7

11
7.1 Sekolah Kebangsaan 7.2 Sekolah Kluster 7.3 Sekolah Jenis Kebangsaan 7.4 Sekolah Wawasan 7.5 Sekolah Agama Islam 7.6 Sekolah Mubaligh 7.7 Sekolah Bestari 7.8 Sekolah Teknik dan Vokasional 7.9 Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan. Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah. Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan

description

sekolah aliran

Transcript of 7

7.1Sekolah Kebangsaan 7.2Sekolah Kluster 7.3Sekolah Jenis Kebangsaan 7.4Sekolah Wawasan 7.5Sekolah Agama Islam 7.6Sekolah Mubaligh 7.7Sekolah Bestari 7.8Sekolah Teknik dan Vokasional 7.9Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah KebangsaanBahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.Sekolah Jenis KebangsaanBahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.Sekolah WawasanBeberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah.Sekolah Wawasan

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolahPada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu : Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

Sekolah bestariSekolah bestaricuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.ekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.Sekolah Bestari akan mmebawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam system pendidikan.Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,Pertama, menyediakn infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisisna e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.Konsep Sekolah BestariPada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.

Objektif Sekolah BestariObkektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologiMendemokrasikan pendidikanMeningkatkan penyertaan pihak yang berkepentinganMemupuk perkembangan menyeluruh individuMemberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu

Syarikat Usahsama, Telekom Smart School Sdn. BhdSyarikat usahsama, Telekom smart school sdn. Bhd terdiri daripada (7) syarikat tempatan.Selain itu tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut :BT Multimedia (Malaysia) sdn. BhdElectronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.BhdNIIT Malaysia Sdn BhdPenyelesalan Bersepadu Sekolah BestariKomponen utama dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart Sdn Bhd ialah yang berikut :Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:oBahasa MelayuoBahas InggerisoSainsoMatematikSistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisisan untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:oGovernan SekolahoPengurusan Hal Ehwal MuridoPengurusan Sumber PendidikanoPengurusan KewanganoPengurusan Sumber ManusiaoPengurusan Sumber LuaroPengurusan KemudahanoPengurusan TeknologioPengurusan AsramaInfrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian system dan peralatan bukan-ITIntegrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut :oAntara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan infrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan pusat Data.oAntara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,oAntara proses dalam Bahan Pengajaran dan PembelajaranoAntara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-PembelajaranoIntegriti data dan persekitaran selamatoAntara penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia.

Tempoh Projek RintisTempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn Bhd.

Rancangan Masa DepanSungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.Ciri-Ciri Sekolah Bestari1. Sekolah Bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Tempatan (LAN)

Muka surat 4/18 Ini membolehkan perkongsian maklumat melalui telekonferensing,pangkalan data dan mel elektronik, ensaiklopedia elektronik, katalog kadperpustakaan dan pusat sumber on-line dan data pentadbiran.2. Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Luas (WAN) Hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah, negeri dandunia. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajaripembelajaran jarak jauh.3. Kepelbagaian bahan Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar danpentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesananproses pengajaran dan pembelajaran.4. Pengintegrasian mata pelajaran Mata pelajaran diintegrasikan bercorak tematik dan bukan lagi diajar secaraberasingan. Konsep belajar merentas kurikulum diperluas.5. Orientasi pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidakberorientasikan fakta semata-mata.6. Persekitaran pembelajaran yang luas. Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan sumber akan menjadikan gurusebagai perantara dan bukan lagi sebagai sumber pengetahuan yang utama.Guru-guru perlu lebih ke hadapan dalam mencapai maklumat berbanding pelajarmereka.

Sekolah berasrama penuhSekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara. SEJARAH SBP Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut The Selangor Raja School ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar to producing better Malay farmers or fisherman only. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service. Pada tahun 1947, Malay Girl College ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama. Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R. Ipoh) - 19562. Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) - 19563. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 19564. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 19635. Sekolah Alam Shah (SAS) - 19636. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)

DEFINISISekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.TUJUANSekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan MalaysiaPELAKSANAANTerdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:- Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Panel Penasihat - dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Bin Ali Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaKRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGANPemilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut: Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)Prasyarat Kedua Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah) Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut: SBP : GPS 2.5 dan ke bawah SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah SMT : GPS 4.0 dan ke bawah SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah): Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawahSyarat PemilihanKecemerlangan murid dalam aspek: Akademik Kokurikulum Sahsiah Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan. Keberkesanan pelaksanaan program KPM Sekolah berwatak

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)DEFINISISBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat.RASIONALRasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:1. Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah TerbaikMeningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).2. Menghasilkan Murid CemerlangMenghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam SistemMenjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.PEMILIHAN1. Saringan PertamaSekolah yang berada dalam Band Satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.2. Saringan KeduaKPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.3. Saringan KetigaSekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 peratus (%) dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 peratus (%) dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.4. GanjaranSekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan (AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek:- pengurusan kurikulum; pengurusan kewangan; pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi; danpemilihan murid.