6.Pemulihan bacaan & tulisan
-
Upload
biehin-lau -
Category
Documents
-
view
50 -
download
5
description
Transcript of 6.Pemulihan bacaan & tulisan
7.0 PEMULIHAN BACAAN
7.1 Menguji Kemahiran Membaca
Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-
kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti
kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik
selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah
berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji
kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan
akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.
Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara
objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula
dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan.
Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah
membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran
secara keseluruhan.
Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang
diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar
murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh
membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik
mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.
7.2 Ujian Bacaan Nyaring
Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada
murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk
mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan
kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah
ujian bacaan:
1. Peringkat huruf (abjad)
a) Huruf kecil (a-z)
i. mengenal bentuk huruf
ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf
b) Huruf besar (A-Z)
i. mengenal bentuk huruf
ii. mengenal nama huruf
iii. mengenal bunyi huruf
c) memadan huruf besar-huruf kecil
d) Diskriminasi penglihatan
i. huruf-huruf yang berdekatan bentuk
ii. huruf besar dalam perkataan
iii. huruf-huruf kecil dalam perkataan
e) Diskriminasi pendengaran
Huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya
f) Pembalikan huruf (reversals)
i. huruf besar
ii. huruf kecil
2. Peringkat Perkataan
a) membatang suku kata terbuka
b) membatang suku kata tertutup
c) membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan
3. Peringkat Perkataan
a) pembalikan perkataan
b) membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan
c) membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam perkataan
d) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam perkataan
e) Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang mengandungi gugusan
konsonan dalam perkataan
f) Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam
perkataan
g) Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan
4. Peringkat Frasa
Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.
5. Peringkat Ayat
a) Membaca ayat-ayat pendek
b) membaca ayat-ayat panjang
Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item
soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan
kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan
serentak bagi kesemua tajuk.
Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru
merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989)
menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut:
a) membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang
ditinggalkan
b) Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata
c) Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan
d) Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah
e) Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang
dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga
perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid
membaca, iaitu:
a) membatang suku kata terlebih dahulu
b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan
d) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak
e) tidak boleh membaca langsung.
Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai
kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah
penglihatan, dan masalah pendengaran.
7.3 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN
7.3.1 BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
7.3.2 PERINGKAT SUKU KATA
- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
7.3.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.
7.3.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.
7.4 Prinsip-prinsip Pengajaran Pemulihan Bacaan
€ Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan
pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan
beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh
guru dalam membantu muridnya membaca.
€ Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian
diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap
bacaan murid.
€ Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat
belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
€ Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap
jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk
mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula
sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.
7.5 Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan
# Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah
pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:
(a) Bacaan Peringkat Pengajaran Menyemak Bacaan
# Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut
tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru
dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu
menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan
baik.
(b) Pengajaran Berfokus Semula Bebas
# Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin
akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan
memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid
memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.
# Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat
semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan
untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah
dipelajari sebelum itu.
# Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid
mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini
murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka
iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.
7.6 Kaedah Mengajar Bacaan
KAEDAH ABJAD
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-
nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari
A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan
guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada
murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid
untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad
ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad
yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan
memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan
hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru
akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya
dalam buku.
KAEDAH SUKU KATA
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama
dengan konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir
dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf
konsonan. Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK
(adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV
(kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)
KAEDAH PANDANG SEBUT
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat
awal pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi
perkataan yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan
berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut
perkataan yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa
perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk
membaca.
KAEDAH FONIK
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat
hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca
(membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya.
Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina.
Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’
dan sebagainya.
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan
membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran
sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca
beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca
sendiri buku-buku cerita.
7.7 Kaedah Khas Pemulihan Bacaan
Kaedah VAK
~ Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan
(kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan
sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
~ Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal
~ Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkataan dapat ditulis dengan betul.
Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT (Multisensory Reading Method)
$ Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
$ Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri
atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan
mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:
- kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10”
( menggunakan krayon )
- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada
kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul
yang besar dan lain-lain.
- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah;
v. lihat huruf (V)
vi. dengar guru sebut huruf (A)
vii. menyebut huruf (A)
viii. dengar huruf yang disebut (A)
ix. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
x. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
xi. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
xii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat
surihan (A)
$ Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih
perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.
Kaedah Fernald
% Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini
merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan
pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara
individu.
% Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
% Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan
kaedah VAKT.
% Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:
i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau
dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan
iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja
seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.
Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN
difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah
bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah
pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran
seminggu untuk selama dua tahun (minimum)
Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan
berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk
mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.
Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada
enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –
huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga
bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej
visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan
pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis
bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan
otot semasa bertutur dan menulis.
vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan
dengan bentuk visual huruf-huruf.
8.0 PEMULIHAN TULISAN
8.1 KEMAHIRAN TULISAN
Definisi
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
Peranan Tulisan
- Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
- Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
- Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
- Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa
kini).
- Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
Peringkat-peringkat Perkembangan Bahasa
(a) Pra Tulisan
€ Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
€ Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
(b) Tulisan Mekanis
€ Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.
€ Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
(c) Tulisan Kreatif
€ Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk:
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
8.2 MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN
(1) Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
(2) Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
(3) Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan
dengan perkataan
(4) Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
(5) Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
(6) Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
(7) Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
(8) Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya.
(9) Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
(10) Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
(11) Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
(12) Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
(13) Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
(14) Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
(15) Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
Ujian Diagnostik Tulisan
@ Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan
murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung
berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan
menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan
berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa
menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot,
struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.
@ Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah
mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid
mengikut daerah kelemahan masing-masing. Sekiranya murid A, B dan F tidak
boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu
kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu
diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.
@ Cara ini akan memudahkan guru untuk membina persediaan mengajar
berdasarkan ‘ranking’ murid.
8.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
(1) Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat
permulaan dan mendirikan asas.
(2) Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan
mudah.
(3) Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-
cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul.
(4) Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
(5) Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
(6) Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu
tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.