72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

15
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2013 Disediakan oleh: KANDUNGAN : I. Surat permohonan penubuhan persatuan II. Surat kelulusan penubuhan persatuan III. Draf perlembagaan IV. Draf aktiviti asas V. Senarai nama Ahli Jawatankuasa .

description

perlembagaan PBSM

Transcript of 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

Page 1: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2013

Disediakan oleh:En. Thanabalan A/L ShanmugamGuru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah

KANDUNGAN :

I. Surat permohonan penubuhan persatuan

II. Surat kelulusan penubuhan persatuanIII. Draf perlembagaanIV. Draf aktiviti asasV. Senarai nama Ahli Jawatankuasa .

Page 2: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

Ruj : SKSS 06/06/3 ( )Tarikh : 15 Januari 2013

Guru BesarSekolah Kebangsaan Seri SetiaBt 6 ½, Jalan Kuchai Lama58200 Kuala Lumpur

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2013

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Thanabalan a/l Shanmugam berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERSATUAN BULAN SABIT MERAH Sek. Keb. Seri Setia, mulai 15 Januari 2013.

Bersama-sama ini disertakan :

i. Draf Perlembagaanii. Draf Aktiviti Asasiii. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………..( Thanabalan a/l Shanmugam )Guru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit MerahSKSS

s.k1. Fail Persatuan Bulan Sabit Merah2. Fail Kokurikulum

Page 3: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1. Nama dan Alamata) Nama persatuan : Persatuan Bulan Sabit Merahb) Alamat : Bt 6 ½,Jalan Kuchai Lama,58200

Kuala Lumpur2. Matlamat

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3. Objektif

a) Mendedahkan ahli kepada kemahiran asas pertolongan cemas secara berperingkat.

b) Ahli persatuan dapat mempelajarai beberapa aktiviti asas pasukan beruniform seperti perkhemahan, kawad kaki dan khidmat masyarakat.

c) Menjalankan aktiviti yang memberikan pengalaman dan pengajaran.

d) Memupuk semangat kerjasama di kalangan rakan sebaya dalam persatuan.

e) Membiasakan dan menyediakan diri untuk memimpin persatuan.

4. Keahlian

a) Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

b) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

Page 4: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

5. Guru Penasihat

a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.b) Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau

membatalkan sesuatu apabila difikirkan perlu.c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli

semasa aktiviti dijalankan.

6. Ahli Jawatankuasa

a) Dilantik semasa Mesyuarat Pertama.b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa

manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagi Ahli Jawatankuasa.

c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa

mengadakan mesyuarat.e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan, haruslah

menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri : -

-Pengerusi-Naib Pengerusi-Setiausaha-Penolong Setiausaha-Bendahari

-Ahli Jawatankuasa

7. Tugasan dan Tanggungjawab Jawatankuasa

a) Pengerusi

i) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

ii) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Page 5: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

b) Naib Pengerusi

i) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tangungjawab yang diberi.

ii) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

c) Setiausaha

i) Menguruskan hal-hal surat menyurat.ii) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan

kegiatan-kegiatan.iii) Mencatat kehadiran ahli.iv) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.v) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa ke semasa.

d) Penolong Setiausaha

i) Membantu setiausaha dalam menjalankan segla tugas dan tanggungjawabnya.

ii) Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

e) Bendahari

i) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

ii) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.

iii) Menyediakan penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

Page 6: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

iv) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

v) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa.

f) Ahli Jawatankuasa

i) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

ii) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.iii) Menjalankan tugas-tuags lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari semasa kesemasa

8. Kehadiran/Penyertaan

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

9. Aktiviti

a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

10. Peraturan-peraturan

a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua

ahli.

Page 7: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

c) Ahli-ahli yang melangar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

11. Tindakan Disiplin

a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

- Amaran lisan- Amaran bertulis

c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat peraturan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

12. Pindaan Perlembagaan

a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa.

c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar.

13. Perbubaran Persatuan

a) Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Page 8: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SKSS 2013

15. Hal-hal lain

a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Disediakan oleh,

……………………………………………….…………….( En.Thanabalan a/l Shanmugam) Guru pemimpin Bulan Sabit MerahSK Seri setia

Disahkan oleh,

…………………………………………….…………..…( Pn. Wizana bt. Harun) Guru Penolong Kanan Ko-KurikulumSK Seri Setia

Page 9: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

Tarikh : 15 januari 2013

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

Draf aktiviti asas :

Aktiviti : Semua aktiviti persatuan adalah bersesuaian dengan objektif persatuan.

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :

1.0. Perlantikan Jawatankuasa Penaja

2.0 Perlantikan Jawatankuasa

3.0. Ucapan pengerusi dan peraturan persatuan

4.0. Mesyuarat persatuan dan perancangan aktiviti

5.0. Lagu PBSM dan prinsip-prinsip PBSM

6.0 Kawad kaki asas

7.0 Kawad kaki dalam barisan

8.0 Rawatan Pertolongan Cemas

9.0 Gotong-royong

10.0 Kawad kaki kombinasi

11.0 Latihan perkhemahan

Page 10: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2010

Senarai nama Jawatankuasa Penaja

Bil Nama Tahun

1. Muhammad Hanif bin Hamdan 6

2. Ahmad Mursyid Munawwar bin Muhd Muchtar 6

3. Mohd Sabiq Siddiqui bin Md Razmi 6

4. Nur Lina Khalida binti Aminuddin 6

5. Nurul Aisyah binti Abd Aziz 6

6. Siti Halijah binti Jalil 6

Page 11: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRAMP 2008

8. CARTA GANTT PERLAKSANAAN PERANCANGAN PERSATUAN

BIL /BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

JANFEBMACAPRILMEIJUNJULOGOSSEPTOKTNOV

1.0 Taklimat Ko-kurikulum2.0 Pengurusan Badan Beruniform3.0 Perlantikan Jawatankuasa Penaja, Jawatankuasa dan ucapan pengerusi

persatuan4.0 Mesyuarat persatuan kali pertama dan perancangan aktiviti tahunan5.0 Sejarah Ringkas Palang Merah dan Prinsip PBSM6.0 Kawad kaki asas dan dalam barisan7.0 Rawatan Pertolongan Cemas8.0 Gotong-royong

Page 12: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

9.0 Kawad Kaki Kombinasi10.0 Latihan Perkhemahan dan Jamuan Tahunan PBSM

Ruj. Tuan : SRAMP / 06 / 06 / 3 ( )Ruj. Kami :

Pn Jamelah binti Md YasinGuru Pemimpin Persatuan Bulan Sabit MerahSekolaha Rendah Arab Merlimau Pasir,MELAKA. 27 Januari 2010

Puan,

KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Merujuk surat tuan SRAMP / 06 / 06 / 3 ( ) bertarikh 25 Januari 2010 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan puan untuk menubuhkan PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SRA MERLIMAU PASIR,MELAKA adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 2 Februari 2010.

2. Semoga puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian,terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

SEKOLAH RENDAH ARAB MERLIMAU PASIRKM 26, JALAN BATU GAJAH, 77300 MERLIMAU,MELAKA.

Page 13: 72880015-Draf-Perlembagaan-PBSM

…………………………………

Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAHs.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2. GPK Kokurikulum3. Fail Persatuan Bulan Sabit Merah.