8. meeting ajk MPM FEP 14

3
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-8 MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 2014 (MPMFEP’14) Tarikh : 07 Mei 2014 (Rabu) Masa : 8.00 malam 11.00 malam Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Agenda : Bil Agenda Catatan / Tindakan 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara Mufaddal bin Mustansir Ketua Pengarah 2. Unit Program memaklumkan bahawa kumpulan nyanyian “band” telah pun bersetuju untuk membuat persembahan. Kumpulan nyanyian “band” tersebut telah pun membuat latihan. Master Plan juga telah pun dibentangkan semasa mesyuarat. Unit Program 3. Unit Teknikal & Pengangkutan telah meminta senarai barangan yang diperlukan sepanjang program daripada setiap unit. Memandangkan surat kelulusan masih belum diperoleh, Ketua Pengarah mencadangkan agar meminjam van dari pihak Kosiswa UKM. Unit Teknikal & Pengangkutan 4. Unit Pendaftaran & Perhubungan memaklumkan terdapat beberapa orang pelajar tahun akhir yang menyatakan bahawa yuran penyertaan sebanyak RM 20 terlalu mahal. Ketua Pengarah memaklumkan bahawa yuran akan dibincangkan semula di peringkat Ahli Majlis Tertinggi. Unit Pendaftaran akan bertanyakan berkenaan dengan emel makluman kepada pelajar tahun akhir yang sedang menjalani Latihan Industri memandangkan terdapat pelajar yang memaklumkan bahawa masih tidak menerima jemputan. Unit Pendaftaran dan Perhubungan 5. Ketua Unit Publisiti & Tugas-Tugas Khas memaklumkan mereka telah pun menetapkana rekaan bagi poster, banner dan bunting. Ketua Unit Publisiti & Tugas- Tugas Khas

Transcript of 8. meeting ajk MPM FEP 14

Page 1: 8. meeting ajk MPM FEP 14

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE-8

MAJLIS PENGHARGAAN MAHASISWA FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

2014 (MPMFEP’14)

Tarikh : 07 Mei 2014 (Rabu)

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

Tempat : Dewan Kuliah 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Agenda :

Bil Agenda Catatan / Tindakan

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatehah dan

ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Program Saudara

Mufaddal bin Mustansir

Ketua Pengarah

2. Unit Program memaklumkan bahawa kumpulan

nyanyian “band” telah pun bersetuju untuk membuat

persembahan. Kumpulan nyanyian “band” tersebut

telah pun membuat latihan.

Master Plan juga telah pun dibentangkan semasa

mesyuarat.

Unit Program

3. Unit Teknikal & Pengangkutan telah meminta senarai

barangan yang diperlukan sepanjang program

daripada setiap unit.

Memandangkan surat kelulusan masih belum

diperoleh, Ketua Pengarah mencadangkan agar

meminjam van dari pihak Kosiswa UKM.

Unit Teknikal & Pengangkutan

4. Unit Pendaftaran & Perhubungan memaklumkan

terdapat beberapa orang pelajar tahun akhir yang

menyatakan bahawa yuran penyertaan sebanyak RM

20 terlalu mahal.

Ketua Pengarah memaklumkan bahawa yuran akan

dibincangkan semula di peringkat Ahli Majlis

Tertinggi.

Unit Pendaftaran akan bertanyakan berkenaan dengan

emel makluman kepada pelajar tahun akhir yang

sedang menjalani Latihan Industri memandangkan

terdapat pelajar yang memaklumkan bahawa masih

tidak menerima jemputan.

Unit Pendaftaran dan

Perhubungan

5. Ketua Unit Publisiti & Tugas-Tugas Khas

memaklumkan mereka telah pun menetapkana rekaan

bagi poster, banner dan bunting.

Ketua Unit Publisiti & Tugas-

Tugas Khas

Page 2: 8. meeting ajk MPM FEP 14

Mereka turut mencadangkan untuk menempah 1 unit

banner dan 2 unit bunting.

Ketua Pengarah mengingatkan supaya menyediakan

buku cenderamata untuk diberikan kepada tetamu

jemputan.

6. Timbalan Ketua Pengarah 2 meminta kepada semua

Unit untuk menyediakan beberapa persoalan yang

ingin ditanyakan berkenaan keperluan semasa program

kepada pihak Bangi Golf Resort memandangkan

beliau akan pergi ke tempat program pada keesokan

harinya.

Persoalan tersebut perlu dihantar melalui Facebook

beliau.

Semua Unit

7. Ketua Pengarah telah meminta Unit Protokol untuk

menghubungi Setiausaha Naib Canselor UKM bagi

menjemput beliau sebagai perasmi.

Sekiranya beliau berkelapangan dan bersetuju barulah

surat rasmi akan dikeluarkan oleh Setiausaha.

Setiausaha turut menyatakan surat jemputan dekan dan

timbalan-timbalan dekan akan dikeluarkan dan akan

diberikan melalui Facebook kepada Unit Protokol.

Unit Protokol diminta untuk menyerahkan surat

jemputan tersebut kepada dekan dan timbalan-

timbalan dekan fakulti.

Setiausaha & Unit Protokol

8. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Tasbih

Kifarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NURUL MAWADDAH BINTI MD SALIM

Setiausaha

Majlis Penghargaan Mahasiswa

Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 3: 8. meeting ajk MPM FEP 14

Disemak oleh,

MUFADDAL BIN MUSTANSIR

Ketua Pengarah

Program Majlis Penghargaan Mahasisiwa

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan 2014

Universiti Kebangsaan Malaysia