7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

download 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

of 46

Transcript of 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    1/46

    Cuti Rehat

    Rujukan : Perintah Am 2, 7 hingga 11 dan 60 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20 Tahun 2005.

    Tujuan : Diberi untuk tujuan kecekapan dankepentingan pegawai.

    Syarat :

    (i) berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

    (ii) diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    Kadar :

    a) Lantikan Sebelum 1 September 2005

    Kumpulan/Gred

    Di Bawah 10Tahun

    Perkhidmatan

    Genap 10 TahunPerkhidmatan

    Dan Lebih

    PengurusanTertinggi

    30 hari 35 hari

    31- 54 30 hari 35 hari

    21- 30 25 hari 30 hari

    1 - 20 20 hari 25 hari

    b) Lantikan Mulai 1 September 2005

    Kumpulan/Gred

    Di Bawah 10Tahun

    Perkhidmatan

    Genap 10 TahunPerkhidmatan

    Dan LebihPengurusanTertinggi

    30 hari 30 hari

    31- 54 30 hari 30 hari

    21- 30 25 hari 30 hari

    1 - 20 20 hari 25 hari

    1

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    2/46

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 November 2002 (PP Bil. 4 Tahun 2002).

    1 September 2005 (PP Bil. 20 Tahun 2005).Cuti Rehat Khas (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2005.

    Tujuan : Diberikan kepada Pegawai PerkhidmatanPendidikan untuk menggantikan Cuti Sambilan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun1977.

    Syarat :

    (i) berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

    (ii) diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    (iii) Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskanadalah dibenarkan untuk dikumpulkan bagitujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti

    Rehat.

    Kadar : Tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar(Januari hingga Disember).

    Agensi Terlibat: Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Mac 2004.

    2

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    3/46

    Cuti Separuh Gaji

    Rujukan : Perintah Am 13, 51 dan 63 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan :

    (i) Pegawai Perkhidmatan Awam:

    (a)diberi atas sebab-sebab kesihatan sanaksaudara yang rapat kepada pegawai.

    (ii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru):

    (a) diberi atas sebab-sebab kesihatan sanaksaudara yang rapat kepada guru; dan

    (b) membuat lawatan sambil belajar diseberang laut yang diluluskan oleh KetuaSetiausaha Kementerian.

    Syarat :

    (i) berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.

    (ii) diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh 14hari dalam satu tahun.

    (iii) diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerianbagi tempoh yang selebihnya.

    Kadar : 30 hari bagi setiap genap satu tahunperkhidmatan yang melayakkan tetapi tidakmelebihi 180 hari.

    3

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    4/46

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam.

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992.

    Cuti Tanpa Gaji

    Rujukan : Perintah Am 14 dan 52 Bab C.

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Diberi bagi membolehkan pegawaimenyelesaikan urusan- urusan peribadi yangmustahak sama ada di dalam atau di luar negeri.

    Syarat :

    (i) syarat minimum layak memohon Cuti TanpaGaji di dalam atau di luar negeri ialah

    sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatanyang melayakkan.

    (ii) pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehatyang ia berkelayakan sebelum mengambil CutiTanpa Gaji.

    (iii) baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil bolehdigunakan selagi tidak mencapai hadmaksimum yang dibenar berasaskan

    perkhidmatan yang melayakkan.

    (iv) Cuti Tanpa Gaji hendaklah dicatitkan di dalamKenyataan Cuti dan Buku Pekrhidmatan.

    4

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    5/46

    Kadar : 30 hari bagi setiap genap satu tahunperkhidmatan yang melayakkan tetapi tidakmelebihi 360 hari.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam.

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1992.

    Cuti Penggal

    Rujukan : Perintah Am 50 Bab C.

    Tujuan : Diberi sebagai mengganti kemudahan CutiRehat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

    yang mengajar (Guru) di sekolah.

    Syarat : Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guruuntuk menjalankan tugas-tugas selain daripadatugas-tugas mengajar biasa semasa

    percutian penggal sekolah bagi masa yangtidak melebihi separuh daripada jumlah cuti

    penggal sekolah dalam satu-satu bulan.

    Kadar : Akan ditentukan oleh Kementerian PelajaranMalaysia mengikut jadual persekolahan setiaptahun.

    Agensi Terlibat : Kementerian Pelajaran Malaysia.

    5

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    6/46

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974.

    Cuti Sakit

    Rujukan : Perintah Am 17 dan 53 Bab C.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun

    1985.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awamyang tidak sihat untuk bertugas berehat di rumahatau hospital untuk memulihkan kesihatannya.

    Syarat :

    (i) pegawai telah disahkan sebagai tidak sihat

    untuk bertugas oleh pegawai perubatan atauoleh sebuah Lembaga Perubatan atau olehseorang ahli Panel Doktor.

    (ii) pengesahan tidak sihat hendaklah dibuat keatas sijil sakit.

    6

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    7/46

    (iii) pegawai perlu mengemukakan sijil sakitkepada Ketua Jabatan/ Ketua SetiausahaKementerian bagi membolehkan diluluskan cutisakit.

    Kadar :

    (i) 90 hari cuti sakit bergaji penuh diluluskan olehKetua Jabatan.

    (ii) 90 hari cuti sakit tambahan bergaji penuhdiluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1974

    Cuti Sakit Lanjutan

    Rujukan : Perintah Am 22 dan 53 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Pegawai yang diperakukan oleh LembagaPerubatan memerlukan masa berehat kerana tidak

    sihat untuk bertugas tetapi ada harapan untuksembuh semula.

    Syarat :

    (i) pegawai telah menghabiskan Cuti Sakit bergajipenuh selama 180 hari.

    7

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    8/46

    (ii) pegawai telah menghabiskan Cuti Rehat yangberkelayakan ketika itu.

    (iii) pegawai perlu diperiksa oleh Lembaga

    Perubatan untuk mengesahkan bahawapegawai masih tidak sihat untuk bertugassemula tetapi ada harapan untuk sembuh.Sementara menunggu Laporan LembagaPerubatan, sijil sakit boleh diterima bagi tujuanCuti Separuh Gaji. Pegawai hendaklah diberiCuti Tanpa Gaji jika tidak mengemukakan sijilsakit dalam tempoh yang berkenaan. Had CutiSakit Lanjutan secara Cuti Separuh Gaji ialahselama 90 hari.

    (iv) selepas menghabiskan Cuti Sakit Lanjutansecara Cuti Separuh Gaji selama 90 hari danpegawai masih tidak sihat untuk bertugas dandiperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagaiada harapan untuk sembuh, pegawai masihboleh diluluskan Cuti Sakit Lanjutan secara CutiTanpa Gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberiElaun Bantuan bersamaan separuh gaji.

    (v) kemudahan Cuti Sakit Lanjutan ini diberi dalamsatu tahun kelandar.

    (vi) kemudahan ini boleh diulangi dalam tahunkedua, selepas tempoh tersebut jika pegawaimasih belum sembuh, beliau bolehdibersarakan dengan perakuan LembagaPerubatan.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan AwamTarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1992

    Cuti Kerantina

    Rujukan : Perintah Am 24 Bab C.

    Tujuan : Untuk menghalang berlakunya wabak penyakitdaripada merebak.

    8

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    9/46

    Syarat : Pegawai di tahan di mana-mana stesenkerantina.

    Kadar : Cuti Kerantina bergaji penuh mengikut tempohpenahanan oleh pihak berKuasa kesihatan.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1974

    Cuti Bersalin

    Rujukan : Perintah Am 25, 26 dan 54 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998.

    9

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    10/46

    Tujuan : Diberikan kepada pegawai wanita untuk pulihdaripada bersalin.

    Syarat :

    (i) pegawai perlu mengemukakan perakuanbersalin kepada Ketua Jabatan.

    (ii) Cuti Bersalin dikira mulai dari tarikh pegawaibersalin.

    (iii) kemudahan Cuti Bersalin yang telah digunakanoleh pegawai hendaklah dicatitkan di dalamKenyataan Cuti, Buku Perkhidmatan.

    Kadar :

    (i) Sebanyak 5 kali sepanjang tempohperkhidmatan.

    (ii) Selama 60 hari setiap kali bersalin.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Mei 1998

    Cuti Kecederaan

    10

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    11/46

    Rujukan : Perintah Am 27 dan 53 Bab C.

    Tujuan : Diberikan kepada pegawai yang mendapatkecederaan semasa menjalankan tugas rasmi

    sebagai tambahan setelah menggunakankelayakan Cuti Sakit di bawah peruntukan PerintahAm 17.

    Syarat : Diperakukan oleh Lembaga Perubatanmempunyai harapan untuk sembuh dan berpuncadaripada kecederaan semasa bertugas.

    Kadar : Cuti bergaji penuh hingga ke satu tarikh

    pegawai akan pulih atau ke tarikh ia akandibersarakan dari perkhidmatan, setelah Cuti Sakithabis digunakan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    11

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    12/46

    Cuti Tibi, Barah dan Kusta

    Rujukan : Perintah Am 31 dan 53 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Diberikan kepada pegawai yang memerlukantempoh rawatan yang panjang.

    Syarat :(i) pegawai disahkan menghidap penyakit tibi

    atau kusta atau barah atau lain-lain penyakityang setaraf dengannya.

    (ii) pegawai perlu mengemukakan sijil sakitkepada Ketua Jabatan.

    Kadar :

    (i) pegawai yang menghidap penyakit barah ataukusta - tidak melebihi 24 bulan cuti sakitbergaji penuh dengan tidak mengira sebarangcuti sakit yang telah diambilnya keranapenyakit-penyakit lain.

    (ii) pegawai yang menghidap penyakit tibi - tidakmelebihi 12 bulan cuti sakit bergaji penuhdengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang

    telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.

    (iii) kemudahan di (i) dan (ii) juga diberikan kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakittibi, kusta atau barah yang memerlukantempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklahdiperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.

    (iv) setelah menghabiskan cuti di (i) dan (ii)pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang

    masih berkelayakan.

    (v) Cuti Separuh Gaji yang tidak melebihi 12 bulanboleh diberi setelah tamatnya cuti di (i)/ (ii)dan (iv).

    (vi) setelah menghabiskan semua cuti di (i)/(ii), (iv)dan (v) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi

    12

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    13/46

    lagi melainkan atas budi bicara KetuaSetiausaha Kementerian setelah menelitiLaporan Lembaga Perubatan. KetuaSetiausaha Kementerian boleh menimbangapa-apa cuti tambahan sama ada bergaiji

    penuh atau separuh gaji atau pegawai ituboleh dibersarakan daripada perkhidmatan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992Cuti Tambahan (Atas Sebab Kesihatan Guru)

    Rujukan : Perintah Am 53 Bab C.

    Tujuan : Sebagai ganti kepada kemudahan Cuti Rehatyang tidak dilayaki, maka PegawaiPerkhidmatan Pendidikan yang mengajar(Guru) di sekolah yang tidak sihat untukbertugas diberi Cuti Tambahan untuk tujuanberehat di rumah atau hospital untukmemulihkan kesihatannya.

    Syarat :

    (i) pegawai telah menghabiskan Cuti Sakit bergajipenuh selama 180 hari;

    (ii) pegawai perlu diperiksa oleh LembagaPerubatan untuk mengesahkan bahawapegawai masih tidak sihat untuk bertugassemula tetapi ada harapan untuk sembuh.

    Kadar : 25 hari setahun.

    Agensi Terlibat : Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    13

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    14/46

    Cuti Perubatan Khas

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1995.

    Tujuan : Membolehkan pegawai yang diperakukan olehLembaga Perubatan tiada harapan untuksembuh berehat dari menjalankan tugas-tugasnya sebelum diluluskan persaraannya.

    Syarat : Apabila Lembaga Perubatan menyampaikan

    pendapat bahawa pegawai yang berkenaantidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akalatau tubuh yang mungkin menjadi kekal,pegawai hendaklah diberi Cuti Perubatan Khassekiranya beliau tidak mempunyai Cuti Rehatatau sebaik sahaja beliau menghabiskan CutiRehatnya.

    Kadar : Sehingga sehari sebelum tarikh pegawai akan

    dibersarakan.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Disember 1995

    14

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    15/46

    (BidangKuasa Bahagian Pencen)

    Cuti Gantian

    Rujukan : Perintah Am 40 Bab C.

    Syarat : Pegawai yang diarahkan menjalankan tugaslebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti amatau hari kelepasan mingguan tetapi tidakberkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau

    sebarang bayaran khas.

    Kadar :

    (i) Cuti Gantian yang boleh diluluskan adalahsama banyak dengan masa dipanggil bertugaslebih masa.

    (ii) masa bertugas lebih masa boleh dikumpulkaniaitu 9 jam kerja lebih masa boleh diberi 1 haricuti gantian.

    (iii) diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    15

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    16/46

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1974

    Cuti Latihan Pasukan Sukarela

    Rujukan : Perintah Am 41 dan 57 Bab C.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun

    1985.

    Tujuan : Menghadiri latihan atau khemah tahunanpasukan-pasukan

    Sukarela.

    Syarat :

    (i) Pegawai Perkhidmatan Awam yang menjadiahli-ahli Pasukan Sukarela seperti berikut:

    a) Askar Wataniah

    b) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera LautDiRaja

    16

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    17/46

    c) Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja

    d) Pasukan Sukarela Polis

    e) Pasukan Pertahanan Awam

    f) Ikatan Relawan Rakyat Malaysia - RELA

    (ii) Diluluskan oleh Ketua Jabatan

    Kadar : Cuti Tanpa Rekod sebanyak 30 hari setahundan tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ketempat latihan atau khemah tahunan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah TahunanPertubuhan/ Persatuan

    Rujukan : Perintah Am 42(a) dan 57 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Menghadiri mesyuarat agong tahunan,

    mesyuarat luar biasa, kursus, khemah tahunan,seminar dan aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan yang berkenaan di Malaysia.

    Syarat :

    17

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    18/46

    (i) pegawai yang menjadi ahli-ahli Persatuan/Pertubuhan yang diisytiharkan oleh KetuaPengarah Perkhdimatan Awam. SenaraiPersatuan/ Pertubuhan adalah seperti dilampiran sebelah.

    (ii) diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    Kadar : Cuti Tanpa Rekod sebayak 14 hari setahun dantambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ketempat aktiviti berkenaan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992

    LAMPIRAN

    NAMA PERTUBUHAN/ PERSATUAN YANG TELAH DISENARAIDI BAWAH PERINTAH AM 42(a) BAB C

    1. Kadet Laut

    2. Pasukan Kadet Persekutuan

    3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan

    4. Pasukan Pengakap

    18

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    19/46

    5. Pertubuhan Pandu Puteri

    6. Bridget Budak Lelaki

    7. Bridget Budak Perempuan

    8. St. John Ambulan

    9. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia10.

    Persatuan Perancang Keluarga

    11.

    PEMADAM

    12.

    Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja CawanganMalaysia

    13.

    Persatuan Membantu Orang orang DalamPenyeliaan

    14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai IntergrasiWanita Dalam Pembangunan (NACIWID)

    15.

    Pertubuhan Orang orang Buta

    16.

    Institut Dakwah Dan Latihan Islam, Jabatan PerdanaMenteri

    17.

    Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri

    18.

    Persatuan Pengguna

    19.

    Persatuan bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia

    20.

    PUSPANITA

    21.

    JawatanKuasa Kemajuan Dan Kelamatan Kampong,Unit Penyelarasan Perlaksanaan (JKKK)

    22.

    Pasukan Kadet Polis

    23.

    Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)

    24.

    PERKIM

    25.

    Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia(N.W.O))

    26.

    Majlis Keselamatan Negara, Jabatan PerdanaMenteri

    19

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    20/46

    27.

    Persatuan Stem Malaysia

    28.

    Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri

    29. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)

    Cuti Lain-lain Kursus:

    i) Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat

    ii) Kursus Kesatuan Sekerja

    Rujukan : Perintah Am 42(b) dan 57 Bab CSurat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun1985.

    Tujuan :

    (i) Menghadiri Kursus Kepimpinan Belia dan BinaSemangat anjuran Kementerian Belia danSukan.

    (ii) Menghadiri Kursus Kesatuan Sekerja yangdiluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

    Syarat : Diluluskan oleh Ketua Jabatan tertakluk kepadakepentingan perkhidmatan.

    Kadar : Cuti Tanpa Rekod sebanyak 14 hari setahundan tambahan 2 hari perjalanan pergi dan balik ketempat kursus.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    20

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    21/46

    Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

    Rujukan : Perintah Am 43 dan 57 Bab C.

    Tujuan : Menghadiri kursus latihan, seminar ataumesyuarat kerjasama yang diluluskan oleh KetuaPengarah Koperasi di dalam atau di luar Malaysia.

    Syarat :

    (i) pegawai perlu menjadi ahli syarikat koperasi.

    (ii) memegang jawatan di Maktab Koperasi.

    Kadar :

    (i) tidak melebihi 2 bulan Cuti Tanpa Rekod untukmenghadiri kursus di Maktab Koperasi; dan

    (ii) tempoh sebenar bagi aktiviti kursus latihan,seminar atau mesyuarat.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    21

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    22/46

    Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan

    Rujukan : Perintah Am 44 dan 57 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Mengambil sebarang peperiksaan yang bolehmembaiki peluang hidup pegawai.

    Syarat : KelulusanKetua Jabatan.

    Kadar : Kemudahan Cuti Tanpa Rekod yang bolehdiambil oleh

    pegawai tertakluk kepada hari peperiksaansahaja

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992

    22

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    23/46

    Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

    Rujukan : Perintah Am 45 dan 57 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1977.

    Tujuan : Menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuanikhtisas iaitu:-

    (i) Mesyuarat Agong Tahunan

    (ii) Mesyuarat Agong Luar Biasa

    Syarat : Pegawai-pegawai yang menjadi ahlipertubuhan ikhtisas yang berdaftar denganPendaftar Pertubuhan dan diisytiharkan olehKetua Pengarah Perkhidmatan Awam. Senaraipersatuan adalah seperti di lampiran sebelah.

    Kadar : Tempoh sebenar mesyuarat dijalankan danmasa perjalanan dengan syarat kedua-dua masatersebut tidak melebihi dua hari.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    23

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    24/46

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    LAMPIRAN

    NAMA PERSATUAN YANG DISENARAI DI BAWAH PERINTAHAM 45 BAB C

    1. The Malayan Association Of Certified Public Accountants2. Federation Of Malaya Society Of Architects3. Joint Group Of Institute Of Civil Engineers. The Institute Of

    Mechanical Engineers And Institution Of ElectricalEngineers.

    4. Persatuan Biokimia Malaysia ( The Malaysian Bio-Chemical Society )

    5. The Malayan Dental Association6. The Institution Of Engineers Federation Of Malaya7. Persatuan Jurutera Galian Malaysia8. Persatuan Juru-Juru X-Ray Malaysia

    9. Persatuan Kesihatan Malaysia ( Malaysian Society OfHealth )

    10. Institut Kimia Malaysia11. Malayan Medical Association12. The Alumni Association Of The King Edward VII College Of

    Medicine13. The Association Of Medical Social Workers Malaysia14. Malayan Section Of The Institute Of Mining And Metallurgy

    24

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    25/46

    15. The Malayan Trained Nurses Association16. The Obtetrical And Gynnaecological Society Of Malaya17. Persatuan Pakar Bius Malaysia18. Persatuan Pakar Orthopedic Malaysia19. Malaysia Society Of Pathologists

    20. Pertubuhan Perancang Malaysia21. Akademik Perubatan Malaysia22. The Association Of Physicians Of Malaya23. The Malayan Pharmaceutical Association24. The Malayan Scientific Association25. The Malayan Association Of The Chartered Institute Of

    Secretaries26. The College Of Surgeons of Malaysia27. Institution Of Surveyors Federation Of Malaya28. Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Malaysia29. The Technical Association of Malaya

    30. Town Planning Institute (Malaya Branch)31. The Malayan Veterinary Medical Association32. Persatuan Kajiperasit Dan Tropika Malaysia33. Persatuan Doktor-Doktor Veterinar Malaysia34. Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakimam

    Dan Perundangan35. Persatuan Dermatology Malaysia36. Persatuan Radiology Malaysia (Malaysia Radiologi Society)37. The College Of Physicians Of Malaysia38. Persatuan Pemakanan Malysia39. Persatuan Pediatri

    40. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia41. Persatuan Pegawai Pelajaran Kesihatan42. Malaysia Institute Of Food Technology43. Persatuan Fesioterapi Malaysia44. Persatuan Ahli Biokimia Klinikal Malaysia45. Persatuan Penyakit Berjangkit Dan Kemoterapi Malaysia46. Persatuan Inspektor Kesihatan Malaysia47. Malaysian Psychiatric Association48. Persatuan Jurupulih Cara Kerja Malaysia

    25

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    26/46

    Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/ Sukan

    Rujukan : Perintah Am 46 dan 57 Bab C.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun

    1980.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun

    1985.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awammelibatkan diri dalam acara sukan.

    Syarat :

    26

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    27/46

    (i) pegawai dipilih untuk menyertaipertandingan sukan perwakilan diperingkat kebangsaan/ antarabangsa.

    (ii) pegawai dipilih sebagai pegawai sukan

    untuk mengelolakan sukan perwakilan.

    (iii) pegawai yang menjadi jurulatih bagimenyediakan pasukan bagi sukanperwakilan.

    (iv) pegawai yang menjadi ahli majlis ataujawatanKuasa pertandingan.

    (v) tidak melebihi 3 acara sukan dalamsetahun.

    Kadar : Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskanadalah tidak melebihi 30 hari dalam setahun(kelulusan Ketua Setiausaha Kementerianperlulah diperolehi bagi tempoh yang lebih dariyang ditetapkan)

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 18 Disember 1980

    Cuti Tugas Khas Perubatan

    Rujukan : Perintah Am 47 Bab C.

    27

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    28/46

    Tujuan : Membolehkan pegawai yang terlibat dalampersekitaran kerja yang merbahaya mendapatrehat yang mencukupi.

    Syarat :

    (i) pegawai-pegawai yang menjalankantugas X-Ray sepenuh masa dan terdedahkepada pancaran X-Ray; dan

    (ii) pegawai-pegawai di pusat perubatantertentu di mana jenis tugas yangdijalankan adalah merbahaya atau tidakdigemari.

    Kadar :

    (i) Cuti Tidak Berekod sebanyak 14 harisetahun.

    (ii) berdasarkan perkhidmatan yangmelayakkan.

    (iii) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 1974

    28

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    29/46

    Cuti Bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk MengambilBahagian Dalam Lawatan Kebudayaan Dan PertandinganBulan Bahasa Kebangsaan

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1964.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 1966.

    Tujuan : Menyertai rombongan kebudayaan anjuranKementerian Belia dan Sukan dan KementerianKebudayaan, Pelancongan dan Warisan

    Syarat : Kelulusan Ketua Jabatan.

    Kadar : Tempoh yang diperlukan bagi lawatankebudayaan tersebut.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 30 November 1966

    29

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    30/46

    Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat MajlisBersama Kebangsaan

    Dan Majlis Bersama Jabatan

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 1973.

    Tujuan :

    (i) menghadiri Mesyuarat Majlis BersamaKebangsaan di peringkat Kebangsaan.

    (ii) menghadiri Mesyuarat Majlis Pihak Pekerjayang diadakan sehari sebelum mesyuaratMajlis Bersama Kebangsaan.

    (iii) menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan.

    Syarat : Pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendakimenghadiri Mesyuarat Majlis BersamaKebangsaan, Mesyuarat Majlis

    Bersama Jabatan dan Mesyuarat Majlis Pihak

    Pekerja.

    Kadar : Tempoh sebenar mesyuarat.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 15 Ogos 1973

    30

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    31/46

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod KepadaPegawai/Kakitangan Semasa Mengikuti Kursus Intensif DiBawah Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

    Rujukan : JPA(L)S.4.06/3 Klt.3(14) bertarikh 17 September1997.

    Tujuan : Menghadiri kursus intensif bagi ProgramPengajian Jarak Jauh.

    Syarat :

    (i) mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatanuntuk mengikut pengajian di bawah ProgramPengajian Jarak Jauh yang berkenaan.

    (ii) pegawai mengikut pengajian dalam apa jugabidang di peringkat diploma atau ijazahpertama atau ijazah lanjutan di mana-manaInstitut Pengajian Tinggi Awam dan merekabelum mempunyai kelayakan di peringkatpengajian yang berkenaan.

    Kadar : Sebanyak 30 hari dalam setahun.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 17 September 1997

    31

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    32/46

    Cuti Isteri Bersalin

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2002.

    Tujuan : Disediakan kepada pegawai PerkhidmatanAwam lelaki untuk membantu urusan ketikaisterinya bersalin.

    Syarat :

    (i) cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri

    pegawai bersalin atau pada hari berikutnya jikaisterinya bersalin selepas waktu pejabat.

    (ii) pegawai yang menggunakan kemudahan inihendaklah mengemukakan salinan perakuanbersalin isterinya kepada Ketua Jabatan.

    Kadar :

    (i) sebanyak tujuh hari sebagai Cuti Tanpa Rekod

    termasuk semua hari rehat dan hari kelepasanam.

    (ii) lima kali sepanjang perkhidmatan.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    32

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    33/46

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 2003

    Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.

    Tujuan : Menziarahi jenazah dan membantu urusanberkaitan dengan kematian ahli keluarga yangterdekat.

    Syarat :

    (i) ahli keluarga terdekat bermaksud suami atauisteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandungkepada pegawai berkenaan.

    (ii) cuti ini hendaklah bermula pada tarikhkematian ahli keluarga terdekat atau pada hariberikutnya jika ahli keluarga berkenaanmeninggal dunia selepas waktu pejabat.

    (ii) pegawai yang menggunakan kemudahan inihendaklah mengemukakan salinan pengesahankematian ahli keluarga terdekat kepada KetuaJabatan untuk tujuan rekod.

    33

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    34/46

    Kadar : Sebanyak 3 hari sebagai cuti tanpa rekodtermasuk semua hari rehat dan hari kelepasanam.

    Agensi Terlibat: Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa: 1 Januari 2003

    Cuti Tanpa Rekod Untuk Pegawai Perkhidmatan AwamYang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan KhidmatNegara

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2004.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awamterlibat di dalam Program Latihan Khidmat Negara.

    Syarat : Pegawai telah dilantik sebagai jurulatihProgram Latihan Khidmat Negara oleh Jabatan

    Latihan Khidmat Negara.

    Kadar : Mengikut tempoh sebenar program(tempoh mengikuti kursus untuk menjadi jurulatih dan menjalankan tugas sebagai jurulatih) tersebut diadakan dengan tambahansehari sebelum dan sehari selepas bagimaksud perjalanan jika diperlukan.

    34

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    35/46

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Oktober 2003

    Cuti Tanpa Rekod Bagi Tujuan Menghadiri Mahkamah DiLuar Stesen

    Rujukan : JPA(S)223/8/3-3 Sk.4/(11) bertarikh 26 Julai1994.

    Tujuan : Membolehkan pegawai hadir di mahkamah

    sebagai saksi.

    Syarat :

    (i) pegawai disapina untuk hadir di mahkamahsebagai saksi pihak Kerajaan.

    35

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    36/46

    (ii) pegawai disapina untuk hadir di mahkamahsebagai saksi pihak bukan Kerajaan.

    Kadar :

    (i) diberi pelepasan meninggalkan pejabat bagitempoh diperlukan jika menghadiri mahkamahdi dalam stesen pegawai bertugas.

    (ii) Cuti Tanpa Rekod bagi hari-hari yangdiperlukan hadir di mahkamah dengantambahan sehari sebelum dan selepas bagimaksud perjalanan jika menghadiri mahkamahdi luar stesen pegawai bertugas.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 26 Julai 1994

    Cuti Menjaga Anak

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998.

    Tujuan : Membolehkan pegawai wanita menyusukananaknya.

    36

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    37/46

    Syarat :

    (i) diambil selepas menggunakan kelayakan CutiBersalin iaitu pada hari ke 61; atau

    (ii) mulai dari tarikh bersalin bagi pegawai yangtelah menggunakan lima kali kemudahan CutiBersalin.

    Kadar :

    (i) tidak melebihi 90 hari (sama adamenggunakan kemudahan ini selepasmenggunakan kelayakan Cuti Bersalin ataumulai dari tarikh bersalin sekiranya telahmenggunakan lima kali Cuti Bersalin)

    (ii) lima kali sepanjang perkhidmatan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Mei 1998

    Cuti Haji

    Rujukan : Perintah Am 34 dan 35 dan 55 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    37

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    38/46

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awammengerjakan fardhu Haji.

    Syarat :

    (i) pegawai beragama Islam; dan

    (ii) berjawatan tetap; dan

    (iii) telah disahkan dalam jawatan; atau

    (iv) pegawai sementara yang telah berkhidmattidak kurang daripada 6 tahun secaraberterusan.

    Kadar : Selama 40 hari sekali sepanjang perkhidmatan.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992

    Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti PasanganMereka Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau LuarNegeri

    38

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    39/46

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2005.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awam

    untuk mengikut pasangan bertugas atau berkursusdi dalam atau luar negeri.

    Syarat : Semua pegawai tetap dalamperkhidmatan Kerajaan yang mengikutipasangan mereka berkhidmat atau berkursusdi dalam atau di luar negeri layakdipertimbangkan cuti tanpa gaji dengan syaratpasangan mereka:

    (i) telah dilantik berkhidmat oleh pihak

    berKuasa melantik atau diluluskanbertukar/ berkursus oleh KetuaJabatannya.

    (ii) terdiri daripada pegawai Kerajaan,perbadanan awam atau syarikat swasta. Jika pasangan mereka bukan pegawaimana-mana agensi yang tersebut itu, ia(pasangan pegawai) hendaklah telahdianugerahkan bantuan kewangan olehKerajaan untuk berkursus di dalam atau

    di luar negeri.

    (iii) memerlukan kepentingan beradabersama pasangan dalam menjalankantugas terutama yang melibatkan perkara-perkara mengenai perkhidmatan dankepentingan jawatan tertentu. ContohnyaKetua Jabatan di peringkat negeri yangmenghendaki pasangan sentiasamengiringi pegawai dalam urusan-urusanrasminya.

    Kadar : Maksimum 3 tahun atau selama tempohberkhidmat/ kursus pasangan pegawai mengikutmasa yang lebih pendek.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam.

    39

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    40/46

    Tarikh Kuat Kuasa : 10 Jun 2005.

    Cuti Sabbatikal

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. ... Tahun 1975.

    Tujuan : Secara umumnya, kemudahan Cuti Sabatikaladalah untuk membolehkan kakitanganakademik meningkatkan penyelidikan ilmiah,kegiatan dan kelayakan profesional serta

    pengalaman pengajaran di institut pengajiantinggi lain dan menjalankan penyelidikan lanjutan.

    Syarat dan kadar: Sepertimana yang ditetapkan oleh MajlisUniversiti masing-masing.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Badan Berkanun.

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1975.

    40

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    41/46

    Cuti Membuat Kerja Penyelidikan

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. .... Tahun 1975.

    Tujuan: Membolehkan kakitangan akademik di

    universiti menjalankan tugas-tugas tertentusemasa cuti penggal dan tugas dianggapberguna terhadap kerja kakitangantersebut dan dianggap berfaedah kepadainstitusi yang berkenaan.

    Syarat dan kadar: Sepertimana yang ditetapkan oleh MajlisUniversiti masing-masing.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Badan Berkanun.

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1975.

    41

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    42/46

    Cuti Berkursus

    Rujukan : Perintah Am 36 dan 56 Bab C.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awamyang dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan mengikutkursus/ latihan/ pengajian dengan bergaji penuh,separuh gaji atau tanpa gaji untuk kursus

    diploma, ijazah asas, lepasan ijazah ataukursus lanjutan.

    Syarat : Diluluskan oleh pihak berKuasa meluluspermohonan cuti berkursus.

    Kadar :

    (i) bagi tempoh kursus yang diikutitermasuk cuti akademik dan rehat yangjatuh dalam masa kursus itu;

    (ii) bagi tempoh perjalanan ke tempat

    belajar dan perjalanan balik selepaskursus mengikuti jalan yang paling dekat;dan

    (iii) bagi tempoh menunggu di luar negeriyang tidak dapat dielakkan yangdisebabkan oleh urusan-urusanperjalanan setempat.

    42

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    43/46

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1974

    Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan

    Rujukan : Perintah Am 38 Bab C.Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

    Tujuan : Membolehkan pegawai Perkhidmatan Awam

    berehat dan menguruskan perkara-perkarayang berkaitan selepas berkursus.

    Syarat :

    (i) pegawai yang menamatkan kursus/pengajian yang melebihi 12 bulan.

    (ii) mempunyai baki Cuti Rehat sebelumpergi berkursus.

    Kadar : Sebanyak 7 hari.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    43

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    44/46

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 1992

    Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986.

    Tujuan : Memberi kebenaran kepada pegawaiPerkhidmatan Awam untuk tidak hadir ke tempatbertugas atas sebab kecemasan am.

    Syarat :

    (i) pegawai-pegawai tidak hadir bekerja atassebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanahruntuh, gempa bumi, jambatan runtuh ataulain-lain malapetaka dan bencana alam,perintah berkurung dan perintah sekatan am

    oleh pihak berKuasa yang menyebabkanterhalangnya perjalanan ke pejabat atau ketempat bekerja biasa.

    (ii) kes-kes bencana dan kemalangan yang berlakuatas peribadi atau atas harta benda seseorangpegawai tidak dianggap kecemasan am danhendaklah mengambil cuti lain yang layak.

    44

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    45/46

    (iii) pegawai perlu memaklumkan perkara inikepada Ketua Jabatan dengan menggunakanborang permohonan seperti di lampiran kepadaPekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1996 bagi

    tempoh tidak hadir itu.

    (iv) mendapatkan pengesahan tentang bencanaalam tersebut dari Pegawai Daerah, Penghulu,Pejabat Polis, Jabatan Penerangan, JabatanKebajikan dan Siaran Media Massa.

    Kadar : Tempoh berlaku bencana.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 28 Februari 1986

    Syarat-Syarat Dan Peraturan Bagi Mendapatkan Cuti BagiMengikuti Kursus Luar Kampus Di Malaysia

    Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 1974

    Tujuan :Membolehkan pegawai mengikuti kursus luarkampus yang diadakan oleh universiti di dalamMalaysia.

    Syarat :

    (i) pegawai dibenarkan oleh Ketua Perkhidmatanuntuk mengikuti pengajian luar kampus;

    (ii) pegawai dikehendaki berada di universitisepenuh masa pada tempoh yang tertentu.

    45

  • 8/3/2019 7929638 Info Cuti Kakitangan Awam

    46/46

    (iii) kemudahan cuti yang disediakan adalah secaraCuti Tanpa Gaji.

    Kadar : Tempoh sebenar yang ditetapkan oleh pihakuniversiti.

    Agensi Terlibat : Perkhidmatan Awam

    Tarikh Kuat Kuasa : 1 Mac 1974

    Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, http://www.jpa.gov.my/