66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN 34500 BATU KURAU, PERAK KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN. DISEDIAKAN OLEH: MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN APRIL 2009 SEDAKA CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN 34500 BATU KURAU, PERAK KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN. DISEDIAKAN OLEH: MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN APRIL 2009 SEDAKA CEMERLANG

Transcript of 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

Page 1: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN

34500 BATU KURAU, PERAK

KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2009

SEDAKA CEMERLANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDIN

34500 BATU KURAU, PERAK

KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK DATO KAMARUDDIN.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2009

SEDAKA CEMERLANG

Page 2: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

KERTAS KERJA PENUBUHAN KUMPULAN NASYID DAN KOMPANG PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO KAMARUDDINBATU KURAU, TAIPING

Page 3: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

PERAK.

1.0 Pengenalan :

Tilawah Pendidikan Khas adalah acara tahunan yang diadakan bagi memilih

peserta-peserta ke peringkat kebangsaan saban tahun. Antara acara-acara yang

dipertandingkan adalah seperti nasyid, hafazan, bercerita, azan dan tilawah Al-Quran.

Kumpulan nasyid program Pendidikan Khas Integrasi Sek.Men.Keb Dato Kamaruddin

telah ditubuhkan sejak tahun 2007. Namum sejak 2 tahun ia ditubuhkan, kumpulan ini

masih lagi tidak mempunyai peralatan muzik mahupun pakaian seragam semasa

pertandingan diadakan. Alatan muzik dan pakaian terpaksa dipinjam daripada Program

arus perdana dan ini mendatangkan masalah sekiranya kumpulan nasyid ingin

mengadakan latihan dan juga semasa pertandingan.

Disamping itu Program Pendidikan Khas Integrasi juga bercadang menubuhkan

kumpulan Kompang. Wujudnya kumpulan ini kelak, dapatlah diperbanyakkan lagi

aktiviti luar kelas untuk pelajar disamping proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada

sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Kelak setiap program yang dijalankan oleh unit

Pendidikan Khas daerah Larut Matang dan Selama boleh melibatkan kumpulan kompang

Program Pendidikan Khas SMK Dato Kamaruddin.

1.1 Kejayan yang telah dicapai.

Tahun 2007 – tempat ke 3 (tanpa peralatan muzik)

Tahun 2008 – tempat ke 3 (peralatan muzik dipinjam daripada arus perdana)

2.0 Objektif:

2.1. Menubuhkan kumpulan nasyid dan kompang untuk pelajar berkeperluan khas

Sek.Men.Keb.Dato Kamaruddin.

2.2 . Menyediakan kumpulan nasyid dan kompang Program Pendidikan Khas

Integrasi dengan peralatan muzik serta pakaian yang lengkap.

2.3. Menggalak dan mendedahkan pelajar berkeperluan khas dengan aktiviti yang

boleh menampilkan bakat mereka.

Page 4: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

2.4. Membina keyakinan diri untuk hidup berdikari dalam kelompok masyarakat.

3.0 Rasional :

Pelajar-pelajar berkeperluan khas juga mempunyai bakat didalam bidang

nyanyian dan permainan alatan muzik. Setiap tahun Program Tilawah yang

merangkumi pertandingan tilawah al-quran,nasyid,hafazan,bercerita,azan dan lain-

lain akan diadakan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas.Kumpulan ini juga ingin

mempunyai pakaian serta alatan muzik untuk kumpulan nasyid dan kompang sendiri

dan ianya bagi memudahkan tugas guru-guru untuk menjalankan proses latihan.

4.0 Ahli Kumpulan/kumpulan sasaran:

4.1. Terbuka kepada semua pelajar yang berminat.

4.2. Proses pemilihan akan dibuat oleh guru yang terlibat.

4.3. Seramai 12 pelajar yang layak akan dipilih untuk setiap persembahan

atau

pertandingan yang disertai.

4.4. Nama kumpulan nasyid dan kompang yang dicadangkan ialah Al-Qurawi

5.0. Peralatan Muzik yang di perlukan:

5.1. Tambourine.

5.2. Metal Shaker

5.3. Conga

5.4. Djembe/Drabuka

5.5. Chimes Bar

5.6. Kompang

5.7. Bongo

6.0 Pakaian:

Page 5: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

6.1 Baju Melayu (Kuning)

6.2 Samping

6.3 Songkok

6.4 Butang baju melayu

6.5 Capal

6.6 Baju kurung (kuning)

6.7 Tudung

6.8 Keronsang untuk tudung

6.9 Sandal pelajar perempuan

7.0 Anggaran Kos diperlukan:

No. Barangan Kuantiti Harga seunit(RM) Jumlah (RM)1. Conga 1 1150.00 1150.002. Bongo 1 230.00 230.003. Chimes Bar 1 285.00 285.004. Drabuka/Djembe 1 525.00 525.005. Kompang 10 inci 2 70.00 140.006. Kompang 12 inci 8 80.00 640.007. Tamborine 2 42.00 84.008. Metal Shaker 2 48.00 96.009. Baju Melayu 12 70.00 840.0010. Baju Kurung 5 50.00 250.0011. Songkok 12 15.00 180.0012. Capal 12 15.00 180.0013. Samping 12 30.00 360.0014. Butang baju Melayu 12 5.00 60.0015. Tudung 5 20.00 100.0016. Keronsang 5 5.00 25.0017. Sandal Pelajar perempuan 5 20.00 100.00

JUMLAH KOS 5245.00

8.0 Peruntukan Kewangan:

Page 6: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

- Wang Suwa Kantin/ Wang Suwa Pelbagai Sukan.

9.0 Penutup

Bagi merealisasikan penubuhan kumpulan nasyid Pendidikan Khas, di harap

warganya dapat memberikan komitmen sepenuhnya agar kumpulan ini dapat mengharum

dan menaikkan nama sekolah diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Warganya juga diharap tidak mensia-siakan kemudahan yang akan disediakan oleh pihak

sekolah kelak. Justeru diharap dapat menjadikan kumpulan nasyid ini sebagai pemangkin

serta pencetus semangat kepada pelajar-pelajar lain yang tidak berminat menyertai

kumpulan nasyid sebelum ini.

Wujudnya kumpulan ini kelak, diharap ianya dapat memenuhi ruang aktiviti sihat

di masa lapang dan dapat mencungkil bakat yang ada pada pelajar berkeperluan khas.

Penubuhan kumpulan ini juga diharap dapat menjadikan pelajar berkeperluan khas lebih

yakin dan berani untuk berkomunikasi dan bergaul dalam masyarakat setempat sekiranya

telah tamat tempoh persekolahan kelak.

Disediakan oleh:

Page 7: 66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas

(MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN)Jurulatih Pasukan Nasyid,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau.

Disahkan Oleh:

(NOR MALA BT ABDUL)Penyelaras,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau.

Diluluskan oleh:

(KAMAL BIN MANSOR)Pengetua,SMK Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau.