7 Habits Steven R.covey

download 7 Habits Steven R.covey

of 5

Transcript of 7 Habits Steven R.covey

7 TABIAT UTAMA YANG AMAT BERKESAN THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE Stephen R. Covey

1.( Be Proactive ) Pro-aktifMaksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah. 2. ( Begin With The End In Mind ) Mula dengan wawasan di dalam minda.Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkahlangkah yang sesuai ke arahnya. 3. ( Put First Things First ) Utamakan yang utamaDalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara. 4. ( Think Win-Win ) Fikirkan Menang-MenangApabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai. 5. ( Seek First To Understand, Then To Be Understood ) Dengar dahulu sebelum berkataSebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya. 6. ( Synergize ) Sepadukan usahaAmalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu. 7. ( Sharpen The Saw ) Tajamkan pedangDari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Pokok yang sihat berpunca daripada akar yang kuat dan mendapat sinaran mentari serta curahan air hujan yang secukupnya. Akar yang kuat dapat menyokong pokok agar tidak mudah tumbang di tiup angin kencang. Inilah analogi untuk sesebuah organisasi. Apabila individu di peringkat akar umbi berilmu , ber-etika, bertoleransi, berakhlak yang tinggi, dan mempunyai budaya kerja yang cemerlang, hasilnya pastilah suatu organisasi yang kukuh dan berjaya, yang tidak mampu di goyah oleh apa jua perubahan dalam persaingan global hari ini. Anda mahukan individu yang; Cemerlang di peringkat personal? Gemilang di peringkat jabatan? Terbilang di peringkat nasional? Boleh, jika anda mula melakukan transformasi ke atas cara setiap individu mengendalikan kehidupan mereka. Budaya program 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan ini mampu membantu anda mencapai ketiga-tiga objektif di atas. MENGENAI PROGRAM: Program 7 Tabiat memberi tumpuan kepada prinsip yang memandu kehidupan seharian kita baik dari segi personal, interpersonal mahupun pengurusan dan organisasi. Prinsip ini boleh diaplikasikan pada bila-bila masa dan tidak terbatas dari segi geografi, sosio ekonomi mahupun jenis industri. Di peringkat personal, bengkel ini menanamkan nilai-nilai kejujuran dan kemuliaan. Ini akan memberi ruang ke arah saling mempercayai sesama individu dan semangat kerjasama akan menular dangan cara spontan. Ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga keluarga dan organisasi. Semangat saling mempercayai ini memudahkan inisiatif seperti pemberian mandat / perwakilan kuasa(empowerment) untuk dipratikkan di peringkat pengurusan. Organisasi perlu berganding bahu melahirkan individu yang berwawasan , berani serta bersemangat untuk menangani masaalah. Dr Stephen Covey pernah mengatakan untuk mencapai hasil yang berlipat ganda, kita harus mengubah cara pemikiran kita pada dasarnya tentang sumber manusia. Mereka adalah asset yang paling bernilai bagi sesebuah organisasi. Program 7 Tabiat ini merupakan satu-satunya program yang menegakkan ciri-ciri yang dapat meningkatkan keberkesanan inidividu serta juga organisasi. Ia berlandaskan prinsip semulajadi dan boleh dipraktikkan oleh semua golongan. Program 7 Tabiat bukanlah sekadar satu acara (event) yang memberi

motivasi, menghibur dan kemudian dilupai dalam masa yang singkat. Program ini merupakan suatu proses yang memberi inspirasi yang dapat membawa perubahan positif untuk SEUMUR HIDUP Program 7 Tabiat ini akan menjadi pemangkin kepada inisiatif-inisiatif lain untuk mempertingkatkan lagi keberkesanannya. Tabiat 1 3 akan membantu peserta menanjak dari tahap pergantungan ke tahap kebebasan. Ia dapat membina akhlak dan peribadi yang lebih baik dan kuat ke arah Kemenangan Peribadi. Ini bagaikan akar pokok yang akan menyokong pokok agar tidak tumbang apabila di tiup angin kencang. Tabiat 4 6 akan membantu peserta menganjak paradigma dari tahap kebebasan ke tahap saling pergantungan bagi mencapai Kemenangan Umum. Ini membolehkan peserta mendapat faedah bersama dalam perhubungan dengan orang lain. Tabiat 7 bagaikan hujan dan matahari yang memberi tenaga kepada pokok untuk terus hidup dengan subur. MANFAAT PROGRAM: -Mengimbangkan semua aspek kehidupan anda (karier dan keluarga) Menggantikan perasaan kelesuan minda (burnt-out) dengan tahap kepuasan pencapaian yang tinggi Meningkatkan kepercayaan (diri) Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja anda Menguruskan masa dengan lebih berkesan Menjadikan anda seorang yang lebih berpengaruh apabila anda mengetahui erti/makna diri anda yang sebenarnya. Mewujudkan satu budaya kerja kearah mencapai visi dan misi Mewujudkan etika kerja, minda dan sikap yang positif serta keluhuran daya kepimpinan. Menjurus kepada CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG Anda akan dapati mereka yang telah menghadiri program ini lebih berkeyakinan dan berketrampilan serta menyenangi persekitaran pekerjaan mereka , peningkatan dalam produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Sesungguhnya, anda perlu menghadiri program ini untuk merasai keberkesanannya.

APLIKASI BUDAYA 7 TABIAT DALAM BEBERAPA OBJEKTIF KMK. Program Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) di sektor awam diwujudkan berlandaskan pengurusan yang bersifat kemanusiaan dan menggalakkan penyertaan setiap individu didalam organisasi. Ini adalah satu manifestasi tentang kepentingan sumber manusia bagi sesebuah organisasi. Melalui program 7 Tabiat, anda akan dapati cara untuk memenuhi objektif KMK dengan menggunakan salah satu atau gabungan beberapa daripada 7 Tabiat berkenaan. Contohnya : 1. Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3 2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7 3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6 4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6 5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6 6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6 7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6 8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6 9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6 10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4,5,6 11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1,2,4, 5, 6 12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7 13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6 RANGKA KURSUS 7 TABIAT 1) Jadi Proaktif Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma 2) Mula dengan Mengingati Matlamat Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi 3) Utamakan Perkara Penting Dahulu Mengutamakan perkara penting dahulu 4) Fikirkan Menang-Menang Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran Abundance Mentality 5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah

6) Bersinergi Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan 7) Menajamkan Gergaji Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan Jadi, mulakanlah proses untuk memenuhi cabaran sebenar anda dengan membaca dan menghadiri program