694

9
PEMBUATAN KEPUTUSAN KOLABORATIF: SIKAP GURU DAN GALAKAN PENGETUA Dr Norazlinda Saad([email protected]) Dr Surendran Sankaran ([email protected]) Universiti Utara Malaysia Abstrak: Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum memerlukan proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua dan guru di samping kepimpinan pengetua yang berkesan. Dapatan kajian lepas menunjukkan dalam konteks pengurusan sekolah, amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan secara kolaboratif amat terbatas dan sikap guru sendiri menjadi punca kurangnya penglibatan guru dalam membuat keputusan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap guru terhadap variabel galakan pengetua untuk melibatkan guru dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif. Kajian ini berbentuk tinjauan dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis kajian rintis menunjukkan item-item kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.94. Seramai 399 orang guru SMK telah dipilih sebagai dipilih secara rawak dari SMK berpencapaian tinggi di seluruh negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru dengan galakan pengetua. Variabel sikap guru mempunyai pengaruh yang siginifikan terhadap galakan pengetua. Ini menjelaskan bahawa kesediaan guru-guru itu sendiri untuk terlibat dalam proses membuat keputusan akan meningkatkan tahap galakan pengetua untuk melibatkan guru dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif di sekolah. Kata kunci: Sikap Guru, Galakan Pengetua, Pembuatan Keputusan PENGENALAN Faktor kekuatan sesebuah organisasi adalah penglibatan individu-individu tertentu dalam organisasi pembuatan keputusan dan memberikan pengupayaan kepada mereka dalam setiap peringkat demi menyumbang ke arah pembentukan keputusan yang berkualiti. Justeru, kolaboratif seharusnya dijadikan amalan di sekolah kerana apabila wujud kerjasama dan kolaboratif antara guru dan pengetua, kepercayaan guru terhadap pengetua dan kepercayaan pengetua terhadap guru akan meningkat. Kajian oleh Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) ke atas 200 orang guru sekolah menengah di Batu Pahat Johor mendapati kepimpinan yang mengutamakan amalan autonomi guru, kolaboratif, melatih guru dinilai mampu mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru terhadap pengetua. Maka dengan itu, tahap kepercayaan yang tinggi oleh guru kepada pengetua akan mempengaruhi komitmen guru dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada sekolah. PENYATAAN MASALAH Di sekolah, soal penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadi isu penting. Sesetengah guru tidak suka melibatkan diri dalam membuat keputusan. Kebanyakan guru lebih gemar mengajar daripada terlibat dan komited dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun, jelas daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, pembuatan keputusan yang melibatkan guru-guru memberi kesan dan faedah kepada organisasi sekolah itu sendiri (Cook, 2002; Aeiman Ahmad Al-Omari, 2007; Enver-Sari, 2008; Habib Mat Som & Megat Ahmad KamaluddinMegat Daud, 2008). Justeru, jenis-jenis keputusan dan birokrasi membataskan peranan guru dalam membuat keputusan, komunikasi kurang berkesan antara pengetua dan

description

KESIHATAN

Transcript of 694

Page 1: 694

PEMBUATAN KEPUTUSAN KOLABORATIF: SIKAP GURU DAN

GALAKAN PENGETUA

Dr Norazlinda Saad([email protected])

Dr Surendran Sankaran ([email protected])

Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum memerlukan

proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua dan guru di samping

kepimpinan pengetua yang berkesan. Dapatan kajian lepas menunjukkan dalam konteks

pengurusan sekolah, amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan secara kolaboratif

amat terbatas dan sikap guru sendiri menjadi punca kurangnya penglibatan guru dalam

membuat keputusan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap guru terhadap

variabel galakan pengetua untuk melibatkan guru dalam proses membuat keputusan secara

kolaboratif. Kajian ini berbentuk tinjauan dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen

kajian. Analisis kajian rintis menunjukkan item-item kajian ini mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.94. Seramai 399 orang guru SMK telah dipilih sebagai

dipilih secara rawak dari SMK berpencapaian tinggi di seluruh negeri Kedah. Dapatan

kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru dengan galakan

pengetua. Variabel sikap guru mempunyai pengaruh yang siginifikan terhadap galakan

pengetua. Ini menjelaskan bahawa kesediaan guru-guru itu sendiri untuk terlibat dalam

proses membuat keputusan akan meningkatkan tahap galakan pengetua untuk melibatkan

guru dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif di sekolah.

Kata kunci: Sikap Guru, Galakan Pengetua, Pembuatan Keputusan

PENGENALAN

Faktor kekuatan sesebuah organisasi adalah penglibatan individu-individu tertentu dalam

organisasi pembuatan keputusan dan memberikan pengupayaan kepada mereka dalam setiap

peringkat demi menyumbang ke arah pembentukan keputusan yang berkualiti. Justeru,

kolaboratif seharusnya dijadikan amalan di sekolah kerana apabila wujud kerjasama dan

kolaboratif antara guru dan pengetua, kepercayaan guru terhadap pengetua dan kepercayaan

pengetua terhadap guru akan meningkat.

Kajian oleh Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) ke atas 200

orang guru sekolah menengah di Batu Pahat Johor mendapati kepimpinan yang

mengutamakan amalan autonomi guru, kolaboratif, melatih guru dinilai mampu

mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru terhadap pengetua. Maka dengan itu,

tahap kepercayaan yang tinggi oleh guru kepada pengetua akan mempengaruhi komitmen

guru dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada sekolah.

PENYATAAN MASALAH

Di sekolah, soal penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadi isu penting. Sesetengah

guru tidak suka melibatkan diri dalam membuat keputusan. Kebanyakan guru lebih gemar

mengajar daripada terlibat dan komited dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun,

jelas daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, pembuatan keputusan yang melibatkan

guru-guru memberi kesan dan faedah kepada organisasi sekolah itu sendiri (Cook, 2002;

Aeiman Ahmad Al-Omari, 2007; Enver-Sari, 2008; Habib Mat Som & Megat Ahmad

KamaluddinMegat Daud, 2008). Justeru, jenis-jenis keputusan dan birokrasi membataskan

peranan guru dalam membuat keputusan, komunikasi kurang berkesan antara pengetua dan

Page 2: 694

2

guru-guru dan Pengetua bukan pemimpin pengajaran (Hoy & Miskel, 2001; Sergiovanni,

2001; Ahmad Zabidi, 2005; Bity, Ahmad, Ramlee & Mohammed Sani , 2009; Joriah Md

Saad, 2009; Gokturk & Mueller, 2010.

Berdasarkan beberapa kajian yang lepas dalam dan luar negara, jelas menunjukkan

bahawa tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan masih rendah (Duke, Shower &

Imber, 1980; Rice & Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Asefa

Abahumna, 2010). Manakala kajian yang dilakukan oleh Teng Lung Kiu (2006) terhadap 376

guru dari 18 buah sekolah menengah di Kuching dan Samarahan, Sarawak mendapati tahap

penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah sederhana.

Walau bagaimanapun, kajian tentang hubungan antara sikap dengan galakan pengetua

di Malaysia masih terhad. Mekanisme untuk memahami pengaruh tersebut tidak dijalankan

secara empirikal dan komprehensif terutamanya dalam konteks di Malaysia. Ahmad Zabidi

(2005) dan Gokturk dan Mueller (2010) yang mendapati apabila pengetua memberi peluang

kepada guru-guru untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan maka komitmen

guru untuk menjayakan program lebih terserlah. Dapat dirumuskan bahawa sikap guru dalam

membuat keputusan dapat memberi sumbangan terhadap peranan dan kepentingan galakan

pengetua di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pengaruh sikap guru

dalam membuat keputusan terhadap galakan pengetua di sekolah berpencapaian tinggi.

OBJEKTIF KAJIAN

1. mengenal pasti tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan.

2. mengenal pasti pengaruh sikap guru dalam membuat keputusan terhadap galakan

pengetua

TINJAUAN LITERATUR

Sikap Guru dalam Membuat Keputusan

Sikap guru merupakan variabel penting dalam pelaksanaan kelas

idea-idea baru dan pendekatan yang lebih baik dalam memberi arahan (Reinke & Moseley,

2002). Jaafar Muhamad (1997) mendefinisikan sikap sebagai satu kenyataan penilaian sama

ada menyukai atau tidak menyukai sesuatu objek, orang atau kejadian. Justeru, sikap dapat

menggambarkan perasaan seseorang terhadap sesuatu. Dalam kajian ini, sikap guru merujuk

kepada tanggapan, penyataan, tindakan perlakuan dan perasaan guru untuk terlibat sama

dalam membuat keputusan. Carr (1990) mendapati sikap hanya boleh diubah oleh individu

apabila mereka sedar melalui elemen dan bukti yang mana ia dapat memberi lebih banyak

manfaat kepada orang lain.

Sikap guru sangat penting disebabkan adanya hubungan antara sikap dan tindakan.

Sikap guru sering diterjemahkan ke dalam amalan-amalan pengajaran dalam bilik darjah

yang dikatakan mempengaruhi tingkah laku murid dan hasil pembelajaran (Cook, 2002).

Daripada perspektif pembuat keputusan, mereka boleh menunjukkan sikap yang berlainan

daripada yang diminta (Aeiman Ahmad Al-Omari, 2007) yang membawa maksud sesuatu

tingkah laku itu berlaku disebabkan oleh konteks tindakan itu muncul secara tiba-tiba dan

konteks organisasi yang luas di mana keputusan itu dibuat (Sutcliffe & McNamara, 2001).

Memandangkan institusi adalah berstruktur, pentadbir dikatakan mengawal maklumat. Walau

Page 3: 694

3

bagaimanapun, guru-guru masih berhak untuk terlibat sama dalam membuat keputusan

(Welsh, Nunez & Petrosko, 2005).

Galakan Pengetua dalam Membuat Keputusan

Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) dan Eisenberger, Huntington,

Hutchison dan Sowa (1986) menyatakan sokongan organisasi sebagai kepercayaan seseorang

dari segi sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan atau

organisasinya. Dalam kajian ini, galakan pengetua bermaksud pengetua menyatakan

kesediaan dan sokongan serta mempunyai interaksi dengan guru untuk melibatkan mereka

ketika membuat keputusan.

Sergiovanni (2001) mendapati pemimpin yang bersikap menyokong akan menjalin

hubungan yang baik dengan subordinat. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran

membimbing urus perbincangan supaya saluran idea tetap ada dan tidak menimbulkan

konflik. Kemahiran pemimpin sekolah membimbing hala tuju dan gaya perbincangan akan

mempengaruhi semangat dan komitmen guru terhadap penglibatan dalam membuat

keputusan secara kolaboratif. Kajian oleh Hoy dan Miskel (2001) turut mendapati peluang

untuk berkongsi dalam pembentukan dasar atau polisi adalah faktor yang penting dalam

menaikkan semangat guru dan kecintaan mereka terhadap sekolah. Penglibatan guru dalam

proses pembuatan keputusan adalah berkait secara positif terhadap kepuasan kerja guru.

Didapati guru-guru lebih menyukai pengetua yang menggalakkan penglibatan mereka ketika

proses pembuatan keputusan.

Kajian oleh Ishak Sin (1993) ke atas 463 orang guru di 33 buah sekolah menengah di

Kelantan menunjukkan bahawa guru-guru lebih bermotivasi apabila mereka mendapati

pengetua mereka melaksanakan budaya kolaboratif di sekolah. Dapatan ini disokong oleh

Noor Hashimah Hassan (2000) dalam kajiannya yang mendapati terdapat hubungan yang

signifikan antara pengurusan kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Oleh itu, pengurusan

kolaboratif berupaya meningkatkan tahap motivasi guru. Bity Salwana, Ahmad Basri,

Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009) juga mendapati kebanyakan pengetua

mengakui memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum dengan menghadirkan

diri dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap

mengambil berat terhadap program kurikulum.

Kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani Abdullah (2005) terhadap guru-guru dan

pengetua dari 151 buah sekolah menengah harian biasa di negeri Kedah, Pulau Pinang dan

Perlis menunjukkan bahawa guru-guru yang menganggap pengetua mereka mempunyai

keterampilan peribadi yang baik maka guru-guru tersebut akan menunjukkan sikap positif

terhadap proses pembuatan keputusan secara kolaboratif terhadap organisasi.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini

adalah guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi negeri Kedah. Seramai 480 orang guru dipilih

dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Pemilihan sampel kajian ini adalah

berdasarkan kepada dua kriteria iaitu sampel yang dipilih terdiri daripada guru yang terlatih

dan telah berkhidmat di bawah pengetua berkenaan sekurang-kurangnya selama satu tahun.

Page 4: 694

4

Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur untuk

mengutip data. Soal selidik kajian ini diadaptasikan dari kajian-kajian lepas. Analisis kajian

sebenar menunjukkan soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu

α=0.94. Jadual 1 menunjukkan sumber soal selidik kajian ini.

Jadual 1

Instrumen Kajian

Variabel Bil. Item Sumber

Sikap Guru dalam Membuat

Keputusan

9 Rahmad Sukor Ab. Samad dan

Norliza Shoib (2006)

Galakan Pengetua 25 Lokman Mohd Tahir, Hamdan

Said, Rosni Zamuddin Shah

Sidek, M. Al-Muzammil Yassin

dan Sanitah Mohd Yusof (2008)

Data yang dikumpul diuji dari segi andaian-andaian perhubungan yang linear, normal,

homoskedastisiti, ungkapan ralat adalah tak bersandar, multikoliniriti dan outliers supaya

data ini memenuhi andaian-andaian korelasi dan regresi berganda. Analisis statistik deskriptif

seperti min dan sisihan piawai telah digunakan untuk menerangkan Tahap Galakan Pengetua.

Statistik inferensi seperti regresi telah digunakan untuk mengkaji pengaruh yang signifikan

antara sikap guru dan galakan pengetua.

DAPATAN KAJIAN

Tahap Galakan Pengetua

Jadual 2 menunjukkan tahap galakan pengetua dianalisis dengan menggunakan nilai skor min

yang diperoleh. Tahap galakan pengetua yang diperoleh dikategorikan berdasarkan kepada

dua tahap iaitu tahap galakan pengetua rendah sekiranya nilai skor min adalah di antara “1.00

hingga 3.00”. Manakala tahap galakan pengetua tinggi jika skor min adalah di antara “3.01

hingga 5.00”.

Jadual 2

Tahap Galakan Pengetua

Min SP

Galakan Pengetua 3.37 0.72

Berdasarkan kepada Jadual 2, tahap galakan pengetua adalah “tinggi” kerana nilai min yang

diperoleh adalah 3.37. Tahap galakan pengetua yang tinggi berada dalam skor min antara

3.01 hingga 5.00.

Page 5: 694

5

Pengaruh Sikap Guru dalam Membuat Keputusan terhadap Galakan Pengetua

Jadual 3

Analisis Regresi Berganda Pengaruh Variabel Sikap Guru dalam Membuat Keputusan

terhadap Variabel Galakan Pengetua

Variabel Bersandar Galakan Pengetua

Variabel Bebas Sikap

0.312*

Nilai Perubahan F R

2 R

2 Terlaras

21.410* 0.140 0.133

* Sig pada p<0.05

Variabel Sikap Guru (Jadual 3) dalam membuat keputusan dapat menjelaskan 14% varians

(R²) ke atas galakan pengetua. Dapatan juga menunjukkan variabel sikap guru (β=0.312,

t=6.647, p<.05) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap variabel galakan pengetua.

Keputusan koefisien piawai 0.312 menjelaskan bahawa satu unit pertambahan kepada Sikap

guru memberi pertambahan sebanyak 0.312 nisbah kebarangkalian terhadap galakan

pengetua. Pengaruh yang positif ini menjelaskan bahawa guru-guru menunjukkan sikap yang

positif apabila terdapat galakan daripada pengetua dalam membuat keputusan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN

Tahap Galakan Pengetua

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan

adalah tinggi. Namun demikian, kajian ini tidak menyokong kajian Harrison (1998) yang

mendapati guru besar di sekolah rendah memberikan pengaruh yang rendah kepada pihak

kementerian pelajaran di Israel berbanding pengetua sekolah menengah. Keputusan ini

menjelaskan bahawa apabila galakan pengetua adalah tinggi, guru-guru lebih bermotivasi

untuk melaksanakan kerja-kerja kolaboratif termasuk dalam aktiviti membuat keputusan

(Ishak Sin, 1993). Malah dapatan ini tidak menghairankan kerana menurut Bity Salwana,

Ahmad Basri, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009), kebanyakan pengetua

mengakui memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum dengan menghadirkan

diri dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap

mengambil berat program-program kurikulum yang dijalankan.

Pengaruh Sikap Guru Terhadap Galakan Pengetua

Dapatan kajian menunjukkan Sikap Guru di sekolah berpencapaian tinggi mempunyai

pengaruh yang signifikan terhadap galakan pengetua. Dengan kata lain, guru-guru di sekolah

berpencapaian tinggi menunjukkan sikap yang positif apabila terdapat galakan daripada

pengetua dalam membuat keputusan. Hal ini adalah kerana sikap dan tingkah laku seseorang

individu turut memainkan peranan penting dalam membuat keputusan (Enver-Sari, 2008).

Malahan sikap guru juga menjadi lebih positif, berasa lebih selesa dan bermotivasi serta lebih

Page 6: 694

6

terbuka apabila diberi peluang untuk terlibat dalam proses membuat keputusan (Rahmad

Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib, 2006; Mualuko, Mukasa & Judy, 2009).

Di samping itu, kajian oleh Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin

mendapati kepimpinan yang mengutamakan amalan autonomi guru dan pembuatan

keputusan secara kolaboratif mampu mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru

terhadap pengetua.

Implikasi Kajian

Sikap guru dalam membuat keputusan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap

galakan pengetua di sekolah. Guru-guru perlu diberi pendedahan tentang peranan mereka

dalam pembuatan keputusan di sekolah supaya dapat membentuk sikap positif guru untuk

terlibat dalam membuat keputusan. Proses pembuatan keputusan di sekolah perlu

menitikberatkan faktor-faktor sikap guru dan galakan pengetua kerana perubahan dalam

faktor-faktor tersebut turut menyebabkan berlakunya perubahan dalam penglibatan guru

dalam membuat keputusan. Dapatan kajian ini juga membantu guru untuk mengetahui

kepentingan peranan mereka dalam membuat keputusan di sekolah.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan boleh menggunakan soal selidik kajian ini ke atas populasi yang berbeza

dari segi tempat dan juga unit kajian. Kajian boleh dijalankan di seluruh negara dengan

melibatkan guru-guru sama ada dari sekolah menengah atau dari sekolah rendah. Selain

itu, unit kajian yang dicadangkan adalah guru-guru yang terlibat dengan pentadbiran.

Kajian perbandingan juga boleh dilakukan antara jenis-jenis sekolah luar bandar dan

bandar, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan sekolah kebangsaan, sekolah

menengah dan sekolah rendah atau sekolah kerajaan dengan swasta.

Dalam kajian ini, penyelidik hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja. Kajian

lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah kualitatif lain seperti kaedah

pemerhatian atau temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan

menyokong dapatan kajian.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menjelaskan bahawa sikap guru positif ditunjukkan

oleh mereka sekiranya diberi peluang untuk terlibat dalam membuat keputusan di sekolah.

Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang yang seimbang dalam proses membuat keputusan

dan peluang tidak seharusnya dibatasi dengan kriteria-kriteria tertentu. Hal ini adalah bagi

memastikan keputusan tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh setiap warga sekolah

dengan lebih efektif. Walaupun guru digalakkan untuk turut melibatkan diri dalam proses

membuat keputusan tetapi pengetua mempunyai akauntibiliti dan keputusan terakhir masih di

tangannya. Justeru, galakan pengetua adalah penting memandangkan setiap keputusan yang

dibuat akan memberi implikasi kepada warga sekolah khususnya murid dan guru. Galakan

daripada pengetua secara berterusan akan mempengaruhi sikap guru untuk turut terlibat

dalam membuat keputusan. Sikap positif guru seterusnya akan memberi kesan kepada

perubahan positif guru dalam membuat keputusan di sekolah.

Page 7: 694

7

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah. (2005). Kepimpinan transformasi pengetua dan penggantian

kepimpinan sebagai penentu komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga

organisasi pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 53-68.

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2005). Kepimpinan berasaskan permuafakatan ke arah

peningkatan budaya mengkaji di kalangan guru. Prosiding Seminar Penyelidikan

Pendidikan. 15-16 September 2005. Sarawak: Institut Perguruan Batu Lintang.

Aieman Ahmad Al-Omari. (2007). The organization of academic departments and

participation in decision making as perceived by faculty members in Jordanian

Universities. International Studies in Educational Administration, 35 (2), 82-100.

Asefa Abahumna. (2010). The level of teachers. participation in decision making process at

higher educational institutions: A case of Adama University. International Journal of

Educational Administration, 2 (3), 271-282.

Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani

Ibrahim. (2009). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan,

kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah menengah Malaysia. Seminar

Pendidikan Serantau ke4 dan Pertandingan Penyelidikan Nusantara 2009. 18-21 Mei

2009. Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.

Carr, M. (1990). The role of context and development from a lifespan perspective. In W.

Schneider and F. E. Weinert (eds.). Interactions among aptitudes, strategies, and

knowledge in cognitive performance. New York: Springer Verlag, 222–231.

Cook, B. G. (2002). Inclusive attitudes, strengths, and weaknesses of preservice general

educators enrolled in a curriculum infusion teacher preparation program. Teacher

Education and Special Education, 25, 262-277.

Duke, D. L., Shower, B. K., & Imber, M. (1980). Teachers and shared decision making: The

cost and benefit of involvement. Educational Administration Quarterly, 16 (1), 93-106.

Enver-Sari. (2008). The relations between decision making in social relationships and

decision making styles. World Applied Sciences Journal, 3 (3), 369-381.

Eisenberger, R., Huntington, P., Hutchison, J., & Sowa, V. (1986). Perceived organizational

support. Journal of Applied Psychology, 71, 500-507.

Gokturk, S., & Mueller, R. O. (2010). Multidimensionaly of teacher participation in scholl

decision making. Journal of Applied Sciences, 10 (14), 1421-1427.

Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2008). Globalisasi dan

Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31 (1), 91-101.

Harrison, J. (1998). School governance: Is the clash between teachers and principal

inevitable. Journal of Educational Administrative, 36, 9-82.

Page 8: 694

8

Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2001). Educational administration: Theory practice and

research. New York: McGraw-Hill Inc.

Hoyle, E. (2003). Teacher involvement in school decision-making: A comparative

perspective. Diakses dari http://el.usm.my/academic/spoo/06e1.pdf, pada 25 Januari 2008

pada 7 pagi.

Ishak Sin. (1993). Perkaitan antara kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis

Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Jaafar Muhamad. (1997). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin

& Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di

Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Lokman Mohd Tahir & M. Al-Muzammil Yassin. (2008). Impak psikologi guru hasil

kepimpinan pengetua. Jurnal Teknologi, 48 (E), 129-139.

Mualuko, N. J., Mukasa, S. A., & Judy, A. S. K. (2009). Improving decision making in

schools through teacher participation. Educational Research and Review, 4 (8), 391-397.

Noor Hashimah Hassan. (2000). Perkaitan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap

motivasi guru: Tinjauan di sekolah-sekolah menengah daerah Segamat. Tesis Sarjana

Yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nooraini Kamaruddin. (1998). Hubungan antara pengetua dan guru dalam membuat

keputusan kurikulum: Satu kajian di sekolah-sekolah berasrama penuh di Wilayah

Persekutuan. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rahmad Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib. (2006). Amalan kolaboratif dalam pembuatan

keputusan dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Reinke, K., & Moseley, C. (2002). The effects of teacher education on elementary and

secondary preservice teachers’ beliefs about integration: A longitudinal study. Action in

Teacher Education, 24, 31-39.

Rice, E. M., & Schneider, G. T. (1994). A decade of teacher empowerment: An empirical of

teacher involvement in decision making 1980-1991. Journal of Education Administration,

32, 43-58.

Sergiovanni, T. J. (2001). Leadership: What’s in it for schools?. London: Routledge.

Sutcliffe, K., & McNamara, G. (2001). Controlling decision making practice in organization.

Organization Science, 12 (4), 484-501.

.

Page 9: 694

9

Teng Lung Kiu. (2006). Pengaruh faktor terpilih terhadap efikasi-kendiri guru sekolah

menengah di negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan. Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Welsh, J., Nunez, W., & Petrosko, J. (2005). Faculty and administrative support for strategic

planning: A comparison of two and four year institutions. Community College Review, 32

(4), 20-39.