7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan Nas-Nas ......7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan...
Transcript of 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan Nas-Nas ......7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan...
-
7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
al-Imam Hujjat al-Islam al-Mujaddid
Abu Hamid Muhammad al-Ghazali
al-Shafi’e al-Ash’ari (505H)
Kitab: Iljam al-’Awam ‘an Ilm al-Kalam
www.penuntutilmu.com 1
Abdullaah Jalil Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)
-
Pendahuluan • Imam al-Ghazali telah menggariskan panduan
yang sangat jelas dan mantap bagi orang awam khasnya dalam beradab dengan nas-nas mutashabihat agar tidak tergelincir dari hakikat pegangan generasi Salafus Soleh di dalam kitabnya “Iljam al-‘Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam”.
• Kitab “Iljam al-Awam” adalah kitab terakhir yang ditulis oleh beliau di dalam bidang aqidah bagi mempertahankan manhaj ASWJ Al-Ashairah di dalam perkara ini.
• Kitab ini ditulis bagi menolak dakwaan golongan Hashwiyyah (Mujassimah/Mushabbihah) yang mengambil makna-makna zahir nas-nas Mutashabihat sehingga mereka menyifatkan Allah dengan sifat-sifat anggota dan jisim tetapi menyangka bahawa mereka berpegang dengan pegangan Salafus Soleh.
www.penuntutilmu.com 2
-
Imam al-Ghazali berkata di awal kitab ini: “ Amma ba'd (Adapun selepas tu): sesungguhnya engkau telah bertanya kepadaku - semoga Allah memberi petunjuk kepadamu - tentang khabar-khabar (al-Quran dan al-Sunnah) yang boleh membawa kepada sangkaan Tashbih kepada orang-orang yang lemah dan jahil dari kalangan al-Hashwiyyah yang sesat apabila mereka mengiktiqadkan pada Allah dan sifat-sifatNya dengan sesuatu yang Maha Tinggi lagi Maha Qudus (Suci) Dia daripadanya seperti rupa, tangan, kaki, turun, berpindah, duduk di atas Arash dan tetap di atasnya dan apa yang seumpamanya lantaran mereka mengambil makna-makna zahir khabar-khabar (al-Quran dan al-Sunnah), dan (dalam masa yang sama) mereka menyangka bahawa apa yang mereka i'tiqadkan adalah mereka i'tiqad para Salaf......”
www.penuntutilmu.com 3
-
Berikut adalah tujuh (7) prinsip yang telah
ditakhrijkan oleh beliau berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah serta amalan dan perkataan para Salafus Soleh
berkenaan hal ini.
www.penuntutilmu.com 4
-
Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
1 al-Taqdis
(Mentaqdiskan)
التقديس
Mensucikan Allah daripada
jismiyyah (sifat-sifat jisim) dan
perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
2 al-Tasdiq
(Membenarkan)
التصديق
Beriman dengan sabdaan Nabi
dan apa yang Baginda sabdakan
adalah haq; dan Baginda dalam
sabdaan Baginda adalah benar; dan
apa yang Baginda katakan adalah
benar dalam bentuk yang Baginda
katakan dan maksudkan.
3 al-I’tiraf bi al-‘Ajz
(Mengiktiraf
kelemahan)
بالعجز االعتراف
Hendaklah seseorang itu mengakui
dan mengiktiraf bahawa
pengetahuan maksud hakikat
sebenar adalah di luar
kemampuannya; dan pengetahuan
maksud hakikat sebenar itu
bukanlah tanggungjawab dan
pekerjaannya (tidak diperintah oleh
Shara’ untuk mengetahuinya). www.penuntutilmu.com 5
-
4 al-Sukut
(Berdiam diri)
السكوت
Tidak bertanyakan makna sebenarnya
dan tidak mendalami maknanya; dan
hendaklah dia tahu bahawa
pertanyaannya mengenai maknanya
adalah bid’ah; dan pendalaman
maknanya boleh membahayakan
agamanya; dan dia boleh terjebak
dalam kekufuran oleh sebab itu.
5 al-Imsak
(Menahan)
اإلمساك
Tidak menukar bentuk nas-nas
mutashabihat tersebut dengan
ditambah dan dikurangkan
sebahagiannya; atau dikumpulkan
atau diasingkan; dan tidak
menukarkannya
(menterjemahkannya) ke bahasa yang
lain ; bahkan nas-nas (al-Quran dan
hadis) tersebut tidak dibaca melainkan
dengan bentuk, lafaz dan ibarat
(susunan) yang asal.
Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
www.penuntutilmu.com 6
-
6 al-Kaff
(Menegah)
الكف
Menegahkan dirinya daripada
menyelidik dan memikir
tentangnya.
7 al-Taslim li ahlih
(Menyerahkan
kepada yang
ahli)
التسليم ألهله
Kalaulah seseorang itu tidak mampu
memahami nas-nas tersebut kerana
kelemahan dirinya, hendaklah dia
tidak mengi’tiqad yang demikian
(kelemahan) kepada Rasulullah ,
para anbiya’, siddiqin dan awliya’.
Imam al-Ghazali: 7 Kaedah (Adab-adab) Salafus Soleh Dengan
Nas-Nas Mutashabihat
www.penuntutilmu.com 7
-
Nas Arab
www.penuntutilmu.com 8
-
Sedikit Ulasan • Pada pandangan penulis, huraian al-Imam al-
Ghazali adalah huraian yang terbaik dalam menggambarkan kaedah dan adab-adab para Salafus Soleh apabila mereka berdepan dengan nas-nas Mutashabihat. Ia adalah karamah ma’nawiyyah yang dikurniakan Allah kepada beliau.
• 7 kaedah ini adalah merupakan hakikat pegangan para Salafus Soleh yang perlu dipegang dengan kukuh oleh masyarakat awam agar mereka tidak tergelincir ke dalam fitnah-fitnah ahli-ahli bid’ah al-Hashwiyyah yang masih wujud sehingga hari ini.
• Akhir kata, marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah dengan niat sebagai hadiah kepada imam kesayangan kita – al-Imam al-Ghazali - dan semoga Allah mengurniakan kita limpahan kurniaan yang telah Dia kurniakan kepada al-Imam al-Ghazali agar kita terus berada di atas jalan Ahli Sunnah dan Jamaah (al-Ashairah dan al-Maturidiyyah) sehingga bertemu-Nya. Amin.
www.penuntutilmu.com 9