63100281 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan (SENI)

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tarikh : 25 Mac 2011 Hari : Rabu Masa : 7.45 pg – 8.15pg (30 minit ) Tahun : 1 Bestari Bilangan Murid : 24 Orang ( 10 lelaki & 14 perempuan) Tunjang : Kesihatan Diri dan Keluarga Tajuk : Kesihatan Diri Sub Tajuk : Mengenali Bahagian-Bahagian Anggota Badan Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid dapat: Kognitif : 1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan. 2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan. Afektif : 1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran

description

rph seni

Transcript of 63100281 Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan (SENI)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan

Tarikh

: 25 Mac 2011Hari

: Rabu

Masa

: 7.45 pg 8.15pg (30 minit )

Tahun

: 1 Bestari

Bilangan Murid: 24 Orang ( 10 lelaki & 14 perempuan)

Tunjang

: Kesihatan Diri dan Keluarga Tajuk

: Kesihatan Diri

Sub Tajuk

: Mengenali Bahagian-Bahagian Anggota Badan

Objektif Pengajaran: Di akhir pengajaran murid dapat:

Kognitif:

1. Mengenali bahagian-bahagian dan fungsi-fungsi anggota badan. 2. Menyatakan secara lisan bahagian-bahagian anggota badan.

Afektif

:

1. Berasa seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2. Bekerjasama dengan ahli kumpulan menulis semula semua anggota dan fungsi badan.Pengetahuan sedia ada:

1. Murid pernah mengenali anggota badan dan fungsinya hasil didikan awal keluarga.

2. Murid mempunyai pendedahan awal semasa pra sekolahPenggabungjalinan

: Sains (Fungsi tubuh badan Manusia) ,Pendidikan Seni (Melakar bentuk Anggota badan) dan Muzik (Nyanyian)Penerapan Nilai

: Kerjasama, tanggungjawab & menyayangi diri sendiriAlat Bantu Mengajar: Lembaran kerja, Gambarajah, kertas MahjongLangkah/ MasaAktiviti/ KaedahButir MengajarCatatan/ ABM

Set induksi

(5 minit)

Guru menunjukkan gambarajah anggota badan kepada murid-murid.

Guru mengadakan sesi soal jawab sebagai menguji pengetahuan sedia ada murid:-

1. Namakan bahagian-bahagian anggota badan yang anda ketahui.

Guru memberi penerangan kepada murid tentang gambarajah tersebut1. Murid melihat poster yang dipamerkan oleh guru disudut yang disediakan.

2. Murid-murid memberitahu nama bahagian anggota badan yang ditunjuk oleh guru.

Bahagian kepala

Bahagian tangan

Bahagian abdomen

Bahagian kaki

3. Murid meneliti gambarajah yang ditunjukkan.

Gambarajah

Perkembangan

Langkah 1

(7 minit) Guru menerangkan fungsi anggota badan kepada murid

Bahagian kepala

Bahagian tangan

Bahagian abdomen

Bahagian kaki

1) Murid mendengar penerangan guru

Langkah 2

(5 minit) Guru menerangkan akibat kecuaian menjaga kesihatan diri.

Guru berbincang bersama murid bagaimana cara menjaga kesihatan diri:

Bahagian kepala

Bahagian tangan

Bahagian abdomen

Bahagian kaki Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

Murid-murid memberikan pendapat masing-masing berdasarkan pengalaman.Perbincangan antara guru dan murid.

Langkah 3

(10 minit)

AKTIVITI 1:

Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan

Guru mengedarkan lembaran kerja gambarajah anggota badan kepada setiap kumpulan.

AKTIVITI 2:

Guru mengedarkan kertas Mahjong kepada kumpulan yang sama dan

Murid dikehendaki melukiskan gambarajah anggota badan manusia keseluruhannya.

Guru mempamerkan hasil lukisan terbaik.

AKTIVITI 3:

Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu kalau rasa gembira menggunakan pergerakan tangan, kaki, badan dan sebagainya (anggota badan)1. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid

2.Setiap kumpulan dikehendaki melabelkan gambarajah anggota badan dan fungsi-fungsinya.

Murid melukis gambarajah bahagian anggota badan manusia keseluruhannya.

Murid bekerjasama menghasilkan lukisan bahagian anggota badan dengan baik.

Murid bersama-sama guru menyanyi bersamaKertas soalan

Hasil kerja berkumpulan

(melibatkan keseluruhan kelas)

Kertas Mahjong

Hasil kerja berkumpulan

(melibatkan keseluruhan kelas)

Penggabung

jalinan

Pendidikan Muzik

Penutup

(3 minit) Rumusan isi pelajaran daripada guru Beberapa orang murid akan ditanya berkaitan kefahaman terhadap isi pelajaran.