76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

19
1 PENDAHULUAN Ulasan artikel kajian untuk kursus YGA6108: Pengurusan dan Pembangunan Diri Pelajar, saya memilih untuk mengulas Jurnal Islamiyyat 27(1)(2005) 3 – 24, yang bertajuk Tekanan Emosi Remaja Islam yang disediakan oleh saudari Fariza Md. Sham. Saya memilih untuk mengulas artikel kajian tersebut kerana tertarik dengan fokus pengkaji yang ingin mengkaji tekanan emosi dari perspektif dakwah Islamiah dan perspektif Barat yang mencakupi pendefinisian, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi. Apa yang merangsangkan minat saya terhadap artikel kajian ini adalah bagaimana pengkaji cuba mengutarakan satu kerangka konsep yang menjurus kepada dakwah Islamiah yang melihat tekanan emosi merupakan satu fenomena emosi yang dihadapi oleh remaja dalam proses perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu ditangani oleh pendakwah. Dalam kata lain, kajian ini dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan di kalangan golongan pendakwah untuk menyelami hati dan perasaan remaja masa kini bagi memungkinkan kerja dakwah terhadap golongan ini dapat dijalankan ke arah yang lebih membina. Kita mungkin terlalu banyak terpengaruh dengan perspektif Barat apabila membincangkan mengenai tekanan emosi dari sudut pendefinisian, faktor-faktor dan tanda- tanda. Namun, saya melihat artikel kajian ini ibarat membuka satu dimensi kajian yang baru buat pengkaji-pengkaji di Malaysia khasnya untuk mengorak langkah dalam melaksanakan kajian yang didasarkan kepada perspektif Islam di samping penerimaan terhadap perspektif Barat turut dipertimbangkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah Islamiah. Oleh yang demikian, saya akan melakukan ulasan artikel kajian berdasarkan beberapa kriteria iaitu 1) penulisan abstrak, 2) tajuk kajian, 3) tujuan kajian, 4) kajian literatur, 5) kaedah kajian, 6) hasil dapatan kajian, dan 7) impak di dalam sistem persekolahan. Saya amat berharap ulasan artikel kajian ini berupaya memberi kita sedikit penambahbaikan supaya ianya dapat dijadikan landasan yang munasabah dalam melakukan kajian di dalam bidang pendidikan. Segala ulasan mengenai artikel kajian tersebut adalah lahir dari pegangan ilmu yang saya perolehi dan sebarang cadangan yang dikemukakan merupakan satu cadangan yang dirasakan dapat memberi sedikit ruang kepada pengkaji lain untuk dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan displin kajian ilmiah.

Transcript of 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

Page 1: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

1

PENDAHULUAN

Ulasan artikel kajian untuk kursus YGA6108: Pengurusan dan Pembangunan Diri

Pelajar, saya memilih untuk mengulas Jurnal Islamiyyat 27(1)(2005) 3 – 24, yang bertajuk

Tekanan Emosi Remaja Islam yang disediakan oleh saudari Fariza Md. Sham. Saya memilih

untuk mengulas artikel kajian tersebut kerana tertarik dengan fokus pengkaji yang ingin

mengkaji tekanan emosi dari perspektif dakwah Islamiah dan perspektif Barat yang mencakupi

pendefinisian, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi.

Apa yang merangsangkan minat saya terhadap artikel kajian ini adalah bagaimana

pengkaji cuba mengutarakan satu kerangka konsep yang menjurus kepada dakwah Islamiah yang

melihat tekanan emosi merupakan satu fenomena emosi yang dihadapi oleh remaja dalam proses

perubahan dan perkembangan psikologinya yang perlu ditangani oleh pendakwah. Dalam kata

lain, kajian ini dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan rujukan di kalangan golongan

pendakwah untuk menyelami hati dan perasaan remaja masa kini bagi memungkinkan kerja

dakwah terhadap golongan ini dapat dijalankan ke arah yang lebih membina.

Kita mungkin terlalu banyak terpengaruh dengan perspektif Barat apabila

membincangkan mengenai tekanan emosi dari sudut pendefinisian, faktor-faktor dan tanda-

tanda. Namun, saya melihat artikel kajian ini ibarat membuka satu dimensi kajian yang baru

buat pengkaji-pengkaji di Malaysia khasnya untuk mengorak langkah dalam melaksanakan

kajian yang didasarkan kepada perspektif Islam di samping penerimaan terhadap perspektif Barat

turut dipertimbangkan selagi ia tidak bertentangan dengan akidah Islamiah. Oleh yang demikian,

saya akan melakukan ulasan artikel kajian berdasarkan beberapa kriteria iaitu 1) penulisan

abstrak, 2) tajuk kajian, 3) tujuan kajian, 4) kajian literatur, 5) kaedah kajian, 6) hasil dapatan

kajian, dan 7) impak di dalam sistem persekolahan.

Saya amat berharap ulasan artikel kajian ini berupaya memberi kita sedikit

penambahbaikan supaya ianya dapat dijadikan landasan yang munasabah dalam melakukan

kajian di dalam bidang pendidikan. Segala ulasan mengenai artikel kajian tersebut adalah lahir

dari pegangan ilmu yang saya perolehi dan sebarang cadangan yang dikemukakan merupakan

satu cadangan yang dirasakan dapat memberi sedikit ruang kepada pengkaji lain untuk

dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan displin kajian ilmiah.

Page 2: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

2

BAB 1

ULASAN ABSTRAK

Di dalam penulisan abstrak, saudari Fariza Md. Sham telah melakukan satu kajian

tinjauan yang bersifat kuantitatif yang melibatkan 403 orang responden yang terdiri daripada

remaja lelaki dan perempuan yang berumur 16 – 17 tahun di Kajang, Selangor. Terdapat tiga

tujuan kajian yang di utarakan oleh pengkaji iaitu:

1) mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasarkan kepada

simpton-simpton tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial,

2) mengkaji faktor-faktor utama tekanan, dan

3) cara remaja menangani tekanan sama ada cara positif atau negatif.

Pengkaji juga menerangkan dengan jelas mengenai cara data diperolehi iaitu melibatkan

kaedah soal selidik dan temubual berstruktur. Penganalisian data dilakukan menggunakan

kaedah statistik deskriptif iaitu taburan kekerapan dan peratusan. Berdasarkan dapatan kajian

yang dilakukan, beliau berjaya menunjukkan bahawa remaja memang ada mengalami tekanan

emosi yang majoritinya menunjukkan simpton dari aspek psikologi. Bahkan faktor utama yang

dikenal pasti oleh pengkaji ialah faktor keluarga dan faktor persekitaran. Pengkaji juga berjaya

mengenal pasti aspek cara menangani tekanan iaitu kebanyakan remaja menggunakan cara yang

positif. Perkara penting yang saya dapati di sini ialah pengkaji tidak menyatakan secara ringkas

mengenai instrumen kajian yang digunakan dan bagaimana data tersebut dianalisis. Ini adalah

penting untuk dinyatakan oleh pengkaji kerana tujuan kajian beliau menjurus kepada tiga perkara

yang dinyatakan sebelum ini yang memerlukan pengukuhan dari aspek instrumen kajian yang

digunakan.

Secara keseluruhan, penulisan abstrak ini dilihat boleh diperbaiki lagi kerana saya

melihat pengkaji tidak begitu berupaya untuk meringkaskan penulisan abstrak dengan kuota 100

patah perkataan dan banyak meninggalkan perkara-perkara penting yang saya nyatakan sebelum

ini. Sesungguhnya, kajian ini dilihat mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang akan

saya bincangkan pada bab seterusnya.

Page 3: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

3

BAB 2

ULASAN TAJUK KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh saudari Fariza Md. Sham merupakan satu kajian kuantitatif

yang menggunakan pendekatan kajian tinjauan. Tajuk kajian yang dilaksanakan oleh beliau ialah

“Tekanan Emosi Remaja Islam”.

Sebenarnya, pemilihan tajuk ini sememangnya tidak berketepatan dengan kajian

berbentuk kuantitatif. Ini kerana tajuk yang diutarakan ini lebih kepada kajian berbentuk

kualitatif kerana ianya bersifat umum dan jangkaan awal saya terhadap kajian ini berdasarkan

tajuk yang diberikan adalah bahawa kajian ini berbentuk kualitatif.

Pada pandangan saya, pengkaji perlu peka dalam memberikan tajuk kepada kajian beliau

kerana ianya merupakan satu perkara penting bagi memancing minat pembaca untuk membaca

kajian beliau. Saya ingin mencadangkan agar tajuk kajian ini boleh ditulis semula seperti berikut:

“Tahap Pengurusan Tekanan Emosi Remaja Islam di Klang, Selangor”

“Satu Kajian Deskriptif Mengenai Tahap Pengurusan Emosi Remaja Islam di Klang Selangor”

Adalah penting untuk pengkaji mempertimbangkan variabel bebas dan variabel bersandar

bagi memberikan tajuk yang sesuai kepada kajian kuantitatif beliau. Merujuk kepada tajuk kajian

yang diutarakan di atas iaitu “Tahap Pengurusan Tekanan Emosi Remaja Islam di Klang,

Selangor”. Variabel bebas yang wujud adalah remaja Islam, manakala variabel bersandar pula

ialah tahap pengurusan tekanan emosi.

Sesungguhnya, penulisan tajuk kajian adalah penting dan ianya perlulah dipilih agar

bersesuaian dengan kaedah kajian yang digunakan. Perhatian yang kurang terhadap penulisan

tajuk ini sedikit sebanyak akan menyebabkan pembaca tidak merasa teruja untuk membaca

kajian yang telah dilakukan kerana minat pembaca untuk membaca sesuatu kajian adalah terletak

pada tajuk kajian yang berkualiti.

Page 4: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

4

BAB 3

ULASAN PENGENALAN KAJIAN

Pada bahagian pengenalan, pengkaji menerangkan perkembangan remaja, masalah,

konflik yang dihadapi dan tahap resiliensi para remaja. Namun begitu, penerangan ini tidak

disokong oleh mana-mana rujukan untuk mengukuhkan penerangan beliau supaya kelihatan

lebih ilmiah.

Pengkaji turut menerangkan dari perspektif dakwah bahawa remaja yang mengalami

tekanan emosi terdedah dengan masalah mental sekiranya permasalahan ini tidak ditangani lebih

awal dan usaha dakwah adalah amat perlu ditekankan. Namun begitu, saya mendapati bahawa

pengkaji banyak menerangkan secara umum tanpa memasukkan beberapa sokongan seperti hadis

dan lain-lain lagi. Ini sekaligus menyebabkan penerangan pengkaji nampak mendatar dan tampak

tidak begitu menarik. Pengkaji mampu sebenarnya mencari isi namun ulasan yang menarik agak

kurang diberi perhatian.

Pada bahagian ini pengkaji turut menyelitkan tujuan kajian dilakukan iaitu:

1) mengkaji sama ada remaja mengalami tekanan atau pun tidak berdasarkan kepada

simpton-simpton tekanan yang meliputi aspek psikologi, fisiologi dan tingkah laku sosial,

2) mengkaji faktor-faktor utama tekanan, dan

3) cara remaja menangani tekanan sama ada cara positif atau negatif.

Page 5: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

5

BAB 4

ULASAN KAJIAN LITERATUR

Di dalam kajian literatur, Fariza Md. Sham telah membuat banyak rujukan mengenai

definisi tekanan emosi, faktor tekanan emosi dan tanda tekanan emosi. Apa yang boleh saya

nyatakan di sini ialah, pengkaji berupaya menghasilkan kajian literatur dengan baik sekali

melalui sumber-sumber dari ahli-ahli akademik Barat, tokoh-tokoh terkemuka Islam dan

beberapa petikan ayat al-Quran.

Saya melihat pengkaji di dalam kajian literaturnya berjaya mencari sumber rujukan yang

bersesuaian dengan tujuan kajian beliau. Beliau juga menyusun kajian literaturnya dengan baik

sekali mengikut bahagian-bahagian kecil seperti definisi tekanan emosi, faktor tekanan emosi

dan tanda tekanan emosi.

Kebanyakan kajian literatur beliau berdasarkan rujukan-rujukan terkini sekitar tahun 90

an hingga tahun 2000. Pengkaji turut juga menyelitkan beberapa kajian dari tahun 90 an ke

bawah yang dilihat masih lagi relevan untuk dibincangkan terutamanya pendapat dari tokoh

Islam yang terkemuka.

Sebagai seorang Islam, saya berasa amat berbangga sekali apabila pengkaji berupaya

menyelitkan beberapa ayat al-Quran bagi memantapkan literatur kajian beliau. Walaupun secara

globalnya, kajian literatur berdasarkan ilmu wahyu ini tidak diterima oleh Barat, tetapi saya

merasakan ianya tidak salah untuk dimuatkan dalam kajian beliau untuk menunjukkan betapa

ilmu Islam itu begitu bercorak menyeluruh dan semestinya ianya merupakan satu rujukan yang

utama untuk didasarkan dalam melakukan kajian.

Page 6: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

6

BAB 5

ULASAN KERANGKA TEORI

Kerangka teori kajian yang diketengahkan oleh Fariza Md. Sham adalah mudah dan

senang difahami kerana pengkaji telah menetapkan bahawa kerangka kajian beliau didasarkan

pada perspektif Islam dan perspektif Barat bagi melahirkan satu kerangka teori tekanan emosi

dalam definisi, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi. Namun adalah lebih

baik sekiranya, pengkaji boleh mewakilkan kerangka teori kajian beliau dengan satu perwakilan

diagram supaya satu kerangka menyeluruh dapat dilihat. Maka, setelah membaca kerangka teori

beliau, saya mencadangkan kerangka kajian beliau dengan bentuk diagram berikut:

PERSPEKTIF BARAT

TEKANAN EMOSI

Definisi Faktor

Tanda-tanda

PERSPEKTIF ISLAM

Page 7: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

7

BAB 6

ULASAN KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang Fariza Md. Sham jalankan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif

dengan cara kajian secara tinjauan. Seramai 403 orang remaja telah dipilih untuk kajian ini.

Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki (174 orang) dan perempuan (229 orang) dari lima

buah sekolah di sekitar Kajang yang berumur antara 16-17 tahun. Responden dipilih secara

rawak mudah.

Pengkaji telah berpandukan soal selidik Health Opinion Study (HOS) dan soal selidik

Stress Asses V2.1 yang telah diubah suai daripada Bill dan rakan-rakan (1985) kemudian telah

diterjemah oleh Fatimahwati Halim dan Wan Shahrazad Wan Sulaiman (2002) untuk

mengetahui simptom-simptom tekanan. Beliau tidak pula menyatakan kategori-kategori simpton.

Soal selidik yang berkaitan dengan faktor-faktor tekanan pula, pengkaji telah membina

soal selidik ini dengan membahagikan item-item kepada lima kategori iaitu item yang berkaitan

dengan faktor keluarga, faktor sosial, faktor personaliti, faktor akademik dan faktor persekitaran.

Soal selidik yang berkaitan dengan cara-cara remaja menangani tekanan, pengkaji telah

berpandukan kepada soal selidik yang telah diperkenalkan oleh Frydenberg dan Lewis (1997)

iaitu Adolescent Coping Scale (ACS) yang kemudiannya telah diterjemahkan oleh Sim Siew Bee

(1998). Hanya dua kategori bagi cara-cara menangani iaiatu cara positif dan negatif.

Pengkaji telah membuat kajian rintis bagi menguji kefahaman responden tentang soalan

yang dikehendaki dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan Cronbach’s Coefficient Alpha

(α) dalam mengukur kebolehpercayaan (reliability) item-item soal selidik. Indeks nilai

kebolehpercayaan cronbach alpha (α) bagi soal selidik bahagian simptom atau tanda tekanan

emosi ialah .8122, bahagian faktor tekanan ialah .9049 dan bahagian cara-cara menangani

tekanan emosi ialah .8379. Nilai-nilai ini menepati tafsiran nilai cronbach alpha (α) correlation

coefficients yang mengatakan bahawa nilai .80 hingga .90 adalah customary

coefficients/acceptable realibility.

Penganalisisan data adalah dengan bantuan komputer yang diproses menggunakan

perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Teknik yang digunakan dalam

penyelidikan ini ialah teknik statistik deskriptif yang dijelaskan dalam bentuk jadual dengan

huraiannya dalam bentuk kekerapan, peratusan (%) dan mod.

Secara keseluruhannya, saya mendapati kaedah kajian dijalankan menepati standard

sesuatu kajian yang ingin dijalankan. Pengkaji sesungguhnya melakukannya dengan baik sekali.

Page 8: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

8

BAB 7

ULASAN DAPATAN KAJIAN

Fariza Md. Sham telah memperolehi dapatan kajian yang dikategorikan kepada dapatan

berikut:

1) simpton tekanan mengikut kategori tindak balas, dan

2) faktor remaja mengalami tekanan.

Pengkaji telah menyatakan simptom tekanan yang dihadapi oleh remaja berdasarkan

kepada 3 skop iaitu tidak pernah, kadang-kadang, dan selalu. Namun begitu, pelaporan analisis

dapatan kajian agak kurang menarik kerana pengkaji hanya memaparkan satu jadual yang

mengandungi ke semua keputusan dan saya mencadangkan agar jadual berkenaan boleh

dipecahkan kepada 3 jadual berasingan mengikut skop tidak pernah, kadang-kadang, dan selalu.

Malah, ketiga-tiga jadual tersebut perlulah disusun keputusannya dari peratusan tertinggi hingga

ke peratusan terendah.

Namun begitu, saya melihat pengkaji meletakkan skop peratusan tertinggi tidak

didasarkan kepada apa-apa pegangan. Saya merasakan pengkaji perlu meletakkan nilai kuartil

pertama, median, dan kuartil ketiga untuk merujuk kepada skop peratusan terendah, peratusan

sederhana, dan peratusan tertinggi. Sebagai tambahan, pengkaji perlu mengagihkan item-item

berkenaan mengikut ketegori-kategorinya supaya mudah untuk diteliti peratus tertinggi,

peratusan sederhana dan peratusan terendah berdasarkan kategori simpton, faktor, dan cara

menangani. Di sini saya mencadangkan beberapa jadual dan pengiraan tambahan yang perlu

dimasukkan oleh pengkaji untuk memudahkan dapatan kajian difahami.

Page 9: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

9

BIL

ITEMTIDAK PERNAH

TAHAPN % N

1 Terlibat seks dilarang 380 94.3% 403 Tinggi 2 Minuman keras 379 94.0% 403 Tinggi3 Merokok 344 85.4% 403 Tinggi4 Kurang minat berkawan 318 78.9% 403 Tinggi5 Merosakkan harta awam 298 73.9% 403 Tinggi6 Tidak minat belajar 297 73.7% 403 Tinggi7 Hubungan tidak baik 281 69.7% 403 Tinggi8 Susut berat badan 265 65.8% 403 Tinggi9 Ingin lari dari rumah 256 63.5% 403 Sederhana 10 Putus harapan 204 50.6% 403 Sederhana11 Bermimpi ngeri 195 48.4% 403 Sederhana12 Mudah menangis 180 44.7% 403 Sederhana13 Pening, pitam 170 42.2% 403 Sederhana14 Fikiran tidak tentu hala 165 40.9% 403 Sederhana15 Tertekan/sedih 161 40.0% 403 Sederhana16 Hilang selera makan 142 35.2% 403 Sederhana17 Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya 131 32.5% 403 Sederhana18 Tidak lena tidur 126 31.3% 403 Sederhana19 Tangan, kaki berpeluh 115 28.5% 403 Sederhana20 Fikiran bercelaru 106 26.3% 403 Sederhana21 Letih tidak bermaya 101 25.1% 403 Sederhana22 Takut gagal 100 24.8% 403 Sederhana23 Tidak tenang 97 24.1% 403 Rendah24 Bimbang keterlaluan 87 21.6% 403 Rendah25 Kecewa/ gelisah 85 21.1% 403 Rendah26 Sering mengelamun 69 17.1% 403 Rendah27 Panik 62 15.4% 403 Rendah28 Mudah bosan 59 14.6% 403 Rendah29 Tiada tumpuan 53 13.2% 403 Rendah30 Sering lupa 43 10.7% 403 Rendah

Kuartil 1: 24.3%, Median: 37.6%, Kuartil 3: 65.2%

Jadual 1. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop “tidak pernah”.

Page 10: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

10

BIL

ITEMKADANG-KADANG

TAHAPN % N

1 Sering lupa 310 76.9% 403 Tinggi 2 Tiada tumpuan 302 74.9% 403 Tinggi3 Tidak tenang 257 63.8% 403 Tinggi4 Tangan, kaki berpeluh 253 62.8% 403 Tinggi5 Panik 253 62.8% 403 Tinggi6 Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya 252 62.5% 403 Tinggi7 Bimbang keterlaluan 250 62.0% 403 Tinggi8 Fikiran bercelaru 236 58.6% 403 Tinggi9 Letih tidak bermaya 233 57.8% 403 Sederhana 10 Sering mengelamun 233 57.8% 403 Sederhana11 Kecewa/ gelisah 232 57.6% 403 Sederhana12 Hilang selera makan 221 54.8% 403 Sederhana13 Takut gagal 213 52.9% 403 Sederhana14 Mudah bosan 210 52.1% 403 Sederhana15 Fikiran tidak tentu hala 206 51.1% 403 Sederhana16 Tidak lena tidur 203 50.4% 403 Sederhana17 Pening, pitam 202 50.1% 403 Sederhana18 Bermimpi ngeri 187 46.4% 403 Sederhana19 Tertekan/sedih 185 45.9% 403 Sederhana20 Putus harapan 172 42.7% 403 Sederhana21 Mudah menangis 155 38.5% 403 Sederhana22 Susut berat badan 119 29.5% 403 Sederhana23 Ingin lari dari rumah 117 29.0% 403 Rendah24 Hubungan tidak baik 102 25.3% 403 Rendah25 Merosakkan harta awam 96 23.8% 403 Rendah26 Tidak minat belajar 96 23.8% 403 Rendah27 Kurang minat berkawan 75 18.6% 403 Rendah28 Merokok 30 7.4% 403 Rendah29 Minuman keras 19 4.7% 403 Rendah30 Terlibat seks dilarang 19 4.7% 403 Rendah

Kuartil 1: 29.2%, Median: 50.7%, Kuartil 3: 58.4%

Jadual 2. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop “kadang-kadang”.

BI ITEM SELALU TAHAP

Page 11: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

11

L N % N1 Mudah bosan 134 33.3% 403 Tinggi 2 Sering mengelamun 101 25.1% 403 Tinggi3 Takut gagal 90 22.3% 403 Tinggi4 Panik 88 21.8% 403 Tinggi5 Kecewa/ gelisah 86 21.3% 403 Tinggi6 Tidak lena tidur 74 18.4% 403 Tinggi7 Letih tidak bermaya 69 17.1% 403 Tinggi8 Mudah menangis 68 16.9% 403 Tinggi9 Bimbang keterlaluan 66 16.4% 403 Sederhana

10 Fikiran bercelaru 61 15.1% 403 Sederhana11 Tertekan/sedih 57 14.1% 403 Sederhana12 Sering lupa 50 12.4% 403 Sederhana13 Tidak tenang 49 12.2% 403 Sederhana14 Tiada tumpuan 48 11.9% 403 Sederhana15 Hilang selera makan 40 9.9% 403 Sederhana16 Tangan, kaki berpeluh 35 8.7% 403 Sederhana17 Fikiran tidak tentu hala 32 7.9% 403 Sederhana18 Pening, pitam 31 7.7% 403 Sederhana19 Ingin lari dari rumah 30 7.4% 403 Sederhana20 Merokok 29 7.2% 403 Sederhana21 Putus harapan 27 6.7% 403 Sederhana22 Bermimpi ngeri 21 5.2% 403 Sederhana23 Sakit-perut, cirit-birit, sembelit, loya 20 5.0% 403 Rendah24 Hubungan tidak baik 20 5.0% 403 Rendah25 Susut berat badan 19 4.7% 403 Rendah26 Kurang minat berkawan 10 2.5% 403 Rendah27 Tidak minat belajar 10 2.5% 403 Rendah28 Merosakkan harta awam 9 2.2% 403 Rendah29 Minuman keras 5 1.2% 403 Rendah30 Terlibat seks dilarang 4 1.0% 403 Rendah

Kuartil 1: 5.0%, Median: 9.3%, Kuartil 3: 16.7%

Jadual 3. Peratus simpton tekanan berdasarkan skop “selalu”.

BIL

ITEMKURANG TERTEKAN

TAHAPN % N

Page 12: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

12

1 Sifat pemalu keterlaluan 138 34.2% 403 Tinggi2 Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot 99 24.6% 403 Tinggi3 Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah 93 23.1% 403 Tinggi4 Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih 84 20.8% 403 Tinggi5 Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur 82 20.3% 403 Tinggi6 Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk 76 18.9% 403 Tinggi7 Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran 75 18.6% 403 Tinggi8 Kecewa kawan/kekasih 71 17.6% 403 Tinggi

9Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang

70 17.4% 403 Sederhana

10Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik

68 16.9% 403 Sederhana

11Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran

68 16.9% 403 Sederhana

12Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah

67 16.6% 403 Sederhana

13 Tidak yakin dengan diri sendiri 66 16.4% 403 Sederhana14 Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual 63 15.6% 403 Sederhana15 Sekiranya ibubapa berkahwin lain 61 15.1% 403 Sederhana16 Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah 61 15.1% 403 Sederhana17 Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa 60 14.9% 403 Sederhana

18Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan

59 14.6% 403 Sederhana

19 Bosan dan tidak pasti masa depan 59 14.6% 403 Sederhana20 Kurang daya tumpuan ketika belajar 57 14.1% 403 Sederhana21 Tempat tinggal kurang kemudahan asas 57 14.1% 403 Sederhana22 Sekiranya ibubapa bercerai 56 13.9% 403 Sederhana23 Persekitaran sempit dan tidak selesa 52 12.9% 403 Rendah24 Disisih rakan sebaya 48 11.9% 403 Rendah25 Sekiranya ibubapa meninggal dunia 45 11.2% 403 Rendah26 Gagal melaksanakan tanggungjawab agama 42 10.4% 403 Rendah

27Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik

41 10.2% 403 Rendah

28 Persekitaran bising 40 9.9% 403 Rendah29 Tidak faham diajar oleh guru 39 9.7% 403 Rendah30 Berdosa dengan ibubapa/Allah 34 8.4% 403 Rendah

Kuartil 1: 13.2%, Median: 15.1%, Kuartil 3: 17.6%

Jadual 4. Faktor tekanan emosi skop “tertekan”.

BIL ITEM KADANG-KADANG TERTEKAN

TAHAP

Page 13: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

13

N % N

1Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan

255 63.3% 403 Tinggi

2 Bosan dan tidak pasti masa depan 235 58.3% 403 Tinggi3 Kurang daya tumpuan ketika belajar 229 56.8% 403 Tinggi4 Tidak faham diajar oleh guru 221 54.8% 403 Tinggi5 Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot 220 54.6% 403 Tinggi6 Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah 209 51.9% 403 Tinggi

7Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah

206 51.1% 403 Tinggi

8 Tidak yakin dengan diri sendiri 206 51.1% 403 Tinggi9 Kecewa kawan/kekasih 205 50.9% 403 Sederhana

10Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik

204 50.6% 403 Sederhana

11 Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa 197 48.9% 403 Sederhana12 Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur 193 47.9% 403 Sederhana13 Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih 189 46.9% 403 Sederhana14 Disisih rakan sebaya 185 45.9% 403 Sederhana15 Sifat pemalu keterlaluan 181 44.9% 403 Sederhana16 Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran 177 43.9% 403 Sederhana17 Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah 169 41.9% 403 Sederhana18 Tempat tinggal kurang kemudahan asas 169 41.9% 403 Sederhana

19Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik

168 41.7% 403 Sederhana

20 Persekitaran sempit dan tidak selesa 168 41.7% 403 Sederhana21 Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk 162 40.2% 403 Sederhana22 Gagal melaksanakan tanggungjawab agama 160 39.7% 403 Sederhana23 Persekitaran bising 134 33.3% 403 Rendah

24Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang

106 26.3% 403 Rendah

25 Berdosa dengan ibubapa/Allah 89 22.1% 403 Rendah26 Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual 87 21.6% 403 Rendah27 Sekiranya ibubapa berkahwin lain 64 15.9% 403 Rendah28 Sekiranya ibubapa meninggal dunia 55 13.6% 403 Rendah

29Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran

54 13.4% 403 Rendah

30 Sekiranya ibubapa bercerai 47 11.7% 403 Rendah

Kuartil 1: 34.9%, Median: 44.4%, Kuartil 3: 51.1%

Jadual 5. Faktor tekanan emosi skop “kadang-kadang tertekan”.

BIL ITEMSELALU TERTEKAN

TAHAPN % N

1 Sekiranya ibubapa meninggal dunia 303 75.2% 403 Tinggi

Page 14: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

14

2 Sekiranya ibubapa bercerai 300 74.4% 403 Tinggi

3Terlibat masalah alkohol, rokok, dadah, ganterism, pelacuran

281 69.7% 403 Tinggi

4 Berdosa dengan ibubapa/Allah 280 69.5% 403 Tinggi5 Sekiranya ibubapa berkahwin lain 278 69.0% 403 Tinggi6 Sekiranya didera emosi, fizikal, seksual 253 62.8% 403 Tinggi7 Persekitaran bising 229 56.8% 403 Tinggi

8Terlibat pengadilan mahkamah/melanggar undang-undang

227 56.3% 403 Tinggi

9 Gagal melaksanakan tanggungjawab agama 201 49.9% 403 Sederhana

10Gagal menunjukkan prestasi akademik yang baik

194 48.1% 403 Sederhana

11 Persekitaran sempit dan tidak selesa 183 45.4% 403 Sederhana12 Tempat tinggal kurang kemudahan asas 177 43.9% 403 Sederhana13 Rakan sebilik/jiran kacau/tidak ramah 173 42.9% 403 Sederhana14 Disisih rakan sebaya 170 42.2% 403 Sederhana15 Tinggal kawasan perumahan padat/sibuk 165 40.9% 403 Sederhana16 Harapan tinggi ibubapa dalam pelajaran 151 37.5% 403 Sederhana17 Sekiranya berselisih faham dengan ibubapa 146 36.2% 403 Sederhana18 Tidak faham diajar oleh guru 143 35.5% 403 Sederhana

19Sekiranya hubungan renggang dengan ibubapa/adik beradik

131 32.5% 403 Sederhana

20 Tidak yakin dengan diri sendiri 131 32.5% 403 Sederhana21 Sekiranya ibubapa/penjaga pilih kasih 130 32.3% 403 Sederhana

22Tiada masa lapang kerana banyak kerja sekolah

130 32.3% 403 Sederhana

23 Ibubapa/penjaga tegas, tidak bertolak ansur 128 31.8% 403 Rendah24 Kecewa kawan/kekasih 127 31.5% 403 Rendah25 Kurang daya tumpuan ketika belajar 117 29.0% 403 Rendah26 Bosan dan tidak pasti masa depan 109 27.0% 403 Rendah27 Bermasalah dengan guru/pengetua sekolah 101 25.1% 403 Rendah

28Menghadapi masalah interaksi/konflik kawan

89 22.1% 403 Rendah

29 Ekonomi/pendapatan ibubapa merosot 84 20.8% 403 Rendah30 Sifat pemalu keterlaluan 84 20.8% 403 Rendah

Kuartil 1: 31.9%, Median: 39.2%, Kuartil 3: 54.7%

Jadual 6. Faktor tekanan emosi skop “selalu tertekan”.

BIL

ITEMTIDAK PERNAH

TAHAPN % N

1 Lari dari rumah 355 88.1% 403 Tinggi

Page 15: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

15

2 Mengambil/alkohol/rokok/dadah 343 85.1% 403 Tinggi

3Perselisihan dengan ibubapa/adik-beradik

308 76.4% 403 Tinggi

4 Ponteng sekolah 295 73.2% 403 Tinggi5 Tidak bergaul dengan orang 216 53.6% 403 Tinggi6 Lepaskan kekecewaan pada orang lain 214 53.1% 403 Tinggi7 Melepak 200 49.6% 403 Tinggi8 Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama 143 35.5% 403 Sederhana9 Makan dengan banyak 130 32.3% 403 Sederhana10 Menyalahkan diri sendiri 123 30.5% 403 Sederhana

11Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat

119 29.5% 403 Sederhana

12 Memendam perasaan 109 27.0% 403 Sederhana13 Sertai aktiviti sosial/agama 95 23.6% 403 Sederhana14 Menjerit/menyanyi/menangis 81 20.1% 403 Sederhana15 Punya rakan berkongsi masalah 65 16.1% 403 Sederhana16 Mendiamkan diri 51 12.7% 403 Sederhana17 Menyelesaikan masalah 42 10.4% 403 Sederhana

18Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan

39 9.7% 403 Sederhana

19 Sokongan dari keluarga 34 8.4% 403 Rendah20 Membaca al-Quran/zikir 32 7.9% 403 Rendah21 Berfikiran positif 32 7.9% 403 Rendah22 Mohon ampun/bertaubat kepada Allah 31 7.7% 403 Rendah

23Berserah/mengadu kepada Allah bila risau

30 7.4% 403 Rendah

24 Bersembahyang 23 5.7% 403 Rendah25 Berdoa/memperbaiki diri 18 4.5% 403 Rendah

Kuartil 1: 8.4%, Median: 23.6%, Kuartil 3: 49.6%

Jadual 7. Cara menangani tekanan “tidak pernah”.

BIL ITEMKADANG-KADANG

TAHAPN % N

1 Membaca al-Quran/zikir 256 63.5% 403 Tinggi

Page 16: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

16

2Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat

249 61.8% 403 Tinggi

3 Sertai aktiviti sosial/agama 246 61.0% 403 Tinggi4 Menyalahkan diri sendiri 228 56.6% 403 Tinggi5 Makan dengan banyak 219 54.3% 403 Tinggi6 Berfikiran positif 216 53.6% 403 Tinggi7 Menyelesaikan masalah 209 51.9% 403 Tinggi

8Berserah/mengadu kepada Allah bila risau

200 49.6% 403 Sederhana

9 Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama 194 48.1% 403 Sederhana

10Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan

189 46.9% 403 Sederhana

11 Memendam perasaan 189 46.9% 403 Sederhana12 Mendiamkan diri 180 44.7% 403 Sederhana13 Punya rakan berkongsi masalah 178 44.2% 403 Sederhana14 Mohon ampun/bertaubat kepada Allah 173 42.9% 403 Sederhana15 Sokongan dari keluarga 169 41.9% 403 Sederhana16 Tidak bergaul dengan orang 169 41.9% 403 Sederhana17 Menjerit/menyanyi/menangis 159 39.5% 403 Sederhana18 Berdoa/memperbaiki diri 157 39.0% 403 Rendah19 Melepak 157 39.0% 403 Rendah20 Lepaskan kekecewaan pada orang lain 155 38.5% 403 Rendah21 Bersembahyang 142 35.2% 403 Rendah22 Ponteng sekolah 90 22.3% 403 Rendah

23Perselisihan dengan ibubapa/ adik-beradik

83 20.6% 403 Rendah

24 Mengambil/alkohol/rokok/dadah 44 10.9% 403 Rendah25 Lari dari rumah 34 8.4% 403 Rendah

Kuartil 1: 39.0%, Median: 44.2%, Kuartil 3: 51.9%

Jadual 8. Cara menangani tekanan “kadang-kadang”.

BIL

ITEMSELALU

TAHAPN % N

1 Bersembahyang 238 59.1% 403 Tinggi2 Berdoa/memperbaiki diri 228 56.6% 403 Tinggi

Page 17: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

17

3 Sokongan dari keluarga 200 49.6% 403 Tinggi4 Mohon ampun/bertaubat kepada Allah 199 49.4% 403 Tinggi

5Bermain/sukan/rekreasi mencari ketenangan

175 43.4% 403 Tinggi

6Berserah/mengadu kepada Allah bila risau

173 42.9% 403 Tinggi

7 Mendiamkan diri 172 42.7% 403 Tinggi8 Menjerit/menyanyi/menangis 163 40.4% 403 Sederhana9 Punya rakan berkongsi masalah 160 39.7% 403 Sederhana10 Berfikiran positif 155 38.5% 403 Sederhana11 Menyelesaikan masalah 152 37.7% 403 Sederhana12 Membaca al-Quran/zikir 115 28.5% 403 Sederhana13 Memendam perasaan 105 26.1% 403 Sederhana14 Dapatkan nasihat kaunselor/guru agama 66 16.4% 403 Sederhana15 Sertai aktiviti sosial/agama 62 15.4% 403 Sederhana16 Makan dengan banyak 54 13.4% 403 Sederhana17 Menyalahkan diri sendiri 52 12.9% 403 Sederhana18 Melepak 46 11.4% 403 Sederhana

19Tidak tumpu pelajaran/tidak bersemangat

35 8.7% 403 Rendah

20 Lepaskan kekecewaan pada orang lain 34 8.4% 403 Rendah21 Tidak bergaul dengan orang 18 4.5% 403 Rendah22 Ponteng sekolah 18 4.5% 403 Rendah23 Mengambil/alkohol/rokok/dadah 16 4.0% 403 Rendah24 Lari dari rumah 14 3.5% 403 Rendah

25Perselisihan dengan ibubapa/ adik-beradik

12 3.0% 403 Rendah

Kuartil 1: 8.7%, Median: 26.1%, Kuartil 3: 42.7%

Jadual 9. Cara menangani tekanan “selalu”.

BAB 8

IMPAK DALAM MASYARAKAT

Page 18: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

18

Saya mengakui sememangnya kajian saudari Fariza Md. Sham memberi impak dalam

mengkaji tekanan emosi dari perspektif dakwah Islamiah dan perspektif Barat yang mencakupi

pendefinisian, faktor-faktor tekanan emosi dan tanda-tanda tekanan emosi.

Walaupun kajian beliau melibatkan 403 orang responden yang terdiri daripada remaja

lelaki dan perempuan yang berumur 16 – 17 tahun di Kajang, Selangor, namun ianya ibarat

memberi gambaran sebenar keadaan remaja Islam di negara kita.

Sebagai contoh, pengkaji membuktikan daripada dapatan kajian bahawa majoriti remaja

yang berhadapan dengan tekanan tidak pernah terlibat seks dilarang, tidak meminum minuman

keras dan tidak merokok. Namun begitu, masih terdapat minoriti remaja yang terlibat seks

dilarang, meminum minuman keras dan merokok. Sesungguhnya, dapatan ini menghadirkan

sedikit kebimbangan kerana bilangan remaja berkenaan mungkin akan meningkat kerana kajian

ini telah dibuat pada tahun 2005 dan dapatan kajian pada tahun terkini berkemungkinan

membawa peningkatan.

Maka, satu strategi dakwah jangka panjang, usaha yang sistematik perlu untuk

membentuk kekuatan remaja dari segi mental, emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai, sahsiah dan

semangat remaja sebagaimana acuan yang dikehendaki agama dan negara adalah amat perlu.

Program dakwah yang bersepadu perlu dirancang untuk menangani tekanan emosi remaja.

Program ini perlu melibatkan ibu bapa, organisasi dakwah, pihak sekolah, pemimpin remaja,

pembuat dasar, pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Perlaksanaan dakwah

yang ingin dibuat perlu mengambil kira soal kesesuaian sasaran dakwah iaitu remaja serta

kesesuaian dengan fungsi dan peranan organisasi yang diwakili.

Dalam kajian ini turut menyarankan dua bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada

remaja yang mengalami tekanan emosi iaitu:

1) Sokongan sosial iaitu yang datang dari keluarga khususnya ibu bapa, pendakwah, guru,

kaunselor dan ahli masyarakat. Pendekatan dakwah yang boleh digunakan dalam

memberikan sokongan sosial ialah melalui bimbingan dan kaunseling, penasihatan,

contoh teladan yang baik, perhatian dan kasih sayang serta motivasi.

2) Sokongan peribadi yang datang dari dalam diri remaja itu sendiri untuk menangani

tekanan. Pendekatan tazkiyah al-nafs boleh diamalkan dan remaja perlu berusaha

membentuk sahsiah dan akhlak yang baik.

RUJUKAN

Fariza Md. Sham. 2004. Tekanan Emosi Remaja Islam. Jurnal Islamiyyat.

Page 19: 76461812-TUGASAN-ULASAN-JURNAL

19

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.