70328100-Pembungkusan

18
PENGENALAN Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang dipasarkan dalam memasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Kaedah pembungkusan produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yang dikeluarkan mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik. Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang dipasarkan. ISU – ISU PEMBUNGKUSAN PRODUK YANG BIASA TERJADI http://tangkapgambar.blogspot.com/

Transcript of 70328100-Pembungkusan

Page 1: 70328100-Pembungkusan

PENGENALAN

Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang

dipasarkan dalam memasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula

memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk.

Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan

dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi

produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi

keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga

menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.

Kaedah pembungkusan produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang

digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses

pemilihan kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk yang

dikeluarkan mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik.

Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi

kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang

dipasarkan.

ISU – ISU PEMBUNGKUSAN PRODUK YANG BIASA TERJADI

Isu – isu pembungkusan produk yang biasa terjadi adalah berkait rapat dengan

persaingan di kalangan pengeluar produk makanan yang semakin sengit (Stewart-Knox

and Mitchell, 2003; Bogue, 2001; Harmsen, 1994). Dalam situasi ini, sehingga 71 hingga

88 peratus daripada pengeluar gagal mempertahankan kedudukan produk keluaran

mereka dalam pasaran (Bogue, 2001; Lord, 1999; Buisson, 1995; Fuller, 1994; Rudolph,

1995). Bagi mengatasi masalah ini, didapati penambahbaikan bungkusan dan kualiti

produk perlu dilakukan bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat bersaing dengan

lebih baik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 2: 70328100-Pembungkusan

Selaras dengan itu, kesedaran tentang kepentingan pembungkusan telah

meningkat (Silayoi and Speece, 2004; Nancarrow et al., 1998; Bloch, 1995). Selain itu,

persepsi pengguna juga perlu diambil kira dalam menentukan bungkusan yang digunakan

bagi memastikan keberkesanan strategi pemasaran produk (Ampuero dan Vila, 2006).

DEFINISI PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan

lansung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan

mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan

mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara lebih spesifik, terdapat 3

kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus

dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi

atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih

pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan

pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua.

fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan

melindungi semasa proses mengkomersialkan produk.

Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa pembungkusan

merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama sesuatu

produk. Antaranya pendapat yang disuarakan oleh Evans dan Berman (1992) yang

menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau sifat produk.

Daripada pendapat yang disuarakan oleh beliau, dapat ditakrifkan bahawa pembungkusan

melambangkan ciri-ciri atau sifat sesuatu produk. Seperti mana produk-produk yang

terdapat dipasaran, pasti terdapat gambar atau maklumat yang berkaitan dengan produk

pada bungkusan produk yang dipasarkan. Gambar atau maklumat yang dipaparkan

bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pengguna berkenaan produk

yang dipasarkan. Pendapat ini disokong oleh Olson dan Jacoby (1972) yang

menghuraikan mengenai perkaitan antara produk dan bungkusan. Pada pendapat beliau,

pembungkusan adalah elemen luaran bagi suatu produk. Elemen yang dimaksudkan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 3: 70328100-Pembungkusan

adalah elemen yang bertujuan untuk mengakui atau menggambarkan produk. Akan tetapi,

tidak mempunyai hubungan fizikal dengan produk itu sendiri.

Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan

membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni

dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.

APA ITU PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan itu boleh dikaitkan dengan kepelbagaian dimana didalam setiap sektor

akan menggunakan cara & teknologi yang berbeza contohnya :

a) Menggunakan medium-medium yang ada untuk menghasilkan produk yang

terkini dan bermutu.

b) Setiap sektor mempunyai headline dimana didalamnya terdapat bahan untuk

menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai imej tersendiri.

c) Pemilihan material yang paling sesuai untuk melindungi produk tersebut dari

kerosakan.

FUNGSI & PERANAN PEMBUNGKUSAN

1. Mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan.

2. Untuk melindungi produk dari faktor-faktor yang mempengaruhi seperti masa,

rasa, bau dan barangan yang mudah rosak/pecah.

3. Untuk menarik perhatian pembeli dengan menggunakan kelebihan dari segi

rekabentuk dan pemilihan warna.

4. Salah satu cara memasarkan produk secara tak langsung.

5. Memudahkan sesuatu produk dibawa kemana-mana dan untuk proses

pengangkutan.

6. Meningkatkan mutu barangan terutamanya supaya kelihatan menarik

7. Menyimpan dan melindungi produk

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 4: 70328100-Pembungkusan

8. Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk

pesaing.

9. Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk

10. Mempromosikan produk

11. Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.

MEDIUM-MEDIUM PEMBUNGKUSAN

1. Kertas dan kadboard kertas

2. Bahan-bahan dari plastik contohnya botol dan bekas makanan.

3. Aluminium contohnya tin minuman ringan.

4. Bahan-bahan yang boleh dikitar semula

JENIS – JENIS PEMBUNGKUSAN

 

Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama.

 

Contoh: Tiub ubat gigi Darlie

Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran

hendak digunakan.

  

Contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie

Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan,

mengenalpasti dan menghantar produk  kepada pembeli.

LANGKAH - LANGKAH MENINGKATKAN INOVASI PEMBUNGKUSAN

PRODUK MASA KINI

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 5: 70328100-Pembungkusan

Terdapat pelbagai cara yang di jalankan oleh usahawan – usahawan kini untuk

membangunkan pembungkusan produk yang dihasilkan supaya mendapat tempat di

pasaran antaranya adalah melalui:

Penggunaan teknologi

Pelbagai mesin dan alatan yang berteknologi digunakan untuk menginovasikan

produk yang sedia ada menjadi lebih baik supaya mendapat kehendak pasaran, malah

dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli produk tersebut.

Menggunakan khidmat pereka design

Untuk menghasilkan pembungkusan label yang menarik usahawan – usahawan

kini telah menggunakan pereka design untuk menghasilkan label yang menarik dengan

menggunakan rekaan dalam grafik. Oleh itu pereka design akan mengklaskan jenis label

yang akan direka bentuk mengikut jenis pembungkusan yang di hasilkan, contohnya label

terus pada botol plastik/cup dan tin label cetakan atas kotak, label cetakan atas plastik

berlapis, label plastik PVC (shrinkable) dan lain-lain lagi.

Bantuan agensi kerajaan

Terdapat banyak agensi yang di gunakan untuk mambantu dalam perkembangan

pembungkusan produk yang dihasilkan, contohnya SMIDEC, iaitu menawarkan skim

yang di panggil Geran Bersamaan Untuk Peningkatan Keupayaan RekaBentuk

Pembungkusan Produk dengan objektif memberi bantuan kepada enterprais kecil dan

sederhana (EKS) untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keupayaan rekabentuk

pembungkusan dan perlabelan produk bagi meningkatkan penampilan produk dan

memenuhi keperluan dan peraturan pasaran. Selain itu SIRIM,Yayasan Pembangunan

Usahawan, Kraftangan Malaysia, MARDI dan lain-lain lagi yang di iktiraf oleh kerajaan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 6: 70328100-Pembungkusan

turut membantu dalam memperkembangkan pembungkusan produk yang di hasilkan oleh

kilang – kilang di malaysia

Kemudahan Pegangkutan

Dengan adanya kemudahan pengangkutan, sesuatu pengurusan untuk

penghantaran produk akan lebih sistematik dan kualiti pembungkusan dapat dijaga.

KAEDAH PEMBUNGKUSAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Terdapat beberapa kaedah pembungkusan menggunakan teknologi iaitu:

Pembungkusan hampagas

MenggunakanVacuum Packaging’ iaitu mengeluarkan udara daripada bungkusan,

ia bertujuan untuk mengelakkan proses pengoksidanan makanan berlemak/berminyak.

Selain itu kaedah ini dapat mengawal aktiviti mikroorganisma serta memanjangkan

jangkamasa simpan makanan

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Hampagas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 7: 70328100-Pembungkusan

Hasilan produk dari pembungkusan hampagas.

Pembungkusan Bergas

‘Gas Packaging’berfungsi menggantikan udara di dalam pembungkus dengan gas

nitrogen, gas karbon dioksida atau kombinasi kedua-dua gas tersebut. Gas N2 berfungsi

mengelakkan proses pengoksidanan makanan berlemak/berminyak dan memberikan

kesan ‘cushioning’ pada makanan, manakala Gas CO2 berperanan menyekat aktiviti

mikroorganisma serta memanjangkan jangkamasa.

Contoh pembungkusan jenis bergas

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 8: 70328100-Pembungkusan

Pembungkusan Regang

Stretch wrapping’menggunaan plastik LDPE atau PVC yang boleh diregang dan

dulang daripada polistirena (PS). Plastik ini mempunyai ketelapan wap air dan gas yang

tinggi. Selain itu, ia sesuai untuk buahan, sayuran dan ikan malah sesuai juga untuk kuih

muih, makanan basah

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Regang

Pembungkusan Aseptik

Aseptik atau basmi kuman diperkenalkan di Sweden pada awal 1960an, susu

dibungkus secara basmikuman selepas melalui proses pempasteuran pada 140 0C selama

2 ke 3 saat, disejukkan dengan pantas dan dibungkus dalam bahan pembungkus yang

dibasmikuman dengan gas hidrogen peroksida. Kelajuan pengisian adalah 60 karton per

minit .

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Aseptik

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 9: 70328100-Pembungkusan

Pembungkusan retort

PEMATERIAN

Makanan berasid rendah seperti hasilan daging kurma, rendang dan sebagainya.

Oleh itu, makanan tersebut perlu diproses dalam Retort sehingga suhu 121 C untuk

membunuh kuman terutamanya Clostridium Botulinum. Bahan pembungkus yang sesuai

perlu tahan tekanan dan suhu tinggi. Kebiasaannya 4 ke 5 lapis plastik tanpa lapisan

aluminum. Produk tersebut boleh disimpan dan dijual pada suhu biasa dengan tempoh

penyimpanan sehingga 2 tahun.

Contoh Mesin Kaedah Pembungkusan Retort.

Pembotolan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 10: 70328100-Pembungkusan

Pemprosesan dan pembotolan makanan dan minuman bergantung secara asasnya

sama ada makanan dan minuman tersebut berasid tinggi atau berasidRendah. Botol terdiri

daripada botol kaca atau botol plastik(untuk makanan berasid tinggi). Makanan berasid

tinggi termasuklah sos tomato, sos cili,jem, jus dan lain-lain. Makanan berasid rendah

termasuklah sri kaya, makanan bayi, mentega kacang, minuman kacang soya dan lain-

lain.

Contoh Mesin Pembasuh Botol

PERSEPSI PENGGUNA

Persepsi atau reaksi pengguna merupakan maklumbalas yang diberikan oleh

pengguna terhadap produk atau sesuatu yang ditawarkan kepada mereka. Ia berupa sejauh

mana rasa kepuasan hati atau luahan pendapat pengguna ke atas produk yang ditawarkan

(Olga Ampuero dan Natalia Vila, 2006). Pengguna merupakan seseorang yang

mempunyai kehendak dan mempunyai peranan penting kepada syarikat untuk mencapai

keuntungan atau kebaikan samada untuk mereka sendiri atau untuk syarikat (Leon Bean,

2000).

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 11: 70328100-Pembungkusan

Dalam mencapai apa yang dikehendaki oleh pengguna, pihak pengeluar

memerlukan kemampuan teknikal, kemampuan integrasi dan kemampuan pengetahuan

mengenai pasaran (Shepherd dan Ahmed, 2000). Kemampuan pasaran memerlukan

pemahaman berkenaan kehendak pengguna (Lagrosen, 2001). Pengguna yang berpuas

hati dengan apa yang ditawarkan kebiasaannya akan setia pada pada produk yang

ditawarkan dan bersedia untuk menyediakan asas tunai yang mampan (Matzler et al.,

1996). Dengan erti kata lain, apabila pengguna dengan produk yang ditawarkan oleh

pihak pengeluar, mereka akan terus setia menggunakan produk keluaran syarikat dan

tidak cerewet untuk membelanjakan wang mereka bagi membeli produk keluaran

syarikat.

KAJIAN LEPAS

Ampuero dan Vila (2006), mempersoalkan kebolehan pembungkusan untuk

mempengaruhi respon pengguna kepada produk. Mereka mengenalpasti warna, tipografi,

gambarajah grafik dan gambar sebagai pembolehubah yang terdapat persepsi pengguna

terhadap produk. Kajian yang dijalankan mendapati, perlunya kombinasi elemen-elemen

ini bagi memastikan kesan yang dikehendaki dapat dicapai. Selain dari elemen ini,

terdapat juga elemen yang dapat dikenalpasti, iaitu status, nilai, keselamatan, negara asal,

keunggulan dan prinsip kualiti. Selain itu, terdapat satu lagi kajian terbaru berkenaan

bungkusan, iaitu tentang kepentingan pembungkusan produk yang dihasilkan oleh L.E.

Wells, H. Farley dan G.A. Armstrong (2007). Kajian yang dihasilkan oleh mereka

menyiasat tentang kepentingan rekabentuk pembungkusan bagi produk makanan dengan

memahami bagaimana pengguna melihat label pada bungkusan dan mengenalpasti faktor

yang mempengaruhi keputusan membeli mereka. Hasil daripada analisis yang dijalankan

mendapati pengaruh pada bungkusan mempengaruhi pengguna untuk membeli produk.

CADANGAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 12: 70328100-Pembungkusan

Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan, beberapa cadangan dapat dibuat dalam

membantu dalam penambahbaikan pada bungkusan yang sedia ada selain meningkatkan

prestasi syarikat – syarikat di malaysia yang terlibat dalam pembungkusan produk. Selain

usahawan – usahawan di malaysia, cadangan ini juga boleh digunakan sebagai rujukan

oleh mana-mana pihak yang berkaitan. Cadangan yang dimaksudkan adalah seperti

berikut:

a)Pihak syarikat perlu mengekalkan kaedah bungkusan yang sedia ada kerana majoriti

pengguna mempunyai persepsi yang positif terhadap kaedah pembungkusan yang sedia

ada.

b)Dalam merancang untuk memilih bungkusan, 5 elemen utama pembungkusan

hendaklah dikaji terlebih dahulu agar bungkusan yang terbaik dapat dihasilkan. Setiap

elemen yang digunakan hendaklah diaplikasikan dengan baik pada bungkusan agar fungsi

setiap elemen tersebut mencapai matlamatnya

c)Mungkin pihak syarikat boleh menggunakan bahan lain seperti tin dan balang plastik

untuk membungkus produk mereka. Ini bagi memberi lebih banyak variasi dan kelainan

kepada pengguna dalam memilih produk keluaran syarikat.

d)Selain bahan yang digunakan, reka bentuk bungkusan juga boleh diubah mengikut satu

kadar waktu tertentu agar ianya bersesuaian dengan trend semasa. Reka bentuk

bungkusan yang menarik dapat menarik pengguna untuk melihat dan seterusnya membeli

produk keluaran syarikat.

e)Maklumat pemakanan yang dipaparkan pada bungkusan hendaklah disemak dari masa

ke semasa agar maklumat yang dipaparkan benar-benar bertepatan dengan kandungan

bungkusan, jelas dan tidak mengelirukan pengguna.

KESIMPULAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 13: 70328100-Pembungkusan

Kesimpulan dari tugasan ini, didapati pengguna mempunyai persepsi dan

penilaian tersendiri ke atas pembungkusan produk – produk di pasaran. Walaupun

terdapat pengguna yang mempunyai persepsi negatif, namun jumlahnya amat sedikit.

Akan tetapi pihak syarikat tidak boleh mengabaikan perkara ini dan harus mengenal pasti

kekurangan yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat. Ini adalah untuk kebaikan

bersama bagi pihak syarikat dan pengguna. Melalui bungkusan yang menarik, berkualiti

dan terbaik, pihak syarikat mempunyai kemampuan menjual produk mereka dengan

mudah di pasaran. Manakala para pengguna pula dapat membeli produk yang berkualiti

dengan bungkusan yang menarik dan terjamin. Selain itu, pihak syarikat tidak perlu

menukar bungkusan yang sedia ada kerana pengguna mempunyai tahap penerimaan yang

baik terhadap bungkusan tersebut. Pihak syarikat hanya perlu membuat penambahbaikan

kecil pada bungkusan sedia ada. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah pengolahan

warna pada bungkusan agar kelihatan lebih menarik, sesuai dengan bungkusan dan

menonjolkan produk di pasaran. Ini adalah berdasarkan nilai min yang rendah bagi

elemen warna pada bungkusan yang menunjukkan kekurangan pada warna yang

digunakan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/