8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE
description
Transcript of 8. ESEI- Reka Bentuk Model ASSURE
2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan
setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan
penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 3. Rancangan pengajaran ini adalah
untuk rancangan pengajaran harian selama 30 minit untuk kelas Tahun 3
yang mempunyai pelajar seramai 25 orang murid.
2.1 Analisis Pelajar ( Analyze Learners )
Analisis pelajar adalah penting dilakukan sebelum sesuatu pengajaran
berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar
kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek. Antaranya ialah jantina
pelajar, umur, latar belakang dan kebolehan pelajar sebelum bermulanya
pengajaran. Kebolehan intelek pelajar iaitu apa yang pernah dipelajari oleh
pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan
pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat difahami oleh
pelajar.
Selain itu, elemen yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya
pembelajaran. terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu visual, audio dan
kinestetik. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung
kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun
pergerakan murid . Melalui perkara tersebut , guru akan menentukan kaedah
pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik
perhatian dan minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan. Saya mendapati murid-murid saya lebih cenderung kepada
penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti
pengayaan.
2.2 Nyatakan objektif pembelajaran ( state objective )
Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan membantu
guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu
mestilah realistik dan sejajar dengan tahap dan aras kebolehan serta minat
murid. Pernyataan objektif hendaklah berfokus, jelas dan spesifik. Contohnya,
pada akhir pembelajaran, murid dapat menjawab 4/5 daripada soalan bertajuk
pakaian pilihanku dalam PPMI dengan tepat.
Objektif pengajaran hendaklah dirangka secara teratur daripada
mudah kepada susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran. Guru hendaklah merujuk kepada panduan objektif yang ada
ukurannya tersendiri. Antara ukuran yang diambil kira dan perlu dilaksanakan
termasuklah penglibatan pelajar ( Audience ), peringkat boleh diukur
( Behavior ), keadaan/ kategori ( conditions ) dan tingkat prestasi pelajar
( degree ) akaan memudahkan pencapaian objektif tercapai.
2.3 Pilih kaedah, media dan bahan ( select method, media and materials )
Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu
dijalankan. Pertama, pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid,
pengetahuan sedia ada murid, gaya pembelajaran serta objektif
pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format media
instruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan
dapat menyampaikan isi kandungan pengajaran. Format media instruksional
ini adalah merujuk kepada alat yang digandingkan untuk menampilkan imej
atau meseg. Contohnya, set komputer multimedia yang boleh menampilkan
imej, grafik, teks, audio , video, televisyen, papan tulis dan alat audio seperti
radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang
sedia ada atau mereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini
haruslah merujuk kepada kesesuaian objektif dan kesesuaian perancangan
pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semua kehendak kurikulum
dan tidak membebankan mana-mana pihak.
2.4 Guna media dan bahan ( Utilise media and materials )
Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan
bahan yang sempurna dan harus berakhir dengan penggunaan sempurna
dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslah memberi manfaat kepada
guru dan murid. Heinich ( 2005 ) mencadangkan lima langkah penggunaan
media instruksional yang berkesan iaitu :-
1- Pratonton bahan : Guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu
media atau bahan yang hendak digunakan sebelum dipertontonkan
kepada murid bagi memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai
dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan budaya,
kepercayaan serta mempunyai nilai-nilai yang positif.
2- Sediakan bahan : Sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang berkaitan berada
dalam keadaan yang sedia untuk digunakan serta tersusun
penggunaannya.
3- Sediakan persekitaran pembelajaran : Penyediaan bahan yang
dipilih perlu disesuaikan dengan persekitaran ruang pembelajaran
yang dirancang, boleh dilihat antara guru dan murid, dan murid
boleh melihat antara satu sama lain.
4- Sediakan murid : Pastikan ada murid atau penonton yang
menonton kerana berminat atau sediakan set induksi yang boleh
menarik perhatian lapisan murid agar PDP dapat dijalankan tanpa
gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang.
5- Sediakan pengalaman pembelajaran : Sekiranya guru perlu
bertindak professional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran
dan isi kandungan bagi membantu murid menimba pengalaman
pembelajaran.
2.5 Penglibatan murid ( Require learner participation )
Penglibatan murid merupakan suatu suasana pembelajaran yang
memerlukan penglibatan murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan
perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan
sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar, gambar bersiri, video
dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan
idea dan penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan,
latih tubi, kuiz dan simulasi adalah beberapa teknik menarik yang boleh
menarik minat semua murid untuk turut bergiat aktif sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan.
2.5.1 Soal jawab
Soal jawab merupakan kaedah yang paling utama yang saya gunakan
dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan
pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid
secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan .
i- Untuk mengesan pengetahuan pelajar
ii- Untuk menggalakkan pelajar berfikir
2.6 Melakukan penilaian dan pengubahsuaian ( Evaluate and revise )
Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak
semula. Proses ini berlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa
pelaksanaan dan akhir proses instruksional. Penilaian perlu dibuat secara
berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk
memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap
prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif
pengajaran telah tercapai.
Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan
model ASSURE dapat dilaksanakan pada semua peringkat seperti :-
1- Set induksi ( pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid )
Media yang digunakan ialah gambar yang dipaparkan pada slaid. Guru
berinteraksi dengan murid menggunakan kaedah soal jawab. Guru
berupaya membimbing murid melontarkan idea melalui pengalaman
sedia ada murid.
2- Langkah 1 ( objektif, pemilihan bahan dan penglibatan murid )
Dalam langkah 1, guru menayangkan gambar yang menutup aurat dan
tidak menutup aurat. Guru mengaitkan dengan objektif pembelajaran
yang hendak dicapai pada hari itu. Dalam langkah ini, murid tidak akan
teragak-agak mengemukakan pendapat berdasarkan pengalaman
mereka berkaitan dengan tayangan gambar yang ditunjukkan. Oleh itu,
penglibatan murid dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini.
3- Langkah 2 ( objektif, pemilihan bahan, penilaian )
Berdasarkan hasil dapatan aktiviti secara berkumpulan yang dilakukan
oleh murid, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan
media dan bahan yang digunakan. Guru menggunakan permainan
bagi aktiviti susulan bertujuan mendapat kefahaman murid terhadap
objektif yang hendak dicapai pada hari tersebut.
4- Langkah 3 ( objektif, penggunaan bahan, penglibatan murid, penilaian )
Pada peringkat ini, murid menajwab soalan yang diberikan oleh guru.
Set soalan yang terdapat pada PPMI digunakan bagi mengukur tahap
kefahaman murid. Selain itu, guru menggunakan lembaran kerja
sebagai aktiviti susulan murid. Keseluruhan objektif tercapai atau tidak
boleh dilihat dan dinilai pada peringkat ini.
5- Langkah 4 ( objektif, penggunaan bahan, penglibatan murid, penilaian )
Guru memberikan lembaran kerja sebagai langkah pengayaan dan
pemulihan. Melalui bahan yang diberikan guru dapat menilai tahap
pencapaian murid. Selain itu, guru membimbing murid yang lemah
dalam mencapai objektif yang dikehendaki.
6- Penutup ( penglibatan murid )
Guru membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari tersebut.
Murid mendengar ulasan guru.