60425243-Pemodenan-Jepun

download 60425243-Pemodenan-Jepun

of 11

Transcript of 60425243-Pemodenan-Jepun

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    1/11

    1

    1.0 PENGENALAN

    1. Perkataan Jepun bermaksud sumbermatahari atau dalam bahasa Inggeris The Sourse OfThe Rising Sun.

    2. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Kepulauan Jepunterletakdisebelahtimur pantai Benua Asia , menganjur sebagai satu kawasan yang

    melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu).

    3. Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi(145,834 batu persegi). KepulauanJepun terdiri daripada empatbuah pulauutama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan

    Shikokudan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yangberangkaian .

    4. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868 -1912, Jepun diperintah olehKeshogunan Tokugawa (1603-1867).

    5. Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana parashogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasaiaspek politik,ekonomidansosial .

    6. Faktordalamnegeri merupakan faktorutama yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa .7. Shogun Tokugawa telah berjaya berkuasa kira-kira lebih dari duaabadsetengah.8. Pada peringkat awal pemerintahan, Tokugawa telah mencapai beberapa kemajuan.9. Tetapi kejayaan lebih besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam zaman Meiji,

    Jepun mula memasuki duniamoden dan dalam masa yang sangat singkat Jepun mencapai

    taraf yangsama dengan negara- negara Barat, baik dalam bidang ekonomi mahupun

    dalam bidang ketenteraan.

    2.0 LATAR BELAKANG MAHARAJA MEIJI

    1. Maharaja Meiji ( Meiji-tenn,3 November 1852 30 Julai 1912)merupakan Maharaja Jepun yang ke-122menurut susunan pewarisantakhtatradisional.

    Baginda telah mula memerintah pada 3 Februari 1867 sehingga baginda mangkat pada 30

    Julai 1912. Nama sebenar baginda ialah Mutsuhito.

    2. Oleh sebab baginda memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), bagindatelah dikenali sebagai Maharaja Meiji.

    3. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun,maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun.

    Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

    4. Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun merupakan sebuah negara yangterpencil,belumberindustri dan bercirifeudal yang didominasi Syogun

    Tokugawa dan Daimyo yang pada ketika itu telah memerintah lebih 250 kawasan di seluruh

    negara.

    5.Apabila baginda mangkat pada tahun 1912, Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial, danperindustrian dalam negara dan telah timbul sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas

    dunia.

    TINDAKBALAS MASYARAKAT JEPUN TERHADAP CAMPUR TANGAN KUASA BARATOLEH CARMEN NG (6 ATAS IV)

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    2/11

    2

    3.0 PEMODENAN JEPUN

    1. Pemerintah Meiji setelah mengambil tampu k pemerintahan daripada keshogunan Tokugawatelah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun.

    2. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan.Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pem impin yang merupakan bekas

    tentera.Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-

    perjanjian yangberatsebelah,mencapai kebebasansepenuhnya dan mencapai kedudukanyangselarasdengan kuasabarat .

    3. Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin -pemimpin terkemuka seperti InobutoHirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu,Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito

    yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji.

    4. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatanekonomidan ketenteraan.

    5. Para pemimpin muda Meiji telah menyedari tentang betapa pentingnya pembaharuan danpembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubalsatudasarmodenisasiyang

    menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial .

    6. Perkara tersebut melibatkan penyerapanteknologi dan sainsdari Barat yang diselaraskandenganciri-ciri Jepun.

    7. Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untukmenyokong kepimpinan Meiji dan agar rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan

    ketamadunan barat.

    8. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan dalam jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasahidup bermatlamat dan dapatmencipta keunggulandidunia .

    9. Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantarmisi-misi kebarat untukmempelajarisistemindustri Amerikadan Eropah . Jepun juga melengkapkansektormilitarinya dengan

    berpandukan kepadamodel Jermandan Perancis .

    10. Empat slogan tersebut adalah:i.Fukoku Kyohei-Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendukung cita-cita bahawasegala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan

    negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di

    dunid.Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai

    keunggulan.

    ii.Bunmei Kaika-Meningkatkan KecerdikanDalam Pendidikan . Prinsip ini mendukung agar

    orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu -ilmu baru

    berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan

    Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila

    membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat.Bagi menjamin maruah dan

    bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

    iii.Shokusan Kogyo-Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini mendukung cita-

    cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk

    mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia . Tokyo telah memainkan peranan sebagai

    pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindus trian supaya negara Jepun

    mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah

    dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan d an pulang ke

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    3/11

    3

    Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang -orang Jepun di lapangan

    perindustrian.

    iv.Kokusai Kankei-Menjalin Perhubungandengan Masyarakat Antarabangsa . Untuk

    menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan

    seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan

    perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui konsep Kaizen dan Arigato,

    4.O LANGKAH-LANGKAH PEMODENAN JEPUN

    A. PEMANSUHAN SISTEM FEUDALISME1. Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa.Era ini juga digelar

    Zaman Pemulihan Meiji. Di awal era pemerintahan maharaja Meiji , perkara yang terawal sekali

    yang dilakukan baginda ialah dengan memikirkan persoalanmengenaicara untukmembiarkan

    semuarakyatdidalamnegaraini merasakanbahawadirimerekadihargai dan bahawa mereka

    terlibatdalamrancangan pembangunanbaginda .2. Maka, Maharaja Meiji telah membuat keputusan untuk memansuhkan kedudukandan kelas

    dalamsistemfeudalisme .

    3. Dengan terhapusnya sistem feudalisme, maka bermulalah era pemodenan Jepun yang

    mengubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun.

    4. Namun, penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberi kan

    sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu, tidaklah semudah yang di

    sangka.

    5. Pemansuhan kedudukan mereka telah ditentang hebat oleh Jeneral Saigo yang

    bertanggungjawab yangmengetuaiangkatantentera Shogun .

    6. Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Meiji tetapi telah ditentang oleh pasukan tentera

    Maharaja Meiji yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk

    menggunakan senjata.

    7. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwaya tnya

    sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati.

    8. Dengan kematian Jeneral Saigo, bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasidan

    Pencahayaan(Civilisation and Enlightment).

    B. PEMODENAN ANGKATAN TENTERA DARAT DAN LAUT

    1. Langkah seterusnya yang telah diambil oleh Maharaja Meiji adalah memodenkanangkatan

    tenteradaratdanlaut.

    2. Dalam usaha ini, Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British.Sebelum itu,Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahantenaga pada tahun 1876.

    3. Sistem ini telah diperkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Mereka

    akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun

    sebagai simpanan. Melalui sis ini, cara berperang juga diajar oleh pegawai tentera asing.

    4. Angkatan Tentera Laut telah ditubuhkan pada tahun 1872.Sewaktu penubuhan An gkatan

    Tentera Laut, Jepun telah memiliki sebanyak17 buah kapal tentera laut.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    4/11

    4

    5. Pada tahun 1876, kapal laut besar telah dibeli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi

    kekuasaan Tentera Laut Jepun.Sementara itu, pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai

    jurulatih Tentera Laut.

    6. Kemudahan tentera laut telah dipertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki

    kemudahan pelabuhan, membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru.

    7. Sehingga tahun 1894, Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal

    moden, 24 buah anak kapal dan jug a torpedo.8. Atas usaha ini, Jepun telah berjayamenawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan

    China-Jepun Pertama.

    9. Perang China-Jepun Pertama (1Ogos 189417 April 1895) adalah pertelingkahan bersenjata di

    antara China Dinasti Qing dan Jepun Meiji untuk merebut pegangan ke atas Korea.Letusan

    Perang China-Jepun menandakan kelemahan dan kemerosot an Dinasti Qing serta menunjukkan

    betapa pemodenan di Jepun banyak memajukan negara kepulauan tersebut sejak Pemodenan

    Meiji dibandingkan dengan Gerakan Penguatan Diri di China.

    10.Kesan paling besarnya termasuk peralihan dominasi serantau di Asia dari China ke Jepun dan

    juga satu tamparan yang hebat kepada Dinasti Qin g dan tradisi klasik Cina, lalu

    mencetuskan Revolusi 1911.10 tahun kemudian, dalam tahun 1904/1905, tentera Jepun telah

    menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria.

    11.Perang Rusia-Jepun(10 Februari 19045September1905), Pada akhir abad ke-19 dan

    awal abad ke-20, berbagai negara Barat bersaing memperebutkan pengaruh, perdagangan

    dan wilayah di Asia Timur sementara Jepun berjuang untuk menjadi sebuah negara moden yang

    besar.Lokasi Jepun mendorongnya untuk memusatkan perhatian pada Dinasti

    Choson Korea dan Dinasti Qing di China utara, sehingga membuat negara itu bersaing dengan

    tetangganya, Rusia. Jepun telah berjaya mengalahkan Rusia dalam perang ini.

    12.Keadaan ini mengejutkan pihakbarat kerana tidakmenyangka kekuatan Jepuntelahmeningkat

    dalammasa yangamatsingkat. Perkara ini adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun.

    3. Perang China-Jepun Kedua(7 Julai 1937 1938), yang juga dikenali sebagai Perang Menentang

    Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan

    semasa Perang Dunia II . Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain bermula

    dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri

    dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan adalah satu strategiyang dilakukan

    oleh Tentera Diraja Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China.

    4. Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar

    "peristiwa" Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa

    Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco

    Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara.Sejak dari

    tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan.Selepas Serangan Pelabuhan

    Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utam a dalam Perang Dunia II.

    15.Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan

    moden dalam masa kurang dari 30 tahun.

    16.Jepun telah berjaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    5/11

    5

    C. KOMUNIKASI DAN PERHUBUNGAN

    1.Bidang komunikasi telah dipermodenkan setelah Maharaja Meijimenerimahadiahberupamesin

    telegraf.

    2.Mesin ini telah dikaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah dimodenkan lagi.Alat ini telah

    membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam

    berkomunikasi.

    3. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunanekonomi. Pada tahun 1880, hampir seluruh bandar besar dilengkapi dengan kemudahan telegraf.

    Selanjutnya, sistem pos moden telah diperkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di

    Jepun.

    4.Dari segi perhubungan pula, p erkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Kerja pembinaan

    landasan kereta api telah dimulakan pada tahun 1872.

    5. Dengan adanya perkhidmatan kereta api, telah memudahkan system pengangkutan untuk

    penumpang dan juga barangan ekonomi.

    6. Pada tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua

    tahun berikutnya, ianya telah disambungkan ke Kobe,Osaka dan Kyoto.

    7. Landasan terakhir yang dibina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu telah dibina

    pada tahun 1880.Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera -jurutera Jepun.

    8.Menjelang tahun 1881, Jepun telah me mpunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. Pendapat

    mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara -

    negara barat ketika itu.

    D. PENDIDIKAN

    1. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Ianya di

    anggap sebagai alattranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji.

    2. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah telah diberikan pendedahan tentang konsep

    pendidikanmoden.

    3. Sekolah-sekolah telah dibina oleh peladang-peladang untukmenunjukkansokonganrakyatterhadap Maharaja Meiji . Mereka bersependapat mengatakan pendidikan adalah kunci

    kecemerlangan.

    4. Walaupun begitu, mereka masih perlumembayar yuran pe ngajian untuk anak-anak yang

    bersekolah. Namun, hal itu tidakmenjadimasalah kerana mereka (peladang-peladang)

    percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka,

    adalah demi masa depan mereka.

    5. Dengan membina sekolah juga, mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan

    negara Jepun.

    6. Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan

    sistem pendidikan.

    7. Pada tahun berikutnya, kawasan di Jepun telah dipecahkan kepada 8 bahagian.

    8. Di setiap bahagian pula dibina sebuah universiti,32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah

    rendah. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur6 tahun dan mereka perlu

    belajar selama 16 bulan.

    9. Kemudian pada tahun 1886, pelajaran sekolah rendah telah ditetapkan kepada 8 tahun dan

    sekolah menengah selama 4 tahun.

    10.Selain itu, wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan,

    ketenteraan, pelayaran, pertanian, perdagangan dan perikanan.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    6/11

    6

    11.Selain itu, kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk

    mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Mereka dibayar gaji oleh kerajaan Jepun.

    12.Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini meru pakan pusat

    pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu.

    13.Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan

    pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan pelajar -

    pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara.14.Pelajar-pelajarnya diajar berdasarkan sistem pendidikanbaratdan menekankan pendidikan

    moral yang disadur dari etika KungFu Tze.

    15.Selain daripada pendidikan dalam negeri, a da juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun

    untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat.

    E. UNDANG UNDANG

    1. Sistem undang-undang moden telah diperkenalkan untuk meyemak semula perjanjian -perjanjian

    berat sebelah di antara negara Jepun dan negara -negara barat yang di buat sekitar tahun 1850 -

    an dan 1860-an.

    2. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonadede

    Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan.

    3. Hasilnya, undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan

    perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu.

    4. Undang-undang yang telah digubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan dinamakan

    sebagai undang-undangjenayahmoden . Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah

    digubal pada tahun 1888.

    F. KESUSASTERAAN1. Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahanbuku-bukusastera

    daribarat.

    2. Antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William

    Shakespeare, Homer, Rousseau dan Voltair.

    3. Hal ini telah meningkatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Di an tara

    karya mereka yang telah diterjemah kan ialah Romeo and Juliet,Ernest

    Maltravesdan The Bridge of Cannernoor. Selain itu, ada juga Pilgrims Progressdan The Bible(Old

    Testament).

    4. Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. Beliau telah mendapat pendidikan dari

    Univesity ofEdinburgh (

    Scotland)

    .Hasil daripada penterjemahan beliau, telah wujud bentuk

    kesusasteraan baru yang yang dinamakan gembun itchidan telah digunakan dengan meluas

    oleh penulis-penulis novel Jepun .

    5. Melalui penterjemahan -penterjahan karya ini juga, masayarakat elit Jepun telah terdedah

    kepada idea-idea barat berkenaan sains, politik, sosial, pendidikan dan sebagainy a].

    6. Antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau

    yang berjudul Rendezvous. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat penting ketika era

    pemulihan Meiji.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    7/11

    7

    G. IDEOLOGI DAN AGAMA

    1.Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk

    meningkatkan semangat nasionalisma. Ideologi baru yang diperkenalkan dinamakan Kokutai

    secara rasmi.

    2. Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanianmasyarakat Jepun dan sebahagian darinya

    memberikan kesetiaandan ketaatan yangsepenuhny a kepada Maharaja Jepun yang dianggap

    suci.3.Dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pul a konsep Shinto Negara.Shinto Negara

    adalah berasal daripada agama Shintonisme, sebuah agama purba Jepun.

    4.Dalam konsep Shintoisme purba,Shinto di bahagikan kepada empat bahagian, iaitu Shinto Istana

    Diraja(Koshitsu Shinto), Shinto Tempat-tempat Suci(Jinja Shinto), Shinto Mazhab(Kyoha Shinto)dan

    Shinto Rakyat(Minkan Shinto).

    5.Namun, setelah konsep Shinto Negara diperkenalkan,Shinto Istana Diraja dan Shinto Tempat-

    tempat Suci telah disatukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme(KungFu Tze).

    6. Sebaliknya, agama Buddha telah diasingkan daripada agama Shinto.Sewaktu penghapusan

    agama Buddha, kesemua harta -harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah

    dibakar dan dihanyutkan ke sungai-sungai. Patung -patung Buddha juga tidak terkecuali.

    7. Selain itu, jika sebelum ini di zaman To kugawa, agama Kristian telah diharamkan. Tetapi, di zaman

    Meiji, sebaliknya pula yang berlaku.

    8.Agama Kristian telah diterima masuk semula. Ianya telah berke mbang di Jepun dengan

    pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Katolik Roman), Yokohama (Presbyterian) dan

    Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870-an.

    9. Selain itu, mubaligh -mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah -sekolah

    agama Kristian dan menerbitkan risalah -risalah agama Kristian.

    10. Tetapi, tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. Dengan

    itu, muncul pula beberapa persatuan yang berfahamannasionalis seperti Nippon sin (The

    Japanese) dan Persatuan Cara Agung,Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha).

    11. Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapus kan ciri-cirikebudayaan Jepun, tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme.

    12. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk menyanjungdan mengangkatmartabat

    tradisiserta warisannegara dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat .

    13. Walaupun begitu, Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan

    Jepun.

    H. EKONOMI

    1. Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripa da era Pemulihan Meiji.

    2. Maharaja Meiji percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamat an dan

    keagungan nasionalisme.

    3. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk,aktiviti

    pertanian yangtidakdapatmenampung penduduk yangtidakbekerja, kekurangan perniagaan

    eksportdanuntukmenyediakan peluang pekerjaan kepada kelassamurai yang berjumlahlebih

    kurang 600,000 orang.

    4. Pemodenan ekonomi telah dimulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah

    menyumbangkan sebanyak80% daripada jumlah pe ndapatan Jepun pada tahun 1870 hingga

    tahun 1880.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    8/11

    8

    5. Sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan Dir aja. Tetapi, setelah konsep

    pemilikan tanah diperkenalkan daripada Barat, semua rakyat mempunyai tanah masing -masing

    walaupun dia adalah seorang petani.

    6. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukaitanah yang menggantikan

    bayarancukai kepadagolonganfeudalisme .

    7. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan

    pertanian dan ada juga pakar yang dibawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologipertanian Jepun.

    8. Selain itu juga, penggunaan benih yang di import dan baja kimia telah diperkenalkan. Tanaman

    yang digalakkan ketika itu ialah teh dan sutera. B anyak kawasan pertanian yang telah dibuka.

    I. PERINDUSTRIAN

    1. Dalam bidang perindustrian, industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilangbesiwajadanbesi keluli(industri berat).

    2. Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal,alat perangdanlimbungan kapal

    tenteralautdi Yukusuka.

    3. Kilang-kilang besi tadi telah dibangunkan dengan meminjam modal daripada golongan -golongan kaya feudal Jepun.

    4. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara -negara barat yang berupapinjaman bank.

    5. Kilang-kilang itu juga telah dibangunkan dengan bertujuan untuk memajukanbidangketenteraan Jepundalamusaha penaklukandan pertahanan .

    6. Pengetahuan peralatan perang telah diserap dari barat dengan membawa masuk beberapapakar dari luar.

    7. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dansenapang di Tokyo dan Osaka.

    8. Selain itu, tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru.9. Selain daripada kilang pembuatan senjata, kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera,

    kapas, benang, simen dan juga kaca.

    10.Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui,Mitsubishi, Sumitomo, Yasuda dan lain-lain.

    11.Gabungan industri pula telah dikuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu dansebagainya.

    J. DASAR KEWANGAN DAN FISKAL

    1. Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai .2. Namun, setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan, sistem matawang telah di selaraskan

    dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat.

    3. Pada tahun 1868, matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaanwang kertas.Wang kertas telah ditukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama

    dengan nilaidolar Amerika Syarikat .

    4. Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasaskan konsep perbankanAmerika Syarikat.

    5. Kerajaan Jepun menghadapi masalahinflasi dan susutnilaimatawang yang diakibatkandaripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    9/11

    9

    6. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera, industri baru,perhubungan dan komunikasi.

    7. Selain itu, banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan fe udal dandi gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai.

    8. Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaandengan mengenakan cukai yangtinggi keataswaindantembakau dan juga dengan

    mengurangkansubsidi kerajaan kepadasyarikat.9. Dengan ini, kerajaan Jepun dapat menarik s emula wang kertas Jepun untuk ditingkatkan semula

    nilainya.

    10. Bank kebangsaan pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1873 denganmanggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama.

    11. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaranmatawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun.

    12. Selain itu,sistem kreditmoden juga telah diperkenalkan dengan penubuhanBank ofJapanpada tahun 1882.

    13. Pada tahun 1882, sebanyak143 buah bank telah dwujudkan. D i samping itu juga,kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan.

    K. POLITIK

    1.Perlembagaanbaru telah diperkenalkan dan sistem politikberparti juga turut di perkenalkan.

    2.Pada tahun 1868,carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi

    penekanan kepada penubuhandewan perhimpunan, kebebasanbermastautindan pekerjaan,

    penghapusan kelas keturunandanhubungan kebudayaandenganbar at.

    3.Untuk melaksanakan carta ini, langkah awal telah di ambil, i aitu dengan menubuhkan Majlis

    Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Idea untuk mengadakan

    perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik.

    4.Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang

    tahun 1881. Maharaja Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi, selaku penyimpan mohor untukpergi mempelajari teori politik dari Britain, Belgium, Paris, Vienna dan Berlin.

    5. Sehubungan dengan itu, Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck,

    seorang canselor Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada ta hun 1870 dan digelar

    Canselor Waja.

    6.Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Mah araja pada 11 Februari

    1889. Antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan ini ialah penubuhansebuah

    dewan kabinetdanmewujudkan parlimendwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat).

    7. Sementara itu, pilihan raya pertama telah diadakan pada tahun 1890 yang disertai oleh

    pelbagai parti politik.

    8.A

    ntara parti yang bertanding ialah Parti Liberal(Jiyuto) yang ditubuhkan pada tahun1

    881

    dibawah Itagakidan Parti Progresif(Kaishinto) yang ditubuhkan pada tahun 1882 .

    9.Namun, kebebasan parti ini disekat kerana dikhuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan

    digantidengansistemdemokrasi .

    L. MEDIA CETAK

    1.Dari segi teknologi percetakan pula, kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada

    keperluan untukmenyediakannotis-notis oleh Jabatan Kerajaan.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    10/11

    10

    2.Di samping itu juga , pengguna mesin cetak turut digunakan oleh pihak gereja untukmenerbitkan

    risalah-risalah Kristianuntuk diedarkan kepada orang ramai.

    M. KEBUDAYAAN

    1.Dari segi kebudayaan, beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep senilukis,senimuzik,

    senidrama dan beberapa aspek yang lain.

    2. Seni lukis tradisional Jepun telah diperbaharui dengan penggunaan warna -warna yang lebihterang dari kebiasaannya.

    3. Dari segi seni muzik pula, pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun.

    4.Banyak piring piring hitam boleh didapati dan muncul pula konsep tarian barat.Antara yang

    paling terkenal ialah tarianballroom.

    5. Di samping itu, konsep penggunaan alat muzik tradisional d an gabungan alat muzik moden

    diperkenalkan.

    6. Selain itu, dalam zaman ini juga, seni drama Kabukimula di pandang tinggi dan mendapat

    pengiktirafan yang tinggi.

    7. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan

    (saudagar-saudagar) sahaja.

    8.Ketika zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan

    masyarakat.

    9. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan

    filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kameramoden, penggunaan

    sarikata,tekniksinarantiruan,prop dan sebagainya.

    5.0 PENUTUP

    1. Pemodenan yang dilakukan pada zaman Meiji adalah mencakupi pelbagai bidang . Usaha -usaha yang dilakukan menampakkan kejayaan pada masa yang singkat.

    2. Menjelang tahun 1894, Jepun telah berjaya menyelesaikan se gala masalah yang dihadapinya.Hal ini menyebabkan Jepun berjaya mencapai kedudukan yang setaraf dengan negara -

    negara yang maju.

    3. Namun begitu, unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpeliharasehinggalah ke hari ini.

    4. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh barat hasil pertembungannya denganperadaban barat. Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya

    mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya mereka sendiri.

    5. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun dalam mengadakan pembaharuan -pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan untuk rakyat Jepunsehingga Jepun berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini.

  • 7/30/2019 60425243-Pemodenan-Jepun

    11/11

    11

    Rajah 1 : Peta Jepun, China dan Rusia