7. Castling

2
Gerakan khas Castling Castling sebelah raja: O-O Castling sebelah menteri: O-O-O Castling (perkubuan) ialah satu teknik gerakan yang melibatkan raja dan salah satu tir. Castling yang dilakukan dengan tir yang dekat dengan raja dipanggil "castling sebelah raja" (kingside castling), manakala castling dengan tir menteri dipanggil "castling sebelah menteri" (queenside castling). Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan pertahanan raja dari serangan musuh. Tertakluk kepada sekatan yang diterangkan di bawah, seorang pemain boleh melakukan castling dengan menggerakkan rajanya dua petak ke arah tir, dan kemudian dalam giliran yang sama menggerakkan tir tersebut ke sebelah raja yang lebih jauh (dengan melompat raja). Perhatikan bahawa raja mestilah digerakkan dahulu, diikuti dengan tir. Jika tir digerakkan dahulu, ia dianggap sebagai pergerakan tir biasa, dan raja tidak boleh bergerak. Sekatan yang dikenakan terhadap castling adalah seperti berikut: 1. Pemain masih belum menggerakkan kedua-dua raja dan tir. 2. Raja tidak boleh berada dalam kedudukan mat sebelum dan selepas castling. 3. Laluan raja tidak boleh terdedah kepada serangan lawan (ini akan menyebabkan raja berada dalam keadaan mat semasa bergerak). 4. Tiada buah lain di antara laluan raja dan tir.

description

Q

Transcript of 7. Castling

Page 1: 7. Castling

Gerakan khas

Castling

Castling sebelah raja: O-O

Castling sebelah menteri: O-O-O

Castling (perkubuan) ialah satu teknik gerakan yang melibatkan raja dan salah satu tir. Castling yang dilakukan dengan tir yang dekat dengan raja dipanggil "castling sebelah raja" (kingside castling), manakala castling dengan tir menteri dipanggil "castling sebelah menteri" (queenside castling). Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan pertahanan raja dari serangan musuh.

Tertakluk kepada sekatan yang diterangkan di bawah, seorang pemain boleh melakukan castling dengan menggerakkan rajanya dua petak ke arah tir, dan kemudian dalam giliran yang sama menggerakkan tir tersebut ke sebelah raja yang lebih jauh (dengan melompat raja).

Perhatikan bahawa raja mestilah digerakkan dahulu, diikuti dengan tir. Jika tir digerakkan dahulu, ia dianggap sebagai pergerakan tir biasa, dan raja tidak boleh bergerak.

Sekatan yang dikenakan terhadap castling adalah seperti berikut:

1. Pemain masih belum menggerakkan kedua-dua raja dan tir.2. Raja tidak boleh berada dalam kedudukan mat sebelum dan selepas castling.3. Laluan raja tidak boleh terdedah kepada serangan lawan (ini akan menyebabkan raja berada dalam

keadaan mat semasa bergerak).4. Tiada buah lain di antara laluan raja dan tir.

Page 2: 7. Castling

Tamat permainan

Permainan berterusan bergantian antara Putih dan Hitam sehingga salah satu keadaan berikut dicapai:

Raja salah seorang pemain telah syahmat. Pemain tersebut dikira kalah dalam permainan itu. Dalam permainan persaingan, seorang pemain kehabisan masa. Pemain tersebut dikira kalah (dengan

dua pengecualian penting, lihat keadaan seri di bawah). Seorang pemain menyerah kalah, atau menarik diri. Ini boleh disimbolkan oleh pemain dengan

menumbangkan raja sendiri. Pada gilirannya, seorang pemain mencapai kedudukan buntu (stalemate), iaitu dia tidak boleh bergerak

dan rajanya tidak dalam keadaan mat. Permainan ini dianggap seri. Kedua pemain bersetuju untuk seri. Pemain boleh menawarkan seri selepas menjalankan gilirannya.

Tawaran seri tidak boleh ditarik balik. Seorang pemain berjaya mendakwa sesuatu permainan itu seri melalui salah satu syarat berikut:

o Lawannya tidak mempunyai buah yang cukup untuk mengemat (syahmat) rajanya dengan apa-apa urutan pergerakan yang sah.

o Kedua-dua pemain kehabisan masa dalam permainan persaingan.o Seorang pemain kehabisan masa, namun lawannya tidak mempunyai buah yang cukup untuk

mengemat (syahmat) rajanya.o 50 pergerakan telah dilakukan setiap pemain sejak satu buah dimakan atau bidak digerakkan.o Keadaan semasa telah berlaku dua kali sebelum ini pada giliran pemain yang sama.

Glosari

Makan/Tangkap - Menggerakkan buah sendiri ke petak yang diduduki buah lawan, lalu mengeluarkan buah lawan dari permainan.

Mat (check) - Raja dikatakan berada dalam keadaan 'mat' apabila ia sedang diserang oleh buah lawan. Syahmat (checkmate) - Raja tidak dapat melarikan diri dari keadaan 'mat'. Kedudukan buntu (stalemate) - Pemain tidak dapat menjalankan mana-mana buah, tetapi rajanya

tidak berada dalam keadaan 'mat'.