6th

2
IPGKIK -19 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-6 Keenam 3 Mac 2014 Sumber P&P 1. Masalah / Peristiwa Saya masih kurang berkemampuan dalam menggunakan dan mencari sumber p&p alternatif yang berjaya menarik perhatian murid semasa mengajar. Saya menyedari hal ini semasa mengajar kelas Kajian Tempatan Tahun 6 bagi topik faktor yang mempengaruhi kegiatan perhutanan. Oleh kerana saya tidak sempat memasang LCD dan laptop selepas perhimpunan, saya hanya mengajar menggunakan buku teks dan ini menyebabkan p&p menjadi kurang menarik. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya tidak sempat membawa murid-murid ke bilik media untuk mengajar menggunakan powerpoint yang disediakan. Hal ini adalah kerana perhimpunan tamat lewat dan saya hanya meneruskan p&p di dalam bilik darjah menggunakan buku teks sahaja tanpa mencari sumber p&p lain yang lebih menarik dan bersesuaian dengan topik yang diajar. Hal ini menyebabkan murid agak pasif dan menunjukkan reaksi bosan semasa saya mengajar. Walaupun objektif p&p tercapai namun saya dapat rasakan bahan yang saya gunakan untuk menyampai pengajaran tidak mencukupi dan hanya berdasarkan satu sumber iaitu buku teks sahaja. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya harus cuba menghasilkan bantu bantu mengajar alternatif yang belum pernah murid gunakan atau lihat sebelum ini supaya murid-murid lebih seronok semasa belajar. b. Saya boleh melayari internet untuk mencari cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar pada waktu-waktu kecemasan sebegini. c. Saya akan mendapatkan idea daripada rakan-rakan guru pelatih yang lain berkenaan dengan penghasilan sumber p&p alternatif yang lebih menarik dan kreatif sekiranya berlaku masalah kekangan masa seperti ini. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sumber p&p alternatif yang kreatif dan menarik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif p&p yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya kerana murid-murid bosan dan malas mahu mengambil bahagian dalam aktiviti p&p. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Unit Praktikum 2011

description

Jurnal

Transcript of 6th

IPGKIK -19INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal :::: Ke-6Keenam3 Mac 2014Sumber P&P

1. Masalah / Peristiwa

Saya masih kurang berkemampuan dalam menggunakan dan mencari sumber p&p alternatif yang berjaya menarik perhatian murid semasa mengajar. Saya menyedari hal ini semasa mengajar kelas Kajian Tempatan Tahun 6 bagi topik faktor yang mempengaruhi kegiatan perhutanan. Oleh kerana saya tidak sempat memasang LCD dan laptop selepas perhimpunan, saya hanya mengajar menggunakan buku teks dan ini menyebabkan p&p menjadi kurang menarik.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya tidak sempat membawa murid-murid ke bilik media untuk mengajar menggunakan powerpoint yang disediakan. Hal ini adalah kerana perhimpunan tamat lewat dan saya hanya meneruskan p&p di dalam bilik darjah menggunakan buku teks sahaja tanpa mencari sumber p&p lain yang lebih menarik dan bersesuaian dengan topik yang diajar. Hal ini menyebabkan murid agak pasif dan menunjukkan reaksi bosan semasa saya mengajar. Walaupun objektif p&p tercapai namun saya dapat rasakan bahan yang saya gunakan untuk menyampai pengajaran tidak mencukupi dan hanya berdasarkan satu sumber iaitu buku teks sahaja.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya harus cuba menghasilkan bantu bantu mengajar alternatif yang belum pernah murid gunakan atau lihat sebelum ini supaya murid-murid lebih seronok semasa belajar.b. Saya boleh melayari internet untuk mencari cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar pada waktu-waktu kecemasan sebegini.c. Saya akan mendapatkan idea daripada rakan-rakan guru pelatih yang lain berkenaan dengan penghasilan sumber p&p alternatif yang lebih menarik dan kreatif sekiranya berlaku masalah kekangan masa seperti ini.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Sumber p&p alternatif yang kreatif dan menarik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif p&p yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya kerana murid-murid bosan dan malas mahu mengambil bahagian dalam aktiviti p&p.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Unit Praktikum 2011