7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

38
KATA ADJEKTIF ARAS TINNGI Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Budak lelaki itu melecur teruk akibat terkena minyak _______________. Dia ditempatkan di wad ICU, Hospital Temerloh. A terik B kelat C tawar D panas 2. Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu _______________. A cepat B kasar C gopoh D gelojoh 3. Biskut itu sudah _____________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara. A lemau B empuk ANURATAH NYANASAGARAN

Transcript of 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

Page 1: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

KATA ADJEKTIF

ARAS TINNGI

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Budak lelaki itu melecur teruk akibat terkena minyak _______________. Dia ditempatkan di wad ICU, Hospital Temerloh.

A terik

B kelat

C tawar

D panas

2. Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu _______________.

A cepat

B kasar

C gopoh

D gelojoh

3. Biskut itu sudah _____________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A lemau

B empuk

C lembik

D kembang

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 2: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

4. Ketika berusia sembilan bulan, adik saya sudah ____________ bertatih.

A baik

B bijak

C fasih

D pandai

5. Buaya adalah sejenis haiwan berdarah ______________ .

A sejuk

B manis

C panas

D masam

6. Wanita yang memiliki wajah berbentuk _______________ sirih itu ialah jiran saya.

A bujur

B bulat

C tirus

D lonjong

7. Lukisan abstrak itu telah dilukis oleh seorang pelajar yang cukup ________.

A bijak

B bagus

C kreatif

D pandai

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 3: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

8. Suara abang ____________ kerana terlalu lama bersorak semasa menyaksikan perlawanan bola sepak.

A serak

B lunak

C mersik

D nyaring

9. Kaki emak terseliuh kerana terjatuh di bilik air yang _________ itu.

A licin

B kesat

C basah

D lembap

Soalan 10 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

10. kakak berasa mual ketika menyiang ikan yang berbau ____________ itu.

A busuk

B hanyir

C tengik

D hamis

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 4: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

11. Ikan keli, sepat dan patin merupakan sejenis ikan air _________________.

A tawar

B pahit

C manis

D masin

12. Pada minggu lepas, kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan yang sungguh _______________.

A cantik

B comel

C kacak

D manja

13. Lipan boleh menyelinap dan menyelit ditempat-tempat yang tersembunyi kerana bentuk yang _______________.

A tirus

B leper

C bujur

D pipih

14. Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Kancil seekor haiwan yang ___________________.

A baik

B rajin

C maju

D cerdik

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 5: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

15. Pokok mangga di belakang rumah saya telah tumbang akibat ditiup angin __________ petang semalam.

A laju

B cepat

C lambat

D kencang

16. Perasaan ______________ menyelubungi keluarga empat beradik yang mati lemas petang semalam tatkala jenazah mereka dikebumikan pagi tadi.

A sedih

B sayang

C terharu

D gembira

17. Rasa buah rambutan yang masih muda amat _____________ sekali.

A kelat

B maung

C pahit

D masam

18. “Saya mahu kalian berkumpul di bawah pohon yang _____________ itu,” arah Cikgu Anu kepada murid-muridnya.

A redup

B renek

C rendah

D rendang

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 6: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

19. Darvin tidak suka makan ubat yang ________________ itu.

A manis

B pahit

C tawar

D payau

20 Suara Zaitun yang _____________ itu telah membuka peluang kepadanya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan.

A gurau

B kasar

C merdu

D nyaring

21. Sungai yang ________________ di Malaysia ialah Sungai Rejang.

A terbesar

B tercantik

C terpendek

D terpanjang

22. Pasangan pengantin itu sama _____________ sama padan, bagai pinang dibelah dua.

A kecil

B cantik

C manis

D gembira

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 7: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

23. Adik suka mencium bau mawar yang _____________ itu.

A manis

B masam

C harum

D busuk

24. Saran berlari dengan ____________ untuk sampai ke garisan penamat.

A laju

B kencang

C cepat

D segera

25. Zala amat_________________ kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita.

A suka

B gembira

C duka

D ceria

26. Pakaian budak lelaki itu ________ kerana terjatuh ke dalam selut di tepi rumahnya.

A lusuh

B comot

C cemar

D luntur

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 8: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

27. Bangunan Masjid Terapung amat ________ sehingga berupaya menjadi daya tarikan pelancong yang datang ke Malaysia.

A. unik

B. besar

C. cerah

D. menawan

28. Akil makan dengan ________ sehingga tercekik dan terpaksa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

A. cepat

B. teratur

C. cermat

D. gelojoh

29. Ramai pengguna suka akan makanan yang ________tanpa menyedari ia boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan tubuh.

A. lembut-lembut

B. rangup-rangup

C. masin-masin

D. manis-manis

30 Kakak kelihatan ________ apabila mengenakan baju kebaya berwarna keemasan pada

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 9: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

hari persandingannya.

A. ayu

B. rapi

C. comel

D. anggun

31 Sikap Dato’ Zainal yang ________ terhadap semua pekerja menyebabkan beliau disukai. A. sopan

B. bosan

C. ramah

D. sombong

32 Walaupun peria rasanya ________ namun ia amat baik untuk kesihatan kita.

A. pahit

B. kelat

C. manis

D. masam

33 Puan Merlin kelihatan ________ memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 10: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

A. sedih

B. gusar

C. sugul

D. bingung

34 Penjenayah ragut yang ________ itu akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis hasil daripada maklumat orang ramai.

A. liat

B. ligat

C. licik

D. lincah

35 Bau ________ dan busuk ditandas-tandas awam adalah kerana sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan.

A. hanyir

B. hapak

C. hamis

D. haring

36 Daging yang ________ itu perlu direbus dengan lebih lama supaya empuk.

A. liat

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 11: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B. keras

C. lemau

D. kasar

37 Rina berasa sangat ________ apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di universiti.

A. seronok

B. girang

C. suka

D. ceria

38 Kakak terpaksa membuang kacang tanah itu kerana telah ________ walaupun pada mulanya dia ingin memasaknya.

A. hapak

B. busuk

C. hangit

D. tengik

39 Keropok ikan yang ibu goreng pagi tadi telah ________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A. lemau

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 12: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B. lembut

C. lembik

D. empuk

40 Air sungai di belakang rumah saya menjadi ________ selepas hujan turun dengan lebat malam tadi.

A. tohor

B. keruh

C. jernih

D. cemar

41 Lampu jalan di pinggir kampung itu telah ________ kerana mentolnya sudah lama tidak ditukar.

A. kabur

B. gelap C. malap

D. suram

42 Umur datuk sudah enam puluh tahun tetapi dia masih ________ kerana selalu bersenam setiap pagi.

A. segar

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 13: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B. gagah

C. kuat

D. sihat

43 Muka Raji ________ akibat menahan perasaan marah yang meluap-luap.

A. putih melepak

B. merah padam

C. hitam legam D. pucat lesi

44 Permaidani di rumah kakak yang ditenggelami banjir minggu lepas tetap berbau ________ walaupun sudah dijemur.

A. masam

B. hanyir

C. hapak

D. busuk

45 Amat ________ untuk memastikan yang mana adik dan abang kerana mereka adalah kembar seiras.

A. susah

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 14: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B. pelik

C. sukar

D. keliru

46 Rumah ________ itu telah menjadi tempat penagih dadah berkumpul dan menghisap dadah.

A. tua

B. usang

C. uzur

D. lapuk

47 Ikan kelah sesuai hidup dalam arus air yang ________ kerana saiz badannya yang besar.

A. perlahan

B. laju

C. deras

D. kuat

48 Pihak pengurusan Kejora FC mengutamakan para pemain yang ________ untuk mewakili pasukan itu. A. pantas

B. cekap

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 15: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

C. lincah

D. laju

49 Tangan kakak berbau ________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai.

A. hamis

B. hanyir

C. hapak

D. hancing

50 Sebahagian besar kemalangan jalanraya berpunca daripada sikap pemandu yang ________ semasa memandu.

A. cuai

B. rakus

C. sambalewa

D. bersaing

51 Keropok yang baru digoreng itu _______________. A lemau

B garing

C keras

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 16: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

D reput

52. Angin yang bertiup ______________ menyebabkan pokok itu tumbang.

A pantas

B hebat

C kencang

D cepat

53 Pokok-pokok di puncak gunung Kinabalu ______________ kerana tanah di puncak gunung biasanya gersang dan cuacanya dingin. A rendang

B kontot

C kurus

D renek

54 Bersenam menjadikan badan kita _____________ dan otak kita ________________.

A aktif … tekad

B sihat … lancar

C cergas … cerdas

D tabah … kekal

55. Kerja itu tidak ____________ seperti yang kusangkakan.

A semudah

B sekerap

C seisi

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 17: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

D seketika

56. Semasa lalu di tepi longkang itu, Aniruth menutup hidungnya kerana air longkang itu berbau _____________.

A hapak

B masam

C hamis

D busuk

57. “ Tolong jemurkan pakaian itu di tengah panas agar cepat _________,” kata ibu kepada Resmi.

A kering

B bersih

C keras

D lembut

58. Sang Arnab meninggalkan Sang Kura-kura yang berjalan _____________ di belakang.

A lemah

B lambat

C pantas

D deras

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 18: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

59. Kain baju kurung yang dipakai oleh Kushboo terlalu ______________.

A lebar

B besar

C luas

D labuh

60. Buah mangga muda yang dibeli oleh ayah agak ______________.

A manis

B besar

C masam

D lebat

61. Rahimi mengecas bateri telefon bimbitnya yang semakin ____________ itu.

A rendah

B lemah

C kurang

D susut

62. Hup Seng berbadan gempal berasa ___________ apabila rakan-rakan asyik mengejeknya.

A baran

B kecewa

C sakit

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 19: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

D lelah

63. Tarvish membeli dua botol minyak __________ di kedai itu kerana harganya murah.

A panas

B busuk

C harum

D wangi

64. Jangan sesekali bersikap _________ terutamanya di hadapan orang yang lebih tua.

A takut

B biadap

C degil

D sombong

65. Murid-murid kelas itu _____________ dan tidak menyiapkan kerja masing-masing kerana guru tiada di dalam kelas.

A bising

B tekun

C senyap

D cepat

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 20: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

66. Gelas kesayangan ibu telah __________ berkecai akibat terhenpas ke lantai.

A pecah

B hancur

C patah

D musnah

67. Sejak kejadian tersebut, dia sering termenung, tidak berselera makan dan badannya menjadi __________.

A surut

B susut

C kurus

D kering

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 21: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

68 Naren memakai cermin mata kerana penglihatannya semakin ____________.

A susut

B kelam

C kabur

D malap

69. Mereka tidak dapat pulang ke rumah kerana hujan turun terlalu __________ A tebal

B deras

C kencang

D kuat

70. Besi boleh menjadi __________ apabila dipanaskan.

A condong

B serong

C bengkok

D sendeng

71. Hatinya tidak akan ____________ selagi dia belum meminta maaf kepada kawannya.

A tenteram

B aman

C damai

D lancar

72. Walaupun otaknya _____________ tetapi dia sangat rajin belajar.

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 22: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

A takut

B lembap

C buas

D biadap

73. Makanan tengah hari yang terhidang di atas meja itu sudah ___________ kerana di masak sejak pagi.

A sejuk

B keras

C lemah

D basi

74. Kita mestilah __________ apabila melakukan sesuatu pekerjaan kerana masa tidak menunggu kita.

A kuat

B pantas

C culas

D lancar

75. Ibu membuang keropok goreng yang tersimpan di dalam tin itu kerana baunya sudah ___________.

A hamis

B tengik

C hangit

D hapak

76 Pokok-pokok yang _________ ditanam di sepanjang bahu jalan lebuh raya.

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 23: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

A kecil

B rendah

C lebat

D rendang

Soalan 77 berdasarkan gambar 2

Gambar 2

77 Kanak-kanak sedang bermain dengan gajah yang ______ itu.

A berat

B jinak

C cerdas

D rajin

78 Laksamana Hang Tuah terkenal sebagai pahlawan ______________ pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. A terbilang

B tertinggi

C gemilang

D cemerlang

79. Jiwaku berasa amat _________ semasa bercuti di tempat yang indah dan _________ ini.

A kagum…sunyi

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 24: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B tenteram…hening

C makmur…damai D tenang…kusam

Soalan 80 berdasarkan gambar 2

Gambar 3

80. Orang __________ yang sedang tersenyum sendiri itu bapa kawan saya.

A tua

C cergas

B besar

D bijak

81. Ahli politik itu berceramah dengan _________ di hadapan penyokong-penyokongnya.

A petah

B cekap

C lantang

D terang

82. Budak yang _______ macam bendul itu jangan kamu perolokkan dia.

A dungu

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 25: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

B pandai

C bodoh

D lurus

83. Program anjuran Kelab Catur tu mendapat sambutan _______ daripada para peserta.

A hangat B hebat

C panas

D dingin

84. Air sungai mengalir __________ ketika musim tengkujuh.

A lembap

B layu

C deras

D pantas

85 Suara _________ biduanita Sharifah Aini itu mendapat tepukan yang ________ daripada para penonton.

A garau…rancak

B halus…hangat C lunak…dingin

D merdu…gemuruh

86. Jari-jemari penari itu_________ semasa menarikan tarian inang.

A lentur

B lentok

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 26: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

C lembik

D lentik

87 Jikalau awak ________ memasak ikan keli, sudah tentu baunya yang _______ akan hilang.

A mahir…..hancing

B pandai…..hanyir

C cekap…..busuk

D bijak…..payau

88. Lamin duduk di atas sofa yang ____________ itu untuk berehat.

A gebu

B kenyal

C empuk

D kental

89. Rambut adik menjadi _______ akibat seharian bermandi-manda di laut. A kejur

C kejang

B kusut

D kusam

90. Pak Zainal selalu mengasah parang panjangnya agar tidak _________ . A tumpul

B keras

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 27: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

C tajam

D kebas

91. Enjin kereta tu telah diubah suai agar menjadi lebih ______________ dalam perlumbaan.

A berat

B maju

C laju

D rajin

92 Beberapa batang pokok _________ akibat kejadian ribut semalam.

A putus

B patah

C tumbang

D terbalik

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 28: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

Soalan 93 berdasarkan gambar 3

Gambar 4

93. Murid-murid sedang berbaris ______________ semasa perhimpunan sekolah. A tegak

B sesak

C lurus

D panjang

94. Kaki Mary __________ kerana memakai kasut yang ketat itu. A melekit

B melecit

C melecur

D melecet

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 29: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

95. Barang perhiasan tembaga nenek menjadi _______________kerana terlalu lama tidak digilap.

A kusam

B kelam

C legap

D lebam

96. Apabila buah naga semakin ranum, khasiat dan vitamin yang terkandung di dalamnya akan berkurangan. Perkataan berlawan bagi ranum ialah

A layu

B masak C putik

D mengkal

97. Syarikat itu mengalami kerugian kerana banyak pekerjanya culas. Perkataan berlawan bagi culas ialah

A sabar

B kelesa

C malas

D rajin

ANURATAH NYANASAGARAN

Page 30: 7. Kata Adjektif 1 Sk. p Kelapa

98. Novelis itu mendapat ilham menulis novel “kasih” ketika bercuti di Pulau Tioman. Perkataan seerti bagi ilham ialah

A ilusi

B idea

C karya

D inspirasi

99. Untuk membuat kerepek pisang, kita memerlukan pisang yang muda. Perkataan seerti bagi muda ialah

A matang

B tua

C mengkal

D ranum

100. Pelanggaran kapal tangki minyak dari Jordan dengan kapal kargo dari Arab Saudi itu disebabkan

kelalaian pengurusan pihak yang terbabit.

Perkataan berlawan bagi kelalaian ialah

A kelupaan

B kealpaan

C ketelitian

D kewaspadaan

ANURATAH NYANASAGARAN