8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan...

10
1 1. Mengumumkan 5 Teras 50 Tahun FELDA yang menjadi pandu arah kepada usaha perjuangan FELDA untuk 50 Tahun ke-2 seterusnya. Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar. Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah. Membina Generasi Baru Warga FELDA. FELDA Sebagai Pelaku Global. Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA 2. Mengutarakan Gagasan FELDA Moden yang berteraskan kepada perubahan minda serta pembangunan sosio-budaya ke arah kegemilangan. 3. Memulakan Program Kemahiran dengan dana RM118 juta kepada generasi baru agar diberi peluang kedua untuk membina kehidupan. Jumlah pelajar sekarang ialah 19,696 orang termasuk 169 orang dalam bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineering. 4. Memberikan bantuan kepada pelajar yang memasuki IPTA / IPTS dan biasiswa khas kepada yang cemerlang untuk belajar di universiti terkemuka di luar negara. 5. Memulakan Skim Tuisyen FELDA yang dilaksanakan di 100 buah sekolah menengah dan 270 sekolah rendah. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 62,772 orang. 6. Bayaran Insentif Hari Raya kepada semua peneroka yang bersama FELDA dengan kadar RM300-350/setiap keluarga peneroka. Bagi tahun 2015 bayaran insentif berjumlah hampir RM 30 juta. 7. Menaikkan sara hidup tanam semula untuk peneroka yang bersama FELDA daripada RM850 ke RM1000 sebulan bagi tahun pertama, RM1200 bagi tahun ke dua, RM1300 bagi tahun ke tiga, dan seterusnya.

Transcript of 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan...

Page 1: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

1

1. Mengumumkan 5 Teras 50 Tahun FELDA yang menjadi pandu arah kepada usaha

perjuangan FELDA untuk 50 Tahun ke-2 seterusnya.

Peneroka Masyarakat Contoh Luar Bandar.

Menjadikan Peneroka Berpendapatan Menengah.

Membina Generasi Baru Warga FELDA.

FELDA Sebagai Pelaku Global.

Memperkukuhkan Budaya Organisasi FELDA

2. Mengutarakan Gagasan FELDA Moden yang berteraskan kepada perubahan minda

serta pembangunan sosio-budaya ke arah kegemilangan.

3. Memulakan Program Kemahiran dengan dana RM118 juta kepada generasi baru

agar diberi peluang kedua untuk membina kehidupan. Jumlah pelajar sekarang ialah

19,696 orang termasuk 169 orang dalam bidang Licensed Aircraft Maintenance

Engineering.

4. Memberikan bantuan kepada pelajar yang memasuki IPTA / IPTS dan biasiswa

khas kepada yang cemerlang untuk belajar di universiti terkemuka di luar negara.

5. Memulakan Skim Tuisyen FELDA yang dilaksanakan di 100 buah sekolah

menengah dan 270 sekolah rendah. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 62,772

orang.

6. Bayaran Insentif Hari Raya kepada semua peneroka yang bersama FELDA dengan

kadar RM300-350/setiap keluarga peneroka. Bagi tahun 2015 bayaran insentif

berjumlah hampir RM 30 juta.

7. Menaikkan sara hidup tanam semula untuk peneroka yang bersama FELDA

daripada RM850 ke RM1000 sebulan bagi tahun pertama, RM1200 bagi tahun ke

dua, RM1300 bagi tahun ke tiga, dan seterusnya.

Page 2: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

2

8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di kalangan peneroka supaya

mempunyai pendapatan nonfarm dalam pelbagai bidang usahawan seperti industri

asas tani, Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI), pembangunan kraf, perniagaan

runcit, perkhidmatan dan perusahaan kecil.

9. Dana Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) sebanyak RM100 juta, skim pinjaman

tanpa penjamin dan cagaran kepada peneroka yang ingin menjadi usahawan.

10. Memberi insentif / bonus tahunan setiap hujung tahun kepada peneroka yang

menghantar hasil dan menanam semula dengan FELDA. Ini adalah suatu insentif

penting bagi menghargai sumbangan peneroka yang terus bersama dengan FELDA.

Pada tahun 2105, seramai 94,933 peneroka mendapat wang insentif / bonus

berjumlah RM 85.55 juta.

11. Membantu kerajaan Pahang dari segi menyelesaikan masalah air di kawasan

rancangan dengan peruntukan lebih RM 200 juta.

12. Membantu membasmi kemiskinan tegar di Sabah selama 5 tahun mulai 2005

melalui keuntungan operasi FELDA di sana.

13. Mengadakan Anugerah Belia FELDA Malaysia sebagai acara tahunan yang

dikendalikan oleh Seranta bersama FELDA dengan kerjasama Majlis Belia FELDA.

Ini adalah untuk mengaktifkan 300 persatuan belia di semua rancangan.

14. Pemberian tahunan sebanyak RM1000 untuk setiap 317 persatuan belia di

rancangan dengan peruntukan setahun berjumlah RM 317 ribu.

15. Mengumumkan 8 inisiatif / usaha / program dengan nilai RM 78 juta setahun bagi

memperkasakan generasi baru FELDA

16. Mengadakan seminar dan program khas untuk wanita yang terdiri daripada

pemimpin GPW / penerokawati.

17. Mengadakan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk anak-anak cacat warga

peneroka di seluruh kawasan rancangan yang terpilih. Setakat ini sebanyak 96 buah

pusat PDK telah ditubuhkan di semua rancangan.

18. Mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan mengadakan kerjasama

(JV) dengan syarikat TRT dan pembekal oleochemicals di Boston, Amerika Syarikat.

Page 3: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

3

19. Membuka Restoran (D’Saji) di Mekah untuk memenuhi keperluan jemaah haji dan

umrah serta meningkat jaringan perniagaan antarabangsa.

20. Membuka Hotel FELDA di Mekah dan di Kuala Terengganu.

21. Membuka ladang baru di luar negara (di Kalimantan, Indonesia) dan membantu

penanaman sawit di Sierra Leone.

22. Menubuhkan Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dan Skuad Waja FELDA sebagai

menggalakkan semangat kesukarelaan.

23. Menubuhkan pasukan bola sepak FELDA United dan penubuhan Kelab Peminat

dan mengadakan Piala FELDA untuk Futsal Peringkat Kebangsaan dengan

kerjasama FAM selain melaksanakan Rally FELDA.

24. Telah membina 15 buah Kompleks Sukan Komuniti (KSK) yang lengkap dengan

kemudahan gelanggang futsal, takraw, badminton, bola keranjang, bola jaring dan

galeri penonton serta kafeteria. Cadangan untuk membina KSK di semua 40

gugusan FELDA.

25. Meneruskan pembinaan dewan serba guna dan prasarana yang perlu di setiap

rancangan yang terpilih.

26. Membina Feldajaya Utara di Trolak, Mempaga di Timur dan Serting di Selatan.

Membina Feldajaya di 11 Wilayah bermula di FELDA Chini dalam Wilayah Kuantan.

27. Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf tangan

dengan menekankan produk yang bernilai komersial serta berkualiti eksport.

28. Membangunkan perumahan untuk generasi baru seperti di Padang Piol, Sg. Koyan,

Selancar 4/5, Selendang 2, Keratong 4, Pasir Besar, Sg. Sibol dan Laka Selatan

dengan kaedah pinjaman bank atau sewa beli kepada anak peneroka yang layak.

29. Melaksanakan projek keceriaan kampung untuk menjadikan kawasan rancangan

sebagai komuniti dalam taman yang indah dan menjadi contoh kepada semua

dengan hadiah RM1 juta untuk rancangan terbaik.

30. Memastikan gaji dalam sektor ladang FELDA adalah setaraf dengan amalan

Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA; The Malayan Agricultural

Producers Association).

Page 4: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

4

31. Memastikan petugas FELDA seramai hampir 23 ribu orang memenuhi piawaian

Petunjuk Tahap Prestasi (KPI; Key Performance Indicator) agar prestasi

keseluruhan organisasi atau syarikat dapat dipertingkatkan.

32. Mengadakan Muzium FELDA di Lurah Bilut dan Pusat SAWARI di beberapa tempat.

33. Pelancaran filem & drama TV berkaitan FELDA (Filem Bilut dan drama TV bersiri

Dinasti Bilut).

34. Penubuhan Pusat Latihan Anak PERMATA Negara di 20 kawasan FELDA di negeri

Sembilan, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, dan Sabah.

(FELDAjaya Selatan, Chiku 1, Kemahang 2, Chini Timur 1, Chini Timur 2, Chini

Timur 3, Keratong 2, Mata Air, Chuping, Lubuk Merbau, Teloi Timur, Mempaga,

Tunggal, Tenggaroh 2, Tenggaroh 5, Kerteh 5, Umas 1, Umas 4, Bukit Batu dan

Besout 1)

35. Mewujudkan Unit Kawal Selia FELDA untuk menyelaras dasar kerajaan yang

berkaitan dengan FELDA serta menyusun semula Seranta (FELDA), Jabatan

Perdana Menteri demi mengukuhkan hubungan antara warga FELDA dengan

kerajaan.

36. Penubuhan Akademi FELDA untuk melatih petugas FELDA dalam bidang

pengurusan dan mengadakan seminar khas kepada pengurusan yang tertinggi bagi

menjelaskan hala tuju untuk gemilang di persada global.

37. Menyediakan pemberian bantuan RM 10 ribu sebuah rumah untuk membaiki rumah-

rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM 40 ribu untuk

membaiki / membesarkan rumah peneroka biasa.

38. Memberi pinjaman RM 10 ribu untuk miliki saham Koperasi Permodalan FELDA

(KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.

39. Menerbitkan Sisipan ‘ASPIRASI FELDA GLOKAL’ dalam akhbar Utusan Malaysia

pada setiap bulan dan memperhebatkan liputan media dalam program-program

FELDA.

40. Membayar zakat FELDA & KPF yang semakin meningkat

41. Penyiaran maklumat mengenai pembangunan dan isu semasa FELDA melalui

rangkaian stesen radio Suara FELDA.

Page 5: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

5

42. Meletakkan nama suami dan isteri dalam geran hak milik peneroka yang sebelum ini

hanya nama suami sahaja.

43. Membantu kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka dari segi menyelesaikan masalah

air di kawasan rancangan dengan peruntukan lebih RM 10 juta.

44. Menganjurkan Seminar Pegawai Masjid FELDA (SPMF) dan Majlis Tilawah,

Pertandingan Nasyid & Syarahan Peringkat Kebangsaan FELDA untuk

memantapkan hubungan dan persefahaman antara kerajaan dengan pihak

Pentadbiran Masjid FELDA seluruh negara.

45. Pemberian sebuah komputer lengkap untuk setiap 245 buah masjid dengan

peruntukan keseluruhan sebanyak RM650 ribu dan menjadikan masjid sebagai

pusat Tamadun Mini Islam di rancangan.

46. Membaiki dan menaik taraf 245 buah masjid (RM50 ribu sebuah) di seluruh FELDA

dengan kos RM12.3 juta

47. Membaiki dan menaik taraf 265 buah sekolah agama (dari RM100 ribu – RM 200

ribu sebuah) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM33.2 juta.

48. Pemberian tahunan sebanyak RM600 untuk imam 1 (imam tua) dan RM400 untuk

imam 2 (imam muda) bagi semua 245 buah masjid. Peruntukan khas ini adalah

sebanyak RM245 ribu setahun disediakan untuk 490 orang imam.

49. Pembinaan Menara FELDA setinggi 50 tingkat telah dimulakan pada 22 Januari

2008 dengan RM640 juta dan siap dalam tahun 2013, berhadapan dengan KLCC,

Menara Berkembar Petronas yang tertinggi di dunia.

50. Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSMF) di Trolak pada tahun 2009

adalah satu pencapaian FELDA dalam usaha menambah bilangan pelajar generasi

FELDA dalam bidang sains dan teknologi. Terdiri daripada 80% anak peneroka dan

20% kumpulan lain.

51. Projek Gedung Makanan Negara (GMN) dilaksanakan atas ilham Y.A.B Perdana

Menteri Malaysia, dan dilancarkan semasa Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai

2009, bertempat di FELDA Maokil, Segamat, Johor.

Page 6: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

6

52. Program Gerak Mesra 1FELDA dilancarkan pada tahun 2010 bagi merapatkan

jurang komunikasi di antara pihak Pengurusan tertinggi dengan masyarakat

peneroka. Program ini membolehkan peneroka mengemukakan sebarang masalah

atau mendapatkan penerangan mengenai isu semasa.

53. Pelancaran Buku Melakar Jejak, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusoff bin Hj. Md. Noor,

Pelancaran Buku disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Dewan Perdana, pada tahun 2010.

54. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Konsortium antara

FELDA, FELCRA dan RISDA pada tahun 2010. Perjanjian persefahaman untuk

mewujudkan produk hiliran di antara tiga agensi.

55. FELDA United telah menjuarai Liga Perdana pada tahun 2010.

56. Penyerahan Sijil RSPO pada tahun 2010 kepada FELDA sebagai agensi pekebun

kecil yang pertama di dunia menerima Anugerah Rountable Sustainable Palm Oil

(RSPO).

57. Pelancaran Pusat Simulasi Kapal Terbang di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala

Lumpur pada tahun 2010, sebagai pendedahan simulasi kapal terbang kepada

warga FELDA.

58. Anugerah Usahawan FELDA mula diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai salah

satu usaha melahirkan usahawan yang berwibawa, berdaya maju dan menjadi

contoh kepada usahawan-usahawan lain. Empat kategori Anugerah Usahawan Tani

yang dipertandingkan ialah Kategori Ternakan, Buah-buahan, Sayur-sayuran dan

Akuakultur serta satu Anugerah Perdana bagi memilih juara di antara empat

kategori tersebut.

59. Modul Pembangunan Usahawan FELDA diterbitkan pada tahun 2010 sebagai

panduan dan rujukan kepada petugas dalam usaha membimbing warga peneroka

menceburi bidang keusahawanan.

60. Bangunan Pusat Tenun Pahang FELDA (PTPF) telah siap sepenuhnya pada 1

November 2010. Mesin tenun separa automatik telah siap dipasang pada 15 Julai

2010.

61. Pelaksanaan proses bagi mendapatkan Pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi Skop

Perkebunan dan Pembangunan Komuniti pada tahun 2010.

Page 7: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

7

62. Program Komuniti Terkawal (Gated Community) dilaksanakan pada tahun 2011 bagi

memastikan kawasan rancangan sentiasa selamat untuk didiami dan dilindungi dari

kegiatan jenayah.

63. Jawatankuasa Pembangunan Masjid FELDA Peringkat Kebangsaan telah

ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai bertujuan mewujudkan muafakat dalam

kalangan pengerusi masjid di setiap wilayah melalui aktiviti dan pelaksanaan

program kerohanian serta kemasyarakatan yang melibatkan semua masjid di

rancangan FELDA.

64. Pembinaan Stadium Felda Tun Abdul Razak bermula pada tahun 2013, siap dan

mula digunakan pada 4 Februari 2016. Pembinaannya diumumkan oleh YAB

Perdana Menteri ketika merasmikan Hari Peneroka di Bandar Tun Razak, Jengka

pada 2011.

65. Jawatankuasa Program Pembangunan Komuniti di peringkat Rancangan telah

ditubuhkan pada 2012 dan berfungsi hingga sekarang.

66. Pelancaran Program Sihat FELDA pada tahun 2012 oleh YB Pengerusi FELDA,

bertujuan memastikan warga FELDA berada di dalam keadaan sihat dan produktif

melalui amalan gaya hidup yang sihat.

67. Kejayaan menerokai Puncak Gunung Everest oleh anak-anak FELDA

68. Hotel Grand Borneo, Sabah telah dilancarkan pada tahun 2013.

69. Hotel Grand Plaza, London telah dilancarkan pada tahun 2013.

70. Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC) ditubuhkan pada 17 Julai 2013 sebagai

salah sebuah anak syarikat FELDA.

71. Unit Perniagaan Keusahawanan Antarabangsa / Entrepreneur International

Business Unit (EIBU) menjalankan aktiviti eksport dan pameran di peringkat global

mulai September 2013.

72. Skim Lonjakan Kecemerlangan (SLK) diperkenalkan pada tahun 2013 bagi

bertujuan mengendalikan aktiviti sokongan kepada pelajar yang tidak menerima

Dana Kecemerlangan Pendidikan FELDA.

Page 8: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

8

73. Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan pada tahun

2013. Konvensyen ini bertujuan menggalakkan penciptaan dan penyelesaian

masalah di dalam proses kerja.

74. Penyertaan di dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat

Jabatan Perdana Menteri mulai tahun 2014.

75. Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) di peringkat Ibu Pejabat FELDA

pada tahun 2014.

76. Program Perkhemahan Bitara STEM kolaborasi Antara FELDA dan UKM telah

diadakan pada 2 – 6 Jun 2014. Majlis Pelancaran Program Perkhemahan Bitara

STEM FELDA – UKM ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj.

Abdul Razak pada 6 Jun 2014.

77. Pada September 2014, lawatan delegasi bersama peserta STEM telah berangkat ke

New York bagi menyertai Karnival Antarabangsa STEM. Lawatan ini adalah seramai

22 orang termasuklah kepimpinan FELDA, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Pensyarah UKM, pengiring pelajar dan 10 pelajar.

78. Program Robotik peringkat pertama telah diadakan di Arama Semai Bakti FELDA

Kuala Lumpur pada bulan April – Julai 2014. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan

Satu telah dipilih mengikuti projek rintis ini.

79. Pameran Antarabangsa Gulfood 2014 di Dubai World Trade Centre dari 23 – 27

Februari 2014 dan mengadakan Majlis Pelancaran Produk Berjenama FELDA

BEST.

80. Mengeksport 2 kontena 40 kaki produk sejuk beku FELDA BEST ke Lulu

Hypermarket pada April dan Ogos 2014. Produk ini telah dipasarkan ke 39 outlet

Lulu sekitar United Arab Emirates (UAE).

81. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 19 Mei 2014 di

Hotel Dusit Thani Abu Dhabi antara FELDA dan Lulu Group International berkaitan

kerjasama strategik dalam penubuhan Lulu Hypermarket di Malaysia.

82. Pada tahun 2014, sebanyak 13 koperasi peneroka di rancangan telah disenaraikan

dalam 100 indeks koperasi terbaik seluruh Malaysia oleh Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM).

Page 9: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

9

83. Sistem Pemantauan KPI FELDA iaitu e-KPI telah digunapakai sepenuhnya mulai

bulan Januari 2014.

84. Pada November 2014, Pengurusan FELDA telah menubuhkan Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Dengan tertubuhnya JKKP FELDA,

segala isu berkaitan keselamatan dan kesihatan dapat ditangani dengan lebih

sistematik.

85. FELDA melancarkan Tabung Amal Bencana Banjir bagi memberi bantuan kepada

mangsa bencana pada tahun 2014.

86. Kompleks Industri Makanan di Pasak telah memperolehi Pensijilan HALAL pada

tahun 2014.

87. Program Penarafan Masjid FELDA menggunakan Standard Penarafan Masjid

FELDA (SPMF) yang diasaskan daripada Standard Penarafan Masjid Malaysia

(SPMM) telah dilaksanakan pada tahun 2014.

88. Pembelian bangunan INSPEN di Bangi pada tahun 2014, bagi tujuan dijadikan

Pusat Latihan FELDA.

89. Dana Kecemerlangan Pendidikan FELDA (DKPF) telah dilaksanakan pada tahun

2014 bagi memperkasakan pencapaian murid-murid di rancangan FELDA.

Sebanyak RM 7.46 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini.

90. Pelancarkan "South Pole All The Way Expedition 2015" yang dianjurkan oleh Tujuh

Benua Exploration Club Malaysia ( KE7B ). Ekspedisi ini dilaksanakan oleh Atlet

triatlon negara Shahrom Abdullah yang merupakan anak kelahiran Felda Chiku, Gua

Musang, Kelantan.

91. Business Continuity Management (BCM) dijalankan pada Jun 2015. Program ini

bertujuan menyediakan pelan tindakan dengan keupayaan tindak balas secara

berkesan kepada ancaman seperti bencana alam atau pelanggaran data dan

melindungi kepentingan organisasi.

92. Program Pengurusan Risiko untuk mengkaji dan mengenalpasti kebarangkalian

kejadian fraud di dalam FELDA pada bulan Mac, Jun, September dan Disember

2015.

Page 10: 8. Menumpukan kepada pembangunan usahawan di · PDF fileMembina Generasi Baru ... Mengusahakan agar FELDA menjadi pusat utama pembangunan kraf ... pada setiap bulan dan memperhebatkan

10

93. Program Pengurusan Nilai (Januari – Disember 2015) untuk mengenalpasti,

menyedia pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang tidak menyumbang

kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi

yang ditetapkan.

94. Pemantauan Keselamatan (Jun – Dis 2015) untuk meningkatkan tahap kualiti

Keselamatan Perlindungan di FELDA dengan memperkukuhkan keselamatan fizikal,

memantau tahap keselamatan fizikal ICT, memantau kawalan ke atas dokumen

rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran.

95. Program Jelajah Integriti untuk mewujudkan dan menyemai nilai integriti kepada

semua pada tahun 2015.

96. Program Kod Etika Pembekal FELDA untuk memberikan kesedaran kepada vendor

FELDA mengenai etika dalam perolehan pada bulan September 2015.

97. Manual Perolehan FELDA dikemaskini dan mulai digunapakai pada 1 Oktober 2015.

98. Penstrukturan semula pengurusan FELDA mengikut peraturan yang ditetapkan oleh

JPA pada Jun 2015.

99. Penubuhan Kami Anak FELDA (KAF) pada tahun 2015 bagi bertujuan

menyumbangkan idea, tenaga dan wang yang boleh digunakan untuk membantu

aktiviti-aktiviti kemajuan rancangan.