76426906 Senarai Pembelian Peralatan Bilik Sains
-
Upload
putera-idaman -
Category
Documents
-
view
44 -
download
5
description
Transcript of 76426906 Senarai Pembelian Peralatan Bilik Sains
NAMA SYED SHUHAIMI BIN SYED MUSTAFFA
NO. MATRIK 5085
NO. KP 700209-11-5165
TELEFON 013-9481905
KURSUS PGSR MATHEMATIK ( PERINGKAT 6 )
Belanjawan Makmal Sains
Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang
perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan
kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi
daripada peruntukan tersebut.
Bagaimana membuat belanjawan
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini
membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat
pesanan awal.
Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru
kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh
Pengetua.
Saranan membuat belanjawan makmal
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot,
dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk
tahun hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah
menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis,
model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a)
bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca,
plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air,
elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-
peralatan bengkel; dll.
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan)
untuk
menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
Garis panduan menyediakan senarai keperluan
1. Apakah item-item yang:
sangat diperlukan?
boleh diubahsuaikan?
boleh dibeli dengan murah?
boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah,
sekitaran?
boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?
Pesanan dan pembelian
Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau
Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan
oleh Pengetua.
Pertimbangan sebelum pembelian:
1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang
dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.
2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
. Kuantiti banyak, lebih murah.
. Bahan kimia, jangan beli banyak.
3. Masa pembelian:
. Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
. Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
4. Cari pembekal yang murah:
. Harga mahal dari pembekal alatan sains.
. Beli dari syarikat yang belum terkenal.
. Beli dari kedai biasa.
Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
1. Meminta Sebut harga
. Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal
meminta sebut harga.
. Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
. Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
. Simpan salinan surat.
2. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
. Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan.
. Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
3. Borang pesanan
. Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.
. Simpan salinan pesanan
4. Surat/nota tanda terima
. Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
. Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
5. Nota hantaran
. Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa
barangan akan dihantar ke sekolah
seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
. Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar.
. Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
. Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
6. Penerimaan barangan
. Pembekal menghantar barangan.
. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota
hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah
ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
7. Invois
. Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang
telah ditandatangani.
. Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.
. Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
SENARAI PEMBELIAN PERALATAN BILIK SAINS
BIL :PERALATAN MAKMAL KUANTITI HARGA (RM)
1 Bikar (1000 ml) 20 90.00
2 Tabung uji 20 28.00
3 Tungku kaki tiga
4 Corong Turas
5 Kelalang kon
6 Kelalang dasar bulat
7 Kasa dawai 20 30.00
8 Jam randek 20 480.00
9 Buret 20 528.00
10 Segitiga tanah liat 20 66.00
11 Piring sejat
12 Pipet
13 Pemegang Tabung Uji
14 Kaki retort dan pengapit 20 528.00
15 Selinder penyukat 20 420.00
16 Penunu Bunsen 20 306.00
17 Penyepit Mangkuk Pijar
18 Gabus
19 Rak Tabung Uji
20 Termometer 20 120.00
21 Kertas Turas
JUMLAH 1000.00
Refleksi
Bersyukur kehadrat Allah swt. dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan Kerja Kursus Pendek SCE 3112 ini dengan jayanya. Saya berharap
hasil kerja saya ini dapat memenuhi segala kreteria yang telah ditetapkan. Terima
kasih saya ucapkan kepada pensyarah penasihat iaitu Pn Rohaya bt Mee yang
banyak member tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini.
Sepanjang menjalankan tugasan ini , banyak pengalaman dan pengetahuan
baru yang saya perolehi. Antaranya ialah bagaimanakah cara untuk kita
menguruskan Bilik Sains Sekolah dengan lebih berkesan dan sempurna. Selain itu ,
saya juga mendapat pengalaman mengenali dan menggunakan peralatan sains
secara ‘hands on’ bersama rakan-rakan dengan lebih bermakna lagi. Melalui
pengalaman ini saya dapat membentuk daya kreativiti dan inovasi dalam diri
sendiri.Banyak pembelajaran yang saya perolehi daripada pengalaman
menghasilkan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya dapat menimba pengetahuan
baru di dalam mata pelajaran Sains terutamanya pengetahuan untuk merancang
perbelanjaan dan pembelian peralatan sains dengan peruntukan yang telah
dinyatakan.walaupun sebelum ini saya tidak pernah membuat belanjawan tetapi
dengan bantuan rakan-rakan di sekolah saya dapat melakukannya. Disini dapat
dilihat bahawa usaha itu adalah tangga kejayaan. Untuk itu saya tidak akan berputus
asa dan berusaha sebaik mungkin untuk memajukan lagi bilik sains di sekolah saya.
Selain itu saya juga telah mepelajari sesuatu yang tersirat dalam proses
penyiapan kerja kursus pendek ini ialah pengurusan masa. Pengurusan masa yang
betul dapat menjamin bahawa kerja yang dilakukan akan siap dengan sepenuhnya
sebelum tarikh penyerahan. Namun begitu saya Berjaya menyiapkannya pada masa
yang ditetapkan walaupun bergelumang dengan tugas-tugas hakiki di sekolah.
Sesungguhnya kita memerlukan pergorbanan demi mendapat sesuatu yang
diidamkan atau diimpikan.
Sebagai kesimpulannya, tugasan ini amat memberi makna kepada saya
dalam memberi pendedahan kepada saya tentang pengurusan Bilik Sains dengan
lebih lagi untuk kepentingan murid-murid di sekolah ini. Sesungguhnya tanpa
adanya bilik sains murid-murid tidak dapat mengalami sendiri suasana bilik tersebut
dan dengan mengindahkan lagi bilik sains akan menaikkan semangat murid-murid
untuk belajar.
Di sediakan Oleh
Rozilah bt Jalil
PPG Ambilan Khas
Semester 6
SYED SHUHAIMI BIN SYED MUSTAFFA.