71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

35
hazman_ipda2011 PENGERTIAN SEJARAH Sejarah berasal dari perkataan Arab,Syajaratun yang bermaksud pohon,salasilah, keturunan atau asal usul Dalam Bahasa Inggeris,Sejarah dikenali sebagai History.Perkataan ini diambil daripada perkataan Historia dalam Bahasa Yunani yang bermaksud “penyelidikan” E.H Carr: “Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa kini dan masa lampau” Ibnu Khaldun: “Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada masyarakat tersebut” Herodotus: “Sejarah ialah penceritaan terhadap tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya” Mohd Yusuf Ibrahim: “Sejarah adalah catatan atau rekod mengenai satu peristiwa yang berlaku satu masa yang lalu” R.Suntharalingam: “Pengertian sejarah tidak boleh ditakrif dengan hanya melihat makna daripada kamus. Sejarah adalah satu cabang ilmu dan untuk mendapat takrifan sebenar sejarah, pendapat sarjana perlu digunakan” R.G Collingwood: “Sejarah adalah satu cabang ilmu yang bersifat kajian”.Menurutnya, sejarawan akan berusaha untuk mengetahui sesuatu. 1

Transcript of 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

Page 1: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

PENGERTIAN SEJARAH

Sejarah berasal dari perkataan Arab,Syajaratun yang bermaksud pohon,salasilah, keturunan atau asal usul

Dalam Bahasa Inggeris,Sejarah dikenali sebagai History.Perkataan ini diambil daripada perkataan Historia dalam Bahasa Yunani yang bermaksud “penyelidikan”

E.H Carr:

“Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa kini dan masa lampau”

Ibnu Khaldun:

“Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada masyarakat tersebut”

Herodotus:

“Sejarah ialah penceritaan terhadap tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya”

Mohd Yusuf Ibrahim:

“Sejarah adalah catatan atau rekod mengenai satu peristiwa yang berlaku satu masa yang lalu”

R.Suntharalingam:

“Pengertian sejarah tidak boleh ditakrif dengan hanya melihat makna daripada kamus. Sejarah adalah satu cabang ilmu dan untuk mendapat takrifan sebenar sejarah, pendapat sarjana perlu digunakan”

R.G Collingwood:

“Sejarah adalah satu cabang ilmu yang bersifat kajian”.Menurutnya, sejarawan akan berusaha untuk mengetahui sesuatu.

Usaha mengetahui sesuatu (mencari jawapan) adalah SAINS.Justeru Sejarah adalah salah satu cabang dari ilmu sains.

Karya Herodotus, “Histories” mengenai perang Parsi turut memberi makna sejarah.

Histories dalam bahasa Yunani bermaksud “penyelidikan”. Justeru, benarlah pendapat bahawa sejarah adalah “mengetahui sesuatu”

1

Page 2: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

CIRI-CIRI SEJARAH

Bersifat Kajian Bersifat Naratif Mempunyai Ruang Lingkup

hazman_ipda2011

1. BERSIFAT KAJIAN

R.G Collingwood (The Idea of History) menyatakan bahawa sejarah itu bersifat kajian. Hal ini kerana para sejarawan berusaha untuk melakukan kajian bagi mengetahui sesuatu.

Collingwood menganggap Sejarah adalah salah satu daripada cabang ilmu sains kerana Sains adalah penyelidikan untuk mengetahui sesuatu.

∴ Sejarah = Sains

Oleh kerana Sejarah Bersifat Kajian, maka terdapat dua kesan terhadap sesuatu sejarah itu untuk diterima sejarah iaitu:

1. Kajian dalam sejarah bersandar kepada penafsiran sumber sedia ada seperti tulisan/ tinggalan lama2. Sejarah perlu dikaji oleh mereka yang ahli

Collingwood seterusnya mengaitkan tulisan Bapa Sejarah,Herodotus sebagai bukti bahawa sejarah bersifat kajian

- Karya Herodotus, Histories adalah satu penceritaan tentang Perang Parsi pada abad 5 S.M

- Beliau telah membuat kajian dengan mencari sumber,tinggalan lama dan menemui orang sumber

- Judul karyanya “Histories” adalah diambil daripada perkataan Yunani “historia” yang bermaksud penyelidikan

- Justeru,Collingwood berhujah bahawa bukti ini menunjukkan bahawa sejarah itu bersifat kajian

Pendapat Collingwood disokong Mandelbaum. Menurutnya, penyelidikan sejarah bertujuan untuk menegakkan kebenaran terhadap peristiwa yang pernah berlaku. Tambahnya lagi, setiap fakta sejarah perlu disertakan bukti dan jika tidak ianya tidak boleh dipertimbangkan sebagai satu kajian sejarah.

2

Page 3: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

R.Suntharalingam menyatakan bahawa implikasi daripada sejarah bersifat kajian:

1. Sejarah tidak boleh dipandang sebagai peristiwa masa lalu semata-mata. Sejarah lebih daripada itu adalah salah satu daripada cabang ilmu.2. Tulisan tanpa kajian tidak boleh dianggap sebagai sejarah.

Sejarah perlu bersandar pada bukti.Jika satu peristiwa sejarah ditulis tanpa bukti, ia hanya layak menjadi salah satu daripada sumber sejarah semata-mata.

2. BERSIFAT NARATIF

Collingwood meyatakan bahawa kajian sejarah adalah sesuatu yang bersifat deskriptif (terperinci) yang disampaikan dalam urutan waktu.

Teggart menganggap sejarah ditulis secara naratif supaya terdapat satu unsur paduan yang mempunyai titik permulaan,pertengahan dan kesudahan.

Mandelbaum menganggap kaedah naratif boleh memaparkan dengan lebih ketara perubahan yang berlaku dalam pola peristiwa sejarah.

Penulisan sejarah berbentuk tema-tema tertentu (seperti dalam buku teks) masih tidak lari daripada unsur naratif.

3. MEMPUNYAI RUANG LINGKUP

F.J Teggart beranggapan bahawa ruang lingkup sejarah adalah seperti berikut:

“Kajian yang tertumpu kepada tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada kelompok rakyat dan negara”

Hal ini bermaksud,pengkaji sejarah hanya akan mengkaji peristiwa yang melibatkan nasib sesuatu bangsa, kewujudan mereka atau peristiwa yang menjejaskan mereka pada tahap tinggi semata-mata.

Justeru, Teggart dan sejarawan yang sealiran dengannya menolak pandangan bahawa sejarah itu mengkaji nasib,kehidupan dan peribadi individu.

Hal ini menyebabkan ruang lingkup sejarah pada pandangan Teggart adalah SEMPIT dan TERBATAS kepada tindakan sosial semata-mata.

Teggart berhujah berdasarkan karya Herodotus dalam Histories.Hal ini kerana Herodotus tertumpu kepada Perang Parsi di antara Parsi dan Yunani.Perang ini memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Yunani dan Parsi.

3

Page 4: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Malah, sejarah dalam abad ke 19 cenderung untuk menceritakan tindak-tanduk bangsa bertujuan mewujudkan semangat patriotisme. Perkara ini tidak ada bezanya dengan penulisan sejarah di Malaysia yang bergerak dalam ruang lingkup tindakan sosial manusia semata-mata.

Selain itu,tokoh-tokoh dalam peristiwa sejarah dinyatakan menerusi tindak-tanduk sosial mereka semata-mata tanpa terdorong untuk menyentuh soal peribadi mereka. Misalnya,sejarah hanya menceritakan kisah bagaimana Parameswara membuka Kota Melaka,tetapi tidaklah pula diceritakan tentang sifat peribadinya seperti apakah makanan kegemarannya ataupun sikapnya terhadap ibu bapa.

Pun begitu, semenjak 1920-an, penulisan sejarah telah mula meliputi segala hal yang terdapat dalam dunia dengan kewujudan pelbagai aliran sejarah yang baru

Aliran Annales membawa pemikiran “sejarah total”, di mana sejarah dikaji dalam ruang lingkup yang luas merangkumi aspek geografi,struktur sosial dan kejadian-kejadian politik.

Selain itu,aliran “sejarah rakyat” mula dipelopori oleh sejarawan yang tidak cenderung untuk membicarakan hal politik sebaliknya menekankan aspek kebudayaan dan sosial dalam masyarakat.

Collingwood menganggap ruang lingkup sejarah adalah mengandungi aspek lahiriah dan dalaman. “Lahiriah” merujuk aspek fizikal sesuatu tindakan sejarah manakala aspek “dalaman” merujuk kepada pemikiran manusia yang mencetuskan sesuatu tindakan sejarah yang tertentu.

Kesimpulan yang mudah,ruang lingkup sejarah pada hari ini telah merangkumi semua perkara dan mencakupi segala hal.

OBJEKTIVITI SEJARAH

Aliran Objektif

Leopold Von Ranke berhujah bahawa penulisan sejarah mampu untuk menegakkan kebenaran objektif dengan memaparkan secara tepat dan betul kejadian masa lampau.

“Objektif” bermaksud sesuatu yang berasaskan kenyataan atau fakta sebenar tanpa penokokan dan penambahan.

4

Page 5: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Menurut Leopold Von Ranke, keobjektifan sejarah bermaksud sejarah itu ditulis seperti sebagaimana yang benar-benar berlaku (wie es eigentlich gewesen)

Bagi mencapai matlamat tersebut, Ranke berpendapat bahawa para sejarawan perlu berusaha untuk membuat satu persembahan fakta yang tulen yang berpandukan penyelidikan yang rapi

Dengan cara ini, sejarah yang ditulis akan bebas dari prasangka politik dan agama sezaman, bahkan bebas dari pengadilan moral yang banyak berunsur prasangka dan berat sebelah yang hanya akan menggugat kewibawaan sejarah sebagai satu bidang ilmu yang sahih.

Abdul Rahman Haji Abdullah menyatakan bahawa keobjektifan sejarah bermaksud sejarah sebagaimana terjadinya (histoire-realite).

Konsep Penulisan Sejarah yang Objektif

Ahli sejarah perlu jujur dalam menulis sejarah dengan bersikap berkecuali dan tidak bias.

Sejarah ditulis berdasarkan fakta-fakta yang teruji kesahihannya dengan disertakan bukti dan penyelidikan sejarah dilakukan secara terperinci mengikut metodologi yang telah ditetapkan.

Ibnu Khaldun menyatakan bahawa punca mengapa sejarawan gagal untuk menulis sejarah secara objektif termasuklah kerana:1. Semangat kepartian2. Memihak kepada sesuatu kepercayaan3. Terlalu bergantung pada sumber 4. Tidak memahami sumber secara teliti5. Keyakinan berlebihan tanpa kepastian6. Assabiyyah dalam mengagungkan bangsa7. Jahil mengenai peristiwa dan hukum hakam8. Tidak meletakkan kejadian sebenar pada tempatnya

Aliran Relatif / Subjektif

Aliran relatif yang bertentangan dengan aliran objektif mula timbul apabila sejarawan seperti Carl Becker dan Charles Beard mempertikaikan kemampuan sejarawan untuk menghasilkan sejarah yang objektif dalam kata yang sebenar

Walaupun mereka menghormati pandangan bahawa ahli sejarah perlu mematuhi peraturan-peraturan dalam menjalankan kajian, mereka beranggapan bahawa aliran objektif bukan sahaja tidak mampu untuk menyatakan keseluruhan masa lampau tetapi juga telah menimbulkan pelbagai sejarah yang bercanggah antara satu sama lain.

5

Page 6: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Carl Becker menyatakan bagaimanakah sejarah itu boleh menjadi objektif sedangkan segala pemilihan fakta sejarah dibuat oleh akal fikiran sejarawan.

Malah,tidak wujud indikator atau pengukur bagi menentukan kandungan sejarah. Tambah Becker, kebenaran sejarah bukanlah sesuatu yang mutlak tetapi relatif.

Kebenaran sejarah adalah bersifat relatif kerana sejarawan memilih sesuatu aspek peristiwa dengan menolak sebahagian yang lainnya dan kemudiannya mengaitkan fakta-fakta yang diambilnya dalam cara tertentu. Justeru, pensejarahan masih tertumpu kepada pendapat seseorang sejarawan itu sendiri.

Charles Beard menyatakan bahawa penulisan sejarah mencerminkan pemikiran pengarang itu dalam konteks masa dan budayanya.

HUJAHAN CARR

Dalam bukunya What Is History, E.H Carr berpendapat bahawa aliran objektif dan relatif harus saling berkaitan dan tiada pemisahan di antara keduanya.

Carr berkata, soal keobjektifan sejarah tidak boleh ditentukan oleh ketetapan fakta tetapi kepentingannya dari sudut interpretasi atau penafsiran yang dimajukan oleh sejarawan.

Hal ini kerana,para sejarawan menggunakan ukuran kepentingan masing-masing dalam memajukan penafsiran mereka.

Oleh itu,sejarawan perlu membuat penafsiran sendiri yang bernas dan halus untuk menuju ke satu tahap yang lebih tinggi.

SUMBER SEJARAH

Definisi Sumber:

R.G Collingwood - Sumber boleh didefinisikan sebagai sesebuah teks yang mengandungi keterangan-keterangan mengenai sesuatu peristiwa sejarah

Louis Gottschalk - Bahan bukti dalam bentuk tulisan,catatan dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa sejarah

Profesor Sartono Kartodirjo - Sumber bererti monumen,artifak,foto,tape dsb di samping data verbal yang berbentuk tulisan

Collingwood berhujah, “apapun adalah bukti yang membolehkan anda menjawab persoalan anda”. Oleh itu, sumber dalam sejarah dianggap sebagai sesuatu data yang menyediakan “bukti” terhadap segala fakta-fakta sejarah yang diutarakan oleh sejarawan.

Sumber dalam sejarah boleh dikelaskan kepada beberapa kelas yang berbeza iaitu sumber pertama (primer), sumber kedua (sekunder) dan sumber ketiga (tertier)

6

Page 7: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

SUMBER PERTAMA Louis Gottschalk menyatakan bahawa sumber primer adalah satu sumber yang

diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Tambah Gottschalk, sumber primer adalah sumber yang diperolehi daripada saksi dalam bentuk tulisan, catatan, dan juga saksi lisan kepada sesuatu peristiwa sejarah.

Muhd Yusof Ibrahim mengatakan bahawa sumber primer adalah sumber atau bahan yang boleh dirujuk tetapi keadaannya asli dan belum ditafsirkan.

Arthur Marwick pula menyifatkan sumber primer sebagai bahan yang wujud dalam keadaan asas, mentah dan tidak sempurna atau degan kata lain merupakn sumber yang belum lagi diproses oleh pengkaji sejarah.

Ciri-ciri sumber primer seperti yang dikelaskan oleh Marwick dalam bukunya termasuklah:

1. Kandungan sumber tersebut mestilah masih baru dan dihasilkan oleh idea-idea yang kreatif.

2. Sumber tersebut adalah sumber yang berada dalam keadaan bahasa asalnya dan masih belum diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain.

3. Sumber awal tersebut mestilah sesuatu sumber yang masih belum ditafsir oleh mana-mana pengkaji sebelum ini.

4. Sekiranya sumber tersebut dibuat dalam bentuk tulisan, teks tersebut mestilah teks yang sebenar.Ini bermaksud, teks tersebut bukanlah sesuatu yang disalin dalam apa jua bentuk yang seakan-akan sama sekalipun.

5. Sumber maklumat yang berada di dalamnya adalah sumber maklumat pertama yang diperoleh.

6. Bahan mentah sumber belum mengalami perubahan dari segi fizikalnya.

7. Sumber tersebut kebiasaannya sukar diperoleh, terhad, sulit, milik peribadi atau orang perseorangan.

Selain apa yang diperkatakan oleh Gottschalk, antara sifat sumber primer yang lain adalah termasuklah sesuatu penemuan yang baru, pengetahuan baru,interpretasi baru,maklumat sukar dikesan,kedudukan maklumat berselerak dan maklumat jarang diterbitkan.

Antara sumber primer yang biasanya digunakan termasuklah:1. Surat-surat, surat milik perseorangan2. Dokumen

7

Page 8: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

3. Surat perjanjian4. Majalah, surat khabar yang pertama memaparkan peristiwa5. Peta6. Rekod kerajaan7. Diari8. Minit-minit mesyuarat9. Artifak10. Jumpaan Arkeologi11. Keterangan lisan individu pertama yang mengalami peristiwa

Pengumpulan dan pemprosesan sumber:- Sumber pertama adalah menarik untuk dibaca kerana sifatnya itu memberikan

kita pemahaman yang terus dari sumber (first-hand insights)- Menjadi alat yang penting kepada ahli sejarah untuk membina satu pemahaman

tentang sesuatu peristiwa- Menjadi bukti yang boleh digunakan dalam membina satu tafsiran dan membina

hujah dalam menyokong tafsiran tersebut.

Penggunaan dan Kepentingan Sumber Primer:- Tidak boleh “bercakap” dengan sendiri, mestilah ditafsirkan- Tidak boleh memahami secara serta-merta tentang apa yang sesuatu sumber

primer itu maksudkan terutamanya sesuatu yang datang daripada budaya yang berbeza dengan budaya kita sendiri

- Ahli sejarah akan cuba memahami apa yang dimaksudkan dan menggambarkan apa yang sumber itu perkatakan tentang masa lampau.

- Cara menggunaka sumber:

1. Letakkan sumber itu dalam konteks sejarahnya (hint: 5W 1H)- Siapa penulisnya, apa yang anda tahu tentang penulisnya?- Di mana dan bila ia ditulis?- Mengapa ia ditulis?- Kepada siapa ia ditujukan (audien)? Apa yang anda tahu tentang

audiennya?

2. Kelaskan sumber tersebut- Apakah jenis karya tersebut?- Apakah tujuannya?- Apakah kebiasaan dan tradisi penting yang mempengaruhi sumber?- Apakah tradisi perundangan, politik, keagamaan/falsafah adalah

sebahagian daripadanya?

8

Page 9: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

3. Memahami sumber tersebut- Apakah kata-kata kunci dalam sumber itu dan apakah yang ia

maksudkan?- Apakah hujah pengarang? Ringkaskan tesisnya- Apakah bukti pengarang dalam menyokong hujahnya?- Apakah nilai (values) yang sumber itu cerminkan?- Apakah permasalahan yang dinyatakan?

SUMBER KEDUA Louis Gottschalk mendefinisikan sumber sekunder sebagai sumber yang berbentuk

catatan yang diperolehi daripada seseiapa sahaja yang bukan saksi iaitu hadir semasa kejadian itu berlaku.

Muhd. Yusof Ibrahim menyatakan bahawa sumber sekunder ialah kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun suatu kumpulan tentang peristiwa, tokoh dan sebagainya.

Antara ciri-ciri sumber sekunder termasuklah:

1. Sumber bahan mentah yang telah diproses.

2. Sumber telah diterjemahkan dari sesuatu bahasa ke dalam bahasa yang lain.

3. Sumber berfungsi sebagai bahan rujukan.

4. Mengalami perubahan dari bahan mentah kepada bentuk penulisan misalnya kepada jurnal.

5. Sifat yang ketara mengenai ciri sesuatu sumber sekunder ialah boleh dibeli, tidak terhad, tidak sulit, diterbitkan semula, bukan milik peribadi atau orang perseorangan.

Antara contoh sumber tertier termasuklah buku, jurnal, tesis, artikel, majalah, akhbar dan sebagainya.

Cara menggunakan sumber sekunder:

1. Sebagai Koleksi Fakta-fakta- mendapatkan maklumat dengan cepat- Contoh: Bilakah Genghis Khan hidup?

2. Sumber Bahan Latar Belakang- Perlu tahu sesuatu mengenai apa yang berlaku pada masa itu dan

sebelum daripadanya

9

Page 10: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

3. Sebagai Satu Tafsiran- Fakta tidak “bercakap” sendiri- Ahli sejarah perlu memberikannya beberapa bentuk dan meletakkannya

dalam susunan yang boleh difahami- Menyediakan tidak hanya maklumat tetapi cara memberi makna kepada

maklumat itu

SUMBER KETIGA

Sumber tertier adalah keterangan-keterangan, tulisan atau dokumen yang bukan didapati daripada tangan pertama (first-hand source). Contoh sumber tertier adalah bibliografi, katalog perpustakaan, direktori, dan daftar bacaan.

Ensiklopedia dan buku teks adalah contoh bahan yang mencakupi baik sumber sekunder dan tertier yang mana menyediakan rangkuman fakta-fakta yang telah tersedia untuk sesuatu topik sejarah.

MENGESAN SUMBER SEJARAH

Masa : - Sumber primer kebiasaannya dihasilkan semasa peristiwa tersebut berlaku- Sumber sekunder dihasilkan melalui satu proses ataupun kaedah penyelidikan

yang teratur supaya hasilnya boleh diterima kebenarannya.

Tempat:- Sumber primer:

1. Rekod-rekod,surat menyurat dan laporan kerajaan (arkib)2. Rekod-rekod swasta seperti parti politik, kesatuan sekerja,pertubuhan dsb3. Bahan-bahan peribadi seperti jurnal, buku catatan dan surat peribadi4. Artifak seperti tinggalan runtuhan, candi, monumen dsb5. Sumber lisan - orang sumber

- Sumber sekunder: Majalah, risalah, buku, jurnal (perpustakaan dan arkib)

TUJUAN MENGKAJI SUMBER

10

Page 11: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Sebagai bukti sejarah yang kukuh dan sukar untuk dipertikaikan setelah ditafsir oleh penyelidik.

Menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut kesahihan dan ketepatan fakta sejarah

Penghasilan sejarah yang berkualiti dan baik Mengelakkan kesalahan dan kesilapan fakta sejarah

KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

Memberi pemahaman yang terus daripada sumber asal Membina pemahaman tentang peristiwa Bukti dalam membuat tafsiran dan hujah dalam menyokong tafsiran

TINGKAT-TINGKAT SUMBER

Terdapat beberapa pandangan tokoh yang melihat sesuatu sumber itu lebih penting (berprioriti/berkeutamaan) berbanding sumber yang lainnya.

Sejarawan Yunani seperti Herodotus dan Thucydides memandang tinggi sumber lisan berbanding babad (hikayat) dan inskripsi.

Sejarawan Kristian seperti Sextus Julius Africanus dan Eusebius pula melihat sumber daripada kitab Injil adalah sebagai yang terpenting berbanding sumber lain.

Leopold Von Ranke menganggap sumber kerajaan sebagai sumber yang paling tulen dan lengkap.

Walaubagaimanapun, kebanyakan sejarawan keberatan untuk memutuskan secara amnya jenis sumber yang paling penting dan berpegang pada pendapat bahawa semua jenis sumber adalah sama penting kerana mempunyai nilainya yang tersendiri.

Sejarawan juga melihat kepentingan sesuatu sumber turut bergantung kepada tajuk kajian oleh seseorang sejarawan.Misalnya, Ramlah Adam yang mengkaji tentang UMNO (1945-1951) menjadikan temuramah dengan tokoh UMNO dan fail-fail parti tersebut sebagai keutamaan.

SUMBER ARKEOLOGI

Maksud Arkeologi

Perkataan arkeologi berasal dari perkataan Yunani “arkhaiologia” yang bererti perbincangan tentang benda purba atau silam

Paul Bahn mendefinisikan arkeologi sebagai “satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan”, dengan bermatlamat membongkar, menerangkan dan mengkelaskan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk

11

Page 12: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstruksinya semula

Cottrell Leonard pula mendefinisikan arkeologi sebagai satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya.

Teknik dan Kaedah Arkeologi

Kajian sistematis meliputi pertemuan, dokumentasi, analisis dan interpretasi data Berupa artifak (budaya bendawi seperti kapak batu dan candi) ekofak (benda lindungan seperti batuan,rupa muka bumi dan fosil)

Kajian Luar/Lawatan Tapak

Kerja-kerja lapangan di tapak-tapak arkeologi seperti di Lembah Bujang, Gua Tampan dan lain-lain.

Artifak dan Bukan Artifak

Artifak: Barang-barang buatan manusia terutama alat perkakas, senjata dan tinggalan sesuatu zaman yang digunakan ketika itu

Bukan artifak: Perkaitan melalui aspek pemakan atau tinggalan barang-barang keperluan harian

SUMBER LISAN Suatu kaedah untuk mendapatkan dan mengumpulkan keterangan-keterangan

sejarah melalui teknik temubual, wawancara atau soaljawab yang dirakamkan ke dalam pita rakaman

Sumber lisan biasanya tidak dirakam oleh si pencerita sebaliknya bergantung kepada ingatan dan pemahamannya sahaja.

Kelemahan sumber lisan adalah wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur dongeng, mitos dan lagenda.

Data sejarah yang diperoleh dalam kaedah lisan adalah bergantung kepada apa yang ada dalam memori informan, baik sebagai saksi langsung mahupun tidak langsung.

Kebenaran sesuatu sumber bergantung kepada informan.

DOKUMEN SEJARAH

12

Page 13: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Dokumen sejarah bermaksud sesuatu yang bertulis atau bercetak mengenai sesuatu peristiwa sejarah.

Profesor Sartono Kartodirjo mendefinisikan dokumen sejarah sebagai, “data verbal berbentuk tulisan.”

Dokumen sejarah termasuklah surat-surat, surat perjanjian dan surat pajak, rekod dan fail kerajaan, manuskrip dan diari.

TAFSIRAN SUMBER SEJARAH

Tafsiran Sumber Sejarah itu boleh dimaksudkan sebagai “ keterangan,ulasan dan penjelasan terhadap peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku

Prasyarat utama kepada sesuatu tafsiran sejarah yang hendak dibuat ialah:

1. Peristiwa tersebut pernah berlaku2. Bukti terhadap peristiwa tersebut masih ada dan wujud3. Penafsiran dibuat kepada apa yang telah tersurat (tertulis)

Jenis-jenis tafsiran sejarah termasuklah:

1. TAFSIRAN VERBAL - Penumpuan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu dokumen secara individu/berkumpulan.

Dalam hal ini,beberapa perkara diambil perhatian oleh ahli sejarah iaitu melihat sesuatu sumber itu dari sudut gaya bahasa,perbendaharaan kata,tatabahasa dan terjemahan.

Contoh: Gaya Bahasa - melihat makna perkataan dan cara penulisan mengikut zaman Perbendaharaan Kata - maksud sesuatu perkataan (kadangkala maksud perkataan berbeza mengikut zaman)Tatabahasa - memahami konsep sintaksis ayat dalam sesuatu dokumen.Translasi - menterjemah sesuatu karya asal ke dalam Bahasa lain.

2. TAFSIRAN TEKNIKAL - Menjelaskan tujuan penulis dalam penulisan sejarah dan sebarang pembacaan secara spesifik yang digunakan.Kebiasaannya dibuat berasaskan dua pertimbangan iaitu tujuan menulis sejarah dan bentuk pembacaan yang tepat

13

Page 14: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

3. TAFSIRAN LOGIKAL - Proses melihat pelbagai bahagian sumber mengikut kaedah yang betul.

Ahli sejarah melihat proses kesinambungan/ kepentingan antara dokumen ke satu dokumen. Menterjemahkan dokumen itu mengikut sudut pandangan pengkaji—tafsiran. Penyambungan idea utama diperolehi drp pembacaan yg luas.

4. TAFSIRAN PSIKOLOGIKAL - Pengkaji melihat kepada pemikiran/karakter pelaku sejarah yang dipengaruhi persekitaran,fizikal,sosial dan intelektual.

5. TAFSIRAN FAKTA - Menilai fakta secara individu/berkumpulan utk jelaskan sebab dan akibat peristiwa

KRITIKAN SUMBER SEJARAH

Sejarawan berpendapat bahawa bahan yang dikutip sebagai satu-satu sumber sejarah perlu diuji kebenarannya.

Marc Bloch berpendapat “ahli sejarah tidaklah berperanan sebagai penyalin, perakam dan pemetik maklumat semata-mata”

Sejarawan telah mendukung proses kritikan bukti supaya dapat menghasilkan ilmu sejarah yang tulen.

Istilah “kritikan” merujuk kepada proses penafsiran bukti dan “satu ujian untuk kebenaran”

Oleh itu, kritikan sumber adalah satu proses yang dilakukan ke atas sumber sejarah bagi memastikan ketulenan dan keaslian sumber dari segi luaran dan dalaman berdasarkan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.

Proses kritikan terhadap sumber terbahagi kepada dua iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

KRITIKAN LUARAN Kritikan luaran boleh diertikan sebagai usaha mengesahkan ketulenan atau kesahan

sesuatu sumber asli itu. Hal ini bermakna, sesuatu sumber itu diuji samada ianya adalah sumber yang benar-

benar tulen ataupun sumber tersebut adalah palsu atau telahpun diplagiat. Metod kritikan sumber diperkenal bertitik tolak daripada pelbagai penipuan yang

telah dilakukan ke atas sumber samada ianya dipalsukan atau sengaja direka-reka. Beberapa kes yang pernah dilaporkan terhadap pemalsuan sumber termasuklah kes

“Donation of Constantine” yang dibuat oleh pihak tertentu oleh sebab politik. Surat palsu telah dipalsukan bagi menyokong tuntutan Paus (gereja) ke atas bekas tanah

14

Page 15: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

jajahan Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom. Perkara ini telah didedahkan palsu pada abad ke 15.

Selain faktor politik, sumber dipalsukan atas nama wang. Contohnya, surat Ratu Antoinette dari Peranchis dan Abraham Lincoln selain buku harian Hitler direka-reka oleh pihak tertentu bagi mendapatkan wang setelah dijual kepada pihak akhbar dan penerbitan.

Oleh itu, ahli sejarah sepakat untuk mengenakan ujian ke atas setiap sumber merangkumi ujian kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam sesuatu dokumen.

1. UJIAN KIMIA- Ujian kimia adalah bertujuan untuk menentukan umur sebenar sesuatu dokumen. Keadaan kertas, dakwat dan cap akan berubah mengikut peredaran masa dan pakar kimia boleh memastikan umur semasa yang sebenar sesebuah dokumen- Misalnya, ujian terhadap manuskrip jurnal yang disimpan oleh Frank Swettenham dibuktikan memang berumur sekitar seratus tahun lebih, sama seperti masa jurnal tersebut ditulis sekitar tahun 1870-an.

2. UJIAN BAHASA- Ujian bahasa juga boleh menentukan umur sesuatu dokumen itu kerana gaya bahasa sesuatu bahasa akan sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah dan tanda baca mengikut peredaran zaman.- Contohnya, Bahasa Melayu yang digunakan sekitar tahun 1960-an berbeza dengan Bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini. Perkara ini dapat dilihat menerusi Laporan Mageran mengenai Tragedi 13 Mei 1969 di mana perkataan seperti “boroh” digunakan berbanding “buruh” pada masa ini.Selain itu penggunaan sempang ditengah perkataan seperti “sa-belum” dan “di-anggap”, selain penggunaan abjad dua pada kata ganda seperti “orang2”

3. UJIAN TULISAN TANGAN- Ujian ini hanya dapat dilakukan terhadap tulisan yang ditulis dengan tangan, bukannya tulisan yang bertaip atau dicetak.- Pakar-pakar kaji tulisan boleh mendedahkan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain (terutamanya tokoh) kerana ianya adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan- Garraghan menyatakan bahawa “tulisan tangan adalah satu ciri yang tersendiri”- Kebiasaannya, pakar akan membandingkan tulisan seseorang yang telah terbukti tulisannya dengan sumber yang hendak diuji- Dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler misalnya, penguji dapat membuktikan kelainan dalam bentuk tulisan tangan Hitler yang sebenar dengan tulisan yang dipalsukan.

15

Page 16: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

4. UJIAN BAHAN- Ketulenan sesuatu dokumen juga dapat diuji dengan melihat bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu dokumen tersebut.- Misalnya, jika sesuatu sumber itu ditulis di atas kertas, umur sumber mestilah kurang daripada 1000 tahun kerana kertas hanya mula digunakan bermula tahun 1150 M. - Selain itu, jika dokumen yang ditulis dengan pensil didakwa ditulis pada abad ke 15, perkara itu adalah palsu kerana pensil hanya dicipta pada abad ke 16.- Begitu juga dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, para penguji dapat mengesan penipuan kerana benang yang digunakan untuk menjilid buku hanya mula digunakan selepas kematian Hitler.

KRITIKAN DALAMAN

Setelah menjalankan proses kritikan luaran, kritikan dalaman pula akan dilakukan SEKIRANYA sumber itu didapati benar-benar tulen setelah diujiPERINGATAN: Kritikan dalaman tidak akan dilakukan sebelum kritikan luaran dibuat.

Jika kritikan luaran sudah tertolak, maka kritikan dalam juga adalah tertolak.

Tugas sebenar ahli sejarah ialah menafsirkan isi dokumen-dokumen yang telah disahkan tulen. Tugas ini adalah tugas berat dalam mengkaji sejarah dan mutu kajian dicerminkan melalui keupayaan pengkaji untuk menilai secara bijak dan cermat maklumat yang terkandung di dalam sumber.

Walaupun tiada peraturan khusus (seperti Law of Evidence), namun pengkaji sejarah sepakat untuk memilih data-data sejarah dan membuat penafsiran “mengikut lunas-lunas kerasionalan”

Kerasionalan dan kemunasabahan dalam mentafsir sumber adalah bertitik tolak daripada pandangan Profesor Kitson Clark bahawa “Tidak ada dokumen, dan tidak ada pernyataan rasmi atau bukan rasmi, yang tidak boleh disangsi.”

Oleh itu, ahli sejarah akan meneliti samada kandungan sesuatu sumber itu benar ataupun tidak, rasional ataupun logik kerana setiap perkara atau butir yang diambil oleh pengkaji perlu dipertanggungjawabkan.

Berikut adalah kriteria-kriteria penting dalam membuat kritikan dalaman:

1. Bebas Dari Unsur Mitos Voltaire berhujah, “bahawa sesuatu hal yang bertentangan dengan hukum

biasa alam tidak harus dipercayai”

16

Page 17: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Hal ini termasuklah unsur mitos,lagenda dan unsur ghaib Sebagai contoh, Thucydides dalam menulis mengenai Perang Peloponnesia

telah menolak cerita di kalangan rakyat bahawa wabak yang menimpa negeri itu adalah tindakan Tuhan dan sebaliknya beliau mengakui kejahilannya dalam mengenalpasti punca kepada wabak tersebut.

Sesetengah sejarawan tidak menyanggah unsur ghaib jika ada tetapi mengklafikasikannya sebagai “kepercayaan peribadi seseorang”. Misalnya Presiden McKinley ketika US menguasai Filipina sekitar 1899 yang kononnya penaklukan itu mendapat restu Tuhan. Sejarawan menganggap faktor itu adalah kepercayaan peribadi orang Kristian.

Thucydides menganggap “manusia adalah ukur tunggal bagi semua hal”. Hal ini bermaksud setiap tindak-tanduk manusia itu datang daripada mereka sendiri,justeru unsur-unsur ghaib adalah tidak boleh diterima.

2. Meneliti Latar Belakang Saksi Kewujudan seseorang saksi yang berkepentingan dan bersifat bias

menyebabkan latar belakang saksi perlu diteliti sebelum menerima kenyataannya.

Saksi berkepentingan seperti pegawai penerangan kerajaan, ahli dari parti politik, jurucakap perniagaan dan badan agama kebiasaannya cenderung untuk memanipulasi keadaan supaya kelihatannya mereka sebagai di pihak yang benar walaupun dengan tindakan memburukkan pihak lain.

Oleh itu, ahli sejarah perlu berhati-hati dengan setiap pernyataan mereka Tindakan bersumpah seseorang saksi bahawa kononnya apa yang

diperkatakan beliau juga tidak boleh diterima bulat-bulat Sejarawan telah mengkritik tindakan sejarawan Kristian, Eusebius yang

menerima bulat-bulat kenyataan Maharaja Constantine bahawa kononnya kejayaannya dalam perang kerana direstui Tuhan selepas baginda melihat sinaran berbentuk salib. Eusebius menerima pernyataan tersebut hanya kerana Maharaja bersumpah atas nama Tuhan.

3. Bukti-bukti Bercanggah Kewujudan bukti-bukti yang bercanggah adalah biasa dalam sejarah. Hal ini

timbul kerana kepentingan pelbagai pihak. Oleh itu, pengkaji perlu membuat keputusan untuk menentukan bukti mana

yang harus diterima dan ditolak, atau mencari jalan tengah di antara bukti bercanggah, atau mengantungkan pengadilan.

Marc Bloch beranggapan, ahli sejarah perlu menggunakan kebijaksanaan dalam menyebelahi satu bukti dan menolak yang lainnya dan beliau mengutuk tindakan ahli sejarah yang bertindak mengambil jalan tengah

17

Page 18: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

kerana menurutnya kebenaran yang dituntut dari sejarawan tidak akan diperoleh.

Ahli sejarah perlu menjadi hakim terhadap bukti dengan melakukan penilaian menyeluruh secara seimbang terhadap semua bukti.

PENJELASAN SEJARAH Penjelasan terhadap sesuatu peristiwa adalah salah satu unsur penting dalam

sejarah di mana tugas ahli sejarah tidak terhad kepada penceritaan butir-butir peristiwa bahkan sebaliknya perlu menghuraikan sebab mengapa peristiwa tersebut berlaku.

Unsur menjelaskan “mengapa” adalah unsur yang melibatkan penerangan kepada “penyebaban” atau “causation”

Para sejarawan menganggap soal penyebaban adalah inti kepada penulisan sejarah. E.H Carr menganggap “kajian sejarah adalah satu kajian sebab-musabab”

Kepentingan penjelasan sejarah disedari sejak zaman Herodotus lagi di mana beliau menyatakan bahawa tujuan utama beliau membuat kajian mengenai Perang Parsi adalah untuk menceritakan tindakan-tindakan penting yang mengagumkan di samping menegakkan sebab mengapa mereka berperang.

Penjelasan sejarah yang dibuat Herodotus banyak dipengaruhi dengan unsur-unsur ghaib yang kurang diterima oleh sejarawan moden. Misalnya, Herodotus menganggap kekalahan Parsi ke tangan Athens adalah disebabkan hukuman Tuhan (nemesis) terhadap keangkuhan Parsi.

Namun, Thucydides dalam mengkaji mengenai Perang Peloponnesia menolak cara penjelasan sejarah yang dibuat Herodotus dengan menganggap bahawa “manusia adalah ukur tunggal bagi semua hal”. Justeru, penjelasan sejarah perlulah dibuat berdasarkan tindak-tanduk manusia sebagai penggerak sejarah itu sendiri.

Seterusnya, sejarawan melihat faktor kesesuaian masa adalah faktor penting dalam penjelasan sejarah. Kejayaan mazhab Protestan oleh Martin Luther di Jerman banyak dibantu kesedaran masyarakat ketika itu, sedangkan tokoh-tokoh sebelumnya telah gagal.

Terdapat dua aliran utama dalam penjelasan sejarah iaitu “aliran idealis” dan “aliran materialis”

Aliran idealis yang dimulakan oleh tokoh seperti Leopold Von Ranke melihat sejarah tercipta berdasarkan “pemikiran tulen” manusia atau hasil dari tindakan “akal yang bebas”.

Menurut golongan idealis, tindak-tanduk sejarah banyak tercipta hasil daripada pemikiran manusia (hint: idea)

Sebaliknya, golongan aliran Materialis seperti Karl Marx melihat sejarah itu tercipta akibat pertentangan kelas.

18

Page 19: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Ini bermakna, sejarah manusia banyak bergantung kepada soal ekonomi dan sosial di mana golongan pemilik alat-alat pengeluaran cuba menguasai politik bagi melindungi kepentingan mereka manakala kelas yang tertindas cuba menentang bagi mendapatkan kepentingan mereka pula.

Di samping dua aliran yang bertentangan ini, wujud pula satu lagi aliran dalam sejarah iaitu “aliran Positivis” di mana mereka berpendapat hukum am boleh diwujudkan dalam sejarah.

KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH Ahli sejarah menganggap kejadian-kejadian sejarah mempunyai sebab-sebab yang

boleh dikaji dan difahami. Ahli sejarah menolak anggapan bahawa kejadian sejarah berlaku secara tidak

sengaja, atau tanpa bersebab, atau tanpa dicetuskan oleh manusia secara langsung atau tidak langsung.

Perkara mudah bagi menyangkal dakwaan tersebut adalah mana mungkin dua siri Perang Dunia berlaku secara tidak sengaja? Adakah pasukan Nazi secara tidak sengaja menyerang negara-negara sekitarnya? Hal ini menunjukkan setiap peristiwa sejarah itu ada penyebabnya.

Pun begitu, masih terdapat sejarawan keagamaan seperti Kristian yang menganggap segala sejarah yang berlaku atas kehendak Tuhan. Pun begitu, penulis sejarah berusaha untuk mengelakkan unsur ketuhanan dalam penjelasan sejarah kerana unsur-unsur ghaib adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan.

Penjelasan sejarah telah mewujudkan satu garis panduan kepada sejarawan di mana terdapat garis pemisah di antara tugas penceritaan dan tugas penjelasan.

H.Taine mentakrifkan kerja-kerja ahli sejarah sepertimana berikut, “terlebih dahulu mengesan fakta-fakta; kemudiannya mencari sebab-sebab”

Penulisan fakta adalah seperti memperincikan tarikh, tempat, nama orang terlibat dan peristiwa sejarah manakala sebab sejarah adalah penjelasan tentang motif, niat, dorongan, keadaan dan pengaruh yang mencetuskan sesuatu kejadian.

Soal penjelasan juga melibatkan pendedahan niat atau motif si pelaku yang mencetuskan kejadian. Justeru sejarawan perlu mendedahkan tujuan pelbagai pihak dalam sesuatu peristiwa sejarah.

Penjelasan sejarah juga menuntut sejarawan menceritakan matlamat sebenar pelaku peristiwa sejarah tersebut.

Wujud unsur kepelbagaian dalam penjelasan sejarah bergantung kepada pengkajinya. Inilah yang membezakannya dengan sains semulajadi.

HUKUM AM DALAM SEJARAH

19

Page 20: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Profesor Hampel menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa sejarah hanya memberi “gambaran kejadian-kejadian yang khusus” dan bukan mencari “hukum-hukum am yang boleh menentukan kejadian-kejadian itu”

Hampel tidak menolak kenyataan bahawa sejarah memang mengkaji peristiwa lampau secara khusus namun ia tetap berpendapat “hukum am memainkan peranan yang agak sama dalam sejarah dan sains semulajadi” dan ianya menjadi “satu alat yang perlu dalam penyelidikan sejarah”

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Am? Hampel mendefinisikan Hukum Am sebagai “sebuah pernyataan yang berbentuk kemungkinan sejagat yang boleh disahkan benar atau tidak melalui penemuan-penemuan empirikal”

Dalam kaedah untuk mewujudkan satu hukum umum dalam sejarah, terdapat TIGA kaedah yang telah diutarakan oleh sejarawan iaitu “C maka E”, “hipotesis” dan “generalisasi”.

HUKUM AM (TEORI JIKA “C MAKA E”)- Katakanlah berlaku satu kejadian (an event), maka kita akan menandakannya

sebagai “C”.- Kejadian “C” ini kemudiannya akan membawa kepada “E”. “E” merujuk kepada

satu peristiwa sejarah. “C” boleh dikatakan sebagai kejadian penyebab (causation) berlakunya “E”. Oleh itu, hukum am akan membuat satu kesimpulan Jika “C” maka “E” (if C,then E)

- Dalam ayat yang lebih mudah, perkaitan “C” dan “E” ini adalah perkaitan antara “sebab” (C) dan “akibat” (E)

- Teori Hampel mengenai hukum am adalah: “C1, C2, ......... Cn” akan mencetuskan “E”

- Hampel berkata, siri-siri kejadian tertentu, yakni C1 hingga Cn yang mencetuskan “E” akan mengandungi dua bahagian penting.

- Bahagian satu menurunkan pernyataan mengenai keadaan-keadaan awal (keadaan yang menentukan) dan bahagian kedua pula mengandungi hukum-hukum am di mana penjelasan adalah didasarkan.”

- Ringkasannya, sekiranya kejadian dalam bahagian pertama telah berlaku maka peristiwa yang berlaku dalam bahagian kedua akan berlaku. Pendeknya, jika C maka E.

- Hampel ketika mengaitkan teorinya itu telah mengemukakan satu contoh iaitu “kejadian retaknya radiator di tepi jalan pada malam yang sejuk”.

- Siri-siri C adalah seperti keadaan samada radiator itu dibuat dari besi (C1), diisikan penuh dengan air (C2), ditudung dengan ketat (C3), tekanan yang boleh menyebabkan radiator retak (C4) dan keadaan suhu pada malam itu (C5).

20

Page 21: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

- Kemudian, butir-butir (Cn) ini akan dikaitkan dengan hukum am mengenai tekanan yang dihasilkan oleh air yang suhunya turun.

- Sebagaimana yang disahkan dalam ujian empirikal, penurunan suhu akan menambahkan isipadu dan kemudiannya menambahkan tekanan.

- Oleh itu, hukum am yang ada dalam keretakan radiator itu adalah apabila wujud siri-siri penyebab (C) maka pastinya akan berlakunya “E” yakni keretakan pada radiator kereta.

- Pun begitu, apabila Hampel cuba mengaitkan keadaan yang terdapat dalam sains semulajadi (contoh retaknya radiator), ciri-ciri di atas tidak wujud dalam sejarah.

- Hal ini kerana wujudnya kesulitan untuk merumuskan andaian-andaian asas secara nyata yang boleh sepadan dengan bukti sedia ada. (dalam erti kata lain, pengkaji tidak mendapat persamaan antara “C” yang sedang dikaji dengan “C” teori)

HIPOTESIS- Menyedari bahawa hukum am dalam sejarah adalah sesuatu yang sukar dan

hampir mustahil untuk dilaksanakan, Hampel berbalik kepada keadaan dalam sejarah yang membenarkan penggunaan hipotesis yang bersifat kemungkinan (membuat kesimpulan awal)

- Pun begitu, hipotesis dalam sejarah hanyalah berbentuk “rangka kepada penjelasan” yang memerlukan penyelidikan lanjutan bagi mendapatkan fakta yang sebenar.

- R.Suntharalingam ketika memberi ulasan mengenai kegagalan Hampel untuk menjelaskan sebab sebenar kenapa ahli sejarah gagal untuk mewujudkan satu Hukum Am dalam sejarah adalah disebabkan sifat dan tindak-tanduk manusia sebagai pelaku sejarah yang berbeza sama sekali berbanding sains semulajadi.

- Misalnya, darjah ketahanan besi adalah boleh dikaji dan akan sentiasa memberikan keadaan sama dalam mana-mana kes keretakan radiator. Namun, sikap manusia adalah berlainan antara satu dengan yang lainnya.

- Sebagai contoh, katakan masalah kemarau (C) sebagai penyebab kepada penghijrahan petani ke kawasan lain (E), ia hanya boleh diterima dalam keadaan pada masa itu oleh pelaku tersebut. Keadaan “C” yang serupa di tempat lain tidak semestinya membawa kepada “E” yang serupa.

- Misalnya jika terdapat kemarau (C) di tempat lain, petani di kawasan tersebut mungkin tidak berhijrah (E) sebaliknya mereka mungkin bertukar kerja kepada bidang lain atau mereka tetap tinggal di situ dengan mendapatkan inisiatif pengairan yang berbeza. Oleh itu, sejarah tidak memungkinkan “jika C maka E”.

GENERALISASI

21

Page 22: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

- Oleh kerana hukum am tidak mungkin akan ada dalam sejarah, maka sesetengah sejarawan beralih kepada usaha membuat kajian secara perbandingan yang boleh melahirkan generalisasi-generalisasi yang dapat melewati batas tempat dan masa.

- Contohnya, generalisasi dibuat bahawa jika ada peristiwa di mana berlakunya pemberontakan golongan buruh, maka kaum pemodal akan jatuh, berdasarkan perbandingan kes sebelumnya.

- Namun, sejarawan seperti Collingwood menentang usaha mewujudkan generalisasi seperti ini kerana jika sejarah dilihat secara general seperti sains semulajadi, maka akan wujudlah “sejarah palsu” yang akan menutup sebab sebenar berlakunya sesuatu peristiwa sejarah.

PENGADILAN MORAL Menurut Kosim Ahmad (Dewan Masyarakat, Jun 1981), pengadilan moral bermaksud

“perlakuan menjatuhkan hukuman, atau mengenakan penilaian tertentu, kepada suatu peristiwa sejarah dan/atau kepada seorang pelaku dalam sejarah.”- misalnya dihukumkan Ketua Negara itu sebagai bersalah, desa itu mundur dsb

Adrian Oldfield menyifatkan pengadilan moral adalah dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran “baik dan buruk”

Para sejarawan bertelingkah dalam isu pengadilan moral di mana sebahagiannya menentang aspek pengadilan moral dalam sejarah manakala sebahagian yang lainnya pula menyokong.

Aliran yang menentang diwakili oleh Thucydides, Leopold Von Ranke,Kitson Clark dan lain-lain berhujah bahawa kemasukan unsur pengadilan moral dalam sejarah akan menimbulkan pelbagai jenis kerumitan dan permasalahan yang akan menggugat kewibawaan penulisan sejarah.

Croce misalnya menyatakan bahawa sejarawan tidak berupaya untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang menjadi pelaku sejarah, malah cenderung pula untuk memasukkan unsur prasangka dalam pengadilan mereka selain ketidakupayaan seseorang sejarawan untuk membuat pengadilan yang mampu diterima oleh kesemua sejarawan yang lain.

Berbeza dengan mahkamah yang mana tertuduh boleh membela dirinya, sejarah sebaliknya mengadili orang yang telah meninggal dunia yang tidak dapat membela dirinya.

Seterusnya, Butterfield ketika menyokong hujah Croce menyatakan bahawa pengadilan moral akan menjadi alat untuk mendedahkan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan.

22

Page 23: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Kebimbangan sejarawan yang menentang pengadilan moral adalah kerana kesannya yang menyebabkan satu sejarah berat sebelah ditulis yang hanya mencetuskan pertelingkahan dalam masyarakat.

Para sejarawan yang menyokong prinsip pengadilan moral adalah seperti Voltaire, Lord Acton dan E.H Carr.

Voltaire berhujah bahawa tugas sejarah adalah “mengajar kita kewajiban dan hak-hak kita”. Sejarah adalah sebagai satu pembela keadilan yang mengangkat mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa.

Sejarah yang dibantu oleh unsur kerasionalan akan membantu masyarakat menentang kejahatan seperti fanatisme,kekejaman dan keganasan malah sebaliknya memupuk nilai mulia seperti kebebasan, keadilan dan toleransi

Lord Acton pula berpendapat bahawa setiap insan di dunia ini perlu diadili oleh nilai-nilai ulung yang mendukung kehidupan manusia.

Sejarawan seperti Isaiah Berlin berpendapat pengadilan moral bukan hanya satu tugas yang mampu dilakukan oleh sejarawan tetapi lebih daripada itu memperkukuh kefahaman masyarakat tentang sesuatu peristiwa sejarah.

Hal-hal Yang Diadili E.H Carr menyatakan bahawa pengadilan moral dalam sejarah mencakupi individu,

peristiwa, institusi dan dasar. Pun begitu, ahli sejarah menambah satu lagi hal yang diadili iaitu zaman.

1. INDIVIDU- Hal yang paling kerap diadili oleh pengkaji sejarah adalah tindak-tanduk individu

atau tokoh yang menjadi pelaku sejarah.- Dalam mengkaji niat seseorang pelaku dalam sejarah, ia secara tidak langsung

berkait rapat dengan soal nilai.- Misalnya, seseorang yang bertindak secara baik akan dipuji manakala orang yang

mementingkan diri, melanggar keadilan atau bertindak kejam akan dikutuk.- Tindakan ini akan menghasilkan watak “wira” dan “penjahat” dalam sejarah- Misalnya, Raja Iskandar Syah yang membangunkan Melaka dipuji sebagai tokoh

yang handal dan cergas manakala Francis Light yang memperdaya Sultan Abdullah dianggap sebagai berdusta dan bertentangan dengan nilai Eropah.

2. PERISTIWA- Para pengkaji sejarah turut melakukan pengadilan moral terhadap sesuatu

peristiwa atau kejadian sejarah samada kejadian tersebut adalah sesuatu yang baik ataupun tidak.

23

Page 24: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

- Dalam peristiwa Rancangan Sekatan Stevenson bagi meningkatkan harga getah di Tanah Melayu pada tahun 1920-an misalnya, pengkaji melihatnya sebagai baik untuk memulihkan harga getah dengan mengawal pengeluaran tetapi pada masa yang sama telah bertindak diskriminasi terhadap pengusaha tempatan yang dipaksa mengehadkan pengeluaran dan membekukan permohonan baru sedangkan pada masa sama para peladang Eropah telah dilindungi.

3. INSTITUSI- Institusi yang kebiasaannya diadili oleh para pengkaji sejarah adalah seperti

institusi perhambaan, feudalisme, kasta, gereja dsb.- Dalam hal ini sesebuah institusi akan dinilai samada berada pada sisi baik atau

buruk.- Misalnya, Aminuddin Baki ketika membuat pengadilan moral mengenai institusi

perhambaan dalam kalangan masyarakat Melayu melihatnya sebagai “bukan sahaja kejam, tapi pula satu cabaran secara langsung kepada ajaran-ajaran Islam”

4. DASAR- Para sejarawan bertolak dari andaian bahawa sesuatu dasar yang bertujuan baik

dan terbukti memberi faedah akan dipuji manakala dasar yang menindas akan dikutuk.

- Misalnya, ahli sejarah mengutuk dasar Jepun ketika menduduki Tanah Melayu yang menzalimi rakyat.

5. ZAMAN- Contoh zaman Rennaisance dipuji sebagai zaman kebangkitan Eropah manakala

zaman pertengahan dikutuk sebagai zaman kegelapan kerana kebebasan agama telah dihapuskan.

Kerumitan Dalam Pengadilan Moral Ahli sejarah sebenarnya turut mengalami kerumitan dalam menghukum sesuatu

samada hendak meletakkan sesuatu pengadilan itu pada sisi yang baik ataupun buruk.

Dalam soal mengadili pelaku sejarah misalnya, kita melihat niat seseorang pelaku itu diadili, namun niat tidak menjadi kriteria tunggal dalam mengadili seseorang.

Dalam soal pengadilan moral, di sana terdapat satu keadaan di mana “niat yang baik tidak disusuli dengan tindakan yang baik”

Hal ini menyebabkan ahli sejarah akan berbeza dari segi pengadilan mereka. Contohnya, J.W.W Birch telah sanggup untuk berbohong kepada wakil Sultan

Abdullah ketika cuba menyembunyikan tiga orang hamba di rumahnya.

24

Page 25: 71954366 Pengantar Sejarah SJH1101 PPISMP Sejarah

hazman_ipda2011

Tindakan Birch itu dilihat tidak baik kerana Birch telah memungkiri janjinya untuk tidak melindungi sebarang hamba sehingga satu penyiasatan rapi ke atas institusi perhambaan di Perak selesai.

Namun begitu, sesetengah ahli sejarah yang lain melihat tindakan Birch itu adalah datang dari niat yang baik dan sepatutnya dipuji kerana jika beliau mengembalikan hamba yang telah melarikan diri tersebut, sudah tentu hamba-hamba tersebut akan menerima hukuman dan seksaan daripada tuan-tuan mereka.

Jadi di sini, telah jatuh dua pengadilan moral, di mana satu mengadili Birch sebagai pemungkir janji (diadili oleh Wilkinson dalam buku A History of Peninsula Malay) dan Birch juga sebenarnya boleh dipuji atas niatnya yang melindungi hamba dari kekejaman.

Apabila timbul pengadilan bercanggah seperti ini, Kosim Ahmad menjelaskan, “niat yang suci murni tidak boleh menukarkan perbuatan yang salah kepada benar”

Namun begitu, sejarawan seperti Butterfield melihat niat menjadi satu-satunya ukuran untuk mengadili satu tindakan sejarah.

Misalnya, terdapat sejarawan yang memuji tindakan pihak yang mengamalkan kebebasan beragama berbanding pihak gereja yang cuba bertindak kejam ke atas mereka yang sesat. Namun sebenarnya, pihak yang mendokong kebebasan dalam beragama ini dalah “orang jahat yang anti-agama”.

Oleh itu, Butterfield melihat tindakan baik yang berselindung di sebalik niat yang jahat perlu dikutuk.

Kerumitan juga berlaku bagi menilai seseorang pelaku sejarah yang berada dalam keadaan kongkongan dan terpaksa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, terdapat pemimpin Yahudi yang terpaksa berkerjasama dengan Nazi bagi membunuh orang Yahudi sendiri dalam keadaan ditekan dan terpaksa.

Orang Yahudi tidak boleh menentang Nazi kerana mereka lemah dan tidak bernegeri. Oleh itu, di sini timbul kesukaran untuk menjatuhkan pengadilan moral terhadap pemimpin Yahudi yang belot terhadap bangsanya sendiri itu.

Justeru, sejarawan seperti Berlin dan Oldfield berhujah, pengadilan dibuat dengan andaian bahawa pelaku memang dalam keadaan rela dan bebas dalam setiap tindakannya dan pihak yang terpaksa tidak perlu dipertanggungjawabkan ke atas tindakannya itu.

Selain itu, sejarawan juga sukar untuk mengadili seseorang pelaku sejarah yang bertindak mengikut rentak lawannya.

Misalnya, Robert Clive sanggup menipu seorang saudagar Hindu dalam menggulingkan Raja Bengal kerana saudagar tersebut juga seorang penipu. Oleh itu, wujud keadaan di mana “penipu menipu penipu”.

Selain itu, terdapat sesetengah sejarawan yang sanggup memaafkan kesalahan moral seseorang pelaku sejarah sekiranya tindakannya itu adalah untuk kebaikan semua.

25