65970746-PEKAK

download 65970746-PEKAK

of 47

Transcript of 65970746-PEKAK

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    1/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    SISTEM PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAHSISTEM PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH

    PENDENGARANPENDENGARAN

    1.0 Pengenalan

    Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan

    Negara, iaitu menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-

    keperluan pendidikan khas amnya kanak-kanak bermasalah pendengaran agar dapat

    berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang,

    mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan

    diri dalam masyarakat.

    Menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Faridah

    Serajul Haq, berkata isu penting adalah setakat mana pendidikan dan perkhidmatan khas

    memberi peluang pelajar bermasalah pendengaran mendapat peluang pekerjaan, latihan

    vokasional dan juga melanjutkan pelajaran. Pendidikan adalah proses pembelajaran dan

    pengubahsuaian yang diakibatkan oleh sistem sekolah dan pengalaman lain yang

    berkaitan manakala sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dalam

    pengajaran yang direkacipta untuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri keperluan

    pembelajaran yang unik. Kewujudan sistem pendidikan kanak-kanak bermasalah

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    1

    BAB 1

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    2/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    pendengaran membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya yang

    memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar.

    Justeru itu, pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan bermasalah

    pendengaran adalah sebahagian daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan

    negara. Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006) murid-murid ini diberi pendidikan

    menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian

    kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid ini mampu memperolehi pencapaian

    yang optimum. Murid pendidikan khas bagi masalah pendengaran ini menjalankan

    aktiviti yang telah diubahsuai kandungan kurikulum di mana, aspek yang berkaitan

    dengan penggunaan bahasa lisan diubahsuai kepada penggunaan komunikasi keseluruhan

    yang menggabungkan lisan, isyarat, gerak badan dan mimik muka.

    Program yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Khas di Malaysia adalah

    berdasarkan kepada Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan

    dengan Akta Pendidikan 1996. Melalui program ini, murid-murid bermasalah

    pendengaran dilatih dari segi pertuturan dan belajar subjek-subjek yang dipelajari oleh

    murid biasa dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program

    ini disediakan iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa ( integrasi). Sistem pendidikan khas

    telah mengambil beberapa pendekatan awal untuk murid-murid sebelum masuk ke alam

    persekoahan. Apa yang kita ketahui, masalah pendengaran adalah kecacatan yang

    tersembunyi kerana keadaannya yang tidak ketara.

    Pengesanan awal bagi murid-murid bermasalah pendengaran adalah penting untuk

    mengelakkan timbulnya pelbagai kesan sampingan seperti masalah emosi, social dan

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    2

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    3/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    kognitif yang akan mengakibatkan murid-murid gagal dalam akademik. Menurut Lokman

    Saim (2004) Jawatankuasa bersama Organisasi Kesihatan Sedunia menetapkan pada

    tahun 1982, kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu dikesan pada umur tiga bulan

    dan mula diberi tindakan pada umur enam bulan.

    1.1 Falsafah Pendidikan Negara

    Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

    harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan Negara.

    1.2 Falsafah Pendidikan Khas

    Falsafah pendidikan adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang

    berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan

    menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu

    dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan

    Negara.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    3

    BAB 2

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    4/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    MASALAH PENDENGARANMASALAH PENDENGARAN

    2.0 Pengenalan

    Deria pendengaran merupakan salah satu deria yang berfungsi bagi mendapatkan bunyi

    disekeliling mereka. Seterusnya melalui pendengaran inilah manusia dapat

    mengenal,membeza dan seterusnya menyimpan bunyi yang diperolehi ke dalam ingatan

    mereka. Melalui pendengaran inilah juga berlakunya proses perolehan makna baru dan

    perolehan bahasa. Oleh itu deria pendengaran memainkan peranan utama dalam

    kehidupan manuasia.Hal ini kerana melalui deria pendengaran manusia dapat

    berkomunikasi sesama mereka.

    Oleh itu, bagi mereka yang tergolong dalam cacat pendengaran menghadapi

    masalah dalam pertuturan lisan tetapi ini tidak bermakna alat pertuturan mereka tidak

    baik. Kecacatan pendengaran bukan sahaja menggugat perkembangan pertuturan bahasa

    tetapi juga perkembangan sosialnya.Golongan ini terpaksa menggunakan bahasa isyarat

    untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

    Bagi mereka yang masih mempunyai saki baki pendengaran mempunyai potensi

    tinggi untuk memaksimunkan sebaik mungkin deria pendengaran mereka .Kemajuan

    teknologi pada hari ini telah banyak mambantu manusia dalam menjalani kehidupan

    seharian.Oleh itu, kewujudan dan penciptaan alat bantu dengar pada hari ini telah banyak

    membantu golongan bermasalah bermasalah pendengaran untuk menjalani kehidupan

    seharian khususnya bagi tujuan berkomunikasi dalam masyarakat.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    4

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    5/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    2.1 Definisi Masalah Pendengaran

    Seringkali individu yang bermasalah pendengaran dikatakan sebagai pekak. Sebenarnya,

    bukan semua individu yang bermasalah pendengaran itu tidak boleh mendengar

    langsung. Ada juga dikalangan mereka yang boleh mendengar tetapi pendengaran mereka

    tidak jelas dan memerlukan bantuan alat bantu pendengaran. Definisi masalah

    pendengaran boleh dibahagikan antara dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.

    Pekak ialah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak dapat berfungsi

    langsung. Kecacatan mungkin diperolehi sama ada selepas atau sebelum dilahirkan.

    Manakala separuh pekakpula adalah mempunyai deria dengar yang rosak tetapi masih

    boleh berfungsi sama ada dengan bantuan alat bantu mendengar atau tidak ( Cruickshakn

    dan Johnson, 1975:24 ).

    Crulckshan dan Johnson (1975) mendefinisikan cacat pendengaran berdasarkan

    kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengarnya dan bila kecacatan itu

    dialami. Stephen P. Quigley dan Robert E. Kretschmer ( 1982 ), mendefinisikan

    bermasalah pendengaran sebagai kanak-kanak atau orang dewasa yang mana tahap

    pendengarannya teruk ( 91 dB atau lebih ) terutama saraf seseorang rosak dan berlaku

    sebelum ia boleh bertutur. Manakala William L.Heward pula mendefinisikan sebagai

    kanak-kanak dalam kategori yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk

    memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan Alat Bantu

    Dengar.

    Frisinia ( 1974 ) mendefinisikan bahawa masalah pendengaran atau pekak sebagai

    suatu bentuk kecacatan yang menyukarkan untuk memahami pertuturan melalui deria

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    5

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    6/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    pendengaran iaitu telinga. Kesukaran untuk memahami pertuturan ini akan

    mengakibatkan masalah lain yang berkaitan seperti masalah berkomunikasi atau

    berhubung dengan individu atau masyarakat sekeliling di dalam kehidupan mereka.

    Masalah ini akan dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan alat bantuan tetapi

    alatan tersebut hanya sesuai digunakan oleh kanak-kanak cacat pendengaran ringan

    sahaja sementara kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran berat tetap

    menghadapi kesukaran.

    Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon ( 1992 ) kanak-kanak pekak sebagai

    seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai

    pendengaran separa. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas

    terhadap bunyi-bunyi di sekelilingnya. Brill ( 1986 ) mendefinisikan bahawa masalah

    pendengaran merupakan suatu keadaan yang menandakan kesukaran untuk mendengar

    pertuturan,bunyi dan sebagainya. Masalah ini akan dikelaskan mengikut masalah

    pendengaran iaitu masalah pendengaran ringan sehingga teruk ( profound ). Individu

    yang menghadapi masalah pendengaran ini sukar untuk mendapat proses maklumat

    linguistik melalui deria telinga dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran.

    2.2 Jenis-jenis Masalah Pendengaran

    Masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mempunyai maslah

    pendengaran pada bahagian penerimaan ( conductive deafness ) dan pada bahagian

    tanggapan ( perceptive deafness ). Kecacatan pada bahagian penerimaan terjadi pada

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    6

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    7/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    bahagian telinga tengah seperti lubang telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga

    atau tidak ada lubang telinga. Kadangkala kecacatan ini boleh dipulihkan melalui rawatan

    perubatan. Manakala masalah pendengaran pada bahagian tanggapan pula terjadi pada

    bahagian telinga dalam dan berkaitan dengan saraf pendengaran. Kecacatan disebabkan

    oleh saraf susah untuk dirawat melalui pembedahan kerana ianya melibatkan organ-organ

    yang rumit (Hajah Hasnah Udin, 1988:117).

    Selain itu, terdapat tiga (3) jenis masalah pendengaran iaitu masalah konduktif,

    sensorineural dan campuran. Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat

    masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah. Contoh masalah dan

    jangkitan yang boleh menyebabkan masalah pendengaran konduktif ialah ketiadaan

    lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia / anotia),

    sumbatan tahi telinga di salur telinga, jangkitan kuman pada salur telinga atau telinga

    tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.

    Masalah pendengaran sensorineural pula berlaku apabila terdapat masalah atau

    jangkitan pada telinga dalam, tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada.

    Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada rembesan nanah atau kecacatan

    fizikal) tetapi hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan pendengaran secara

    menyeluruh. Masalah ini tidak dapat dirawat, tidak seperti masalah pendengaran

    konduktif yang boleh dirawat secara pengambilan ubat atau pembedahan.

    Masalah pendengaran campuran pula berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-

    dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan

    sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah

    pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    7

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    8/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga

    luar/tengah beserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran

    campuran.

    2.3 Punca-punca Masalah Pendengaran

    Terdapat dua jenis masalah pendengaran yang biasa terjadi. Masalah pendengaran

    tersebut ialah masalah pendengaran bahagian penerimaan dan masalah pendengaran

    bahagian tanggapan. Berbagai sebab telah menyebabkan kedua-dua keadaan ini berlaku.

    Sebab-sebab umum berlakunya masalah pendengaran ialah sejarah keluarga itu sendiri,

    jangkitan sebelum lahir, kecacatan anatomi kepala dan leher, berat badan semasa lahir

    kurang daripada 1.5 kg, oksigen yang lebih 10 hari dan masalah asfiksia yang teruk.

    Selain itu, ada juga sebab-sebab lain yang menyebabkan berlakunya masalah

    pendengaran. Faktor-faktor penyebabnya dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu

    peringkat sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

    Sebelum kelahiran mempunyai dua faktor penting yang menyebabkan masalah

    pendengaran iaitu, faktor pertama adalah baka yang disebabkan gen yang terhasil ketika

    persenyawaan dan faktor yang kedua yang menyebabkan masalah pendengaran sebelum

    kelahiran ialah faktor bukan baka, jangkitan semasa ibu mengandung, terutama virus

    seperti rubella, demam grandular dan selesema. Sewaktu mengandung ibu berpenyakit

    yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis, pengambilan dadah atau bahan

    kimia seperti kuanin dan streptomycin sewaktu mengandung.

    Semasa kelahiran pula adalah disebabkan oleh sakit yang terlalu sewaktu bersalin

    atau terlalu hendak bersalin yang melibatkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    8

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    9/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Kelahiran tidak cukup bulan, kecederaan semasa lahir, terutama pada bahagian telinga

    dan penyakit hemolisis yang selalunya disebabkan oleh faktor Rh.

    Faktor ketiga ialah faktor selepas kelahiran iaitu mendapat penyakit berjangkit

    disebabkan oleh bakteria dan virus seperti begok dan demam campak. Kemalangan yang

    mencederakan bahagian telinga. Pengambilan antibiotik seperti Streptomycin dan juga

    terdedah pada bunyi yang kuat.

    2.4 Darjah Masalah Pendengaran Mengikut Virginia Department of Education

    Aras Desibel Darjah Kepekakan Ciri-ciri Pendengaran

    Rendah 26-40dB Kurang berbanding pendengaran normal.

    Ringan 41-55dB Boleh memahami percakapan dan memerlukan

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    9

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    10/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    alat bantu pendengaran.

    Hilang

    Pendengaran

    56 - 70dB Memerlukan alat bantu pendengaran.

    Hilang

    Pendengaran

    71-90dB Hanya mendengar bunyi kuat dari jarak dekat .

    Hilang

    Pendengaran

    Sepenuhnya

    >91dB

    Bergantung kepada penglihatan daripada

    pendengaran.

    2.5 Jenis dan Tahap Masalah Pendengaran

    JENIS MASALAH BAHAGIAN TELINGA

    Masalah pendengaran

    Konduktif

    Melibatkan bahagian telinga luar dan tengah :

    Cth- tersumbat bendasing,serumen terlalu

    kental dan jangkitan otitis media.Tahap kehilangan

    pendengaran tidak melebihi

    60 dBHL. Kebolehan mendengar hanya setakat 1hingga 1.5 meter daripadanya. Boleh memahami

    perbualan tapi bermasalah untuk mendengar suara yang

    perlahan. Mereka perlukan alat bantu pendengaran dan

    juga perlukan terapi pertuturan

    Masalah Pendengaran

    Sensori-

    Neural ( saraf )

    Terjadi di bahagian telinga dalam yang

    melibatkan koklea saraf pendengaran

    Audiotori Pathway : Kecacatan ini tidak boleh

    dirawat kecuali dengan teknologi terkini spt

    ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea.

    Ciri-ciri bagi yang mengalami kepekakan sensori neural

    pula adalah seperti keupayaan mendengar bunyi 70 dB

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    10

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    11/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    ke atas. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk

    memperolehi pertuturan. Bagi tahap teruk (70 dB -90

    dB), tanpa amplikasi, mereka boleh mendengar bunyi

    kuat alam jarak 1 kaki dari telinga. Apabila

    menggunakan amlpikasi kanak-kanak ini sepatutnya

    boleh mengecam bunti persekitaran dan mengecam

    semua bunyi pertuturan. Bagi kanak-kanak yang

    mempunyai keupayaan mendengar yang amat teruk

    (melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran untuk

    mendengar dan bertutur. Masalah ini tidak boleh dirawat

    kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa

    tinggi dan pacakan koklea. Selain itu mereka juga

    memerlukan terapi pertuturan.

    Masalah pendengaran

    campuran

    Melibatkan masalah pendengaran konduktif

    dan sensori neural. Tahap kehilangan pendengaran

    adalah dalam lingkungan tahap kehilangan pendengaran

    konduktif dan sensori neural.

    Masalah Pendengaran

    Functional

    Melibatkan masalah pendengaran bukan

    semula jadi

    Masalah Pendengaran

    Sistem

    Saraf Auditori

    Melibatkan masalah pada fungsi saraf

    2.6 Kaedah Pengujian Tahap Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

    Pengujian tahap pendengaran dilakukan oleh doktor atau pakar yang berkenaan di

    hospital dengan menggunakan alat-alat yang tertentu. Terdapat beberapa kaedah

    pengujian yang digunakan untuk menguji tahap pendengaran seseorang sama ada berada

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    11

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    12/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    di tahap normal, sederhana atau teruk. Pemilihan kaedah ujian yang sesuai adalah

    bergantung kepada keadaan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tersebut.

    Hasil daripada ujian yang dilakukan akan memudahkan pihak ibu bapa, guru atau pakar-

    pakar perubatan membantu dan meningkatkan tahap pendengaran melalui kaedah

    perubatan, pendidikan, alat komunikasi dan sebagainya. Antara Kaedah Pengujian Tahap

    Pendengaran yang dipilih adalah seperti berikut:

    a) - Visual Reinforcement Audiometry (VRA)

    Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk menilai ketajaman pendengaran klien dengan

    menggunakan bunyi dan mereka bertindak balas dengan cara memandang ke arah bunyi

    tersebut. Untuk menarik perhatian, objek yang dipandang oleh klien akan mengeluarkan

    cahaya.

    Objek-objek yang digunakan semasa ujian ini terdiri daripada alat-alat permainan.

    Oleh itu, ujian ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 7 bulan hingga 2 atau 3 tahun.

    Ini kerana mereka boleh memberikan respon dengan cara memandang atau melihat ke

    arah objek yang berbunyi.

    Rangsangan yang diberikan pula adalah daripada bunyi yang tinggi kepada bunyi

    yang rendah atau perlahan. Ujian ini menggunakan Middle Ear Analyzer. Ujian ini

    juga dapat menilai keadaan telinga tengah iaitu antara gegendang telinga dan tulang-

    tulang osikel. Ia juga dapat mengesan gangguan-gangguan yang terdapat dalam telinga.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    12

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    13/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Visual Reinforcement Audiometry (VRA)

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    13

    BAB 3

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    14/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    SISTEM PENDIDIKANSISTEM PENDIDIKAN KHAS KANAK-KANAK BERMASALAHKHAS KANAK-KANAK BERMASALAH

    PENDENGARANPENDENGARAN

    3.0 Pengenalan

    Bayangkan apa berlaku jika di dalam kelas yang mengandungi 30 orang murid normal

    berumur 10 tahun, ada segelintirnya mempunyai murid khas yang mempunyai masalah

    pendengaran dan mempunyai tahap mental 5 tahun, dengan kematangan sosial dan

    keupayaan kognitif pada umur 12 tahun ataupun murid masalah pendengaran dengan

    tahap emosi, kognitif dan keupayaan fizikal 5 tahun. Ini sudah pastinya akan

    menyebabkan guru menghadapi masalah. Pelajaran bagi murid itu menjadi sukar tetapi

    mudah bagi kanak- kanak atau murid- murid yang lain. Apabila kelas mengandungi

    kanak- kanak atau murid- murid berbeza dari yang lainnya, adalah sukar bagi guru

    membantu mereka mencapai tahap potensi tanpa sebarang bantuan. Bantuan yang

    disediakan oleh sekolah untuk kanak- kanak yang berbeza dengan norma kanak- kanak

    ini digelar pendidikan khas.

    Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan

    pendidikan murid dengan berkeperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri,

    dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesannya secara teliti bagi membantu murid

    dengan berkeperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang

    memuaskan.

    3.1 Sistem Pendidikan Khas di Malaysia

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    14

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    15/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Pada masa kini, sistem pendidikan khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab

    empat kementerian iaitu; Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian

    Tinggii dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat diberi tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak- kanak

    yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak- kanak spastik atau

    terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawb menyaring dan

    mengenalpasti kanak- kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko untuk menjadi

    cacat.

    Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkajai perlaksanaan Dasar Pelajaran

    melalui Perakuan 169 adalah titik tolak yang membawa kepada penekanan yang lebih

    jelas terhadap perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Perakuan yang dipetik

    daripada Buletin Pendidikan Khas, November 1997 menyebut;

    Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab

    terhadap pendidikan kanak- kanak cacat. Adalah diperakukan kerajaan hendaklah

    mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu daripada pihak- pihak

    persatuan yang mengendalikan pada masa ini. Di samping itu, pernyertaan oleh badan-

    badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak- kanak cacat hendaklah harus

    digalakkan.

    Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia mula dinyatakan dalam Akta

    Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengang Akta Pendidikan

    1996. bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pelajaran mengadakan Peraturan-

    peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    15

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    16/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas

    bermakna murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran

    dan masalah pembelajaran.

    3.2 Program Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

    Program pendidikan khas kanak-kanak bermasalah pendengaran bererti suatu program

    yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan

    pendengaran. Ia juga boleh didefinisikan sebagai suatu percantuman di sekolah biasa bagi

    murid-murid yang mempunyai kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah

    pembelajaran. Selain itu, ia merupakan suatu program pendidikan inklusif bagi murid-

    murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama

    dengan murid-murid biasa.

    Program pendidikan khas bagi murid bermasalah pendengaran bermula sebelum

    merdeka. Bagi masalah pendengaran, Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau

    Pinang dibuka pada tahun 1954. Perkembangan pendidikan khas di Malaysia membawa

    kepada penubuhan Unit Pelajaran Khas di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran

    Malaysia pada tahun 1964. Manakala pada 1 oktober 1995, Unit Pendidikan Khas itu

    dinaik taraf sebagai Jabatan Pendidikan Khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua

    Pengarah Pelajaran dan tiga orang pengarah di tiga bahagian.

    Melalui program pendidikan khas ini, murid-murid bermasalah pendengaran

    dilatih daripada segi pertuturan danbelajar subjek-subjek yang dipelajari oleh murid biasa

    dengan menggunakan komunikasi seluruh termasuk bahasa isyarat. Program ini

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    16

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    17/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    disediakan di dua setting iaitu di sekolah khas dan juga di sekolah biasa (program

    integrasi).

    Menurut Jamila K.A. Mohamed (2006), terdapat 25 sekolah khas yang

    menempatkan murid dengan masalah pendengaran di seluruh negara iaitu 23 buah

    sekolah rendah, 1 buah sekolah menengah dan 1 buah sekolah menengah vokasional.

    Taburan sekolah khas itu adalah seperti berikut :

    1. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis, Perlis.

    2. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang.

    3. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton, Pulau Pinang.

    4. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Setar, Kedah.

    5. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sg Petani, Kedah.

    6. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh, Perak.

    7. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taiping, Perak.

    8. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Peel, Kuala Lumpur.

    9. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

    10. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Selangor.

    11. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka, Melaka.

    12. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Negeri Sembilan.

    13. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar, Johor.

    14. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru, Johor.

    15. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Batu Pahat, Johor.

    16. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.

    17. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu, Terengganu.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    17

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    18/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    18. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu.

    19. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Lati, Kelantan.

    20. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Samarahan, Kuching.

    21. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri, Sarawak.

    22. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu, Sarawak.

    23. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kota Kinabalu, Sabah.

    24. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang.

    25. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    18

    BAB 4

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    19/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    SEJARAH PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAHSEJARAH PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH

    PENDENGARANPENDENGARAN

    4.0 Pengenalan

    Dalam kontek Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah

    pendengaran, menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,

    penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran

    pengembangan pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan

    kecacatan dan ketidak bolehan .Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran

    tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dengan

    keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan, pertuturan,

    penguasaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia,

    kemahiran berdikari, kemahiran keusahawan dan kebolehan penglihatan.

    Nasib kanak-kanak cacat pendengaran di tanah air kita mula berubah pada tahun

    1952 kerana inisiatif seorang pakar kesihatan kanak-kanak pada masa itu, Dr. C. Elaine

    Field. Semasa menjalani rawatan untuk kanak-kanak, Dr. Field berjumpa dengan

    beberapa orang kanak-kanak cacat pendengaran dan mendapati tiada program pemulihan

    untuk mereka, sedangkan kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai sekolah pendidikan

    khas, iaitu Sekolah St. Nicholas yang telah diasaskan pada tahun 1928. Di atas kesedaran

    inilah, maka Dr. Field berasa bahawa sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak cacat

    pendengaran juga patut ditubuhkan.

    4.1 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    19

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    20/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan

    sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan

    pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar

    Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu

    penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di

    Malaysia.

    Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan pendidikan khas bagi murid-

    murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta bermasalah pembelajaran mulai

    bulan Julai 1962. Dibawah perancangan pencatuman dengan pendekatan pendidikan

    inklusifiaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama-sama murid-murid

    normal didalam kelas yang sama (Sang 2000) Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi

    dibantu oleh guru sumber yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.

    Pada masa kini, Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas 1998)

    menyediakan program-program pendidikan bagi mired-murid dengan keperluan khas di

    sekolah-sekolah pendidikan khas di mana terdapat 31 buah dengan bilangan murid

    seramai 2892 orang (Jun1998) dan sekolah-sekolah dengan kelas percantuman dan kelas

    pendidikan inklusif sebanyak 368 buah dengan bilangan murid seramai 7356 orang (Jun

    1998).

    4.2 Sejarah Ringkas Pendidikan Khas Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

    Pendidikan Murid-murid Bermasalah Pendengaran di Malaysia telah dimulakan dalam

    tahun 1954, dengan tertubuhnya sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang yang dikenali

    sebagai Sekolah KanakKanak Pekak Persekutuan, Pulau Pinang. Sekolah ini telah

    dipelopori oleh Lady Templer, Dr.Reild, Cik Joyce Hickes dan beberapa orang lain yang

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    20

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    21/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    berminat dalam kerjakerja kebajikan. Beberapa orang guru daripada sekolah ini telah

    dihantarkan ke luar negara untuk mendapatkan latihan di bidang khas Pendidikan Kanak-

    Kanak Pekak. Sekolah ini telah bermula dengan hanya bergantung kepada derma

    daripada orang ramai. Apabila sekolah ini telah berkembang dengan pesatnya maka

    usaha-usaha untuk membaikinya telah dilipat gandakan dan dengan ini telah diletakkan

    dibawah Pentadbiran Kementerian Pelajaran.

    Muridmurid sekolah ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk menerima

    pendidikan sekolah rendah dan menengah dan sekarang ini mempunyai 368 orang murid

    lelaki dan perempuan. Pelajaran mereka adalah seperti murid-murid biasa dengan adanya

    penekanan kepada pelajaran Vokasional untuk memberi kemahiran seperti menggunting

    rambut, pertukangan kayu, masak-memasak dan sebagainya . Oleh kerana murid-murid

    bermasalah pendengaran bertambah ramai maka sekolah di Pulau Pinang tidak dapat lagi

    menampung semua murid-murid yang terdapat di Malaysia. Maka suatu pelajaran yang

    digelar Rancangan Percantuman untuk murid-murid bermasalah pendengaran telah

    dimulakan.

    SSEKOLAH-SEKOLAH KHAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIAEKOLAH-SEKOLAH KHAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    21

    BAB 5

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    22/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    5.0 Pengenalan

    Penubuhan sekolah-sekolah khas yang pertama di Pulau Pinang pada tahun 1954,

    kemudian di Kuala Lumpur pada tahun 1962 dan mengikut Kota Bahru, Melaka sehingga

    semua negeri dalam Malaysia. Pada tahun 1984, 49 buah sekolah rendah dan 13 buah

    sekolah menengah telah disediakan. Bilangan sekolah khas ialah 318 buah dan bilangan

    kelas percantuman ialah 1552 buah serta bilangan guru ialah 242 orang. Dalam sistem

    pendidikan dulu, sistem lisan, pertuturan, pendengaran dan bacaan bibir telah disediakan

    kerana mengikuti sistem pendidikan British dan digunakan di semua negara. Komunikasi

    seluruh (TC) seperti lisan, pertuturan, bacaan bibir dan kod tangan telah diwujudkan

    kerana mempertingkatkan perolehan bahasa melalui komponen kegunaan tangan.

    5.1 Takrif Sekolah Khas

    Terdapat pelbagai definasi tentang Pendidikan Khas contohnya menurut Sang (2000)

    menyatakan bahawa pendidikan khas inlah pendidikan yang disediakan untuk murid-

    murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan,

    pendengaran serta masalah dalam pembelajaran ataupun murid-murid yang pintar cerdas

    yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula pendefinisian oleh

    Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang menyatakan pendidikan khas ialah golongan yang

    berkepeluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,

    perkembangan individu dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam

    kemahiran kemahiran pengembangan

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    22

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    23/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui Sekolah

    Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program

    Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah

    pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di

    sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional

    yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan

    separa inklusif.

    5.2 Syarat Kemasukkan Murid ke Program Pendidikan Khas

    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

    untuk sekolah rendah ialah murid perlu berumur 6 tahun hingga 14 tahun. Murid juga

    perlu disahkan oleh pengamal perubatan yang professional berkaitan dengan masalah

    atau penyakit yang dihadapi serta murid boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

    Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-

    kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan

    minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh

    mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran

    Malaysia untuk Sekolah Menengah ialah berumur di antara 13+ hingga 19+ tahun dan

    disahkan oleh pengamal perubatan. Murid juga boleh mengurus diri tanpa bantuan orang

    lain Pelajaran sekolah menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan

    vokasional.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    23

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    24/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Untuk Pendidikan Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV)

    manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil

    Kemahiran Malaysia.

    5.4 Tempoh Pengajian

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

    Manakala tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5)

    tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana

    peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

    INTEGRASIINTEGRASI

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    24

    BAB 6

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    25/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    6.0 Pengenalan

    Integrasi adalah terminologi yang digunakan untuk menerangkan cara menempatkan

    pelajar-pelajar atau kanak-kanak berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa untuk

    belajar bersama-sama dengan rakan sebaya.

    6.1 Takrif Integrasi

    Dalam situasi pendidikan, Integrasi dijelaskan sebagai satu cara yang perlu dilakukan

    dengan berhati-hati untuk menyatupadukan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam

    situasi sekolah biasa dengan bantuan khidmat sokongan yang sesuai dan perancangan

    yang teliti. Pada dasarnya, Integrasi hendaklah menghasilkan murid-murid biasa dengan

    murid-murid berkeperluan khas ke arah situasi yang mewujudkan perkongsian dalam

    penggunaan sumber dan peluang-peluang untuk belajar sepenuh masa.

    Integrasi dalam pendidikan juga membawa erti yang sama seperti

    Normalization atau kelaziman hidup harian sebagai satu prinsip. Untuk melakukan

    kelaziman ini, pelbagai kemudahan perlu disediakan supaya mereka yang berkeperluan

    khas dapat hidup sebagaimana mereka yang normal. Normalization menekankan hak

    setiap individu yang cacat untuk mencorakkan keadaan hidupnya sendiri sebagaimana

    atau sedekat mungkin kepada cara hidup mereka yang normal di dalam masyarakat setiap

    hari.

    Integrasi melibatkan semua kanak-kanak berkeperluan khas. Ini termasuklah

    mereka yang bermasalah deria; kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal; kanak-

    kanak yang bermasalah dalam pembelajaran; mereka yang kini ditempatkan di sekolah-

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    25

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    26/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    sekolah khas atau di kelas-kelas khas dan juga kanak-kanak yang mempunyai pelbagai

    kecacatan dan tidak diterima oleh system pendidikan di masa kini.

    Integrasi tidak bermaksud murid-murid berkeperluan khas boleh ditempatkan di

    kelas-kelas biasa secara automatik. Tahap integrasi bagi setiap murid di dalam kelas-

    kelas biasa hendaklah ditentukan dari hasil perbincangan bersama oleh Pengarah

    Sekolah, Guru Besar, Ibubapa, Murid dan pakar penilai serta penasihat seperti ahli

    Psikologi Pendidikan dan lain-lain kepakaran jika diperlukan.

    6.2 Program Pendidikan Khas Integrasi

    Program Pendidikan Khas Integrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas

    Percantuman. Program ini adalah satu program yang menempatkan murid khas di kelas

    khas di dalam sebuah sekolah biasa. Pentadbiran program ini adalah di bawah

    pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun seorang penyelaras program yang bertindak

    sebagai ketua dilantik bagi mengendalikan program ini.

    Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program

    Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

    Pembelajaran.

    Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan program integrasi ini adalah

    untuk mengintegrasikan murid khas dan murid normal, namun Zarin Ismail, Safani Bari

    dan Soo Boon Seng (2004) mendapati integrasi sosial di kalangan murid khas dan murid

    normal pada tahap yang rendah atau minima. Manakala peluang bagi mereka bersama

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    26

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    27/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    semasa di luar bilik darjah adalah terhad dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah

    kurang memberi tumpuan kepada murid khas.

    6.3 Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

    Melalui program ini diharapkan murid dengan keperluan khas masalah pendengaran

    dapat bergaul dengan murid biasa tanpa rasa terpinggir. Kebiasaannya integrasi yang

    berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan masalah

    pendengaran dan murid biasa berkongsi bangunan, padang sekolah dan kantin. Integrasi

    sosial juga berlaku dalam program sebegini sama ada secara terancang ataupun tidak

    terancang. Pihak sekolah mungkin menyediakan aktiviti-aktiviti di mana kedua-dua

    kategori murid terlibat sepenuhnya. Murid juga bersama-sama pada masa rehat dengan

    mengambil inisiatif sendiri untuk bermain ataupun menolong antara satu sama lain.

    Di Malaysia, sekolah yang menjalankan program pendidikan khas integrasi

    masalah pendengaran ialah Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Bahru,

    Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,

    Johor, Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak, Sekolah Menengah Teknik

    Tanah Merah, Kelantan dan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.

    6.4 Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi

    Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program

    Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid

    Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.

    Tahun 1990an memperlihatkan kadar pengintergrasian pelajar-pelajar cacat

    pendengaran sekolah dengan masyarakat luar kian meningkat. Sebagai contoh,

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    27

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    28/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    penglibatan pelajar-pelajar dalam pertandingan sukan, olahraga, komputer, tarian dan

    sebagainya. Penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan bukan sahaja

    telah membuka mata masyarakat tentang potensi sebenar pelajar-pelajar cacat

    pendengaran tetapi juga membina keyakinan diri mereka sendiri.

    6.5 Rasional Pendidikan Integrasi

    Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima

    pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara

    menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan

    pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi

    keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan,

    budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

    Dengan ini diharapkan pendidikan integrasi akan dapat pengkongsian kemudahan

    serta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-

    pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal. Pengagihan perkhidmatan yang

    lebih adil dan pengagihan sumber yang lebih meluas. Pengurangan masalah tempat bagi

    pelajar-pelajar yang berkepeluan khas. Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar

    berkeperluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Mengalakkan kewujudan

    masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan negara.

    6.6 Matlamat Pendidikan Integrasi

    Pendidikan Integrasi menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar

    berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    28

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    29/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua

    aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Ia juga akan

    dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang

    terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka

    lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

    Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan

    melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-

    kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.

    Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,

    nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang

    berguna dan berdikari.

    INKLUSIFINKLUSIF

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    29

    BAB 7

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    30/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    7.0 Pengenalan

    Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas

    Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di

    seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar

    sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan

    formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar

    Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan

    dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua

    dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam

    menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas.

    7.1 Takrif Inklusif

    Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan

    kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama

    dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Haji

    Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996).

    Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk

    KBK di Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini

    masih terbatas dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah

    tertentu sahaja. Terdapat pelbagai kategori KBK dalam setting inklusif. Namun begitu

    terdapat 4 kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana.

    Mereka ialah dalam kategori masalah fizikal (cacat anggota), emosi dan tingkah laku

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    30

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    31/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    (autisma dan ADHD), pembelajaran khusus, Disleksia (dyslexia) dan penguasaan

    kemahiran 3M.

    7.2 Rancangan Pendidikan Inklusif Bermasalah Pendengaran

    Untuk menyediakan Murid-murid Bermasalah Pendengaran dalam suasana biasa dan

    supaya dapat di terima sebagai seorang ahli masyarakat, maka murid-murid bermasalah

    pendengaran ini perlulah bercampur gaul dengan murid-murid biasa. Dengan cara ini

    juga mereka yang lengkap sifat akan lebih bertanggungjawab terhadap murid-murid

    bermasalah pendengaran dan dapat mengurangkan perbezaan diantara mereka yang

    sempurna dengan yang bermasalah khas.

    Inklusif dalam konteks pendidikan khas mempunyai dua pengertian. Pertama

    untuk memberi peluang pendidikan di peringkat rendah. Murid-murid bermasalah

    pendengaran dapat belajar bersama-sama dengan mereka yang biasa dalam sesebuah bilik

    darjah. Kedua inklusif ini dilakukan dengan mengadakan Kelas Khas yang khusus untuk

    kanak-kanak bermasalah pendengaran di sekolah biasa.

    Pada tahun 1962, dua buah kelas percantuman telah ditubuhkan di sebuah sekolah

    biasa iaitu di Sekolah Rendah Inggeris, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur yang mengandungi

    41 orang murid-murid. Murid-muridnya telah mengikuti matapelajaran di sekolah rendah,

    kecuali matapelajran Agama Islam, kerana tiada guru yang terlatih dalam bidang ini.

    Murid-murid bermasalah pendengran di sekolah tersebut telah menduduki peperiksaan

    Darjah Tiga dan peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Sesudah tamat pelajaran di sekolah

    rendah,mereka yang berkeupayaan telah di berikan peluang melanjutkan pelajaran ke

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    31

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    32/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang. Dengan ini timbul masalah

    kekurangan tempat untuk mereka yang tidak dapat ditempatkan di Sekolah Kanak-Kanak

    Pekak Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran mereka .

    7.3 Program Pendidikan Khas Inklusif

    Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar

    berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang

    kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua

    aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat

    selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-

    awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam

    komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari

    dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang, 1996:218).

    Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah

    istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu

    istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia

    telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980:21).

    Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar

    berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di

    sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja

    kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Menurut

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    32

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    33/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia________________________________________________________________________________________________

    Deno (1970) telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang

    berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan

    pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

    Menurut Clough dan Lindsay (1991) untuk meminimumkan kesan negatif ke atas

    pendidikan inklusif, perubahan tidak boleh dibuat secara mendadak atau mengambil kira

    satu pandangan sahaja (immediately or unilaterally). Kekeliruan sukar dielakkan terutama

    bagi guru yang belum pernah mendengar tentang pendidikan murid khas. Kajian Haniz

    Ibrahim (1998) telah mendapati guru aliran perdana di sekolah rendah bersikap negatif

    terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif.

    ________________________________________________________________________________________________Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas (KAP 3013)

    33

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    34/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    CABARAN DAN ISU SEMASACABARAN DAN ISU SEMASA KANAK-KANAK BERMASALAHKANAK-KANAK BERMASALAH

    PENDENGARANPENDENGARAN

    8.0 Pengenalan

    Ketidakupayaan untuk mendengar secara tidak langsung telah menjadi punca utama

    kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk bertutur dan menguasai bahasa. Kegagalan

    menguasai bahasa seterusnya mengakibatkan kognitif kanak-kanak tidak berkembang dan

    sudah pastinya menyebabkan pencapaian akademik mereka turut ketinggalan berbanding

    kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka.

    Masa yang paling kritikal untuk kanak-kanak menguasai bahasa ialah dalam

    lingkungan umur 0 hingga 5 tahun, dan pada umur 2 tahun adalah masa yang paling

    memberangsangkan untuk perkembangan bahasa mereka. Kanak-kanak normal yang

    berumur 7 tahun biasanya mampu menguasai lebih kurang 500 perkataan dan mampu

    mengungkap ayat yang mengandungi lebih kurang 6 patah perkataan. Namun demikian

    keadaan ini jauh berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Mereka akan

    jauh ketinggalan dalam perkembangan bahasa apatah lagi jika mereka tidak diberi

    intervensi awal seawal usia yang mungkin.

    8.1 Tahap Kecacatan Pendengaran dan Hubungan Dengan Pendidikan

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    34

    BAB 8

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    35/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    Kanak-kanak bermasalah pendengaran biasanya mula terdedah dengan aktiviti berbahasa

    apabila mereka memasuki alam persekolahan. Pengalaman sedia ada mereka yang

    diperolehi secara tidak formal tidak cukup untuk membantu perkembangan pendidikan

    bahasa mereka di sekolah. Lantaran itu kanak-kanak bermasalah pendengaran sering

    gagal bukan sahaja dalam pelajaran bahasa malahan pelajaran lain yang memerlukan

    kemahiran membaca.

    Namun demikian pelajar bermasalah pendengaran turut mempunyai kreativiti

    yang sama atau kadangkala melebihi pelajar-pelajar normal terutama dalam

    menghasilkan seni lukisan atau hasil kraf tangan. Kenyataan ini diakui oleh Manan bin

    Pendek (1993), yang membuat kajian ke atas masalah pembelajaran bidang vokasional di

    Sek. Men. Pendidikan Khas (cacat pendengaran) satu tinjauan di Sek. Men. Pendidikan

    Khas Cacat Pendengaran Shah Alam. Menurut beliau, pelajar yang mengalami cacat

    pendengaran amnya berupaya menunjukkan hasil kerja yang lebih baik, malah mereka

    juga berupaya menyaingi golongan yang normal.

    Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung kepada keberkesanan latihan yang

    diberikan. Kesesuaian latihan yang diberikan harus berupaya mengatasi masalah yang

    sering dialami oleh kalangan mereka yang cacat pendengaran, antaranya kecekapan,

    kecerdikan, kecenderungan atau minat, kesesuaian peralatan dan lain-lainnya.

    Pengubahsuaian harus dilakukan dari masa ke semasa bergantung pada masalah yang

    sering dihadapi. Hasil tinjauan menunjukkan masalah besar pelajar-pelajar cacat

    pendengaran dalam pembelajaran adalah dari aspek teori. Dari segi kemahiran mereka

    berpotensi untuk menyaingi mereka yang normal.

    8.3 Cabaran Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    35

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    36/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    Dalam dunia pendidikan, kita seharusnya tidak melupakan kanak-kanak yang tidak

    bernasib baik terutamanya yang mengalami masalah pendengaran. Kecacatan tersebut

    adalah wujud semasa dilahirkan, berpunca daripada kemalangan dan juga disebabkan

    oleh faktor penyakit. Gangguan pendengaran boleh merujuk kepada keadaan gangguan

    sedikit sehingga kepada kategori yang lebih teruk. Kanak-kanak yang cacat pendengaran

    perlu rawatan terperinci dan kemudian dibekalkan dengan alat pendengaran. Sekiranya

    mereka menghadapi masalah pendengaran, maka dengan sendiri perkembangan

    pertuturan dan proses pemikiran akan terganggu.

    Dalam menghadapi dunia ini, kanak-kanak yang mempunyai masalah

    pendengaran ini akan menghadapi masalah dan pelbagai cabaran-cabaran tertentu samada

    semasa disekolah atau pun di dunia luar. Ini kerana deria pendengaran sangat bagi

    kehidupan seseorang. Antara cabaran yang akan mereka hadapi ialah kesukaran untuk

    mendengar dan berkomunikasi dengan guru, rakan-rakan dan masyarakat luar.

    Sebagaimana yang diketahui, kanak-kanak yang separuh pekak atau pekak, sukar untuk

    mendengar dengan tepat kerana kerosakan sistem saraf pendengar. Oleh itu, kanak-kanak

    ini mempunyai cabaran dalam berkomunikasi dengan masyarakat. Dengan ini, ibubapa

    sepatutnya mengesan masalah pendengaran anak-anak mereka sejak dari awal lagi untuk

    menggelakkan masalah ini ke peringkat yang lebih teruk.

    Cabaran yang kedua ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran

    tidak gemar untuk bersosial dan mereka akan merasa mudah terasa, rendah diri dan suka

    mengasingkan diri daripada masyarakat. Ini kerana mereka berasa malu dan merasakan

    diri mereka tidak sempurna seperti insan lain. Mereka akan beranggapan masyarakat luar

    tidak akan menerima mereka dan memandang mereka sebagai golongan cacat. Oleh itu

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    36

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    37/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    ibubapa, guru dan masyarakat harus memainkan peranan mereka dalam memberikan

    semangat, motivasi dan perangsang kepada mereka untuk terus maju dan tidak mudah

    takut dengan dunia persekitaran. Mereka perlu di ajar untuk berani berdepan dengan

    kenyataan dan dunia luar yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kanak-kanak

    ini juga harus mempunyai semangat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu. Contohnya

    dalam mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan lagi komunikasi sesama mereka.

    Seterusnya, kanak-kanak yang separuh pekak atau pekak juga akan menghadapi

    masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti lambat untuk memahami

    sesuatu tajuk atau konsep. Ini kerana mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang

    mudah untuk menerima rangsangan dan terus menterjemahkan ke dalam pemikiran untuk

    sesuatu tindakan. Dengan kata lain, mereka sentiasa berdepan dengan masalah dan

    tekanan setiap hari. Di sini terdapat beberapa pakar psikologi serta guru-guru yang

    berkemahiran untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran.

    Misalnya kajian oleh Jonson (1980), mengatakan penggunaan cooperative learning

    boleh memperkembangkan komunikasi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi

    masalah pendengaran. Rosenshine (1983) dalam kajiannya menjelaskan bahawa guru

    yang merangka kaedah pengajaran yang teratur dan mempunyai objektif yang jelas boleh

    membantu kejayaan pengajaran. Kaedah bermain dalam pengajaran juga boleh membantu

    kanak-kanak agar lebih cepat lagi memahami konsep pengajaran yang diajar oleh guru.

    Ini kerana melalui bermain, kanak-kanak dapat menunjukkan gerak kaki, tangan dan

    sebagainya. Ini akan mempercepatkan lagi mesej yang hendak disampaikan.

    Cabaran yang seterusnya, mereka mempunyai persaingan yang hebat dengan

    kanak-kanak normal. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    37

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    38/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    ketinggalan ke belakang dalam apa juga keadaan. Walaupun ada di antara mereka yang

    dapat mengatasi kanak-kanak normal dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

    Contohnya apabila mereka remaja kelak, hanya sebilangan saja di antara mereka yang

    dapat memasuki universiti berbanding dengan remaja normal. Walau bagaimana pun,

    ibubapa dan guru harus sentiasa membimbing dan mendorong mereka untuk terus maju

    dan berjaya seperti kanak-kanak lain. Ini bukan sahaja dalam bidang akedemik tetapi juga

    libatkan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

    8.4 Isu-Isu Semasa Berkaitan dengan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

    Kanak-kanak yang berkeperluan khas sebenarnya mempunyai bakat-bakat yang tersendiri

    Mereka harus dicungkil oleh guru-guru dari semua aspek samada dari segi sukan,

    kreativiti, program-program yang melibatkan masyarakat dan sebagainya. Ini akan

    memberikan mereka lebih berkeyakinan di samping bersukaria dan bersosialisasi antara

    satu sama lain.

    Seterusnya pada tahun 1990-an memperlihatkan kadar pengintergrasian murid-

    murid cacat pendengaran sekolah dengan masyarakat luar kian meningkat. Sebagai

    contoh, penglibatan murid-murid dalam pertandingan sukan, olahraga, komputer, tarian

    dan sebagainya. Penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan bukan

    sahaja telah membuka mata masyarakat tentang potensi sebenar murid-murid cacat

    pendengaran tetapi juga membina keyakinan diri mereka sendiri.

    Artikel yang seterusnya di ambil dari internet dan di tulis oleh Sazali di dalam

    bicara Sazali yang bertarikh 31 Januari 2002. Artikel ini menjelaskan perlabelan yang

    negatif terhadap orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran atau lebih dikenali

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    38

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    39/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    dengan perkataan pekak. Di sini menjelaskan beberapa punca masyarakat memanggil

    dengan label yang negatif. Pertama, situasi negara adalah ketinggalan dalam kesedaran

    mengenai kepekakan. Malaysia tiada program awal bagi membentuk bahasa, komunikasi

    dan minda bayi yang mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak ini akan membesar

    dengan ketiadaan komunikasi kerana ibubapa mereka tidak membimbing mereka dan

    tidak memahami cara berkomunikasi dengan cara yang betul.

    Kanak-kanak ini diabaikan dan ini menyebabkan minda mereka kosong serta

    paling menyedihkan mereka tiada asas bahasa. Jika dibuat perbandingan, kanak-kanak

    yang normal telah dibimbing penguasaan bahasa mulai 1 hari mereka dilahirkan dan

    ianya adalah amat berbeza dengan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran yang

    terpaksa menunggu sehingga 3 tahun lebih untuk dibimbing berkomunikasi, sama ada

    melalui pertuturan atau bahasa isyarat. Kanak-kanak yang lewat diasuh dengan cara yang

    betul, mereka tidak akan mengerti atau lambat memahami keadaan sekeliling. Ini

    menyebabkan mereka disalahtafsir sebagai degil, tidak mendengar nasihat dan

    sebagainya. Ini akan menjadi pemulaan perlabelan negatif tersebut.

    Kedua, negara Malaysia tidak mempunyai akses kepada komunikasi. Kanak-

    kanak bermasalah pendengaran tidak berpeluang untuk menelefon, mengikuti rancangan

    televisyen, mengikuti khutbah Jumaat, ceramah dan sebagainya. Komunikasi tersebut

    adalah amat penting bagi mengembangkan minda mereka serta peluang untuk

    mengkukuhkan asas bahasa melalui penggunaan seharian. Di negara maju, telefon teks

    khas dicipta dan diagihkan kepada mereka yang mengalami masalah pendengaran dan

    mereka akan berpeluang untuk menghantar mesej kepada ibubapa melalui telefon teks

    khas tersebut. Penggunaan sehariannya akan membantu perkembangan minda dan bahasa

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    39

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    40/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    mereka. Rancangan televisyen juga disertakan dengan sarikata sama ada closed

    caption atau open caption. Dengan membaca sarikata tersebut setiap hari, ia akan

    membantu kepada perkembangan minda dan bahasa kanak-kanak yang mempunyai

    masalah pendengaran. Di Malaysia, peluang ini tidak wujud dan menyebabkan kanak-

    kanak yang mengalami masalah pendengaran akan lemah minda, ketertinggalan dan tidak

    berdaya saing. Ibubapa akan berasa malu dan tidak dapat menerima hakikat yang mereka

    mempunyai anak yang bermasalah dalam pendengaran dan mereka ini akan sukar

    diterima ke dalam masyarakat yang maju.

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    40

    BAB 9

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    41/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    CADANGAN DAN PENDAPATCADANGAN DAN PENDAPAT

    9.0 Pengenalan

    Kanak-kanak yang kurang upaya dalam pendengaran masih tidak terlambat untuk

    mendidik dan membimbing mereka. Sungguhpun dari segi lahiriah atau luaran mereka

    kelihatan segar atau cergas dan tiada kecacatan fizikal, tetapi dari segi dalaman mereka

    menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi, membaca dan memahami sesuatu.

    Sekiranya masalah tersebut tidak dapat diatasi oleh pihak ibubapa dan guru-guru pada

    peringkat awal sudah pasti masa depan mereka tidak secerah kanak-kanak normal dan

    gelap. Jika mereka dilatih dengan sistematik oleh guru-guru yang mempunyai latihan

    khusus dalam masalah pendengaran, suatu hari nanti mereka boleh maju dan boleh

    bekerja di jabatan-jabatan tertentu.

    9.1 Cadangan dan Pendapat

    Ibubapa seharusnya peka dan lebih bertanggungjawab dengan keadaan diri anak-anak.

    Berkaitan dengan masalah pendengaran, mereka harus mengesan masalah pendengaran

    anak-anak mereka sejak dari awal lagi sekiranya mereka merasakan anak mereka

    mempunyai masalah kurang pendengaran untuk menggelakkan masalah ini ke peringkat

    yang lebih teruk.

    Kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu didedahkan dengan kemudahan

    peralatan mengajar yang mencukupi dan pelbagai kaedah serta teknik mengajar untuk

    mempercepatkan lagi memahami konsep pengajaran yang diajar oleh guru. Selain itu,

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    41

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    42/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    ibubapa dan guru hendaklah sentiasa mengambil berat, memberikan semangat, dorongan

    dan motivasi dari masa ke semasa untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah

    pendengaran supaya mereka merasakan diri mereka di sayangi dan tidak tersisih.

    Sentiasa melibatkan mereka dengan pelbagai pendedahan seperti mengadakan

    pertandingan sukan, pertandingan melukis dan mewarna, tarian, kreativiti dan

    sebagainya. Mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat yang menarik seperti zoo,

    muzium dan sebagainya untuk membuka minda mereka ke skop yang lebih luas dengan

    melihat dunia persekitaran serta untuk memotivasikan diri mereka supaya tidak mudah

    tersisih dari masyarakat.

    Bahagian Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur perlu

    menghantar lebih ramai guru yang mendapat latihan yang cukup dalam kaedah mengajar

    kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Salah satu kedah yang disarankan ialah

    penggunaan bahasa isyarat. Pada masa kini masih ada guru-guru yang tidak terlatih

    dalam bidang tersebut mengajar di sekolah pendidikan khas. Ini akan menimbulkan

    masalah kepada guru-guru berkenaan.

    KESIMPULANKESIMPULAN

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    42

    BAB 10 10

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    43/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    10.0 Kesimpulan

    Kesimpulannya ialah semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan sistem

    pendidikan khas di Malaysia berjalan lancar demi membantu murid-murid yang

    mengalami masalah pendengaran umumnya. Apa yang pasti, kursus yang pendek kurang

    dari sebulan tidak cukup untuk membantu dan mendedahkan guru-guru kepada

    pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan proses pengajaran

    dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak

    masalah pendengaran supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tertentu kanak-

    kanak itu dalam proses pembelajaran seperti memilih pedagogi sesuai dengan keupayaan

    pelajar dalam proses pembelajaran.

    Walaubagaimanapun, kini timbul persoalan setakat mana pendidikan dan

    perkhidmatan khas yang disediakan untuk pelajar khas menjamin mereka boleh

    meningkat dalam kehidupan, berdikari dan menjadi manusia yang produktif. Bagi pelajar

    khas, mereka memerlukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membolehkan mereka

    mempelajari kemahiran tertentu dan mencapai potensi maksimum mereka di dalam bilik

    darjah.

    Oleh itu, sistem pendidikan khas berfungsi untuk menyediakan peluang

    pendidikan untuk kanak-kanak khas yang setanding dengan peluang pendidikan untuk

    rakan sebaya mereka yang normal. Setelah kita ketahui, sistem pendidikan khas telah

    wujud sejak awal abad ke-19 dan telah menjalani pelbagai perubahan. Perubahan itu

    mencerminkan perubahan sistem politik, sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat. Kini,

    kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah sama seperti

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    43

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    44/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerima hak-hak

    yang sama tanpa diskriminasi.

    Sesungguhnya isu keperluan golongan khas ini khususnya dalam pendidikan

    wajar selari dengan konsep masyarakat penyayang yang sedang dipupuk dalam

    kehidupan rakyat Malaysia. Sewajarnya Pendidikan Khas diberi perspektif baru dalam

    pendidikan. Selain tenaga pengajar yang terlatih, prasarana yang dibina semestinya

    mengambil kira kesesuaian dengan kehendak kurikulum. Indikator penting yang menjadi

    pemacu negara maju ialah pendidikan. Pendidikan bukan sahaja dapat mengubah

    penampilan dan kualiti individu tetapi jauh lebih penting mampu membina kemakmuran

    dan kesejahteraan negara.

    Bibliografi

    Jamila K.A. Mohamed (2006),Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.Kuala

    Lumpur : PTS Professional. Publishing Sdn Bhd.

    Mohd Salleh Lebar (1999).Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam Pendengaran.

    Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    44

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    45/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    Rohaty Mohd Majzub dan Abu Bakar Nordin (1989).Pendidikan Prasekolah. Kuala

    Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Lokman Saim (2004).Pengendalian Kanak-kanak Cacat Pendengaran : Satu Anjakan

    Paradigma . Bangi : Penerbit UKM

    Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004). Integrasi sosial murid

    berkeperluan

    khas bermasalah pendengaran dalam program inklusif. Bangi: Fakulti Pendidikan

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mohd Siraj Awang (1996).Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

    Sdn. Bhd.

    Noraini (1980).Kaedah dan Teknik Pelajaran Kanak-Kanak dengan Berkeperluan Khas.

    Shah Alam: Fajar Bakti.

    Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992).Memahami Psikologi Pembelajaran Kanak-

    Kanak Bermasalah Pendengaran. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn.

    Bhd.

    John & Cruickhakn (1975).A Practical Guide to Solving Special Education Behavior

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    45

  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    46/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _

    Problem. (2nd. Ed.), NY: Delmar

    http://www.epekak.net.my/bicara_sazali/2002/01_2002.htm

    http://www.disabilitymalaysia.com/index2.php?type=view&table=factsheet&id=68

    http://www.rit.edu/~msl8363/fsd50/history.html

    ________________________________________________________________________________________________

    Kanak-Kanak Dengan Berkeperluan Khas (KAP 3013)

    46

    http://www.epekak.net.my/bicara_sazali/2002/01_2002.htmhttp://www.disabilitymalaysia.com/index2.php?type=view&table=factsheet&id=68http://www.rit.edu/~msl8363/fsd50/history.htmlhttp://www.epekak.net.my/bicara_sazali/2002/01_2002.htmhttp://www.disabilitymalaysia.com/index2.php?type=view&table=factsheet&id=68http://www.rit.edu/~msl8363/fsd50/history.html
  • 7/23/2019 65970746-PEKAK

    47/47

    Sistem Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran Di Malaysia_______________________________________________________________________________________________

    _