7.1 Peraturan Bilik Sains
-
Upload
allyis1504 -
Category
Documents
-
view
255 -
download
3
description
Transcript of 7.1 Peraturan Bilik Sains
Subjek SainsTarikh/Hari 7 Januari 2016 / KhamisMasa 11.10 – 12.10 tengahari (60 minit)Kelas Tahun 5 AktifTema/Tajuk Peraturan Bilik SainsStandard Kandungan 2.1 Peraturan Bilik SainsObjektif Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan
dapat :a) Menamakan sekurang-kurangnya 3 peraturan bilik sainsb) Mengaplikasikan salah satu peraturan bilik sains
melalui lakonan.Elemen Merentas Kurikulum
Nilai murni : bekerjasama, berani mencuba
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Guru menjalankan sesi berkenalan sesama murid.2. Guru menunjukkan satu contoh tingkah laku yang tidak
sesuai dilakukan di dalam bilik sains. Murid memberikan respond.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Murid melakonkan situasi bagi mengaplikasikan peraturan bilik sains.
4. Guru melukiskan peta i-THINK di papan putih. Murid secara rawak dipilih untuk menulis peraturan bilik sains di peta tersebut.
5. Guru berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik sains serta murid memberikan pendapat mereka. Murid menyalin nota peraturan bilik sains di dalam buku nota.
Bahan Bantu Mengajar Peta i-THINK, buku tulis dan buku teks
RefleksiBilangan murid yang mencapai objektif :
Tindakan susulan guru :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN