Sikit2 nak snap gambar. Depan sotong kering pun nak bergambar.

Konfirm la takkan dapat harga murah2 nanti.

Jadi penampilan biarlah kena pada tempatnya. Buat2 macam orang

yang miskin sangat2. Buat muka kesian. Konfirm orang pun tak

sampai hati nak bagi harga ala2 Pavillion.

Page 8: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

5. Buat Tawaran 50% Rendah Dari Harga Yang DiPamerkan

Sekiranya harga yang dipamerkan adalah RM90, jangan tawar pada

harga RM80 ataupun RM70. Terus nego pada harga RM45.

Percayalah, penjual2 itu akan tunjuk muka yang sangat2 terkejut pada

keberanian anda. Tapi dalam hati mereka sebenarnya tidak terkejut

langsung. Why? Sebab harga sebenar barang2 tersebut sebenarnya

adalah range berkenaan, iaitu kurang 45% atau 50% harga asal.

Jangan malu atau rasa takut kena marah bila buat tawaran harga

serendah itu. Ada peniaga yang mungkin cakap anda gila, tapi biarlah.

Misi anda adalah membeli barang dengan harga murah. Kan?

Contohnya jika anda offer untuk membeli barang pada harga RM45

(harga dipamer RM90), paling worst pun peniaga akan kasi up kepada

RM55-65. Kalau dapat harga macam tu, kira ok lah. Jangan push

rendah lagi. Kesian juga peniaga kan, kena juga ada untung sikit2.

Jadi ingat, untuk membeli belah like a pro di Pasar Tanjung atau

Pasar Gantung Tawau, buatlah tawaran harga 50% lebih rendah dari

harga asal. Kalau peniaga berkeras juga tak mahu turunkan harga,

teruskan berjalan ke tempat lain.

Page 9: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

6. Bersikap Ramah Dan Banyakkan Guna “Bah” Dalam

Perbualan

Semua orang suka pada orang yang peramah dan mesra alam. Begitu

juga dengan peniaga. Kalau anda ramah dan pandai ambil hati

mereka, otometik anda akan mendapat diskaun dalam hatinya.

Sebelum anda buat tawaran harga lagi dia dah awal2 set diskaun

special untuk anda.

Selain mempamerkan sikap yang mesra, pastikan juga anda

menggunakan “bah” dalam dialog perbualan anda. Kalau mahu tahu,

kami di Sabah memang terasa lucu dan gelihati bila mendengar orang

dari Semenanjung menggunakan “bah” bila bercakap. Sebab

bunyinya sama macam Mr. Bean tengah melawak. Makcik dan Pakcik

penjual pasti akan tersenyum2 dengar anda bercakap nanti. Ditambah

lagi dengan sikap mesra alam anda, memang confirm la akan dapat

best price nanti. Tak percaya? Cubalah

Page 10: 6 Trik Membeli Belah Di Pasar Tanjung Dan Pasar Gantung Tawau

Jom Shopping

Kini anda tahu sudah semua rahsia bagaimana nak membeli-belah like

a pro di Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Jadi bila anda

pergi ke sana nanti, jangan terkejut bila anda melihat harga yang

mahal2 pada setiap barangan. Gimik saja tu. Praktikkan dengan penuh

keyakinan apa yang telah anda baca di ebook ini. Kami yakin anda

pasti berjaya. Jadi tunggu apa lagi….. Jom shopping!