6.1 Dialog 1 - Scanning

2
Siti : Selamat pagi kawan-kawan. Saya telah membaca satu artikel di surat khabar pada pagi tadi. Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan. Meng Huat : Sebenarnya apa punca yang menyebabkan fenomena ini? Kelvin : Saya pun ada terbaca artikel tersebut pagi tadi. Masalah kesihatan biasanya berlaku berikutan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Siti : Ya, betul tu. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting supaya kita dapat menjalani hidup dengan sihat dan ceria. Meng Huat : Pemakanan seimbang merupakan amalan pengambilan makanan yang terdiri daripada pelbagai kelas makanan dengan kuantiti yang sesuai. Kelvin : Dalam kehidupan seharian, karbohidrat merupakan kelas makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia membekalkan sumber tenaga kepada tubuh kita. Makanan hasil bijirin seperti roti dan nasi merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi. Meng Huat : Saya setuju dengan Siti. Namun, jangan lupa untuk memperbanyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada badan kita. Siti : Mengapakah kita perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak? Saya tidak suka untuk makan sayur-sayuranlah. Kelvin : Siti, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin yang boleh membantu kita untuk menghindari penyakit. Malahan, serat pula membantu proses penghadaman makanan. Jadi, masukkanlah sayur-sayuran dalam diet kehidupan seharian anda. Siti : Baiklah, saya akan cuba amalkannya. Kelvin : Selain itu, makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging dan susu perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana. Protein penting dalam proses tumbesaran kanak- kanak dan juga menggantikan sel-sel yang rosak. Susu bukan sahaja mengandungi protein, malah mempunyai mineral, iaitu kalsium yang tinggi. Ia membantu untuk menguatkan tulang serta gigi.

description

fgdfg

Transcript of 6.1 Dialog 1 - Scanning

Page 1: 6.1 Dialog 1 - Scanning

Siti : Selamat pagi kawan-kawan. Saya telah membaca satu artikel di surat khabar pada pagi

tadi. Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan.

Meng Huat : Sebenarnya apa punca yang menyebabkan fenomena ini?

Kelvin : Saya pun ada terbaca artikel tersebut pagi tadi. Masalah kesihatan biasanya berlaku berikutan

amalan pemakanan yang tidak seimbang.

Siti : Ya, betul tu. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting supaya kita dapat menjalani

hidup dengan sihat dan ceria.

Meng Huat : Pemakanan seimbang merupakan amalan pengambilan makanan yang terdiri daripada

pelbagai kelas makanan dengan kuantiti yang sesuai.

Kelvin : Dalam kehidupan seharian, karbohidrat merupakan kelas makanan yang perlu diambil dalam

kuantiti yang banyak kerana ia membekalkan sumber tenaga kepada tubuh kita. Makanan

hasil bijirin seperti roti dan nasi merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang

tinggi.

Meng Huat : Saya setuju dengan Siti. Namun, jangan lupa untuk memperbanyak pengambilan sayur-

sayuran dan buah-buahan. Makanan kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat

kepada badan kita.

Siti : Mengapakah kita perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang

banyak? Saya tidak suka untuk makan sayur-sayuranlah.

Kelvin : Siti, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin yang boleh membantu kita untuk

menghindari penyakit. Malahan, serat pula membantu proses penghadaman makanan. Jadi,

masukkanlah sayur-sayuran dalam diet kehidupan seharian anda.

Siti : Baiklah, saya akan cuba amalkannya.

Kelvin : Selain itu, makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging dan susu perlu diambil dalam kuantiti

yang sederhana. Protein penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak dan juga

menggantikan sel-sel yang rosak. Susu bukan sahaja mengandungi protein, malah

mempunyai mineral, iaitu kalsium yang tinggi. Ia membantu untuk menguatkan tulang serta

gigi.

Page 2: 6.1 Dialog 1 - Scanning

Meng Huat : Setahu saya lemak juga membekalkan tenaga kepada badan kita kan?

Kelvin : Ya. Betul, tetapi badan kita hanya memerlukannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Jadi, kurangkanlah

makanan yang berminyak.

Siti : Nampaknya tidaklah begitu susah untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Marilah kita

amalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian. Apabila badan kita sihat, sudah

tentu kita boleh menimba ilmu dengan lebih baik.

Kelvin : Saya setuju dengan Siti. Jangan lupa, kitalah generasi muda yang akan memimpin negara kita

pada masa akan datang. Bersama-samalah kita membina sebuah masyarakat Malaysia yang

berbadan cergas berminda cerdas.

Meng Huat : Mulai hari ini saya akan rajin makan sayur-sayuran. Eh, loceng sudah berbunyilah. Jom

masuk kelas.

Siti dan

Kelvin

: Jom!