60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

7
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS, PAHANG. KERTAS CADANGAN PERMOHONAN PERALATAN BARU DAN KECERIAAN MAKMAL SAINS SK BANDAR WAN IBRAHIM TARIKH PERLAKSANAAN : 22 MAC-23 MAC 2015 ANJURAN : PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM KUALA LIPIS, PAHANG

description

sains

Transcript of 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

Page 1: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS, PAHANG.

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN PERALATAN BARU DAN KECERIAAN MAKMAL SAINS

SK BANDAR WAN IBRAHIM

TARIKH PERLAKSANAAN :

22 MAC-23 MAC 2015

ANJURAN :

PANITIA SAINS

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM

KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERALATAN BARU DAN KECERIAAN MAKMAL SAINS

Page 2: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM,

KUALA LIPIS, PAHANG

1.0 PENDAHULUAN

Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid

dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran

sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di

dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat

meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains.

2.0 OBJEKTIF

1.1 Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.

1.2 Menukarkan peralatan lama dan rosak kepada yang baru.

1.3 Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.

1.4 Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di

dalam makmal sains.

3.0 SASARAN

Semua pelajar Sk Wan Ibrahim

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh: 22-23 Mac 2015

Page 3: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

Masa: 2.00 petang- 5.00 petang

Tempat : Makmal Sains

5.0 JAWATANKUASA KECIL

PENAUNG

Tn. Hj Salleh B. Ali (Guru Besar)

PENASIHAT

Pn. Hasliza Binti Yusof (GPK Kurikulum)

En. Halim Bin Amin (GPK HEM)

PENYELARAS PROGRAM

Cik Alyah Binti Karim

KETUA PANITIA

Pn. Azizah Binti Aziz

SETIAUSAHA

Cik Arlia Binti Azim

BENDAHARI

En. Azmin Bin Hasrizal

JAWATANKUASA KECIL

En. Amri Bin Yahya

Page 4: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

Pn. Azreena Binti Alias

En. Faizul Bin Awang

Pn. Kartika Binti Zaamin

6.0 AKTIVITI

Aktiviti yang dicadangkan.

1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal

secara sistematik.

2. Menceriakan persekitaran makmal sains.

3. Membuang peralatan yang rosak dan menukarkannya dengan peralatan yang

baru..

4. Membaikpulih peralatan sains yang tidak dapat digunakan.

5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.

6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal.

7. Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak boleh di

gunakan lagi.

7.0 KEWANGAN

a) Anggaran perbelanjaan keceriaan makmal sains

Bil Perbelanjaan Kuantiti Amaun (RM)

1 Kertas pembalut hadiah 10 x RM 0.50 RM 5.00

2 Pelekat 3D 2 x RM 5.00 RM10.00

3 Pita pelekat 10 x RM 2.50 RM 25.00

4 Kertas warna berpelekat 1 x RM 5.00 RM 5.00

JUMLAH RM40.00

b) Anggaran perbelanjaan peralatan sains

MATA PELAJARAN : SAINS

Page 5: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

ANGGARAN PERUNTUKAN: RM1468.80 (541 ORANG MURID)

BIL :PERALATAN MAKMAL KUANTITI HARGA (RM)

1 Bikar (1000 ml) 20 90.00

2 Tabung uji 20 28.00

3 Kasa dawai 20 30.00

4 Jam randik 5 132.00

5 Buret 20 528.00

6 Segitiga tanah liat 20 66.00

7 Kaki retort dan pengapit 5 132.00

8 Silinder penyukat 5 105.00

9 Penunu Bunsen 5 76.50

10 Termometer 10 60.00

11 Kertas Turas 40 50.00

JUMLAH (RM) 1297.50

CATATAN: RM 1468.80 – RM 1297.50 = RM171.30

8.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih

Page 6: 60910930 Kertas Kerja Makmal Sains

teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar

melakukan aktiviti -aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan pertambahan bahan-

bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk merasai dan meneroka

bidang sains dengan lebih mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat

meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang

selesa.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

………………………… …………………………….

( Cik Alyah binti Karim ) ( Pn. Azizah binti Aziz )

Penyelaras Keceriaan Makmal Sains, Ketua Panitia Sains

SK Wan Ibrahim SK Wan Ibrahim

Disahkan oleh,

…………………………………….

( Tn. Hj Salleh B. Ali )

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim