7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft...

13
JKR MALAYSIA MANUAL KUALITI No. Dokumen No. Keluaran No. Pindaan Tarikh Muka Surat : JKR. MK. 01 : 01 : 02 : 23 April, 2008 : 29 / 71 @ HAKCIPTA JKR MALAYSIA DOKUMEN TERKAWAL 7.0 PENZAHIRAN PRODUK 7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK JKR hendaklah merancang, membangun dan melaksanakan proses-proses kerja bagi memastikan keperluan pelanggan dan pekeliling serta arahan berkaitan yang berkuatkuasa dipatuhi sejajar dengan keperluan dan proses dalam SPK JKR yang dinyatakan pada 4.1. Dalam perancangan penzahiran produk, JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Projek (Q-Plan) untuk memastikan pelaksanaan SPK bagi setiap projek yang dilaksanakan yang merangkumi perkara berikut:- a) Objektif kualiti dan keperluan bagi produk. b) Keperluan mewujudkan methodologi proses, dokumen dan menyediakan sumber-sumber yang khusus kepada penzahiran produk. c) Keperluan verifikasi, validasi, pemantauan, pemeriksaan serta pengujian ke atas proses/aktiviti tertentu dalam penzahiran produk serta ciri-ciri produk yang diterima (criteria for product acceptance). d) Rekod yang perlu hendaklah disenggara sebagai bukti pelaksanaan proses-proses dan penghasilan produk menepati keperluan yang ditetapkan (rujuk 4.2.4). Q-Plan hendaklah dikemaskini dimana perlu. Perincian kepada aktiviti perancangan pelaksanaan projek dan penyediaan Q- Plan bagi penzahiran produk ditetapkan dalam prosedur berikut: Dokumen Yang Berkaitan Prosedur Perancangan Pelaksanaan Projek JKR.PK(O).01

Transcript of 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft...

Page 1: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 29 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.0 PENZAHIRAN PRODUK

7.1 PERANCANGAN BAGI PENZAHIRAN PRODUK

JKR hendaklah merancang, membangun dan melaksanakan proses-proses kerja

bagi memastikan keperluan pelanggan dan pekeliling serta arahan berkaitan

yang berkuatkuasa dipatuhi sejajar dengan keperluan dan proses dalam SPK

JKR yang dinyatakan pada 4.1.

Dalam perancangan penzahiran produk, JKR hendaklah menyediakan Pelan

Kualiti Projek (Q-Plan) untuk memastikan pelaksanaan SPK bagi setiap projek

yang dilaksanakan yang merangkumi perkara berikut:-

a) Objektif kualiti dan keperluan bagi produk.

b) Keperluan mewujudkan methodologi proses, dokumen dan menyediakan

sumber-sumber yang khusus kepada penzahiran produk.

c) Keperluan verifikasi, validasi, pemantauan, pemeriksaan serta pengujian

ke atas proses/aktiviti tertentu dalam penzahiran produk serta ciri-ciri

produk yang diterima (criteria for product acceptance).

d) Rekod yang perlu hendaklah disenggara sebagai bukti pelaksanaan

proses-proses dan penghasilan produk menepati keperluan yang

ditetapkan (rujuk 4.2.4).

Q-Plan hendaklah dikemaskini dimana perlu.

Perincian kepada aktiviti perancangan pelaksanaan projek dan penyediaan Q-

Plan bagi penzahiran produk ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perancangan Pelaksanaan Projek JKR.PK(O).01

Page 2: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 30 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.2 PROSES BERKAITAN PELANGGAN

7.2.1 Penentuan Keperluan Yang Berkaitan Dengan Produk

JKR hendaklah menentukan penzahiran produk dilaksanakan dalam keadaan

yang terkawal mengikut prosedur dan lain-lain kaedah yang ditetapkan.

Keadaan terkawal meliputi perkara-perkara berikut:

a) Keperluan yang dinyatakan oleh pelanggan melalui ringkasan projek

(project brief) atau dokumen berkaitan dari segi perincian skop kerja, kos

kerja dan perubahan (variance) yang dibenarkan, serta jadual masa

pelaksanaan.

b) Keperluan yang tidak dinyatakan oleh pelanggan tetapi diperlukan untuk

menjamin kesempurnaan produk.

c) Memenuhi keperluan peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan

produk.

d) Mengambil kira perubahan dan peraturan tambahan yang ditentukan oleh

pihak JKR dan lain-lain pihak yang berkepentingan dari masa ke semasa.

7.2.2 Kajian Semula Keperluan Berkaitan Produk

JKR hendaklah mengkaji semula keperluan produk. Kajian ini hendaklah

dilakukan sebelum JKR membuat komitmen untuk membekalkan produk kepada

pelanggan dengan mengambilkira:

a) Keperluan pelanggan ditentukan selaras dengan Dasar Kerajaan, akta

yang berkaitan dan pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh pihak yang

berkepentingan.

b) Amalan baru yang boleh dicontohi dan dapat memberi nilai tambah

kepada penzahiran produk.

Page 3: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 31 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

c) Keperluan baru yang ditetapkan oleh pihak pelanggan dan ianya dalam

keupayaan JKR.

Semua rekod berkaitan kajian semula dan tindakan yang diambil hendaklah

dikemaskini dan disenggara (rujuk 4.2.4).

7.2.3 Komunikasi Dengan Pelanggan

JKR hendaklah menyediakan kemudahan komunikasi yang terancang dan

berkesan dengan pelanggan antara lain melalui: -

a) Piagam Pelanggan JKR.

b) Hari Bersama Pelanggan.

c) Laman Web JKR.

d) Perjumpaan berkala (mesyuarat, perbincangan, taklimat).

e) Laporan berkala mengenai status kemajuan projek.

f) Surat menyurat.

g) Maklumbalas pelanggan.

h) Kemudahan telekomunikasi termasuk perkhidmatan e-mail dan internet.

Perincian kepada penentuan dan kajian semula keperluan pelanggan bagi

penzahiran produk diantara lain ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perancangan Pelaksanaan Projek JKR.PK(O).01

Page 4: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 32 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.3 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN

7.3.1 Perancangan Rekabentuk Dan Pembangunan

JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Rekabentuk (D-Plan) bagi

merancang dan mengawal aktiviti bagi Rekabentuk dan Pembangunan (R&P)

sesuatu produk dengan menetapkan perkara berikut: -

a) Peringkat-peringkat proses /aktiviti R&P.

b) Peringkat kajian semula, verifikasi dan validasi yang terlibat bagi R&P.

c) Tanggungjawab dan kuasa ke atas mereka yang terlibat dalam proses

R&P.

JKR hendaklah mengurus hubungkait (interface) di antara agensi dan kumpulan

yang terlibat dalam R&P untuk memastikan komunikasi yang berkesan dan

penugasan tanggungjawab yang jelas.

D-Plan hendaklah sebahagian dari Q-Plan dan output perancangan R&P

hendaklah dikemaskini dimana perlu.

7.3.2 Input Rekabentuk Dan Pembangunan

Input berkaitan dengan produk hendaklah dikemaskinikan dan rekodnya

hendaklah disenggara(rujuk 4.2.4), antara lain mengandungi:

a) Ringkasan Projek (Project Brief).

b) Keperluan perundangan dan peraturan-peraturan yang dikenalpasti.

c) Dimana bersesuaian, maklumat yang diperolehi dari R&P terdahulu.

d) Keperluan lain yang penting untuk R&P.

Input ini hendaklah disemak semula untuk memastikan cukup, lengkap dan tidak

bercanggah antara satu sama lain.

Page 5: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 33 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.3.3 Output Rekabentuk Dan Pembangunan

Output R&P hendaklah disediakan dalam bentuk yang mudah diverifikasikan

mengikut keperluan input R&P, dan hendaklah diluluskan sebelum digunapakai.

JKR hendaklah memastikan output R&P:-

a) Memenuhi keperluan yang dinyatakan oleh Input R&P.

b) Menyediakan maklumat yang cukup bagi perolehan, pembinaan dan

perkhidmatan.

c) Mengandungi atau merujuk pada kriteria penerimaan produk.

d) Ciri-ciri produk yang mustahak hendaklah ditentukan supaya selamat dan

sesuai digunakan.

7.3.4 Kajian Semula Rekabentuk Dan Pembangunan

JKR hendaklah mengadakan kajian semula keatas R&P mengikut peringkat kerja

yang ditetapkan untuk:-

a) Menilai keupayaan hasil R&P bagi menepati keperluan.

b) Mengenalpasti masalah dan mencadangkan tindakan yang diperlukan.

Kajian semula R&P hendaklah melibatkan wakil-wakil dari semua bidang yang

berkaitan dengan R&P. Sekiranya perlu, personel atau pakar dari organisasi lain

boleh dijemput untuk menyertai kajian semula R&P tersebut.

Rekod keputusan kajian semula R&P dan tindakan yang diambil hendaklah

disenggara (rujuk 4.2.4).

7.3.5 Verifikasi Rekabentuk dan Pembangunan

Verifikasi R&P hendaklah dibuat mengikut peringkat kerja yang ditentukan untuk

memastikan output R&P menepati keperluan-keperluan input R&P.

Page 6: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 34 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

Rekod keputusan verifikasi dan tindakan yang diambil hendaklah disenggara

(rujuk 4.2.4).

7.3.6 Validasi Rekabentuk dan Pembangunan

Validasi hendaklah dijalankan mengikut peringkat yang ditentukan dalam

perancangan untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi tujuan

dan kegunaan yang ditentukan.

Mengikut kesesuaian, validasi hendaklah dibuat sebelum produk dilaksanakan

atau disampaikan kepada pelanggan.

Rekod hasil validasi dan tindakan yang ambil hendaklah disenggara(rujuk 4.2.4).

7.3.7 Kawalan Bagi Pindaan Rekabentuk Dan Pembangunan

JKR hendaklah mengadakan kawalan ke atas semua perubahan dan

pengubahsuaian R&P.

Pindaan hendaklah dikaji semula, diverifikasi dan divalidasi di mana berkenaan

dan diluluskan sebelum ianya dilaksanakan.

Rekod pindaan dan tindakan pembetulan yang berkaitan hendaklah

disenggara(rujuk 4.2.4).

Perincian kepada R&P ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Rekabentuk JKR.PK(O).02

Page 7: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 35 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.4 PEROLEHAN

7.4.1 Proses Perolehan

JKR hendaklah memastikan aktiviti perolehan mengikut peraturan kewangan

yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:

i) Pembelian terus

ii) Undi

iii) Sebutharga

iv) Tender

JKR hendaklah membuat penilaian dan pemilihan terhadap pembekal

berdasarkan keupayaan pembekal dari segi kemampuan teknikal, kewangan,

dan pematuhan kepada kehendak JKR. Kriteria penilaian dan pemilihan adalah

berdasarkan surat pekeliling Perbendaharaan dan arahan Jabatan yang

berkuatkuasa.

Prestasi pembekal akan sentiasa dipantau, dinilai dan tindakan terhadap

pembekal akan dilaporkan kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab ke

atas pendaftaran dan penyenggaraan rekod pembekal. (Rujuk Prosedur JKR

PK(P).10, JKR PK(O).03 dan JKR PK(O).04A).

Pemilihan, penilaian dan sebarang tindakan terhadap pembekal hendaklah

direkod (rujuk 4.2.4).

7.4.2 Maklumat Perolehan

Maklumat Perolehan hendaklah antara lain merangkumi kehendak Kerajaan,

pelanggan, statutori, keperluan teknikal, piawaian dan dinyatakan dengan jelas

dalam dokumen berikut:

i) Pesanan Tempatan

ii) Borang Inden

Page 8: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 36 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

iii) Spesifikasi Kerja

iv) Dokumen Sebutharga

v) Dokumen Tender

vi) Surat Niat dan

vii) Surat Lantikan

JKR hendaklah memastikan dokumen perolehan yang lengkap sebelum dibuat

perolehan.

7.4.3 Verifikasi Produk Yang Diperolehi

Produk yang diterima daripada pembekal hendaklah diperiksa bagi memastikan

ia memenuhi spesifikasi dan keperluan yang dinyatakan dalam dokumen

perolehan.

Jika diperlukan, JKR hendaklah memasukkan di dalam maklumat perolehan

untuk proses verifikasi ditempat pembekal terhadap produk yang dipesan, antara

lain keperluan Performance Witness Testing.

Perincian kepada perolehan ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Perolehan Kerja JKR.PK(O).03

Prosedur Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan JKR.PK(P).10

Page 9: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 37 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.5 PENGELUARAN DAN PENYEDIAAN PERKHIDMATAN

7.5.1 Kawalan Proses

JKR hendaklah menentukan supaya semua proses pengeluaran produk (proses

semasa pembinaan dan penyerahan projek) dijalankan di bawah keadaan

terkawal. Keadaan terkawal hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya:

i) Maklumat yang menjelaskan ciri-ciri produk (iaitu dokumen kontrak).

ii) Arahan kerja/ method statement yang telah didokumenkan dan

piawaian/kod yang berkaitan tentang bagaimana proses kerja.

iii) Penggunaan peralatan yang sesuai.

iv) Penggunaan peralatan untuk pemantauan dan pengukuran.

v) Mematuhi keperluan berkanun (statutory) dan regulatory yang berkaitan

dengan penghasilan produk.

vi) Pelaksanaan pemantauan dan pengukuran semasa pembinaan dan

penyerahan projek.

vii) Penyerahan produk mengikut ekspektasi pelanggan dan tindakan susulan

dalam tempoh tanggungan kecacatan.

JKR hendaklah menyediakan Pelan Kualiti Pembinaan (C-Plan) untuk

memastikan pelaksanaan SPK dalam peringkat pembinaan setiap projek. C-Plan

hendaklah sebahagian dari Q-Plan dan dikemaskinikan dimana perlu.

7.5.2 Validasi Proses Penyediaan Perkhidmatan

JKR hendaklah melaksanakan validasi mana-mana proses penyediaan

perkhidmatan yang tidak dapat diverifikasi melalui pemantauan atau pengukuran.

Ini meliputi proses-proses di mana kekurangan menjadi ketara setelah

perkhidmatan dilaksanakan atau produk telah digunakan.

Page 10: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 38 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

Validasi proses hendaklah dilaksana bagi membuktikan keupayaan/kebolehan

sesuatu proses mencapai hasil produk yang ditetapkan, antara lain dinyatakan

sebagai mock-up / proses penanda arasan semasa proses pembinaan.

Validasi semasa pembinaan, JKR hendaklah menentukan, dimana sesuai:

i) Kriteria untuk semakan dan kelulusan proses yang terlibat.

ii) Kelulusan peralatan dan kelayakan personel.

iii) Kaedah dan prosedur khusus yang ditetapkan.

iv) Sistem rekod yang lengkap (rujuk 4.2.4).

v) Validasi semula.

7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan

JKR hendaklah mengenalpasti dan menyenggara di mana perlu, produk dengan

kaedah yang sesuai dalam proses penzahiran produk.

JKR hendaklah memastikan status produk di peringkat pemerosesan yang

kritikal adalah selaras dengan keperluan pemantauan dan pengukuran. Di mana

kemudahkesanan diperlukan, JKR hendaklah mengawal dan menyenggara

rekod identifikasi yang tunggal bagi produk itu(rujuk 4.2.4).

Kaedah kemudahkesanan yang digunakan oleh JKR antara lain adalah; nombor

fail projek, nombor lukisan rekabentuk, nombor kontrak, ‘batch number’ konkrit,

nombor bangunan/ binaan/ laluan jalan yang baru siap dan nombor aset bagi

komponen-komponen fasiliti yang baru siap.

7.5.4 Harta Pelanggan

JKR hendaklah memastikan harta pelanggan di bawah kawalannya, dikenalpasti,

diverifikasi, dilindungi dan dipelihara dengan selamat dan digunakan dengan

baik.

Page 11: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 39 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

Sebarang harta yang hilang, rosak, tidak memenuhi keperluan atau tidak sesuai

digunakan hendaklah dilaporkan kepada pelanggan. Rekod hendaklah diwujud

dan disenggara(rujuk 4.2.4).

Harta yang diterima dari pelanggan termasuklah bangunan yang dinaiktaraf,

tapakbina dan perabot.

7.5.5 Pemuliharaan Produk

JKR hendaklah memastikan produk mematuhi spesifikasi yang ditetapkan

semasa proses penyediaan, dan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan

melalui kaedah identifikasi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan dan

perlindungan.

Perincian kepada pengeluaran dan penyediaan perkhidmatan ditetapkan dalam

prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pembinaan & Penyeliaan Tapak Bina JKR.PK(O).04

Prosedur Pentadbiran Kontrak bagi Pembinaan JKR.PK(O).04A

Prosedur Penyerahan dan Pos Penyerahan JKR.PK(O).05

Page 12: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 40 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL

7.6 KAWALAN BAGI PERALATAN PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN.

JKR hendaklah menentukan pemantauan dan pengukuran yang perlu

dibuat serta tahap ketepatannya dan memilih peralatan pemeriksaan dan

pengukuran yang diperlu untuk menyediakan bukti pematuhan produk mengikut

keperluan yang ditetapkan.

Sekiranya perlu, peralatan hendaklah di :-

a) Kalibrasikan ataupun disahkan mengikut tempoh yang ditetapkan atau

sebelum digunakan dengan merujuk kepada piawaian kebangsaan atau

antarabangsa. Sekiranya tidak terdapat piawaian tersebut, asas untuk

kalibrasi hendaklah direkodkan.

b) Laras atau dilaraskan semula (adjust )

c) Kenalpasti untuk membolehkan status kalibrasi ditentukan.

d) Lindungi daripada sebarang pelarasan yang boleh menjejaskan kesahihan

keputusan pengukuran

e) Lindungi daripada kerosakan semasa pengendalian, penyenggaraan dan

penyimpanan.

Apabila peralatan pemantauan dan pengukuran tidak mematuhi keperluan, JKR

hendaklah menyemak dan merekod kesahihan pengukuran yang lalu.

JKR hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya keatas peralatan atau

produk yang terlibat. Rekod keputusan kalibrasi dan verifikasi hendaklah

disenggara(rujuk 4.2.4).

Perincian kepada kawalan bagi peralatan pemantauan dan pengukuran

ditetapkan dalam prosedur berikut:

Dokumen Yang Berkaitan

Prosedur Pembinaan & Penyeliaan Tapak Bina JKR.PK(O).04

Page 13: 7.0 Penzahiran Produk - roadsafety.jkr.gov.myroadsafety.jkr.gov.my/roadsafety/editor/files/Microsoft Word - 7_0... · kerja dan perubahan ( variance) yang dibenarkan, serta jadual

JKR MALAYSIA

MANUAL KUALITI

No. Dokumen

No. Keluaran

No. Pindaan

Tarikh

Muka Surat

: JKR. MK. 01

: 01

: 02

: 23 April, 2008

: 41 / 71

@ HAKCIPTA JKR MALAYSIA

DOKUMEN TERKAWAL