7.5

19
TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU BAB 8 : KABEL SEKUNDER 8.1 Pengenalan Kabel telefon secara amnya terdiri daripada dua jenis iaitu kabel bawah tanah dan atas tiang atau lebih dikenali underground (U/G) dan overhead (O/H). Bagi atas tiang dikenali juga sebagai kabel sekunder. Biasanya kabel sekunder ini menghubungkan daripada kabinet ke rumah pelanggan. Bagi kabel sekunder ini di kenali sebagai kabel atas tiang. Bagi saiz kabel atas tiang ini lebih kecil berbanding dengan kabel bawah tanah. Saiz kabel ini seperti 10, 20, 30, 50, 100, dan 200 pasang ( pair ) sahaja. 8.2 Distribution Side ( D-Side ) Distribution Side merupakan bahagian rangkaian kabel talian telefon yang berada di atas tanah. Ia bermula dari kabinet hingga ke kotak DP sampailah ke alatan telefon. Pada bahagian ini terdapat kabel, tiang, kotak DP, kabinet, stay dan strut. 57

Transcript of 7.5

Page 1: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

BAB 8 : KABEL SEKUNDER

8.1 Pengenalan

Kabel telefon secara amnya terdiri daripada dua jenis iaitu kabel bawah tanah

dan atas tiang atau lebih dikenali underground (U/G) dan ‘overhead’(O/H). Bagi atas

tiang dikenali juga sebagai kabel sekunder. Biasanya kabel sekunder ini

menghubungkan daripada kabinet ke rumah pelanggan.

Bagi kabel sekunder ini di kenali sebagai kabel atas tiang. Bagi saiz kabel

atas tiang ini lebih kecil berbanding dengan kabel bawah tanah. Saiz kabel ini seperti

10, 20, 30, 50, 100, dan 200 pasang ( pair ) sahaja.

8.2 Distribution Side ( D-Side )

Distribution Side merupakan bahagian rangkaian kabel talian telefon yang

berada di atas tanah. Ia bermula dari kabinet hingga ke kotak DP sampailah ke alatan

telefon. Pada bahagian ini terdapat kabel, tiang, kotak DP, kabinet, stay dan strut.

57

Page 2: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

8.3 Rangkaian Kabel Sekunder ( Secondary Cabel Network )

Secondary Cabel Network bermula daripada bahagian D-Side di kabinet

sehinggalah ke DP ( Distribution Point ). Selalunya kabel sekunder di gantun diatas

tiang. Tedapat dua jenis kabel yang digunakan pada bahagian D-Side ini iaitu :

a. PEUT IB – Polyethylene Unit Twin Integral Bearer

b. PEUT FF - Polyethylene Unit Twin Fully Filled

Bearer Wire

Web

PVC Sheath

Aluminium

Screen

Unit

Paper Tape

Gambarajah 8.3.1 Kabel PEUT IB

58

Page 3: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

PVC Sheath Paper Tape

Petroleum Jelly

Unit Aluminium

Screen

Gambarajah 8.3.2 Kabel PEUT FF

Kedua-dua kabel ini sekiranya dilihat tiada banyak bezanya. Perbezaan yang

ketara adalah terdapat integral bearer pada kabel PEUT IB. Terdapat banyak saiz

kabel yang digunakan bagi kedua-dua jenis kabel ini. Berikut merupakan saiz-saiz

kabel tersebut.

Saiz KabelDiameter Wayar

PEUT IB PEUT FF

5 pair

10 pair

20 pair

30 pair

50 pair

100 pair

200 pair

2 pair

5 pair

10 pair

20 pair

30 pair

50 pair

100 pair

200 pair

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

0.4mm & 0.5mm

Jadual 8.3.1 saiz-saiz kabel

8.4 Kod Warna Kabel

59

Page 4: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Setiap kabel mempunyai kod warna yang tertentu bagi membezakan antara

suatu wayar dengan wayar yang lain. Dengan menggunakan kod warna ini, setiap

wayar dapat dibezakan dengan mudah dan penyambungan dapat dilakukan dengan

betul. Berikut merupakan kod warna yang digunakan pada kabel.

Kod Warna Binder Kod Warna Pasangan Kabel

Nombor

Unit

Warna

Binder

Nombor

Pair

Warna Wayar

A-Leg B-Leg

1 & 11 Biru 1 Putih Biru

2 & 12 Oren 2 Putih Oren

3 & 13 Hijau 3 Putih Hijau

4 & 14 Coklat 4 Putih Coklat

5 & 15 Kelabu 5 Putih Kelabu

6 & 16 Biru – Putih 6 Merah Biru

7 & 17 Oren – Putih 7 Merah Oren

8 & 18 Hijau – Putih 8 Merah Hijau

9 & 19 Coklat – Putih 9 Merah Coklat

10 & 20 Kelabu - Putih 10 Merah Kelabu

Jadual 8.4.1 Kod-kod warna pada kabel

8.5 Tiang

Tiang berfungsi sebgai tempat untuk kabel diletakkan di dalam rangkaian

telefon. Terdapat tiga jenis tiang yang digunakan oleh TM iaitu :

a. Tiang kayu - Bersaiz 6.7 meter dan 7.9 meter

b. Tiang konkrit - Bersaiz 7.5 meter

c. Tiang besi - Bersaiz 6.7 meter dan 7.6 meter

Tiang-tiang ini perlu dipasangkan stay atau pun sturt pada tiang tersebut bagi

mengelakkan ia tumbang.

60

Page 5: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

8.6 Stay dan Strut

Stay dan strut merupakan sesuatu yang perlu dipasang pada tiang. Tujuan

stay dan strut dipasang pada tiang adalah untuk menahan tiang daripada tumbang

akibat daripada beban kabel yang diletakkan atau digantungkan di atasnya. Terdapat

pelbagai jenis stay yang digunakan dan ia dipasang mengikut keadaan tempat dan

kedudukan sesuatu tiang itu. Antara tiang-tiang yang perlu dipasangkan stay adalah :

a. Tiang di bahagian hujung laluan ( terminal pole ) di mana kabel hanya

bermula ke satu arah sahaja.

b. Tiang di selekoh ( angle pole ).

c. Tiang yang membawa kabel menyeberangi sungai, jalanraya dan rel

keratapi.

d. Tiang di setiap jarak 500 meter di laluan lurus bertujuan untk

menstabilkan laluan kabel tersebut sewaktu breakdown.

e. Tiang di tempat-tempat luas dan terbuka bagi mengelakkan dari tiupan

angin.

8.6.1 Jenis-jenis Stay

8.6.1.1 Terminal stay

Dipasang pada tiang yang berada dipermulaan atau akhir laluan kabel. Ia

dipasang bertentangan dengan arah laluan kabel dan sebaris atau pada arah yang

sama.

61

Page 6: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Kabel Tiang Stay

Gambarajah 8.6.1.1.1 Diagram Terminal Stay

8.6.1.2 Longitudinal Stay

Dipasang untuk menguatkan laluan tiang daripada tekanan atau kekuatan

angin dan dipasang setiap 500 meter. Menggunakan dua stay yang dipasang

bertentangan dan selari dengan laluan kabel pada tiang.

Tiang

Stay Stay

Kabel

Gambarajah 8.6.1.2.1 Diagram Longitudinal Stay

8.6.1.3 Angle Stay

Dipasang merentangi dan berlawanan denag daya tarikan laluan kabel. Ia

digunakan di selekoh dalam barisan tiang. Tujuannya adalah untuk mengimbangi

daya tarikan kabel agihan dari kedua-dua arah.

62

Page 7: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Stay

Kabel Kabel

Tiang

Gambarajah 8.6.1.3.1 Diagram Angle Stay

8.6.1.4 Transverse Stay

Jenis ini selalunya digunakan secara berpasangan dan dipasang bersebelahan

atau merentangi laluan kabel. Ia digunakan untuk mengelakkan breakdown yang

sering belaku di kawasan kritikal.

Stay

Kabel Tiang

Stay

Gambarajah 8.6.1.4.1 Diagram Transverse Stay

8.6.1.5 Overhead Stay

Dipasang merentangi jalanraya, landasan keretapi, sungai atau berhampiran

dengan kabel elektrik. Ia digunakan kerana pemasangan stay seperti biasa tidak dapat

dibuat ( tempat sempit ). Walaubagaimanapun ground stay perlu dipasang

bertentangan dengan overhead stay mengimbangi daya tarikannya.

63

Page 8: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Overhead Stay

Ground Stay

Tiang

Jalanraya

Gambarajah 8.6.1.5.1 Diagram Overhead Stay

8.6.1.6 Stay Cruth

Digunakan untuk menyokong tiang pada situasi di mana tiang tidak dapat

disokong menggunakan stay atau strut. Tetapi stay jenis ini kurang berkesan

berbanding jenis stay yang lain.

Tiang Stay Cruth

Gambarajah 8.6.1.6 Diagram Stay Cruth

64

Page 9: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

8.6.2 Sturt

Ia digunakan pada situasi di mana tiang tidak dapat disokong oleh wayar stay.

Ia dipasang samada pada hujung barisan tiang atau pada selekoh. Kekurangannya

adalah ia lebih mahal daripada stay tetapi kurang berkesan berbanding stay. Strut

terdiri dari dua saiz iaitu 6.1 meter dan 7.6 meter panjang lengkap dengan base plate.

Kabel

Strut

Tiang

Tanah

Gambarajah 8.6.2.1 Diagram Strut

Pemasangan stay dan strut adalah perlu untuk menjamin laluan tiang dan

laluan kabel sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang

kerosakan. Ini juga untuk memudahkan kerja-kerja di atas tiang seperti menarik

kabel, menyambung kabel dan menarik drop wire. Berikut adalah alat-alat yang

terlibat dan digunakan semasa memasang stay atu strut :

a. Stay wire

b. Stay rod

c. Turnbuckle

d. Thimble open small

e. Stay base plate

f. Preformed grip

g. Terminating pole clamp

h. GI pipe

65

Page 10: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

8.7 Jarak Antara Paras Bumi Dengan Kabel Atas Tiang ( Overhead )

Setiap kabel ‘overhead’ mesti diletakkan pada kedudukan yang tidak boleh

dicapai oleh manusia . Ini bagi mengelakkan kabel dari putus dilanggar kenderaan,

ataupun ancaman-ancaman lain seperti dicuri.

Kedudukan kabel overhead Jarak minima

Sepanjang jalan kampung yang mana tiang loji tidak

melebihi 1 meter dari pagar.2.5m

Jalan luar Bandar. 3.7m

Melintasi jalan. 5.5m

Di dalam kawasan rizab keretapi. 2.5m

Melintasi rel keretapi. 6.7m di atas rel

Merentasi sungai, terusan.Mengikut keadaan

kawasan

Laluan masuk ke premis:

- dilalui oleh bukan kenderaan muatan tinggi 3.7 m

- dilalui oleh kenderaan bermuatan tinggi seperti laluan

masuk ke kilang atau gudang4.5 m – 5.5 m

Jadual 8.7.1 Jarak kedudukan kabel atas tiang

8.8 Pemasangan Kabel Agihan

Sebelum kabel agihan disambungkan, ia perlu di tarik dan dipasang di tiang-

tiang yang telah ditanam di sepanjang jalanraya. Kerja-kerja pemasangan kabel

agihan ini memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kemahiran yang tinggi

memandangkan ianya agak sukar dilakukan. Biasanya kabel agihan yang hendak

ditarik akan dibawa ke lokasi pemasangan menggunakan ‘trailer’ dan kabel yang

terletak di dalam dram akan dimasukkan ke dalam penggulung atau ‘roller’ pada

‘trailer’ supaya senang ia dibuka dari dram tersebut.

66

Page 11: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Di lokasi kabel agihan akan dibuka dari dram dengan cara menariknya selari

dengan barisan tiang. Selepas itu kabel akan mula dinaikkan dari satu tiang ke satu

tiang untuk dimatikan ikatannya ke tiang-tiang tersebut. Bagi kabel agihan jenis

PEUT IB, di bahagian hujungnya ‘bearer’ akan dililit dengan ‘preformed grip’ yang

disangkutka ke ‘pole slamp’ yang terdapat di tiang. Manakala bagi kabel agihan jenis

PEUT FF, sebelum dinaikkan ia akan digandingkan dengan wayar ‘suspension’ yang

diikat dengan ‘cabel tie’ di sepanjang kabel. Ini bermakna wayar ‘suspension’ itu

yang akan dililitkan dengan ‘preformed grip’.

Pada tiang seterusnya, kabel agihan akan ditegangkan menggunakan sejenis

alat yang disebut ‘tensioning vise’ atau ‘tensioning winch’. Selepas ditegangkan.

‘bearer’ akan ditekap menggunakan ‘IB clamp’. ‘Support hook’ pula digunakan

untuk menyangkutkan ‘IB clamp ‘ tadi dengan ‘pole clamp’. Sekiranya laluan tiang

berselekoh, maka kabel di selekoh tersebut hendaklah dimatikan atau diikatkan ke

tiang seperti di tiang yang pertama.

Berikut adalah material-material yang diguna pakai semasa pemasangan

kabel agihan:

a. Pole clamp

b. Terminating pole clamp

c. Thimble open small

d. Preformed grip

e. Turnbuckle

f. IB clamp

g. Support hook

h. Suspension wire ( untuk kabel jenis PEUTFF)

i. Cable tie

j. Ring pole head ( tiang kotak DP)

k. Pole steps ( tiang kotak DP)

l. Jubilee clip

67

Page 12: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Manakala peralatan-peralatan yang diguanakan sewaktu menarik kabel

agihan adalah :

a. Trailer

b. Drum cable roller

c. Cable jack

d. Tensioning vise / tensioning winch

e. Cable trip

f. Cable roller

g. Plier

h. Suspension cutter

8.9 Penyambungan Kabel

Penyambungan kabel dilakukan untuk menyambungkan kabel yang tidak

cukup panjang ataupun disebabkan kabel tersebut putus. Untuk membuat

penyambungan, sarung kabel perlulah dibuang sedikit untuk mengeluarkan wayar-

wayar kuprum yang terdapat di dalamnya. Wayar-wayar tersebut diasingkan

mengikut pasangan-pasangan (pair) yang betul. Wayar-wayar kuprum pada kedua-

dua kabel kemudiannya disambung menggunakan ‘connector’ mengikut pasangan

masing-masing dengan betul.

Setelah kesemua wayar disambung dengan betl, sejenis sarung dibalut pada

tempat penyambungan tersebut. Sarung atau ‘closure’ yang biasa digunakan oleh TM

dipanggil ‘slic Aerial Closure With Shield Bond Assembly & Spiral End Seal’ (TAC-

3X33-4460-SB/SES). Tujuannya adalah untuk menutup kembali tempat

penyambungan tersebut bagi mengelakkan daripada ancaman-ancaman yang boleh

merosakkan kabel. Peralatan lain yang digunakan sebelum kerja penyambungan

kabel dilakukan adalah seperti ‘Tensioning Vise, Cable Grip, Perfomed Grip’, tangga

dan tali. Di sesetengah kawasan ‘Heatshrink Tubing Closure’ masih digunakan di

mana sarung tersebut dipanaskan bagi mengecutkannya untuk menutup tempat

penyambungan tersebut.

68

Page 13: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Berikut adalah jadual spesifikasi ‘Racchem Heat Shrink Wraparound’ untuk

penyambungan baru dan penggantian bagi kabel lurus ‘overhead’ yang digunakan

oleh TM.

Item Descriptions Max.

Joint

Dia.

(mm)

Min.

Joint

Dia.

(mm)

Maxi.

Joint

Opening

(mm)

Stock

Code

Cable Size

Closure HSW Kit No. 1

withhout Branch Off Kit

(Xaga 500 – 43/8 200)

43 8 200 50006985

5 – 30/0.4 – 0.9

5 – 30/0.4A – 0.9A

5/1.27

Closure HSW Kit No. 2

without Branch Off Kit

(Xaga 500–75/15–320)

75 15 320 50006986

10 – 30/1.27

50 – 100/0.5 – 0.9

50 –100/0.4A–0.63A

Closure HSW Kit No. 3

without Branch Off Kit

(Xaga 500–100/25-500)

100 25 500 50006987

100/0.9 – 1.27

200/0.5 – 0.63

200/0.5A-0.63A

Closure HSW Kit No. 4

Without Branch Off Kit

(Xaga 500-125/30-500)

125 30 500 50006988 200 – 400/0.9-1.27

200-400/0.9A-1.27A

8.10 Sistem Pembumian

Pembumian amat perlu bagi kabel yang digunakan. Ia bertujuan untuk

mengelakkan berlaku kerosakan pada peralatan telefon akibat daripada kabel yang

disambar petir. Rintangan bagi pembumian yang dibuat adalah 5 ohm ataupun

kurang.

Antara sistem pembumian yang digunakan adalah :

a. Single electrode system

b. Multiple electrode system

69

Page 14: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

c. IB wire earthing system

d. Buried wire electrode system

e. Special earthing system

8.10.1 Cara untuk mengesan kerosakan kabel.

a. IR Test

b. CR Test

c. Varlery Test

d. Murry Test

8.10.2 Jenis-jenis alat uji yang digunakan bagi mengesan kerosakan kabel.

a. Ohm meter

b. Bridge Megger

c. Multimeter

8.11 Pemasangan Kotak DP ( Distribution Point )

Kotak DP adalah destinasi terakhir bagi rangkaian kabel yang bermula dari

MDF ke kabel utama dan seterusnya ke kabel agihan. Katok DP terletak samada di

tengah atau hujung kabel agihan dan ia berfungsi sebagai tempat mengagih-agihkan

talian telefon kepada pelanggan. Kotak DP mesti dipasang dengan bahagian

hadapannya menghadap ke arah kabinet dan kedudukannya hendaklah di sebelah

kanan jalanraya. Secara umumnya DP boleh dikelasifikasikan kepada tiga jenis

iaitu :

a. DP Jenis Ring

b. DP Jenis Luaran ( External DP )

c. DP Jenis Dalaman ( Internal DP )

8.11.1 DP Jenis Ring

70

Page 15: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

DP jenis ini sering terdapat di atas tiang di kawasan perumahan dan

kampung. Kelebihan jenis ini adalah ‘drop wire’ boleh di tarik di setiap arah dari

tiang melalui ‘ring pole head’ manakala kos pemasangannya adalah lebih murah

berbanding jenis DP yang lain.

Gambarajah 8.11.1.1 DP ( distribution point ) jenis ring

8.11.2 DP Jenis Luaran ( External DP )

Jenis ini selalunya terdiri daripada 10 atau 20 pasangan kabel. Ia dipasang di

luar bangunan manakala kabel agihan pula diletakkan di sepanjang bangunan

menggunakan kepingan kayu ( batten wood ).

8.11.3 DP Jenis Dalaman ( Internal DP )

Jenis ini tedapat di dalam bangunan pejabat yang memerlukan banyak talian.

Kabel agihan dari kabinet ditarik terus ke dalam bangunan dan di sambungkan

dengan DP yang terdapat dalam pejabat. Sekiranya saiz kabel agihan melebihi 200

pasangan kabel, iakan disambungkan terlebih dahulu dengan SDF ( Subscriber

Distribution Frame ) sebelum diagihkan ke ‘Internal’ DP.

71

Page 16: 7.5

TELEKOM MALAYSIA POLITEKNIK BERHAD KOTA KINABALU

Sebelum kotak DP disambungkan ke kabel agihan, ia perlu dipasangkan di

tiang-tiang tertentu. Bagi tiang besi, kotak Dp diletakkan 60 mm di bawah ‘pole head

ring’. ‘Cable tie’ dimasukan ke dalam slot di atas kotak DP dan diikat ke sekeliling

tiang. ‘Jubilee clip’ pula digunakan dengan mengetatkannya sehingga kotak DP

tersebut tidak dapat digerak-gerakkan dan sentiasa berkedudukan tegak. Bagi tiang

konkrit pula, presedur dan material yang digunakan adalah sama dengan tiang besi

tetapi ia menggunakan ‘cable tie’ yang lebih besar memandangkan diameter tiang

tersebut adalah lebih besar.

Berikut adalah material-material yang digunakan untuk memasang kotak DP

dan sistem pembumian :

a. Ring Pole Head

b. Bridle Ring

c. Jbilee Clip

d. Cable tie

e. Eye Bolt

f. Pole Step

g. Earth Wire

h. GI Pipe 25mm

i. Earth Rod

72