8. PdP SIRAH

20
Konsep & TEKNIK Pembelajaran Sirah

description

p

Transcript of 8. PdP SIRAH

Page 1: 8. PdP SIRAH

Konsep & TEKNIK Pembelajaran

Sirah

Page 2: 8. PdP SIRAH

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu

pada diri Rasulullah itu ‘uswahtul hasanah’ (contoh ikutan yang terbaik)

iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan

balasan baik di akhirat.

Page 3: 8. PdP SIRAH

Pendahuluan

Membincangkan tentang konsep dan TEKNIK pengajaran dan pembelajaran sirah

TEKNIK ini akan digunakan untuk melaksanakan kurikulum yang dibentuk supaya dapat berkembang mengikut matlamat yang ditentukan

Memudahkan guru pendidikan Islam dalam melancarkan proses pengajaran mereka.

Page 4: 8. PdP SIRAH

Kepentingan

Pendidikan sirah merupakan salah satu bahagian dalam mata pelajaran pendidikan Islam

Penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam akan lebih mudah difahami

Menggalakkan pelajar untuk terus mencintai mereka, meneladani sifat dan akhlak mereka yang terpuji dan amalan cara hidup Islam .

Page 5: 8. PdP SIRAH

Sambungan…..

• Mewujudkan dalam jiwa pelajar agar menjadikan Rasulullah s.a.w. dan tokoh2 Islam sebagai idola

• Mempelajari sejarah lalu untuk bermuhasabah terhadap diri, iaitu adakah mereka mengikut langkah kejayaan atau mengikut langkah keutuhan tamadun yang lalu

Page 6: 8. PdP SIRAH

Konsep

Page 7: 8. PdP SIRAH

Konsep

• Konsep pendidikan yang bersatu(unified) berdasarkan konsep ilmu yang bersepadu (integrated) membawa kepada keseimbangan antara akal dan wahyu.

• Berlawanan dengan konsep barat yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang disebut theology dan science atau religious knowledge.

Page 8: 8. PdP SIRAH

TEKNIK

Bercerita Pandang dan dengar. Latih tubi Perbincangan kumpulan Kuliah atau penerangan Projek Simulasi Pengurusan grafik Tunjuk cara atau demonstrasi Forum Meramal masa depan Lain-lain

Page 9: 8. PdP SIRAH

TEKNIK bercerita

Rasulullah s.a.w juga menggunakan TEKNIK bercerita dalam menyampaikan ajaran sirahnya

satu TEKNIK yang dapat menarik perhatian pelajar ketika proses P&P berlaku kerana bersesuaian dengan sifat semula jadi manusia

menerapkan nilai murni ke dalam diri pelajar. Bahkan ayat-ayat al-Quran juga diturunkan

dalam bentuk cerita supaya manusia meneladaninya

Page 10: 8. PdP SIRAH

Pandang dan Dengar

• dapat melihat bukti peristiwa lampau dan riwayat hidup seseorang tokoh melalui gambaran yang sebenar.

• bahan atau pengajaran disampaikan melalui perantaraan media elektronik seperti television, LCD dan video.

Page 11: 8. PdP SIRAH

Projek

• TEKNIK ini berdasarkan teori bahawa pelajar akan mudah untuk memahami isi pelajaran dengan mengalami dan membuatnya sendiri .

• memperoleh pengalaman yang lebih luas dan dapat mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh.

Page 12: 8. PdP SIRAH

contoh TEKNIK projek pengajaran sirah

• Daya ingatan seseorang pelajar adalah berbeza-beza. Sesuatu pengajaran yang disampaikan tidak semestinya mudah untuk pelajar mengingatinya. Sesetengah pelajar lebih gemar menghafaz sesuatu pengajaran yang berbentuk fakta dengan menggunakan pelbagai cara. Antara yang yang efektif adalah berbentuk hiburan (Ahmad, 1997: 179)

• Dalam kes ini guru boleh menyuruh pelajar melaksanakan sebuah projek mencipta lirik lagu tenang riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Dengan cara ini, pelajar mudah mengingat fakta penting di samping melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Page 13: 8. PdP SIRAH

TEKNIK Lawatan

• Aktiviti susulan yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar selepas selesai mempelajari sesuatu topik

• Lawatan yang dibuat boleh menimbulkan minat para pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang lagi tentang sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan jelas semasa proses P&P

Page 14: 8. PdP SIRAH

Sambungan….

Pelajar akan dapat mencari maklumat dan bahan P&P melalui pemerhatian dan pengkajian

Cerapan secara terus ini akan membuka minda para pelajar

Seperti kata pepatah Melayu “Jauh perjalanan luas pengalaman”. Rasulullah sendiri juga mengamalkan TEKNIK ini dalam pengajaran sirah sejajar dengan firman AllaH s.w.t:

Page 15: 8. PdP SIRAH

Sambungan….

Terjemahan: Katakanlah, “ Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah memulakan ciptaan makhluk dari asal jadinya: kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

(Al-Ankabut, 29:20)

Page 16: 8. PdP SIRAH

TEKNIK Syarahan, Kuliah atau Khutbah

Melibatkan guru sebagai penyampai maklumat melalui huraian, penjelasan serta penerangan kepada pelajar

Melahirkan perasaan hormat dan sanjungan pelajar kepada guru dan ini menimbulkan perasaan kasih sayang antara pelajar dengan guru

TEKNIK ini juga menjadi lebih menarik apabila diselitkan dengan cerita atau kisah teladan.

Page 17: 8. PdP SIRAH

Sambungan….

Kadangkala menyebabkan para pelajar mengantuk dan berasa bosan

Rasulullah S.A.W tidak menggalakan khutbah atau syarahan yang disampaikan dengan masa yang panjang sebagimana sabdanya yang diriwayatkan oleh ammar (muslim, 2001; 303)

Guru perlu mempelbagaikan teknik serta cara dengan menggunkan alat bantu mengajar seperti slaid, projektor, poster, papan hitam, gambar dan sebagainya

Page 18: 8. PdP SIRAH

TEKNIK Lakaran

Melibatkan simbol untuk memberikan kefahaman terhadap sesuatu maksud

Ini boleh dilihat apabila rasulullah sendiri pernah menggunakan TEKNIK ini dalam menyampaikan dakwahnya. Sabda Rasulullah (Ahmad, 1994: 2536)

 Terjemahan; Daripada Ibn abbas katanya: Rasulullah s.a.w melakar di atas tanah empat garisan. Baginda s.a.w bertanya, “ Tahukah kamu apakah ini?” lalu para sahabat berkata, “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui(maksudnya). Kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan bahwa wanita terbaik ahli syurga adalah Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Asiah bt Mazahim iaitu isteri firaun dan Maryam Ibnat Imran r.a”

Page 19: 8. PdP SIRAH

Sambungan……

• TEKNIK ini bolah dipelbagaikan dengan penggunaan grafik seperti menara induktif, pemetaan minda, rajah tulang ikan, carta organisasi, pusingan rentetan, pemetaan cerita dan carta masa atau kronologi

Page 20: 8. PdP SIRAH

Rumusan

Sesuatu pengajaran yang tidak dirancang boleh menyebabkan pengajaran menjadi tidak sempurna dan tidak tersusun.

Setiap TEKNIK yang digunakan dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Justeru, diharapkan guru dapat mengaplikasikan TEKNIK yang dicadangkan dalam bab ini bagi mencapai objektif PdP Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.